Semua persiapan untuk mengadakan Debat 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam esok berjalan lancar.
Pengarang Agenda Daily, Sdr Hanafiah Man, yang ditemui oleh Dunia Tiger berkata pihaknya telah mengadakan persiapan rapi terutama dalam memastikan debat itu berjalan sepertimana yang dirancangkan.
Ini termasuk penyiaran oleh empat stesen televisyen iaitu TV9, ASTRO Awani, Bernama TV dan TV3 yang akan menyiarkan siaran tertunda.
"Aspek paling penting ialah keselamatan. Kita telah membuat persiapan rapi berhubung dengan aspek ini. Kita juga telah meminta kedua-dua pihak untuk tidak membawa penyokong ke tempat berlangsungnya acara debat ini kerana semua berpeluang mengikuti debat ini yang disiarkan secara langsung melalui televisyen," katanya.
Hanafiah juga memaklumkan, kedua-dua pihak telah menyerahkan senarai 50 tetamu masing-masing yang akan menghadiri debat itu dan hanya mereka dibenarkan masuk ke dewan berkenaan.
Katanya, walaupun ramai yang memohon untuk hadir tetapi pihak Agendadaily.com tidak dapat memenuhi permintaan itu bagi memastikan kelancaran program itu.
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
It's good that they're able to do the debate and it's actually going to be telecast in the tv.
This shows that the government is feeling pretty strong about their position.
It's going to be very interesting especially about the ways to reduce the petrol price hike.
hmmm kita tengok jelah malam esok
Sdr Coffeemug,
Semua pihak mahu mendengar penjelasan daripada Panglima Perang Paklah dan Perdana Menteri Sedang Menunggu.
Seorang akan menjelaskan mekanisme menurunkan harga minyak dan seorang lagi pula pasti akan menjelaskan rasional penstrukturan subsidi yang membabitkan kenaikan harga minyak.
Sdr Jualasam,
Setuju. Mungkin penganjur ada pelan B jika ada kemungkinan perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana keuzuran atau apa sekali pun faktornya.
Sama2 kita nantikan esok debat terhebat tahun ini.. Syabas kepada Agenda Daily kerana membuat persiapan rapi terutama dari segi keselamatan.. Tetamu yang hadir diharap bukanlah dari jenis mereka2 yang suka tunjuk perasaan.. Kalau tak haru biru jugak jadinya debat tu.. Lebih2 lagi tetamu Anwar. Mana tau, kot beliau bawak yang fanatik lagi taksub...
Sdr Jeffri,
Menurut Sdr Hanafiah Man, mereka mempunyai rancangan untuk mengadakan Siri Debat Agendadaily yang menampilkan pelbagai pihak untuk membincangkan isu semasa.
Saya yakin usaha ini perlu diberi sokongan agar rakyat dapat segala maklumat daripada medium atau saluran yang lebih tertib. Semua pihak tentu tidak mahu kegiatan yang merugikan masa dan tenaga.
Saya dapati ramai pihak dalam kerajaan kini yang berani tampil untuk berdebat dengan pembangkang. Ia dimulakan dengan Datuk Shahrir Samad dengan Ketua Pemuda Pas, Sdr Sallehuddin Ayob. Kini DASC dan DSAI. Harap lebih ramai lagilah.
salam...
semua orang tak sabar nak lihat debat.. boleh jadi anwar buat hal kali ke-2... tak hadir? dia tu, kan kaki pembelit...
kalau dia hadir, anwar kena sediakan jawapan kepada soalan bukan buat soalan... agak sukar juga. lagipun isu liwatnya pada hari ini - 14.7.08 (ISNIN) sampai petang polis tunggu batang hidungpun tak nampak. wakil dihantar buat apa.
apapun, besok kita lihat antara realiti dengan fantasi. kalau benar ada cara untuk turunkan harga minyak, bagaimana? anwar ada jawapan.
abe MIE takut kalau anwar tidak hadir dan akan berkata, dia tidak layak berdebat dengan menteri penerangan yang masih hingus... boleh jadi. kalau benda ini berlaku, padan muka kita semua. masak-masak kena tipu kat anwar kali keseribu.
pkrpasdap.blogspot.com
Salam Datuk,
Kalau berdebat untuk kebaikan rakyat dan dapat memperjelaskan segala isu yang ada tak apa, sebab rakyat harus tahu kebenarannya dan jangan asyik salahkan kerajaan bila setiap kali kerajaan buat pembaharuan, Bila tak puas hati mulalah tunjuk perasaan ramai-ramai pakat buat demonstrasi jalanan macam dah tak ada benda lain nak buat,macam manalah negara nak maju..macam manalah nak ke depan kalau silap sikit mulalah hasut menghasut, fitnah memfitnah sampai dah tak ingat persaudaraan sesama islam ..sesama kita begaduh yang untungnya orang lain bertepuk tangan siapa rugi?
