Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan dipanggil membantu UMNO berperang dengan rasuah politik.
Ini yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) dalam satu berita oleh Malaysiakini yang memetik laporan New Sunday Times.
Selamat berperang sehingga ke akar umbi. Jangan pilih bulu.
Sunday, July 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Tiger,
Apabila BPR dipanggil membantu UMNO memerangi rasuah, saya ingin bertanya:
1 - apakah Umno sudah tidak lagi mampu membenteras gejala ini?
2 - setakat manakah BPR diberi mandat untuk menyiasat?
3 - apakah ini bermakna Lembaga Disiplin Umno sudah tidak lagi dipercayai oleh menangani isu ini?
4 - jika Umno peringkat bawahan didapati bersalah dalam hal rasuah, apakah kesannya kepada pihak tertinggi? Pada MKT?
5 - dalam definisi BPR, apa itu rasuah?
6 - dan setelah BPR menyiasat, apakah mereka yang bersalah akan didakwa oleh Mahkamah Umno atau Mahkamah Negara?
Terima Kasih.
pahit manis
Kepada golongan pemimpin UMNO manakah yang akan difokus oleh BPR? Ketua cawangan? Ketua Bahagian? Naib Presiden? Majlis Tertinggi UMNO?.. jika penumpuan akan diberi dari bawah hingga ke atas maka kenyataan itu sekadar melepaskan batuk ditangga, jika tumpuan diberikan atas aduan, itu ada logiknya. Bagaimanapun penyiasatan akan mengambil masa yang agak lama dan bererti selepas pertandingan sudah selesai. Apakah kaedah dan garis panduan yang telah diluluskan oleh UMNO baru baru ini tidak mampu mencegah rasuah ? Adakah terlalu lemah ?
Saya cuma bimbang, nama BPR diseret bersama untuk pertandingan UMNO ini hanya sekadar untuk mendapat satu publisiti murahan bahawa pertandingan di dalam UMNO adalah bersih. Kita masih ingat bagaimana PM mengesahkan senarai nama calon2 pilihanraya sudah melepasi saringan BPR, tetapi selepas itu apa sebenarnya berlaku..ramai yang bolos hingga menyebabkan banyak pertukaran di saat saat akhir..itupun atas nasihat atau 'pecah lubang' oleh calon yang tidak dipilih. Adakah BPR tidak menjalankan tugas atau memang BPR tidak diarahkan 'bertugas' pun..
BPR juga digunakan untuk menyiasat Md Said semasa namanya dicalonkan oleh DYMM Sultan Terengganu sebagai MB, tetapi akhirnya apa yang berlaku..
Md Said juga mahu BPR siasat kos pembinaan Masjid Kristal, Piala Monsun apabila pembelian Mercnya di pertikai Kerajaan Persetujuan tetapi akhirnya menarik balik saranan tersebut kerana akur dengan TPM yang tidak mahu membesarkana isu isu lain.
BPR diberi taraf suruhanjaya bebas tetapi sebenarnya makin 'dimain' dan dicengkam hinggakan tiada lagi 'badan' yang boleh dipercayai..
Kalau badan pun sudah kena main, bagaimana dengan 'kepala'nya ?? - kluangman
SALAM tok tiger.nak pantun aje
DUA TIGA KUCING BERLARI
MANAKAN SAMA SI KUCING BELANG
DUA TIGA BOLEH KU CARI
TANPA RASUAH BANGSA GEMILANG
BUAI LAJU-LAJU SAMPAI POHON CINA
AMAL MAKAN RASUAH HIDUP AKAN DIHINA
DIY
Saya amat pesimis dengan hasil yang bakal diperolehi. Apa yang telah dan sedang berlaku telah menjadi suatu budaya dan telah membawa kepada kerosakan dalam sistem organisasi itu sendiri.
Antara lain kerosakan yang timbul ialah hilangnya semangat perjuangan, hilangnya budaya memberi perkhidmatan kepada rakyat, keegoan yang begitu dikalangan pemimpin, pemimpin yang baik tidak dapat diketengahkan malah yang lebih malang ialah kehilangan INTEGRITI.
