Saturday, July 5, 2008

MELUAT, MENYAMPAH DAN SAMPAH


(Akuan sumpah sudah mula tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Cendawan di Projek Cendawan ZEK. Gambar DIY)

Petang tadi, KCL menelefon bertanyakan mengenai ada akuan bersumpah yang baru. Akuan yang dibuat oleh isteri orang.

Apa, ada lagi? Sudah gila membuat akuan bersumpah ke rakyat Malaysia sekarang? Akuan bersumpah bernilai RM4 ini sebenarnya boleh menghancurkan negara jika bertujuan menyebarkan fitnah. Janganlah pulak lepas ini macam cendawan tumbuh selepas hujan.

TV3, dalam Buletin Utama menyiarkan bahana fitnah. (Pembaca berita pun bacalah betul-betul, akuan bukan akaun. Haru betul.)

Sebagai wartawan memanglah saya ingin tahu perkembangan politik terbaru, tetapi saya memberitahu KCL, saya tidak tahu dan tidak ingin tahu.

Alasannya, saya sudah meluat dengan politik di negara ini. Kencing sana, kencing sini.

Sdr Rocky dan beberapa blogawan pun meluat dengan apa yang berlaku dalam politik negara ini.

Menjadi harapan kita agar negara ini segera aman daripada tindak-tanduk orang yang sudah biol dan hilang akal.

Pergaduhan politik sekarang bukan saja kotor tetapi seperti kanak-kanak tadika bermain pasir. Baling sana, baling sini. Belajar lagi la.

18 comments:

Anonymous said...

salam kemeluatan,
saya taknak sentuh tentang apa yang dato meluatkan itu.saya terlebih dahulu dah lamaaaaaa meluat dan bersampah-sampah sehingga tiada lagi nak dibakul sampahkan.di telinga saya masih terngiang-ngiang kata-kata dr.yong bahawa politik tidak kotor namun permainan atau budaya politik malaysia ini adalah sesuatu yang menjijikan.ok,saya meluat.
saya hanya ingin sentuh mengenai sesuatu penyampaian atau gaya sesuatu butir rencana atau berita yang harus disampaikan,saya perhatikan buletin tv3 ini para penyampainya terutama penyampai wanita bukan menyampai berita tetapi menyampai kejelitaan hak milik wanita auwww..dah lamaa dahh..oleh itu tak menjadi suatu kehairanan lah bila akuan menjadi`account`saya menunggu sebutan sumpah itu menjadi sesumpah pula.haruu...
kalau dato teliti lagi ada seorang penyampai wanita yang `chubby`kira cun lah juga suka menyampaikan kejelitaan seluruh tubuhnya melebihi isi berita.
`come on`lah buletin tv3,bangun,bangunnnn.

tajudin said...

Datuk Harimau

Kalau Datuk meluat sekali, saya lagi meluat 10 kali.

Kalau boleh saya bagi cadangan Datuk offline 5-10 hari - pergilah ke laut memancing, masuk hutan berburu atau buat lawatan ke pendalaman. Tengok kehijauan dan kebiruan luas mata memandang. Tenang dan mendamaikan.

Sekadar cadangan.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

Bersumpah dah jadi 'ber+sampah', iaitu satu longgokkan sisa yang perlu dibuang kerana berbau busuk. Kalau kita benar dan tidak buat salah, abe MIE rasa soal bersumpah tidak wujud.

Najib nampaknya bersumpah secara tidak langsung pasal pembabitannya dalam kes liwt dan isterinya dalam kes altantuya. katanya, HANYA ALLAH YANG TAHU SIAPA YANG BERSALAH. DIAKHIRAT AKAN DIADILI, TETAPI DIDUNIA PUN ALLAH AKAN TUNJUKKAN BALASANNYA.


Macam Pak Lah kata, fitnah sekarang semakin menjadi-jadi. Jadi, bersumpah macam dah jadi amalan biasa dan surat sumpah boleh dijual-beli. Ini dah jadi sumpah 'ular sawa berbelit' macam BALA.


pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Saya rasa, ada juga para blogawan yang membuat saya meluat dengan agenda "blog" mereka. Antara mereka, ada juga yang mengambil kesempatan dengan agenda masing2 dan membantu menyesatkan lagi pengunjung blog.

Rakyat pun sama bersalah, terlalu gullible!