Tuan,
Debat ini satu perkara yang baik. Saya harap semuanya berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
Syabas Agendadaily! Anda mendahului!
shastrishah.blogspot.com
Tak sabar lak nak tunggu debat ni.. Mesti meletup ni.. Bukan apa..just nak tengok kredibiliti Anwar nak 'membela nasib rakyat' dalam isu kenaikan harga minyak.. Nak tengok sekuat mana hujah2 beliau yang kononnya power tu...Debat ini juga akan menonjolkan Shabery untuk mempertahankan dasar kerajaan dalam isu ini.. Diharapkan debat ini akan memberikan sesuatu yang positif kepada rakyat...
Assalamualaikum, Datuk,
Saya pada awalnya tidak bersetuju dengan keputusan untuk mengadakan debat terbuka di antara kedua-dua tokoh yang yang dimaksudkan itu, namun di atas keinsafan kepentingan ramai mengatasi kepentingan peribadi, debat tersebut perlu diteruskan agar segala kekeliruan di mata rakyat akan mula terlerai pada malam yang berbahagia ini. Pembelaan terhadap dasar-dasar kerajaan yang selama ini sering diperlekehkan oleh sebahagian rakyat terutamanya pengikut politik PR (tidak ketinggalan jga pemerhati Malaysiakini) akan tetap diteruskan tanpa kompromi demi kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara.
Bersama-samalah kita berdoa agar debat yang akan diadakan pada malam ini berjalan lancar dan menepati pelbagai destinasi objektif yang difikirkan bersesuaian dengan konteks masyarakat Malaysia pada hari yang berbahagia ini.
(http://www.siratansuratan.com)
Sdr Abe Mie,
Saya rasa Panglima Perang Paklah sudah pasti bersedia. Jika tidak beliau tidak akan menerima pelawaan Agendadaily.com untuk berdebat dengan DSAI. Panglima pun memang terkenal sebagai orator yang baik. Cuma perlu menggunakan kemahiran itu dalam pentas debat. Jika DSAI tidak hadir, maka pentas debat pasti dimiliki sorang-sorang oleh Panglima Perang. Bolehlah berucap kepada rakyat.
Sdr Hertiny Laiman,
Menjadi pembangkang bukanlah sukar sangat. Itupun jika pembangkang mahu bertindak membangkang apa yang dibuat oleh kerajaan.
Tetapi jika pembangkang mahu menjadi pengkritik yang membina dengan menegur dasar-dasar kerajaan yang lemah dan longgar, rakyat akan dapat faedahnya. Kritikan membina bermaksud bukan membangkang saja tetapi mengesyorkan pandangan bernas untuk boleh digunakan oleh kerajaan.
Elakkan tabiat berdendam dan kata mengata.
Sdr Shastrisah,
Ketika bersembang dengan Ketua Pengarang Agendadaily.com, Sdr Rosli Ismail, beliau berkata pengalaman ini amat berguna untuk menganjurkan debat yang akan datang.
Menurutnya, kini beliau tahu betapa susahnya menganjurkan majlis seperti itu termasuk sindiran tajam daripada sesetengah pihak yang mempunyai prasangka.
Sdr Mahyuddin,
Kita berdoa agar pengerusi debat, Datuk Johan Jaafar, dapat mengawal perjalanan debat ini dengan baik. Semua pihak perlu profesional dan jangan menjadikan "pentas debat" dan kawasan penonton seperti sarkas atau funfair 60an. Seluruh negara akan menontonnya menerusi TV9, Awani dan Bernama TV.
Sdr Mat Sirat,
Selain dalam dewan, penyokong kedua-dua pihak tidak perlu menjerit-jerit atau terlolong di luar dewan DBP. Ini penting bagi memastikan tiada provokasi yang tidak akan menguntungkan sesiapa.
Jika mahu memberi sokongan kepada pendebat, mereka perlu melakukannya secara berhemah dan berbudaya tinggi. Ini bukan perlawanan bolasepak atau ragbi tetapi debat yang mengetengahkan dua pendebat daripada dua kumpulan yang berlainan - kerajaan dan pembangkang.
Debat yang lalu seperti yang dijangkakan tidak mempertengahkan sesuatu yang baru dan menarik dari kedua dua pihak cuma Anwar semakin dilihat relevan dan mantap dalam berhujah, kekuatan vokal, fokus dan isinya pasti menarik minat rakyat jelata, desa dan kampong. Shabery sahabat tuan membawa lagu yang sama, bercelaru, tidak fokus dan lari dari tajuk lebih menampakkan 'kebodohan' diri sendiri dan mencerminkan kelemahan kerajaan sekarang.
Apapun pada Shabery, usahanya sangat terpuji walaupun sebenarnya dia tidak cukup peluru untuk berhadapan dengan Anwar yang mati hidupnya ialah 'pidato politiknya'. Shahrir Samad yang patut di hadapan sebagai menteri yang menaikkan minyak tidak kelihatan.
Bolehkah kita bayangkan bagaimana kalau Dolah yang berdebat dengan Anwar, rasanya macam nak terlondeh kain pelikat..
Post a Comment