Posting Terbaru (12.45 tengahari)
Penganjur, Agenda Daily, memberitahu pelanggan Agenda News bahawa ada sedikit perubahan dari segi medium siaran langsung. Ia akan disiarkan oleh TV9 dan Astro Awani (501). TV3 akan menyiarkan siaran tertunda. Semua persiapan penganjuran berjalan lancar. Majlis itu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia akan dipengerusikan oleh Pengerusi DBP, Datuk Johan Jaafar, yang juga kolumnis dan pengacara terkemuka. Beliau dikatakan akan memberhentikan debat jika pendebat lari daripada tajuk yang dipersetujui. Ini termasuk membincangkan isu politik semasa.
Posting Asal (11.24 pagi)
Ketika ramai yang beranggapan Debat 2008 mampu menonjolkan imej Dato' Ahmad Shabery Cheek dalam UMNO, Panglima Perang Paklah beberapa kali menegaskan itu bukan matlamat sebenar. Malah, beliau sudah menyatakan tidak mahu bertanding sebarang jawatan pada pemilihan UMNO Disember ini termasuk ahli Majlis Tertinggi.
Daripada pemerhatian saya, Panglima Perang bukan mahu mengejar publisiti murahan tetapi ingin membawa satu "budaya baru" di kalangan Pak Menteri agar berani berhadapan dengan sesiapa saja untuk menerangkan dasar kerajaan. Pak Menteri mesti berani kerana bercakap benar.
Ini penting kerana sebagai Pak Menteri, mereka bersama-sama berbincang dan bersetuju secara konsensus apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan. Adalah malang bagi Kabinet Malaysia, jika ada Menteri yang sudah bersetuju dalam Kabinet tetapi menyatakan perkara yang berlainan di luar seperti di pentas politik atau apa saja medium komunikasi termasuk akhbar nyamuk.
Menteri yang seumpama itu sebenarnya bukan seorang "team player" malah boleh memalukan imej kerajaan di mata masyarakat. Jika Pak Menteri itu merasakan beliau dalam satu pasukan, sudah tentulah akan mengikut segala keputusan yang dibuat secara konsensus. Dalam ertikata lain membantu menjelaskan apa yang dipersetujui. Itu baru betul.
Pak Menteri tidak boleh mengatakan bahawa, "Itu keputusan Kabinet, tetapi saya tidak bersetuju sama sekali" di hadapan rakyat. Ini menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak sepakat. Ini menggambarkan Pak Menteri itu ada agenda lain yang hanya diketahui oleh dirinya.
Sudah pastilah, jika ada sesuatu dasar yang ingin diperkenalkan, ada pihak yang tidak bersetuju. Tetapi dengan hujjah dan perbincangan seimbang, keputusan yang dibuat oleh majoriti perlu diberi sokongan. Begitu juga dalam UMNO, kita tidak mahu ada ahli MT yang tidak bersetuju terhadap sesuatu dasar yang mendapat sokongan majoriti. Melainkanlah, UMNO ada pemimpin diktator yang kejam dan zalim.
Sebagai team player dan Menteri pelapis, Panglima Perang sanggup berhadapan dengan DSAI yang selama ini tidak ditangkis dan diperbetulkan. Itu yang menjadi harapan Panglima Perang agar apa yang dikatakan oleh DSAI selama ini dapat diperbetulkan.
Adakala rakyat akan percaya dengan apa yang diperkatakan apabila ia dikeluarkan oleh orang yang pernah menjadi pemimpin negara. Isu itu semakin menyerlah apabila tiada pihak yang menangkis atau menyangkalnya. Ia pasti dianggap betul.
Dalam hal ini, DSAI ingin menyatakan jika beliau dipilih harga minyak akan turun dan mekanisme itu akan diterangkan dalam debat sepertimana yang dinyatakan di Seremban baru-baru ini. Kita ingin tahu apa mekanisme itu.