Bermula 1993 saya telah melibatkan diri dengan grup yang cuba memerangi budaya ini dan hasilnya selepas 15 tahun ialah saya adalah antara 3-4 kerat spesis-spesis terakhir yang semakin tidak berupaya lagi meneruskan perjuangan ini. Cuma yang masih kuat saya pertahankan hari ini ialah mengucapkan "SAYONARA" kepada ....
panggil bpr ni bukan ape, just nak nampak supaya dipanggil mr clean aje. parti lain takde pulak buat macam ni.wayang aje.
Ini sandiwara sahaja untuk menghalalkan segala keharaman yang berlaku.
Alih alih BPR kata tiada kes atau ada la sorang dua yg dijadikan ayam sembelihan.
Dari dulu, kini dan selamanya memang beri, ambil dan tabur wang...tapi depa tak ngaku itu rasuah.
Selagi masih ada BN dan UMNO selagi itu rasuah wujud sampai bila bila. BPR hanya berdrama.
Rakyat bukan bodoh dan mahu diperbodohkan.
Rambler
wah bpr sekarang banyak kerja sungguh noh dok check n nak check org2 yang tak sebulu ngan tuan dia .... elok lah tuu
wooof woooof wooooof
kira ok apa ada tindakan susulan mengenai kes tukar kereta di Terengganu.BPR pun sudah mulakan siasatan dan yang terkini 3 orang mekanik sedang dalam siasatan kerana didapati menggunakan "spare part" tiruan selain dari Proton.
harapnya BPR dapat telus dalam menjalankan tugas.bagi saya dah cukup bagus BPR dah mulakan siasatan.kalau dilepaskan begitu saja lagi ramai suara-suara sumbang yang mengata dan mengeji kepimpinan yang ada sekarang.
Tok....
Sekarang ni siapa banyak duit, dia akan jadi pemimpin UMNO....dapek ko elak politik wang dalam UMNO ni...
Isa..yang terbukti pesalah politik wang nak jadi pemimpin jugak lagi tu..sobab tokey cino banyk sumbang lah tu...bagi can lah kek golongan mudo ni...atau orang lain ....dah cukup bahagio dah tu....tolong hiraukan sikit orang punya hati dan perasaan...
SENDIRI MAU INGAT LAH HAI>>>>>
Buatlah yang mana patut BPR, asalkan berkurangnya rasuah di dalam kancah politik di tanahair kita pun sudah mencukupi. Maklumlah, rasuah tidak mungkin akan dilenyapkan daripada arena politik.
Datuk,
Menggunakan BPR untuk kepentingan politik semasa?
tak payah susah-susah panggil bpr. Aku cadangkan lembaga disiplin UMNO dibubarkan sahaja.
Biarkan ahli-ahli UMNO merompak pemimpin-pemimpin bahagian mereka yang selama ini mereompak harta kekayaan negara.
Aku cadangkan ketua-ketua cawangan demand ribu ribu untuk pencalonan dan undi kelak sampai mereka tak boleh tahan. Alang-alang merompak ketua bahagian rompak betul-betul.
Masa tulah kita gunakan bpr.
Sampai mereka surrender, pas tu tak da lah lagi orang minat nak jadi ketua bahagian.
Negara pun dah nak jatuh miskin angkara pak lah ! !!!!
Ayuh orang-orang UMNO , rompak habis-habisan ketua bahagian kamu !!!!
Tengku Adnan ni pun sama juga , tapi nak cakap pasal disiplin . Phoooooorah !!!!!!!!!
Rasuah dah bertapak dalam politik negara kita dah terlalu lama. Apa salahnya jika sekarang UMNO mengambil langkah untuk memanggil BPR untuk siasat kes rasuah yang sukar nak dibendung ni.
Tindakan UMNO adalah wajar dalam keadaan politik rasuah yang semakin teruk sekarang ni. Cuma tak faham kenapa masih ada pihak yang salah anggap tindakan UMNO ni seolah-olah macam menyokong rasuah politik pulak...
Post a Comment