Tuesday, July 15, 2008

PEMBANGKANG SAJA MEWAKILI RAKYAT?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebelum keluar daripada Dewan Rakyat semalam kerana hampa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri ditolak oleh Speaker, mempersoalkan mengapa "suara rakyat" yang dibawanya itu ditolak.

Ketika itu, ramailah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah serentak bersuara iaitu "kami pun mewakili suara rakyat" amat menarik dibincang siapakah sebenarnya yang mewakili rakyat - ahli parlimen parti kerajaan atau pembangkang.

Bagi saya, Ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak adalah suara rakyat dan mereka perlulah mengutarakan masalah pengundi dan mengemukakan pandangan bernas untuk kepentingan rakyat di dewan mulia berkenaan.

Oleh itu, tindakan sesetengah Ahli Parlimen yang sengaja mahu membawa "isu-isu politik" kepartian di dalam dewan sudah tentu merugikan rakyat. Ini kerana mereka adakala mengambil masa yang panjang untuk bertelagah mengenai isu politik yang ada antaranya sudah basi dan diulang tayang.

Antara isu-isu politik yang dibawa ialah tuduhan rasuah terhadap kerajaan, perjuangan politik perkauman sempit, nepotsime politik, ingin menegakkan negara Islam, terlalu lama menjadi presiden dan peralihan kuasa.

Ada juga pertelagahan besar membabitkan Ahli Parlimen yang suka memanggil gelaran antara satu sama lain seperti katak, barua, bodoh atau orang utan. Pertengkaran mengenai gelaran ini menyebabkan Dewan Rakyat menjadi riuh rendah dan akhirnya bertukar menjadi sarkas. Ahli Parlimen pula dilihat macam haiwan sarkas.

Ahli Parlimen perlu menggunakan kesempatan di Dewan Rakyat untuk membangunkan negara ini menerusi cadangan dan pandangan bernas. Mereka perlu menggunakan masa yang diberi untuk membuat teguran dan kritikan membina kerana mereka adalah wakil rakyat.

Jika sesekali menggunakan isu politik boleh dimaafkan tetapi jika setiap ayat terkeluar daripada mulut mereka mempunyai unsur-unsur seperti itu sudah tentu dewan tidak akan dapat berjalan dengan baik. Rasa marah dan dendam sentiasa membara.

Jika rakyat mengetahui apa yang dilakukan di Dewan Rakyat hanya membuang masa dan ingin menegakkan benang basah, sudah tentu mereka akan kecewa dan hampa. Ahli Parlimen sebegini perlu ditolak dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Saya juga merasakan bahawa tindakan pembangkang keluar dewan juga adalah satu manifestasi kumpulan berfikiran singkat dan mencari publisiti murahan. Publisiti untuk apa? Adakah publisiti itu menguntungkan rakyat?

Oleh kerana ingin menunjukkan "penyatuan" atau mahu memperlecehkan Speaker Dewan kerana ketegasannya, maka pembangkang pun keluar dewan beramai-ramai lagaknya seperti "hero yang baru pulang daripada peperangan". "Kepulangan hero ini" amat dinanti-nantikan oleh wartawan dan jurugambar di luar dewan.

Sebenarnya, tindakan mereka itu merugikan rakyat dan negara.

Ada pihak di sini menganggapnya sebagai SANDIWARA.

22 comments:

Anonymous said...

memang ahli parlimen pembangkang mahupun kerajaan mewakili rakyat, tetapi sejauh mana perjuangan yang di bawa? apa yang saya lihat, ahli parlimen pembangkang yang lebih menyerlah...

Mohd Nadzri Kamsin said...

Di Malaysia, sudah jadi trend. Kalau ahli dewan tk berpuashati, ramai-ramai keluar dewan. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sama sahaja. BN atau Pakatan Rakyat pun sama sahaja. Kedua-duanya pernah buat benda yang sama.

nadzrikamsin.blogspot.com

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Pemimpin UMNO menjadi sombong dan angkuh kerana telah lama berkuasa dan mengaut harta dengan kuasa yang ada.

Pemimpin pembangkang mula besar kepada dan biadap sebaik dipilih jadi Ahli Parlimen.

