Tuesday, July 15, 2008

DEBAT 2008 : RAKYAT MENANG

Posting Terbaru (9.10 pagi (16/7/08)

Pandangan Blogawan mengenai DEBAT 2008.

ROCKY ( And the Winner is.... )

BIG DOG ( Anwar gagal pertahan....)

PAHIT MANIS ( ..Set new benchmark...)


Posting Asal (11.59 malam (15/7/08)

Debat malam ini dimenangi oleh rakyat.

Budaya baru dalam menangani kemelut negara.

Bukan demonstrasi tetapi berdebat secara sihat dan berani.

Anak jantan, tidak takut mati.

Tahniah Agendadaily.com.

(On the move. Posting guna Nokia E90)

26 comments:

Anonymous said...

datok,

kalau dari dulu ruang di buka kan bagus..

tentu tak ada demontrasi jalanan sperti yg suka sangat disebut oleh panglima perang shabery..

Anonymous said...

akum dato...secara keseluruhannya debat antara anwar dan shabery menampakkan kematangan kedua2 individu....cuma shabery ada sikit attack anwar tapi anwar gentle boleh senyum lagi....

kini masa utk rakyat buat penilaian...

Akar Umbi said...

DIY,

RAKYAT MENANG

Terlalu subjektif frasa di atas dan menimbulkan persoalan:-

1. Adakah bermakna rakyat akan menerima penurunan harga minyak?
2. Adakah rakyat menang kerana berbangga dengan hujah idola masing-masing?

Atau yang ini, paling saya khuatirkan

3. Adakah tajuk posting ini ada typo error, tertinggal satu perkataan sebelum frasa RAKYAT MENANG?

Anonymous said...

saudaraku tiger,

MEMANG rakyat yang menang. tetapi, pada saya Anwar dan rakan pakatannya yang lebih menang. Bukan menang dalam debat ini, tetapi menang dalam menyampaikan gagasan mereka kepada rakyat teramai.
Saya katakan begitu kerana selama ini isu yang Anwar dan rakan pakatannya bangkitkan hanya didengar oleh penyokong dalam blog atau ceramah mereka. Tetapi malam tadi, seluruh rakyat Malaysia telah mendengar apa yang hendak dijual oleh Anawar dan rakan pakatannya. Tak apalah jika mereka hendak membeli atau tidak apa yang Anwar katakan itu. Sekurang-kurangnya bagi mereka, rakyat teramai sudah mendengarnya. Mungkin bagi rakyat teramai perkara itu baru bagi mereka kerana sebelum ini tidak berpeluang membaca, mendengar atau menontonnya melalui media massa arus perdana.
Hakikatnya, apa yang Datuk Ahmad Shabery Cheek katakan malam tadi sudah berulang kali didengar, ditonton dan dibaca. Itu adalah jawapan piawai dan bertulis yang perlu dihafal oleh ahli Kabinet ketika menjawab persoalan mengenai isu itu.

Anonymous said...

salam berdebat,
menteri penerangan perlu menunaikan janjinya,tapi beliau menyerahkan kepada pak lah.pak lah takkan nak buang dia kan?hahaha...

DSAI menang ko.
naib canselor uum memalukan diri sendiri dan warga uum.
JJ bagi soalan yang memihak kepada shabery kalau dalam `court`seperti peguam memberi soalan memimpin.

DSAI menang tentulah rakyat menang tapi DSAI pun ragu-ragu atau terlupa janji hanya lima puluh sen saja ke?

Menteri Penerangan anak jantan sebab sanggup berdebat tapi dalam debat menyerang DSAI secara peribadi,sentuhan hal minyak petrol dan ekonomi merapu-meraban.

rupanya malaysia dah seratus tahun mengorek minyak,minyak hampir dah nak habis menurut menteri penerangan atau saya yang tak dengar dengan jelas.

rumusan saya.sepatutnya JJ diganti dengan Dato saleh majid,nordin kardi diganti dgn DAKJ dan zul sulong diganti dengan DIY.

debat tak perlu bias dan memihak kepada satu pihak berdebat biar secara ilmiah dan menghujahkan fakta-fakta yang jelas dengan statistik dan angka yang tepat.sejarah jangan dilupa.

