Pemimpin pelapis UMNO dari Melaka, Datuk Idris Haron, diberi laluan oleh Ketua Bahagiannya untuk menggantikan beliau.
Itulah semangat terpuji yang ditunjukkan oleh ketuanya, Datuk Yaakub Md Amin. Saya pernah bertemu Datuk Yaakub dan mengetahui hati budinya.
Bagaimanapun, laluan anak muda ini tidak mudah disangkakan kerana ada pemimpin lama dan bekas EXCO dikatakan ingin mencabarnya. Tidak payahlah mencabarnya kerana jurutera muda ini seorang yang budiman, berkelayakan dan berwibawa.
Bagi saya, eloklah bagi laluan kepada pemimpin muda ini untuk meremajakan UMNO. Yang lama itu, bimbinglah orang muda dari belakang.
Ikuti berita ini.
MELAKA 30 Julai - Ketua Pemuda UMNO Tangga Batu, Datuk Idris Haron yang diberi laluan oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Yaakub Md. Amin untuk menggantikan beliau bakal ditentang oleh dua lagi calon lain.
Idris yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi akan dicabar oleh bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yassin Sarip dan Mat Jantan yang juga Ahli Jawatankuasa bahagian tersebut.
Keputusan Yaakub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri itu untuk tidak bertanding telah membuka laluan kepada Yassin dan Mat untuk merebut jawatan tersebut.
Sehingga kini sebanyak 13 daripada 54 cawangan UMNO bahagian Tangga Batu telah mengadakan mesyuarat.
Yaakub, yang dipetik dari laporan sebuah akhbar berkata, beliau memberi laluan kepada Idris demi perpaduan Melayu dan perjuangan parti serta untuk menjaga kepentingan rakyat.
''Idris merupakan orang muda dan mempunyai banyak idea untuk terus memperkukuhkan parti dan perpaduan rakyat," katanya yang telah memegang jawatan itu selama dua penggal.
Sementara itu, bagi jawatan Ketua Wanita dan Pemuda bahagian juga dikatakan berlaku perebutan di peringkat bahagian.
Penyandang Ketua Wanita, Nor Adibah Abdullah dikatakan dicabar oleh tokoh sejarah, Datuk Dr. Ramlah Abas manakala bagi jawatan Pemuda yang dikosongkan oleh Idris menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Bagaimanapun, jawatan Ketua Puteri bahagian sehingga kini tiada pertandingan apabila penyandangnya Azlieza Azizan mendapat sokongan daripada kesemua cawangan yang telah bermesyuarat sehingga kini. - Utusan
Thursday, July 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
bagus lah jika orang lama memberikan laluan kepada orang baru untuk terus mara.tapi janganlah pulak nanti orang baru lupa jasa orang lama dan orang lama mengungkit dengan orang baru :).
Ada 'seorang sahaja' kah yang muda?.
Kalau macam tu lebih baik Bahagian pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah buat wasiat...lepas orang ini > pilih orang ni. Lepas orang ni> pilih orang ni dan seterusnya !
Naga
DIY,
Nampak gayanya tertutuplah peluang saya yang dah berumur ni. Dah berpuluh tahun berjuang, berputih matalah nampaknya.
Dulu, ketua bahagian kata sabar, insyaallah bila sampai masanya ia akan datang.
Tapi bila dah cukup matang terpaksa pula beri laluan kepada orang muda.
Tak pe lah tok, tolong lobi untuk saya jadi pemeriksa kira-kira!
P/s orang tua kalau merajuk, lain macam..... hehehe
Sdr Duka Duka,
Nasihat yang baik.
Bagi saya, orang muda yang bercita-cita tinggi sehingga sanggup "membunuh" nyawa politik orang lain tidak perlu digalakkan memimpin parti. Mereka ini perlu diketepikan. Mereka ini rakus.
Kita perlu memilih pemimpin muda yang diproses oleh kilang Pemuda. Yang pernah menjadi pemuda cawangan, bahagian dan seterusnya EXCO Pemuda. Ada EXCO Pemuda sekarang, orang tidak kenal pun sebab tidak pernah memegang jawatan di peringkat cawangan atau bahagian. Mereka secara tiba-tiba. Mereka naik kerana pelbagai faktor. Elakkan permainan wang politik dalam UMNO untuk selamanya.
Sdr Naga,
Jika dalam bahagian itu sudah "muncul" pemimpin pelapis yang berwibawa dan diberikan tanggungjawab penting dalam pentadbiran Kerajaan Pusat, maka eloklah diberikan peluang untuk memimpin bahagian itu.
Jika masih tidak muncul, maka orang lama bolehlah terus memimpin pemimpin muda sehinggalah mereka mampu mengambilalih teraju bahagian. Yang penting ialah yang lama itu tidak bergayut seolah-olah mahu pegang jawatan sehingga mati. Jika pemimpin itu bagus, walaupun lama dan disukai oleh penduduk setempat, eloklah dikekalkan. Dalam kes Datuk Idris, Ketua Bahagian memberi laluan, maka ia satu penghormatan. Orang lain pun kenalah memberi laluan.
Taklah sampai perlu buat wasiat.
Sdr Azlan,
Yang saya maksudkan lama tu ialah pemimpin yang sudah berusia lebih 65 tahun dan tidak mampu untuk memimpin bahagian lagi. Mereka mahu memegang jawatan itu kerana faktor yang tuhan saja yang mengetahuinya. Berhentilah.
Bagi mereka ini, terutama yang sudah sakit dan tidak boleh berjalan, eloklah beri peluang kepada pemimpin muda. Berehatlah di rumah bermain dengan cucu dan banyakkan beribadat. Takut tidak sempat nanti.
Sememangnya menjadi lumrah untuk generasi-generasi yang muda menggantikan yang tua dalam mentadbir negara. Namun begitu yang tua haruslah mengawasi dan menasihati golongan pemuda kerana pemimpin yang tua mempunyai pandangan serta pendapat berdasarkan pengalaman di dalam pentadbirannya ke atas parti tersebut.
Beri peluang kepada pemimpin muda yang berwibawa dan tak rakus dalam berpolitik, itu patut diutamakan. Bukan untuk glamor tapi mempunyai niat yang ikhlas untuk memimpin dan bukannya untuk mengambil kesempatan... Kepada yang mencalonkan, pastikan pemimpin muda yang dipilih untuk bertanding adalah seperti yang saya beritahu di atas...
Post a Comment