Sunday, July 6, 2008
PERMAINAN POLITIK KOTOR MERUGIKAN
(PAS perlulah menasihati rakannya itu)
Ketika ini, ramai sudah mengetahui permainan politik PKR yang diterajui oleh DSAI dan konco-konconya.
Antara pendekatan itu ialah dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan himpunan beramai-ramai untuk membelasah kerajaan terutama UMNO. Parti Melayu dijadikan sasaran semata-mata untuk merealisasikan hasrat pemimpin mereka untuk menjadi PM.
Mereka juga suka menggunakan "kepetahan" peguam dan mencabar pihak berkuasa terutamanya polis. Yang paling hodoh ialah sengaja menimbulkan pelbagai persoalan yang menyebabkan rakyat merasa sangsi dengan Polis, Kehakiman dan kerajaan.
Hari ini, PKR mengadakan demonstrasi dan menurut AgendaNews sebentar tadi ia seperti pesta Jomheboh. Bagusla tu duduk ramai-ramai dan bermesra antara satu sama lain. Mengikut AgendaNews lagi, himpunan di stadium Kelana Jaya itu tidak ramai dan pihak penganjur meminta mereka yang hadir menghantar sms kepada rakan-rakan mereka untuk segera datang ke sana.
Ejen kenit memberitahu saya PKR sanggup melakukan apa saja walaupun mereka tahu ia salah. Mereka tetap melakukannya kerana merasakan ia satu takiyyah atau helah yang menurut mereka "dibenarkan". Insaflah. Jangan main-main pasal agama.
Mengikut ejen kenit, seorang bekas pemimpin PKR memberitahunya salah satu perbuatan kotor yang dilakukan oleh parti itu sebelum ini membabitkan takiyyah ialah menghantar surat kepada imam di Perlis bahawa mereka dipecat sewaktu pilihanraya di Santan. Mengamuklah imam negeri itu.
Mereka menggunakan pendekatan penipuan menggunakan letter head DS Shahidan Kassim dan menghantar kepada imam-imam berkenaan yang kononnya dipecat kerana menyokong pembangkang.
Mengapalah menggunakan taktik yang begitu kotor untuk mencapai kemenangan. Carilah pendekatan lain yang lebih mulia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
dt,
very wise words indeed that should be applied to not only pkr but all political parties in the country. if umno had been truly clean with nothing to hide, including mca, mic, gerakan and whoever else, if they had truly done their job in bettering the lives of the people in the first place, this day would not have come, pkr would have had nothing to harp on. dap would have ceased to be relevant. all the frustrations of the rakyat must be addressed no matter how trivial it may seem because over the long run it will snowball like what is happening now.
Datuk,
Sekali DSAI yang betui; baru lah Malysia ni haru biru. Kes Ziana Zain dulu pun dinafikan jugak ...
Pasai tu aku tak masok politik.Kotor macam shit.Cuba baca novel Datuk Shahnon juga bertajuk SHIT.Meloya bermuntahan lalu keberakan dan kekencingan .
Sejak bila politik tidak kotor ?
kluangman
Petikan Utusan Malaysia
“Saya minta dibawa ke Mahkamah Syariah pada tahun 1998, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak...
Anwar berkata, selain Harussani, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya dan beberapa ulama lain menegaskan beliau tidak perlu bersumpah.
Katanya, Harussani membuat penegasan beliau tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam...
“Separuh Kabinet saya cabar berdebat dengan saya. Biar saya ajar (mereka) bagaimana hendak turunkan harga minyak,” katanya.
..................................
Saya mohon merujuk kepada Dao' atas 2 atau 3 persaolan.
1. Benarkah Anwar pernah memohon merujuk kesnya ke mahkamah syariah sebelum ini, tetapi ditolak.
2. Benarkah Muti Perak dan Selangor ada membuat kenyataan sedemikian.
3. Apakah Anwar betul betul berani besemuka dengan PM dan kabinetnya dalam isu petrol atau sekadar 'cakap besar' sahaja.
4. Dalam soal ugama, terutama isu 'sumpah' sekarang, kenapa tidak dibuat fatwa atau dirujuk kepada DYMM Sultan dan aja Melayu.
kluangman
Anwar yang nampaknya bawak banyak budaya2 kotor kedalam politik negara. kalau tengok sekarang semenjak kemunculan dia, macam2 benda jadi..Huru hara jadinya..Fitnah bersepah2 sana sini..