Panglima Perang pula perlu menerangkan rasional penstrukturan subsidi yang membabitkan kenaikan harga minyak. Beliau perlu menerangkan mengapa kerajaan tiada pilihan lain selain melaksanakan penstrukturan subsidi untuk rakyat.
Dato' Ahmad Shabery perlu menjelaskan tuduhan bahawa kerajaan menghapuskan subsidi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak walaupun ia tidak benar. Kerajaan masih meneruskan subsidi dan memilih untuk memberikan terus kepada golongan yang memerlukan.
Mungkin, Dato' Ahmad Shabery boleh menjelaskan mengenai pertanyaan pembangkang mengapa kerajaan tidak menggunakan wang Petronas untuk meringankan beban rakyat. Dalam ertikata lain mengambil lebih sikit daripada apa yang dilakukan sebelum ini, bagi terus memberi subsidi kepada harga minyak. Umpamanya, ambil kira-kira RM10 bilion lagi untuk menampung subsidi agar rakyat tidak menerima kesan daripada kenaikan minyak.
bersambung.....
Sunday, July 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam Datuk,
Pertama ingin saya ucapkan Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih saya untuk Datuk kerana memberikan sumber inspirasi untuk saya mencipta blog sendiri,
Membaca kandungan tulisan di Blog datuk ini bukan sahaja memberikan saya input dan fakta yang jelas untuk diperjelaskan di peringkat akar umbi namun sebagai bahan rujukan bukan sahaja di blog Datuk tetapi blog2 yang terdapat di dalam blog datuk ini.
Apa yang penting ingin saya katakan
Semoga Datuk Penerangan Kita akan diberi kekuatan dan kelancaran lidah bagi meleraikan setiap kekusutan berhubung isu minyak yang tidak pernah habis diperkatakan. Soalan KENAPA HARGA MINYAK NAIK setiap hari diutarakan namun segelintir masyarakat kita masih belum faham situasi yang sebenarnya. Namun apa yang amat saya kesalkan masih terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Datk bayangkan harga Roti Canai sekeping di sabah hampir menyamai harga sekilo tepung.Kadang2 rasa macam tak lojik jugakan? nasib baiklah saya tak reti buat roti canai alamatnya tak jejak kakilah saya di kedaimenjual roti canai. Cuma seperkara yang sehingga kini saya belum dapat jawapan Kenapa Harga Beras Naik Mendadak?
Salam DIY,
(...bersambung)? Hai sampai berapa siri nak paparkan kisah debat ni? Banyak bebeno idea kome... Takpa tulis selagi idea lalu ikut kepala... Jangan idea lalu ikut kepala lutut macam sesetengah pemimpin Umno sudah... Nanti mula mengarut dan merapu... Macam DIY orang tak boleh nak kata merapu sebab awal-awal dah sebut blog ni diwujudkan untuk menulis bermacam-macam dan tidak hanya terbatas pada politik semata-mata.
Kenapa pulak siaran langsung ni bertukar channel? Pak Menteri sendiri yang nak berdebat kenapa RTM tak boleh siarkan secara langsung? Kenapa nak harapkan stesen TV swasta menyiarkannya? Ini pun orang-orang RTM tak boleh nak pikior ke? Takkan segala perkara nak tunggu rakyat menjerit baru nak pandai buat kerja? Apa ni? DIY tolong buka mulutlah suruh RTM siarkan. Kalau konsert "karnival gegar" atau apa-apa lagi konsert boleh siar secara langsung, kenapa benda penting macam ni untuk rakyat nak dengar dan tengok tak boleh nak lakukan? Bila kata RTM haprak karang.... tahu nak marah!
Selain daripada TV9 dan Astro Awani, "live" drp internet boleh dapat ke? Kalau ada harap DIY tolong maklumkan di ruangan ini masa nak sambung nanti...
