Hari ini, akhbar tempatan dan akhbar online termasuk MSTAR ONLINE melaporkan skandal pembelian peralatan PDRM.
Amat mengejutkan.
Ada barangan yang dibekalkan kepada polis dikatakan di bawah piawaian yang ditetapkan termasuk baju kalis peluru, kasut dan topi keras (anti-riot helmet).
Bayangkan baju yang perlu kalis peluru tidak mengikut piawaian. Dalam ertikata lain tidak selamat dan mungkin boleh ditembus peluru.
Polis yang memakainya perlu membuat wasiat. Yang akan sedih jika terjadi sesuatu kejadian tidak diingini ialah keluarga mereka. Jangan biarkan anak kehilangan bapa.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur.
Thursday, July 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
BPR patut siasat hal ini.merugikan duit cukai dan membahayakan keselamatan dan nyawa anggota-anggota Polis.Mereka cuma menjalankan tugas untuk menyara keluarga dan mereka berhak mendapatkan peralatan yang lengkap dan mencapai tahap piawaian.
tiada maaf buat mereka yang "makan duit" dan membahayakan diri orang lain!
Salam Duniatiger,
Dato' kerajaan hari ini mampu berbelanja berbilion ringgit untuk tujuan lain seperti 1 bilion untuk sabahan, 1 billion untuk sarawakian, 1 billion untuk atlet barangkali, Ntah berapa bilion ex-gratia untuk bekas hakim? Apakah untuk membeli barangan keselamatan polis tak mampu kot? Kerajaan sekarang ini memang flip-flop terlampau! Sokong TDM sehingga akhir hayat.
Tempoh hari kata tak boleh naik tambang bas, kerana pengusaha bas mendapat subsidi diesel la fleet kad la macam2, la ni kata tambang bas perlu dinaikkan tapi tak sampai 100%. kerana kos operasi meningkat. apa semua ni? apakah pengusaha bas sudah tidak ada lagi subsidi diesel? Apa punya kerajaan daa? Hakikatnya tak naik 100% pun harga tambang tetap naik sebelum aidilfitri, ini sudah menambahkan beban rakyat. Pekhidmatan pula masih ditakuk lama... Wallahualam
Memang sekarang semua perkara diteliti, tidak macam kepimpinan zaman mahathir dahulu. Sampaikan berita peralatan polis pun diketengahkan.
Pak Lah memang bertindak mencegah dan membersihkan segala kekotoran akibat daripada rasuah di kalangan semua sektor dan bidang. Macam reformasi yang terbesar yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Sekarang bertambahlah kerja BPR. Ha ha.
Baguslah jika BPR banyak kerja sekarang daripada diorang tak buat kerja. Memang wajar BPR jalankan siasatan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kewangan yang mencurigakan. Siapa lagi yang harus buat semua tu kalau bukan BPR?
Perkara ni memang bodoh sangat..dan sungguh membahayakan mereka yang melindungi kita. memang siapa yang mendalangi ini patut dikenakan tindakan yang paling tegas sekali.
Sangat teruk! sedangkan mereka adalah orang-orang yang berada di barisan hadapan untuk memerangi sebarang pencerobohan, rusuhan dan kekacauan dalam negara. Kalau alat-alat yang digunakan tidak dapat melindungi mereka, macam mana nak jalankan tugas.
Siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara buruk ini perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Tak ada gunanya polis menjadi benteng pertahanan rakyat daripada penjenayah jika baju kalis peluru dan beberapa kelengkapan lain tidak berkualiti...
Post a Comment