Dato,Kalau manusia itu bebal,usah kita byk bersoal..Kenapa tiba tiba Tsunami tiba,taufan melanda.bumi digegar gempa padahal tanahair kita tak ada gunung berapi.Meminjam kata puitis Ebiet G, Ade"Mungkin Tuhan telah bosan.Melihat tingkah kita.Yg selalu berbangga dgn dosa dosa".Kalau bangsa lain bertepok tangan jgn kita terasa.Rakyat dah bagi pandangan.Ulama dah nasihat.Kalau tak ambil berat,siapa mau jawab..Lalu kita renunglah ....."SEndiri mau ingat".
Nong Saree.
Bagi saya sepatutnya politik itu harus dilihat secara positif. Tapi yang menjadikan ia kotor dan busuk adalah sikap2 pemimpin yang terlalu mementingkan agenda sendiri atau senang cerita, mementingkan diri sendiri dengan menggunakan apa jua taktik kotor untuk kepentingan sendiri..Merkalah sebenarnya yang kotor dan busuk..Eeiyyy!
bro,
kalau masjid pun sudah digunakan untuk politik kotor, tak hairanlah benda-benda mcm ni pun dibuat oleh manusia seperti ini...
saya bukan anti PAS atau mana-mana parti tetapi saya tidak suka sifat yang keterlaluan.
Islam mengajar kita jadi insan sederhana dalam segala hal... termasuklah politik (mungkin).
Soal ugama, pada siapa kita hendak rujuk sebenarnya, adakah ia bergantung di mana kita duduk maka di situlah kita pakai fatwa dan pendapat mufti???
Isi bersumpah dengan Al Quran atau di dalam mesjid atau dengan nama Allah, sudah banyak percanggahan, kenapa Mufti dan Jakim sendiri tidak saling merujuk untuk mengeluarkan pendapat hingga nampak bercelaru, memalukan.
Orang politik sudah tentu akan mengambilkira 'pendapat' yang menguntungkannya sahaja, namanya pun 'orang politik' - kluangman
Hello Datuk Tiger.
Yang lucunya walaupun para penyokong PKR walaupun dapat melihat kepincangan parti dan pemimpin, mereka masih sanggup untuk menyokong dan menyokong DSAI dan perangainya.
Betul ke mereka ni nak Anwar jadi PM? Boleh ke Anwar jadi PM? belum jadi PM pun dah banyak sangat songeh.
betul, kalau nak tengok contoh politik kotor tengok cara Anwar sudah lah, tengok banyak cerita keluar sekarang, bukan setakat kotor, tuduh menuduh, kecoh suma siap!
Assalamualaikum semua,
Inilah yang dikatakan sebagai "talam dua muka". Mereka terlalu sibuk mengutuk dan mengkritik parit UMNO dan BN tentang taktik kotor yang digunakan untuk memancing undian dan juga sokongan orang ramai. Padahal mereka sendiri yang melakukan perbuatan tersebut, bahkan lebih dashyat dari itu.
Taktik mereka yang kotor ini hanya dapt memberikan kemenangan yang sementara sahaja. Sekiranya orang ramai sudah mengetahui tindakan mereka yang tidak bermoral ini, sudah pasti parti politik mereka ini akan dicerca dan diabaikan.
Sebut pasal politik kotor ni, perhimpunan Protes 2008 anjuran PKR tu pun dicemari perkara tak senonoh dan 'kotor' juga. Penyanyi kumpulan underground 'murahan' yang menunjukkan pung**** kt penonton. Dah la rata2 yang datang tu memang suka tunjuk perasaan.Last2 show yang bertujuan untuk menghibur pun dah bertukar jadi tunjuk perasaan kecil bila penonton mula membaling objek.. Penganjur pun...agak2 la kalau nak jemput artis tu...
Dah la main politik kotor, event yang dianjurkan pun ada isu 'kotor' ( tunjuk pung**** )... Memalukan...
betul...politik kotor, isu2 yang naik kotor, sampai perhimpunan pun jadi kotor jugak..kesiann..dah laa anwar, duduk rumah diam2, tak paya sibuk sangat nak jadi PM..
Post a Comment