PEMUDA PELAPIS
Ketika ramai yang beranggapan Debat 2008 mampu menonjolkan imej Dato' Ahmad Shabery Cheek dalam UMNO, Panglima Perang Paklah beberapa kali menegaskan itu bukan matlamat sebenar.
...................................
Shabery Cheek tetap melagukan perkara yang sama kenapa harga petrol naik di Malaysia, logik dan wajarnya adalah skima. Anwar akan membaca skrip formula yang logiknya ada tetapi jawapan sebenarnya ialah 'praktis atau tidak' dan ini pasti mejadi perdebatan kepada ahli ekonomis samada pro atau kontra selepas majlis tersebut.
Bagi penyokong yang fanatik, yang betul adalah hero mereka sahaja, tetapi yang pasti selepas perdebatan itu, petrol tidak akan turun walau sesen pun. Dan rakyat seperti kita hanya dapat 'gula gula telinga'.
Saya pasti tidak akan menonton samada secara langsung atau tertunda kerana saya tidak akan membayar 'masa' saya dengan politik songsang mereka. Saya sudah tidak peduli sangat dengan siapa yang memimpin negara, adakah kita mempunyai senarai pemimpin yang berwibawa..
Dolah, Najib dan Anwar adalah 3 abdul yang patut dilelong di pasar unta sidiq sagaraga - kluangman
Sdr Hertiny Laiman,
Salam kembali.
Saya sering menyatakan mereka yang mengambil kesempatan daripada kesusahan orang ramai adalah pelesit dan jembalang tanah yang sentiasa menghisap darah orang miskin. Pada masa lalu, pelesit (binatang seperti belalang) ini dicabut kepalanya agar ia tidak menghisap darah orang. Itu je.
Sdr Pemuda Pelapis,
Saya tidak tahu mengapa RTM tidak menyiarkan siaran langsung. Mungkin ada kaitan dengan hak siaran kerana penganjurnya ialah Agenda Daily, sebuah news portal, bukan Kementerian Penerangan.
Sdr Kluangman,
Rugi kalau tidak menonton siaran langsung tu. Dulu pun ada iaitu TDM dan Presiden PAS.
DEBAT 2008: SIAPA MENANG.
tajuk best. siapa menang tak relevan kerana kedua dua tokoh ni mewakili rakyat. Jadi yang penting
DEBAT 2008:SIAPA KALAH?
saya dan keluarga saya dan rakyat. mebazirkan duit rakyat dan juga waktu siaran. Rakyat dah tahu jawapan nya. Tepuk dada tanya selera.
Sdr Anon,
Saya rasa ramai yang berharap agar Debat ini akan membuat semua pihak sedar bahawa demonstrasi jalanan atau konsert tunjuk punggung tidak menguntungkan sesiapa. Jika ada rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu tertentu, lebih baik kita berdebat secara sihat.
Perdebatan elok ditumpukan kepada sesuatu perkara atau perancangan yang ingin dijalankan. Perdebatan wajar menjadi satu sumber percambahan fikian. Isu sensitif seperti kenaikan petrol ini patut diperdebat di peringkat awal lagi jika kedua dua piak IKHLAS kepada rakyat.
Perdebatan BUKAN untuk menunjukkan kehebatan dan bukan untuk menegakkan benang yang basah.
Kerajaan melalui Shabery (RTM) sudah pun meluas penerangan dan propaganda mereka kepada rakyat dan Anwar telahpun 'menjerit' dengan hebat sebelum dan selepas pilihanraya tentang isu kenaikan harga petrol ini.
Apalagi yang mereka hendak terangkan, adakah rakyat pekak sebelum ini atau mereka yang kurang mendapat pulisiti sebelum ini.
Adakah selepas ini kita pula akan berdebat di semua media tentang apa yang mereka perkatakan. Dan mereka juga akan terus menjawab di forum forum mereka sendiri. Tiada penyelesaian - kluangman
Post a Comment