Anonymous said...

salam en oooops datuk ibrahim..teringat cerita p ramleee..bang brahim yg loncat kuar dr gambar...on a serious note...datuk..saya malu dgn cara tv3 siarkan isu fitnah begiitu siap ada bacaan al-quran.bg contoh nabi yusuf saw .seolah-olah menyamakan pmimpin dgn nabi...apa ni..saya bekas pelajar komunikasi..ini teori apa ni..astaghfirullahalazim..teori spinning gasing ke apa..tak pernah dibuat org samakan pmimpin dgn nabi..sudah sudahlah..cara reporting begitu cuma undang backlash...saya malu kenapa begini jadinya media utk menegakkan apa yg belum pasti benar..pemimpin bukan maksum..jgn la nak dipaksa rakyat telan apa yg berlaku dgn manipulate ayat suci al-quran..saya sedih, malu, kecewa dan meluat..mcm mana org nak hormat media lg lepas ni...your ex-anak buah, nurad @ mrs keta kompot

Mazlan, said...

DIY,
Siapa yang mula main-mainkan akuan bersumpah ni? Bagi rakyat kampung seumur hidup 2 kali saja jumpa Commisionner of Oath.(Yang pejabatnya di bawah tangga, satu meja, satu kerusi,dua atau tiga batang pen, surat khabar dan yang maha penting ialah CHOP KELULI yang akan di bawa ke mana-mana kerana ia bernilai ratusan ringgit.)Kali pertama apabila anak nak masuk universiti apabila mendapat biasiswa atau pinjaman pendidikan, kali kedua anak nak berkerja.

ibrahim yahaya said...

Sdr EYSPJ,

Saya dari dulu lagi ketika bertugas di TV3 dan RTM mementingkan persembahan pembacaan yang baik dan betul. Saya mengutamakan pembaca berita dari kalangan wartawan supaya mereka tahu apa yang dibaca. Antaranya Kamarudin Mape dan Mazidul Sidik (TV3), Fathil Hidyat dan Hanim Muhili (RTM).

Mengutamakan "presenting the news" bukan "reading the news" dan rupa.

Jika pembaca cantik pun, jika baca entah apa-apa pun tidak guna juga. Rupa tu, sedap dipandang ok la. Janganlah menakutkan, nanti orang lari pula.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Terima kasihlah bagi pandangan.

Tapi...kalau tidak menulis, gatal pulak tangan ni. Abis camno?

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Mari kita buang sampah yang ada jauh-jauh. Jangan buang dalam laut,nanti mati pulak ikan tu.

Elok juga tanam supaya bau busuknya tidak menusuk lubang hidung kita. Tapi kalau belum mati macam mana nak tanam. Tak boleh pulak.

Oklah, kita proses semula sampah-sampah itu kot. Hantar ke Syarikat Kah Mun Ting Sdn Bhd supaya ia boleh dijadikan bahan berguna. Sebelum ini, syarikat berkenaan berjaya memproses plastik dan botoi-botoi kaca untuk kegunaan lain.

terubuk jantan said...

Salam Hari minggu dato,
Malam tadi secara bersendirian saya berpeluang menonton filem "ABANG" lakonan hebat dari Dato Rahim Razali,seniman Ahmad Yatim,Seniwati Umi Kalsom dan Ogy Ahmad Dato(Banyak lagi seniman yang terlalu berbakat dalam filem itu).Walaupun filem itu kali pertama saya tonton pada tahun 1981(pawagam Silver) namun pada malam tadi saya menontonnya ditemani dengan pendingin hawa,bantal yang empok,ada kudap-kudapan dari isteri tercinta(dia nak tangok cerekarama) dan alat penghalau nyamuk jenama "marlboro", berbanding tahun 1981 ketika usia remaja saya tidak terfikir saya akan menontonnya sekali lagi dalam keaadan yang benar-benar selesa.Dato,saya tidak mahu komen dengan apa yang dato postingkan kerana saya jugak berasa begitu oleh itu saya cadangkan Dato belilah dvd filem "ABANG" dan tontonlah sesi keluarga.SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DATO.

P/S: Lakonan "FUAD DIN" tetap memukau....

mat_terab said...

Politik ni sebenarnya tidak la busuk cuma manusia juga yang mencorakkan politik itu jadi busuk....?
contoh tahun 1998 Sapa yang menbusukkan politik kalau tak Umno juga yang menuduh Anuar dengan macam-macam fitnah akhirnya di dapati Anuar tidak bersalah....
Siapa yang menyebabkan sistem kehakiman punah dan busuk kalau bukan orang politik umno yang terlibat bersama Dato VK. Lingam...?
hari ini ada lagi tuduhan terhadap Anuar dan yang tak logiknya tuduhan tu di buat dengan melulu contohnya masa pun tak dinyatakan pukul berapa.....?
Dan kenapa pula tuduhan tu di buat semasa Kes melibatkan DS najib warga Mongolia itu hangat di perkatakan...?

