Sunday, July 27, 2008

JEFF OOI DI BLOG RTM MALAM INI

Ahli Parlimen dan blogawan, Jeff Ooi, akan ditemuramah dalam program BLOG di RTM1 jam 8.40 malam ini.

Kemunculannya sudah tentu ditunggu penonton terutama perjalanan hidupnya sebagai wartawan, blogawan, ahli politik dan blogawan yang disaman di mahkamah.

Apakah perkara menarik yang akan ditanya kepada beliau? Mengenai dunia blog secara umum? Iklan dan blog? Penguasaan pengiklan dalam blog? Perbandingan seorang blogawan dan ahli politik? Tindakannya melompat dari Gerakan ke DAP?

Selamat menonton.

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http;//pkrpasdap.blogspot.com

salam...

lompat biasalah sekarang. dulu kita kata orang sabah dan sarawak tak bertamadun sebab suka melompat sekarang kita dah ikut trend. ezam dari PKR ke UMNO, Anwar dari UMNO ke PKR, Mahathir dari UMNO ++++, itulah dikatakan politik tidak kekal dan politik kena jadi macam pasaran sahama. orang akan beli mana saham menguntungkan...

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Lompat parti mungkin ada faedahnya mengikut perkiraan masing-masing. Jangan lompat masuk gaung maut atau masuk jerat anasir luar yang mahu menghancurkan negara.