Akhirnya kedua-dua pihak akan memiliki perangai yang sama.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Jika Sdr berada di Parlimen, Sdr juga akan menyaksikan bagaimana ramai "hero" dari kalangan Ahli Parlimen parti kerajaan turut mengambil bahagian memberikan kritikan membina dan cadangan bernas. Ada antara mereka ini sesuai untuk diketengahkan menganggotai Kabinet kerana pandangan dan cadangan yang mantap. Namun, seperti biasa mereka perlu menunggu giliran keraan mereka juga perlu bersaing di antara sesama mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nadzri,

Bagi saya, tidak kira wakil rakyat daripada parti pembangkang atau kerajaan, jika mereka bertindak keluar dari dewan atau DUN, ia akan banyak merugikan masa, tenaga dan wang.

Berbahaslah seperti orang dewasa bukan berperangai seperti budak-budak tadika. Jangan selalu merajuk. Sesekali bolehlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Dalam keadan di mana budaya dan pola pengundian calon pilihanraya di negara ini sudah berubah, semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Jika dulu, letak sesiapa saja akan menang jika parti itu popular. Tetapi sekarang ia tidak semestinya begitu. Calon bebas juga mampu menumbangkan calon parti kerajaan. Ingatlah.

Anonymous said...

sebab pemimpin umno sibuk mengumpul duit dan membina kekayaan. Saya tak pernah pun melihat pemimpin umno yang hidup sederhana. Semua kaya raya malah melampau. kenapa ya? Bagaimana mereka mengumpul kekayaan?

zamri mohd nor

Anonymous said...

Dato,

Apa yang saya lihat, dan sangat ketara sekali di Dewan Rakyat, Speaker amat berat sebelah dan jelas sekali berpihak kepada ahli BN. Segala usul pihak pembangkang ditolak. Kalau ini berterusan, sampai bila-bilapun Parlimen Malaysia tak akan mencapai status "World Class Parliament".

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Dulu Zaman TUN DR MAHATHIR jangan kata nak keluar dewan nak bercakap pun bila tengok TUN jeling sikit masing-masing....

P/S: Teringat parlimen masa zaman TUN duduk sebelah TUN GHAFAR(GANDINGAN MANTHOP)

ibrahim yahaya said...

Sdr Zamri Mohd Nor,

Berbeza dengan UMNO, ramai pemimpin MCA memang sudah kaya baru masuk politik. Jadi orang Melayu perlu jadi kaya dulu sebelum masuk politik. Kalau belum, nanti masuk politik untuk menjadi kaya. Lepas tu, kaya raya.

ibrahim yahaya said...

Sdr JBS,

Sebut pasal Speaker, teringat saya Tun Zahir Ismail yang dihormati oleh AP parti kerajaan dan pembangkang. TS Pandikar kena banyak sabar dan rajin belajar agar dihormati semua pihak.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Lain orang, lain auranya.

Anonymous said...

Saya rasa tak timbul masalah tak adil dan berat sebelah sebab masing2 diberi peluang bercakap tapi selalunya pihak pembangkang ni bila bercakap selalunya isu2 yang tak sepatutnya diungkitkan. Kononnya mereka sajalah yang mewakili rakyat. Padahal pada hakikatnya mereka selalu membangkitkan isu2 ke'parti'an saja. Macam usul yang dibawa Wan Azizah yang ditolak Parlimen adalah semata2 politik, bukannya ikhlas mewakili suara rakyat...

Anonymous said...

Assalamuaikum semua,

Mereka beranggapan bahawa mereka telah berjaya menambat hati para rakyat dengan melemparkan kata-kata tentang ketidak-yakinan terhadap kepimpinan AAB disertai dengan hujah-hujah dan spekualasi yang radikal dan berat sebalah.

Walaupun ini merupakan strategi mereka untuk melemahkan pentadbiran kerajaan rakyat pada masa kini namun begitu ada juga pihak-pihak yang sedar tentang kelemahan serta adegan-adegan lakonan yang dilakonkan oleh mereka.

Mereka melihat masa dan peluang ini adalah yang terbaik kerana isu-isu dan juga keadaan yang kecoh ditimbulkan oleh mereka untuk melemahkan pihak kerajaan yang ada sekarang ini.

Tapi suara mereka bukanlah suara wakil keseluruhan rakyat. Ini adalah pasti dan yakin. Saya percaya hanya sebilangan minoriti sahaja yang menyokong usul tidak percaya kepada PM sekarang ini kerana tindakan PM untuk menyuarakan kenyataan untuk melucutkan jawatan pada JUN 2010 telah meredakan kemarahan sebilangan pihak yang tidak yakin dengan kepimpinan AAB.