Kulupbana said...

Datuk,
Saya pun pelik dengan 'attitude' ALIN bila baca berita lately ni; dia terlebih menjual 'body gestures' daripada menyampaikan isi cerita.

Senyum tak kena tempat, bermain mata serta menggerakkan profil badan seolah-olah memberikan signal kepada seseorang; pastilah yang tercinta.

Pernah saya dengar dua tiga penyampai berita mengakui bahawa jika selesai biasanya dia akan menyentuh kalungan rantai yang ber maksud 'saya amat mencintai awak' jika memegang cuping telinga maknanya 'kita jumpa lepas ni'. Wah dah jadi slot peribadi nampak gayanya tapi dulu biasanya penyampai ini pandai menyembunyikan gerak namun si Alin dah keterlaluan macam nak 'branding' pulak.

Elok lah jugak kot, awak tu dah makin meniti usia; yang tahu memahami. Ye tak Datuk?

Anonymous said...

Blogger seperti rocky bru buang tebiat kah? Mengapa pula beliau nak "strike" sekarang? Bukankah dia orang nombor satu yang beriyamelaporkan report polis Saiful, lepas tu tak sabar2 pegi sebarkan gambar Saiful dalam masa yang sebegitu sepantas kilat? Dan para blogger jugak yang dahulu menyebarkan SD itu ini.

Sekarang mereka nak meluat dengan politik?? KITA YAN HARUS MELUAT DENGAN BLOGGER SEPERTI MEREKA! Mereka juga secara langsung terlibat dalam permainan politik kotor ini!

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Mereka ni kencing sana sini sampai lupa kencing tu hancing. Dah la lupa nak tutup zip, bau hancing tu semerbak satu dunia.

Saya cadangkan mereka yang asyik kencing sana sini tu di sunatkan saja sekali lagi. Potong sampai habis. Bila dah habis nanti, nak buat secara ikut tabie tak boleh. Luar tabie lagilah tak boleh.

"Dua-dua" kantoi...

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Kalau Datuk meluat, saya lagilah meluat tengok adegan-adegan ahli politik pada masa kini.

Isu-isu mereka ini hanya menyebabkan ekonomi negara terencat dalam masa beberapa hari sahaja. Yang menjadi mangsa di dalam persengketaan mereka ini adalah rakyat juga, tidak kurang juga kepada polis-polis dan wartawan-wartawan yang kini dicerca atas tindakan mereka merencanakan isu-isu politik pada masa kini.

Namun begitu, ini adalah realiti. Ahli-ahli politik terpaksa berbuat demikian untuk melindungi diri mereka dan pekerjaan mereka kerana itulah "rice bowl" mereka.

Dasar terbuka yang diamalkan oleh PM kita pada masa kini telah membolehkan rakyat kita melihat dunia politik yang sebenarnya berlaku di dalam negara kita yang dahulunya selalu diselubungi dan juga dilindungi oleh pihak kerajaan. Inilah sahaja caranya untuk rakyat negara kita menjadi lebih matang terhadap aspek politik di negara kita.

Akan tetapi, sikap dan tingkahlaku ahli-ahli politik di negara kita masih kurang matang. Sebaliknya rakyat kita yang lebih matang.

Anonymous said...

Mentang-mentang la Akuan Bersumpah (SD) tu bernilai RM4, orang sesuka hati je buat akuan kan. Saya percaya lepas ni SD lagi jatuh 'value'nya. Malah kanak2 tadika pun boleh berani buat SD..Sedangkan tujuan SD tu dibuat sepatutnya untuk tujuan yang betul...

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Blogawan yang sesat akan menyesatkan orang lain. Oleh itu, jika sesat pulanglah ke pangkal jalan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nurad,

Lama dah tak dengar cerita. Sekali-sekala timbul jua. Selalulah bagi pandangan dan cadangan. Apapun, harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Fitnah itu adalah antara dosa besar. Maka penggunaan ayat suci Al-Quran itu mungkin bertujuan untuk memperingatkan penonton betapa teruk hukuman yang akan dikenakan terhadap orang yang membuat fitnah dan malapetaka yang akan menimpa mereka. Minta dijauhkan.