buat sekali lagi debat,moderator salleh majid dan dua wartawan yang seimbang untuk kedua belah pihak DAKJ dan DIY.

tapi saya rasakan itulah malam terakhir untuk DSAI muncul kot,apakan daya DSAI adalah pejuang.Pejuang perlukan pengorbanan untuk rakyat jelata.jikalau DSAI dipihak yang benar dan tulus syurga adalah untuk beliau jikalau sebaliknya nerakalah untuk beliau.saya rasakan tak perlu lagi kita menghina sesama agama dan sebangsa.kita tak perlu bias dan memihak kepada yang bukan hak.

Di Rejab ini kita berdamai-damailah untuk diri kita sendiri.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Nampak Anwar lebih fokus terhadap isu tetapi teori ekonomi beliau yang bergantung kepada wang PETRONAS sebagai penyelesai masalah untuk jangka panjang adalah umpama seorang anak muda yang menghabiskan harta arwah bapanya dengan berjoli sakan.

Mudah bagi Anwar untuk mencadang sesuatu yang menjadikannya popular, sedangkan Shabery terpaksa mempertahan sesuatu yang telah dibuat yang nyata tak popular.

NIzATIe said...

Dato'Tiger

Bila buku bertemu ruas...selepas debat perlu ada tindakan susulan kerajaan..ada input DSAI yg boleh difikirkan bersama..tapi DATO'SHABERY hebat gak rupanya!!

terubuk jantan said...

Dato,
Satu perkataan mengambarkan buat Dato shabery Cheek.."TAHNIAH"kerana anda telah melakukan yang terbaik dan jelas,"tahniah DATO SHABERY CHEEK"

ibrahim yahaya said...

Sdr Nubaily Munzir,

Jangan tanya kalau dulu lagi dibuka ruang. Tetapi tanyalah apakah selepas ini ruang-ruang seperti ini akan terus dibuka dan dilebarkan untuk ditonton oleh rakyat jelata? Jawapannya ya.

Bagi saya, melihat pendekatan yang diambil oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek dalam masa terdekat ini, kita mungkin akan terkejut dengan pelbagai perkara baru yang diperkenalkan pada masa depan.

Lihatlah bagaimana beliau mendekati blogawan selepas dipilih menjadi Menteri berbeza dengan rakan sejawatnya sebelum ini. Tiada lagi GOBLOK tetapi GO BLOG atau teruslah berblog selagi bukan fitnah, menghasut atau sampah.

Lihatlah bagaimana beliau mengutarakan program BLOG yang bertujuan untuk terus mendekati blogawan. Mereka ini memainkan peranan penting dalam PRU12 lalu. Jangan diketepikan, nahas nanti.

Lihatlah bagaimana beliau membuat siaran langsung setengah jam dari Dewan Rakyat. Kita dapat menyaksikan bagaimana Dewan Rakyat dijadikan sarkas oleh badut.

Semua ini memerlukan keberanian dan sokongan padu semua pihak. Anak jantan inilah perlu disokong.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya melihat apa yang ingin dilakukan oleh Panglima Perang Paklah ialah mempertontonkan kepada rakyat Malaysia SIAPA yang beliau hadapi dalam debat itu.

Beliau menghadapi orang yang sudah 16 tahun dalam politik. Pernah menjadi Timbalan Menteri, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Orang yang pernah berdemokrasi dan jawatan Menteri Kewangan diberi. Orang inilah yang menentang Tun Razak, Tun Mahathir dan kini Datuk Seri Abdullah Badawi. Menentang untuk mencari sesuatu daripada penentangan itu. Itu yang Panglima Perang mahu londehkan. Itulah agaknya hasrat seorang pendebat.

Perlondehan ini akan membolehkan rakyat menyaksikan bagaimana seorang yang pernah berada dalam kerajaan tiba-tiba cuba memukau kita dengan perkataan rasuah terus berlaku, kronisme, tidak telus, tidak cekap, tidak prihatin, menindas rakyat atau segala macam alasan di bawah matahari. Ini yang menyebabkan rakyat terus dibuai dengan dodoiannya dan pasti memarahi kerajaan ditunjangi UMNO.