Razlan said...

Salam tuan,

PRU sudah habis, tumpukan perhatian kepada Pembanggunan dan Pembaikkan dasar kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu, kita telah bertolak ansur dengan mereka.

Tetapi jangan diusik 2 perkara.

Agama Islam dan Hak Ketuanan Melayu.

Rakyat sudah tahu agenda Pengkhianat bangsa, mereka ini semua bersengkonkol dengan Bangsa lain untuk mendapatkan KUASA.

Jangan kita terpedaya, Melayu mesti kuat dan bersatu untuk menahan ANASIR-ANASIR ini.

Perjuangan untuk samarata tidak boleh wujud didalam Negara INI.

Negara INI adalah Negara Islam dan Ketua Negara ini adalah Melayu(Raja)

Jadi, kami bukan memainkan isu perkauman, kami mempertahankan hak kami yang mana Bangsa lain merobek dan merompak setiap saat.

BN memerintah dengan aman dan sejahtera, yang membuat porak peranda adalah Pembangkang yang bertopengkan Islam dan Mereka inilah dijadikan BONEKA bangsa Lain.

Pikirkan bersama ..

Jangan Susahkan Rakyat yang telah memilih BN....

zukeri said...

Bila dah terdesak, apa saja sanggup dilakukan. Inilah yang dilakukan oleh Wan Azizah.

Kalau saya jadi Speaker, saya terus tampar sapa yang biadap dalam parlimen.

Quantum Metal Consultant said...

Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk mengkaji semula cara dan peraturan perbahasan di parlimen Malaysia memandangkan cara yang ada mungkin agak 'statik' dan tidak membawa banyak kepuasan dari segi memberi pendapat yang sesuai.

Sesuatu isu harus dibahagikan dan dibahas dalam beberapa kumpulan kemudian wakil mereka dibenarkan berhujah dengan agak terperinci dan kemudian Parlimen memperuntukan kepada AP tertentu pula untuk mencelah dan berhujah. Apa yang dimaksudkan ialah 'sistematik' di mana memberi peluang kepada majoriti AP untuk berbahas.

Parlimen harus mempunyai beberapa AJK dalam beberapa perkara termasuklah AJK yang membincangkan usul usul penting yang perlu dibahaskan dan bertindak memberi nasihat kepada Speaker.

Speaker harus tidak dibiarkan terlalu banyak kuasa sehingga tidak mampu menilai dan mengawal. Speaker lebih berperanan untuk memastikan sistem dan peraturan dipatuhi dan bukannya diheret untuk membuat keputusan sendiri dan berpotensi berat sebelah. Speaker wajar bukan dari kalangan ahli politik atau AP tetapi wajar kepada golongan pro yang lain.

AJK yang bakal mengkaji harus terdiri dari pelbagai golongan yang matlamat dan tujuan ialah untuk melihat aspirasi rakyat di akar umbi dapat disuarakan sebenar benarnya di parlimen dan bukan ikut sedap politik peribadi AP itu sahaja.

junkopile said...

assalamualikum tok tig
senario politik mereka yang syok sendiri dan untuk rakyat mmg berbeza tok, kalau kta tgk arafat dulu matlamat perjuangan bersama fatah utk rakyat n agama tak sama dgn keadilan tok, mereka dah terlupa landasan dan dasar mereka bila berpolitik dan merasakan semua yang dibuat betul n bila dah rasa orang lain semuanya salah adala yg x kena tu, saya tanya org kg depa tok pergi sendiri ke che*** TOk**(smlm), depa kata sejak dia keluar ni kroni2 dia ja, tah tatau la, dia tanya plak saya tok 'hang rasa betul ka cerita dia tuh???
kadang2 tok ckap mmg senang tp nak buat bkn senang

Anonymous said...

Ye lah tu suara rakyat..Drama je tu, nak jadi hero konon..Saja perangai suka buat kacau, nak buat macam mana..Lepas tu tak puas hati, keluar..sampai bila nak macam tu?Tak hormat dewan langsung..Pemimpin jenis apa ni?x tahan dengan tekanan, kalau ada problem je, melarikan diri..

