Sunday, July 27, 2008

KHADIJAH'S KITCHEN DI PETALING JAYA


(Khaty dan KK. Warna hijau sebagai uniform KK. Gambar oleh NST)


(Tempat makan yang santai)


(Menikmati laksa Johor, nasi dan kuah kurma. DIY yang mengambil gambar minum kopi O dan ubi kayu kelapa (berwarna kuning). Khaty kelihatan di belakang kami.)

Saya dan keluarga kini berada di Khadijah's Kitchen.

Kedatangan kami disapa sendiri oleh pemiliknya, penyanyi Khadijah Ibrahim.

Pelbagai hidangan disediakan daripada ubi kayu kelapa sehinggalah nasi beriyani tomato.

Restorannya berkonsepkan santai dan very homely. Tetapi saya suka dengan tangga ala rumah Melaka.

Jika anda di PJ, datanglah ke KK di 21, Jalan 11/2, Jalan Bukit 46200 Petaling Jaya, Selangor.

17 comments:

terubuk jantan said...

apa yang istimewa disana tok selain makanan dan minuman.adakah penyanyi Khadijah Ibrahim mengiburkan pengunjung dengan lagu kesukaan "orang rumah " saya...KU GEMBIRA DISAMPING MU....kalau ada boleh jugak bawak kesana....Selamat menjamu Selera tok

p/s: Jangan makan durian lagi tok, hari tu nampaknya dah banyak jugak makan....

tajudin said...

Konsep Melaka? KI orang Melaka ke? Sebelum bersantap, adakah Datuk Harimau sempat menjual pantun...? (kira buat syarat...)

Anonymous said...

Dalam kegawatan, Ibrahim Tiger masih beselera dan mempamerkannya.. kluangman

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Kami mencuba Laksa Johor, nasi dan ayam kurma, sup tulang. Juga ubi kayu kelapa. Tidak mengecewakan. Akan datang lagi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Tangga orang Melaka yang saya nampak. Asal? Melaka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Makan tetap makan. Saya ingin menolong bangsa sendiri. Jika selama ini saya ke warung dan gerai di PJ, Restoran Azira dan Kartini di Shah Alam, restoran mamak di Lembah Klang, Tony Romas, Chili's, Restoran Sri Melaka, Delicious, Strawbery Fields, Mak Jah, Mawar atau kopitiam, kini giliran untuk mencuba di KK. Harganya tidak mahal dan berpatutan. Jika kita berhenti makan di restoran begini mereka akan tutup kedai, apatah lagi bangsa Melayu.

Sekadar untuk berkongsi dan mempamerkan kehebatan bangsa Melayu - penyanyi dan pemilik restoran. Tiada salahnya dan takkanlah sehingga tiada wang untuk makan. Gawat pun tetap kena makan. Itulah bagusnya berniaga makanan.

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
macam menarik je tok hidangan disana dan harga pn agaknya berpatutan la tok. walaupun kdar inflasi sedikita meningkat tetapi rasanya keadaan ekonomi negara kita lebih baik dari negara2 lain, cuma sedikit ubahsuai dalam belanja memang susah mula2nya, tetapi tok ini bukanla alasan sesuai untuk para pemimpin tidak proaktif atau pn menggunakan pendekatan pasif dalam menangani masalah ekonomi malaysia
p/s tok tak mintak dia nyanyi ke selagu dua

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Salam kembali.

Makan tetap makan. Cuma kita kurangkan kekerapan makan di restoran kot. Perbanyakkan memasak di rumah. Lagi jimat dan bersih.

Khaty tak menyanyi tetapi sedang berniaga. Ramai juga kengkawan dia datang dan beliau layan dengan ramah mesra.

Kulupbana said...

Datuk,
Saya sekarang berjiran dengan bekas perantara RTM, Nazliah Hamid juga kawan baik KK.

Katanya dah banyak kali buka restoran tapi tak berpenghujung. Nak buka lagi kalau ada 'port' baik area USJ.

Saya kata elok juga; dah tak larat nak bedal tosei mamak/hindu. Nak juga pekena pajeri nanas atau masak lemak kuning ikan talang.

Datuk bila lagi nak order kek cokelat yang sedap giler tu ?

epain said...

sy tgk, kebanyakan artis/ex-artis akan membuka perniagaan kedai makan...

jarang sekali yg meniaga benda lain...yelah seingat sy, sidi oraza niaga baja, pastu ada artis br, sy tak ingat nama, niaga belacan...


tp takpe...asalkan halal apa salahnya....patutnya persatuan karyawan, papita dan pelbagai persatuan melibatkan artis usahakan cara menolong artis malaysia yg tak berapa kerat ni buka perniagaan....

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Sila hantar satu kek cokelat dengan kadar segera. Saya akan membantu orang Melayu yang suka berniaga kek selain membeli daripada Secret Recipe dari semasa ke semasa. Kek SR dah mahal. Kini kek yang harga RM5 dulu dah naik RM6 lebih. Apa ni? Kenaikan harga minyak?

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Khadijah's Kitchen berada di kawasan yang terdapat sebuah restoran Cina yang popular, restoran India, pub dan Mamak. Bagaimanapun, KK berjaya mendapat pelanggan Cina dan India. Ini satu perkara yang membanggakan kerana menu yang disediakan dapat memikat pelanggan pelbagai bangsa. Yang penting bersih dan sedap.

Anonymous said...

Jawapan yang seiras dengan pemimpin UMNO apabila dipertikaikan.. kluangman

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Pertama, saya bukan pemimpin UMNO. Saya juga bukan manusia yang suka berpura-pura dan ingin menunjukkan kekayaan seperti sesetengah pemimpin yang mendapat kekayaan kerana merompak hak orang lain.

Kedua, saya sekadar menjelaskan tujuan membuat posting ini agar ada peniaga Melayu di Petaling Jaya yang perlu diberi sokongan. Selama ini, kita telah banyak membantu peniaga kaum lain dan apa salahnya membantu peniaga Melayu.

Ketiga, saya tidak pasti tujuan komen Sdr yang menyatakan berselera dan mempamerkannya. Sejak dulu lagi saya memang berselera kecuali ketika demam atau sakit. Saya juga suka makan di mana saja asalkan sedap tidak kira di warung, kedai makan, restoran atau hotel. Yang penting, orang Melayu perlu sentiasa ada duit untuk makan di mana saja yang mereka suka. Khadijah's Kitchen adalah restoran yang tidak mahal seperti yang Sdr sangkakan.

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,bagus dan bijak kerna tok perkenalkan restoren melayu.
sapa lagi nak promote bangsa Melayu yang berusaha dan mencari rezeki halal.
Seperti saya juga buat biz sendiri,ada wang lebih pun nak try sesuatu yang baru.Cakap pasal ubi,ari tu tak sempat nak gali balik sembahyang Jumaat dah kena sodok dgn JCB nak buat rumah PPRT.Sebelum tu tanah tu saya tanam sikit ubi dari terbiar semak.Takpalah...takde rezeki.

epain said...

apa kata diterbitkan sebuah journal/makalah "Direktori Perniagaan Bumiputera"...

senang nak cari apa, siapa dan dimana...

Anonymous said...

apalah datuk katty ni website domain pun tak bayar ... penat jer masuk web site dia ...