Hakikatnya negara menghadapi kemelut ekonomi yang disebabkan oleh faktor kenaikan harga minyak dunia, bukanlah dibuat oleh Paklah, Najib atau sesiapa saja di negara ini. Jika ada berlaku kelemahan pentadbiran sekalipun, demonstrasi jalanan dan menghasut rakyat membenci kerajaan bukan formula terbaik. Yang salah, itupun jika ada, mungkin ialah rakyat sendiri kerana membuat pilihan pada PRU12.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Saya penuh yakin rakyatlah yang MENANG dalam DEBAT 2008. Kemenangan rakyat akan terus dirasai jika Agendadaily.com terus mengadakan debat seumpama ini untuk membolehkan rakyat jelata menilai hujjah kerajaan dan pembangkang. Siapa anak jantan, naiklah ke pentas debat itu.

Dalam ucapan pemimpin, sama ada kerajaan atau pembangkang, segala yang diutarakan mungkin tidak disanggah atau ditangkis ketika itu. Tetapi dengan berdebat ini, hujjah atau sesuatu dasar yang diutarakan boleh ditangkis atau dihujjah secara gentleman bukannya membaling batu kepada polis dalam demonstrasi jalanan. Ataupun menjerit dalam konsert tunjuk punggung dan menyanyi lagu jilat.

shastrishah said...

Tuan,

Syabas to Agenda Daily, Anwar Ibrahim, Shabery Cheek, Johan Jaafar! Like you said, we all MENANG! HIDUP MALAYSIA!

MEDIA WATCH
shastrishah.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Putera Gombak,

Sebagai orang yang pernah berkhidmat dalam kerajaan selama 16 tahun, hanya orang buta atau pekak sajalah yang tidak boleh menilai keupayaan DSAI berucap. Ini mungkin semua orang setuju dengan saya. DSAI pandai bermain dengan kata-kata dan emosi penonton di dewan atau di rumah.

Berbeza dengan Panglima Perang yang lebih straight forward dan mempertahankan dasar kerajaan. Namun, sebagai menteri setahun jagung, Panglima Perang dengan tiba-tiba telah menaikkan darjatnya sama seperti ahli politik yang berpengalaman. Yang berbeza ialah beliau tidak membuat apa yang dibuat oleh DSAI. Panglima Perang mampu memberikan hujjah yang baik dan menyakinkan untuk pemahaman rakyat. Beliau berjaya memberikan contoh-contoh untuk membuktikan apa yang dihamburkan itu bukan omong-omong kosong atau janji langit dan bulan. Buktinya diperolehi kerana beliau "on the ground" iaitu bertugas di Venuezela dua minggu lalu. Sebagai Menteri beliau tidak boleh "menggelembong orang" kerana ia imej yang tidak baik, bukan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin pembangkang.

Sudah tentu hujjah Panglima Perang sama dengan PM atau TPM kerana itulah perkara yang sepatutnya diperjelaskan kepada rakyat. Menjadi malapetaka jika Panglima Perang menyebut lain daripada apa yang pernah disebut oleh PM atau TPM, yang menyaksikan beliau tidak cekap atau bukan "team player".

Walaupun ada pemimpin UMNO yang bertepuk tangan, mungkin kerana melihat ada insiden "memperlekehkan" Panglima Perang oleh DSAI, hakikatnya mereka yang bertepuk tangan itulah yang selama ini tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan DSAI sebagai anak jantan. Mungkin bagi mereka membuang masa atau tidak perlu memberi publisiti kepada DSAI. Tapi Panglima Perang berfikiran lain dari biasa. Bukan tabiat luar biasa tetapi untuk membiasakan rakyat negara ini dengan budaya baru - berdebat secara sihat dan berani.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya tidak boleh menggantikan Sdr Zul Sulong kerana beliau adalah wartawan yang dipilih oleh kumpulan DSAI. Sudah tentu kumpulan itu tidak memilih saya memandangkan persoalan yang ditanya mungkin tidak boleh dijawab oleh DSAI. Ada antaranya mungkin tidak ada kena mengena dengan tajuk. Bagi saya, untuk menjadi pemimpin negara ini, anda perlu jujur, budiman dan mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara. Saya lebih rela menjadi blogger dan tidak menjadi PM jika inilah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Saya tidak mahu menjadi PM tetapi agama, bangsa dan negara saya tergadai dan maruah terkubur.