Anonymous said...

kepada zukeri..patutla tak jadi speaker! memang tak layak pun...

Anonymous said...

Saya sangat tak suka akan pernyataan Azizah...
Bukan semua rakyat sokong PR..
Janganlah guner perkataan utk RAKYAT
tapi hanya bermotifkan politik..

Anonymous said...

kadang2 utk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena sorot kembali kronologi kenapa berlakunya masalah tsbt. ibarat kalau dapat penyakit maka kita kena cari punca penyakitnya. kemalangan ke, virus ke, jangkitan ke, rasukan jin ke. atau kalau terasa pedas sudah tentu kerana termakan @ sengaja makan lada.
punca haru-biru dlm negara ini adanya sifat2 tidak ikhlas, tamak kuasa dan harta, khianat, dengki, lupa agama, nafsu jahat,kepentingan diri takabur, tiada perikemanusiaan dll sifat mazmumah; mari kita sorot kronologinya:
Janji PM nak benteras rasuah serta memberi kemakmuran. bila rasuah masih juga berjalan,timbul ketidakadilan, maksiat berleluasa, jenayah semakin merebak, rakyat tertekan. org2 parti pemerintah hidup mewah.org2 parti pmbangkang galak membuka kebejatan fe'el pembesar2 kepada umum.
rasa tidakpuas hati rakyat melonjak2. keadaan makin gawat jadinya.berlaku kes bunuh wanita mongolia masih panas di mahkamah, mengejutkan keranan dikatakan terlibat ialah org2 berkedudukan tinggi dan peranan media ikut membuka pekong @ pelbagai rahsia. ada pemimpin yg panas punggung. Pak
Lah isytihar PRU12. medan semakin luas terbuka. gelanggang untuk meluah rasa masing2 sudah ada melalui kempen ceramah,tv, radio, akhbar, blog2 dan forum kedai kopi.
Bila berlaku tsunami politik, ada sesetengah org jadi sawan, meracau, kena penyakit kronik, tidak terima kenyataan,hilang pangkat @ kuasa @ pendapatan. nasib baik tidak hilang nyawa. cerita pitalinggam jadi hidup balik. Tun M meracau marahkan PL, disuruh undur dari takhta PMnya. Putera beliau ikut mendesak. Harga minyak naik banyak dan diisytihar mendadak oleh PM.
Tun M keluar UMNO, Ezam MN masuk UMNO.DSAI mewarwarkan akan berlaku lompat parti dan memberi tarikh september nanti utk 'bah besar' menjadikan pantai berubah.
Editor blok MKni, RPK ditahan kerana buka semula story wanita mongolia hingga menghantui memanda timbalan dan beberapa org terapat dgnnya. suasana makin gawat hingga mengecutkan perut sesetengah org yang berkedudukan.
Alih-alih muncul Saiful bawa cerita kat polis dia diliwat DSAI 7-8 kali oleh orang tua 62th tu. jadi popularlah dia lebih dari raja sms, tanpa perlu AF @ pertandingan apa-apa. ekorannya ada pula akuan bersumpah 2X oleh Bala dlm masa tak sampai 24 jam.Bala pun hilang meninggalkan bala.
Jangan kita lupa negeri2 yg berada ditangan parti2 pembangkan @ PR sejak PRU12 sering jadi bahan celaan n hinaan oleh media2 perdana.Demonstrasi Protes kenaikan harga minyak di Stadium tempohari & MB Ustaz Azizan naik jet mewah ke Brunai DS dieksploitasi kisahnya.
Dalam pada itu muncul pula cerita nak diadakan muzakarah yg selama ini (hampir 2 dekad) takjadi2 antara pas-Umno. sengaja ditimbulkan semula utk menimbulkan kemarahan awak2 gabungan PR.Mungkin tak jadi pula sebab Tun M dah berbunyi (malam tadi) satu macam tidak percaya terhadap Pas. tak habis2 dia nak bermusuhan dgn parti Islam tu.
Malam tadi juga di DBP/TV9 ada debat DSAI dgn DAS Menteri Penerangan baru setahun jagung (baru habis edah). Keputusan per 100 bolehlah dikatakan spt berikut:
Agendadaily - 98.
Datuk JJ - 90.
DSAI - 83.
DAS - 46
DNordin Kardi- 44
Zulkifli Siasahdaily - 42.
Sekian.