Anonymous said...

saudaraku tiger,

KALAU hujah-hujah itu juga yang dijaja, usahlah nak berdebat. Kita dah tahu semua hujah itu.
Tapi yang rakyat ramai tak tahu, apaa yang Anwar dan rakan pakatannya hendak katakan. Macam kata saudara, inilah peluang terbaik dan mungkin satu-satunya ruang yang mereka peroleh untuk mencanangkan gagasan mereka. Selepas ini, tak tahu bila lagi pembangkan dapat berbuat demikian.
Jika soal pengalaman diambil kira, mengapalah dihantar orang yang bukan lawan Anwar sebagai Panglima Perang (sekadar meminjam istilah saudara). Kalau penglima - tidak gentar, gentlemen -tidak ungkit soal tiada ke mengena dengan debat, Apa pasal pulak si panglima bangkitkan isu peribadi. Bak kata Anwar ini bukan ruangnya.

epain said...

walau apa pun...yg penting dua2 pihak "berani"...

kalau selama ini pembangkang dilihat sebagai "asyik baling batu sembunyi tangan"...semalam membuktikan segalanya...dan hujah mereka "constant"...

datuk shabery pula membuktikan kerajaan sedia berdepan dgn sesiapa...walau di parlimen mahpun di pentas debat...cuma dtk shabery perlu "bantuan" dr rakan2 kabinet lain utk berikan hujah...hujah semalam tu adlh "scrypted"...

apa hal pun...tahniah buat semua yg terlibat...especially agenda daily.com yg "berani" kuarkan idea debat ini...

adakah ini menandakan senario br malaysia?...yakninya lebih banyak debat lg selepas ini?...

siamangagap said...

ANWAR IBRAHIM VS SHABERY CHEEK

Tiada perkara baru yang didebatkan dalam soal kenaikan harga minyak antara mereka berdua malam tadi. Semua yang ditimbulkan sudah pun menjadi pengetahuan umum. Tidak ada pun jalan penyelesaian.

Anwar ambil mudah sahaja. Berikan dia kuasa menjadi Perdana Menteri dengan kerajaan barunya, tahulah apa dia hendak buat. Tetapi Anwar tidak boleh kelentong setiap rakyat setiap masa. Bukan mudah mengawal harga minyak yang dikuasai oleh pedagang asing yang mementingkan untung semata-mata. Minyak yang ada di negara kita cukup makan sahaja.

Shabery pun tidak memperincikan kenapa kerajaan telah menaikkan harga minyak padahal inilah wadah yang terbaik untuk kerajaan memberi penjelasan yang meyakinkan. Beliau sibuk mengungkit kisah silam Anwar yang semua orang tahu kaki gempak dan kelentong. Beliau jelas tidak profesional dan meyakinkan.

Hasilnya, rakyat menghabiskan masa untuk menyaksikan mereka yang mempunyai kepentingan politik peribadi - seorang hendak menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi mencari populariti dan tempat dalam hieraki UMNO - sedangkan rakyat masih terbeban dan terpinga-pinga dengan kehidupan yang semakin payah dan merunsingkan.

Anonymous said...

Wahai Tiger,
kalau tinggal 16 tahun dalam zoo pasti makan tanggung,masakan boleh berkata apa apa, mengaum pun tak boleh. kalau dilepaskan kat hutan pasti mati kelaparan kerana hidup makan tanggung.
mentaliti subsidi,tiada keikhlasan.harap anda berani siarkan kata kata ini wahai harimau mainan.

Unknown said...

Salam Dato

Secara nyatanya dato sri anwar lebih berwibawa dan bersedia dgn hujah-hujahnya..taniah

Setinggi tahniah juga kpd Shabery kerana beliau sekurang-kurangnya berani berhadapan dgn Anwar. Sanggup berdepan dengan lawannya yang jauh 2 lebih berpengalaman dan berpidato.

Dan yang kalah dan patut meletak jawatan adalah Dr Nordin Kadri, mantan Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan kini Naib-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)

wasalam
carcoon

Mohd Nadzri Kamsin said...

Anwar sudah pun ditangkap. Saya ada mengulas lebihn lanjut Debat Anwar-Shabery dalam blog saya.

nadzrikamsin.blogspot.com

Anonymous said...

hah! typical umno and bn goons, bila kalah cakap rakyat menang. Bila terlepas Batu Puteh cakap win win situation. hell!

rush

Anonymous said...

Saya lebih rela bersekutu dengan Cina, India dan bangsa lain daripada bersekutu dengan bangsa Melayu saya yang bukan bertambah baik namun bertambah buruk.

Mana mana parti politik di dunia ni akan jatuh juga akhirnya. Kalau di Britain nyawa parti Labour dah nyawa ikan.

Janganlah saudara berdendam dengan DSAI. Biar dia membela rakyat kalau BN dan UMNO telah gagal. Saudara sudah berjaya rumah besar dan tanah yg luas.

Pergilah ke kampung saya di Muara Tebas Kuching. Tak jauh dari airport 30 minit sahaja dan melalui rumah Datuk Taib. Dari dulu hingga sekarang macam ni hidup kami.

SidakGonjeng

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Beberapa rumusan menurut pandangan LFS daripada sesi debat tersebut iaitu:

1. Kedangkalan, kebodohan, tidak profesional, tidak matang dan kebudak-budakan adalah sifat yang telah ditunjukkan oleh Shabery Cheek (SC).
2. SC adalah merupakan contoh kualiti pemimpin yang dipilih oleh Pak Lah di dalam barisan kabinetnya. Inilah kualiti barisan menteri yang ada di negara kita di bawah pentadbiran Pak Lah. Ini tidak menghairankan kerana Pak lah sendiri tidak mempunyai kapasiti intelek yang setaraf malah yang jauh kebelakang jika ingin dibandingkan dengan tokoh-tokoh seperti Tun Mahathir, DSAI, dan Tun Musa Hitam.....baca seterusnya

http://fikirlahsendiri.blogspot.com

Anonymous said...

persoalannya sekarang tajuk debat itu ialah hari ini tubuh kerajaan esok harga minyak turun, bukannye wajarkah Anwar Ibrahim mnjd PM dan sebagainye.sepatutnye Shabery menegakkan dasar2 kerajan dan memberi bukti perolehan hasil dari kenaikan minyak dan penstrukturan semula subsidi.tetapi die tidak memilih sebigitu sebaliknye hujah-hujah die lebih kepada mempersoalkan kewibawaan Anwar sebagai seorg pemimpin.seharusnye die harus professional dan tidak seharusnye menyentuh hal peribadi.saya bukanlah penyokong Anwar tp bg saya sekurang2nye Anwar mempunyai idea untuk tidak menaikkan harga minyak secara mengejut dan begitu mendadak seperti yang di buat oleh kerajaan.saya sering tertanya-tanya kenapa wakil-wakil kerajaan suke berkata "die bukannye pemimpin..bolehla nak cakap ape.."kate-kate seolah-olah tidak melambangkan kredibiliti seorang pemimpin.sebagai seorang pemimpin seharusnye bersiap sedia dengan apa juga soalan pandangan dan kritikan dan mampu memberi penjelasan dalam menegakkan ape yang dilakukan oleh kerajaan..come on kerajaan..you all must wake up..

Anonymous said...

Memang dinafikan Anwar memang 'class' bila berhujah. Point yang beliau sampaikan memang clear dan jelas untuk difahami oleh segenap lapisan masyarakat.. Memang bukan calang2 orang yang boleh mematahkan hujah beliau. Sebab itulah penyokong2 Anwar terlalu taksub dengan beliau sehingga mereka mudah termakan kata2 beliau..

Anonymous said...

saya setuju dengan rush....dari pemerhatian saya dan kajian rawak lebih ramai yang memihak anwar dari shabery(si mulut buih)