Thursday, July 31, 2008

SKANDAL SEKS MUNCUL SEMULA?

Wee Ka Siong adalah antara pemimpin muda MCA yang semakin meningkat dalam politik tanahair. Beliau dikatakan berminat bertanding Ketua Pemuda atau Naib Presiden.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pemuda MCA, semalam mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan kenyataan PAS berhubung perlaksanaan hudud dan qisas jika UMNO mahu bekerjasama dengan parti itu.

Yang pelik, beliaulah pemimpin yang mula-mula membuat komen berbanding pemimpin MCA lain termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Mungkin Wee membuat keputusan sendiri atau disuruh membuat kenyataan itu oleh pemimpin kanan MCA.

Hari ini, news portal diterajui Steven Gan, Malaysiakini, melaporkan akhbar NST mempunyai berita hangat yang mengatakan Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dikaitkan dengan "skandal seks" dengan gadis dari China.

Wee sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Apakah taktik yang sama muncul semula membabitkan pemimpin MCA?

Ingat tak video membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek?

Politik MCA semakin panas?. Semakin rimas?

5 comments:

Anonymous said...

Dr Chua Soi Lek memang terang-terang dah ada bukti iaitu video beliau melakukan ehemehem dan beliau sendiri mengaku dan kemudian meminta maaf pada isterinya.

tapi mengenai Wee Ka Siong tidak diketahui pulak ada bukti yang kukuh mengatakan dia ada skandal seks.

ataupun ini mungkin lagi satu sandiwara politik dalam MCA?.orang kalau sudah dengki macam-macam tuduhan yang dilemparkan.

tapi saya tidak pasti jika Dr Chua Soi Lek pernah membuat laporan Polis semasa tuduhan skandal seks diadakan ke atas beliau (sebelum keluarnya video).

ibrahim yahaya said...

Sdr PKK,

Apabila kita masuk "gelanggang" sudah pasti lawan akan berusaha untuk menjatuhkan imej kita. Ini termasuk menyebarkan pelbagai fitnah yang tidak pernah dilakukan termasuk menabur wang atau membeli undi. Bagi calon-calon ini, banyaklah bersabar dan kebenaran akan muncul nanti.

Anonymous said...

Kebanyakan ahli-ahli mereka tidak kisah dengan skandal-skandal yang dibuat oleh mereka, asalkan mutu kepimpinan dan kerja yang dilakukan oleh mereka adalah baik dan bagus. Kalau tidak, masakan Chua Soi Lek boleh menang kerusi.

ibrahim yahaya said...

Sdr PM,

Dalam UMNO, jika hendak menjadi pemimpin mestilah bersih dan kelihatan bersih. Jika kotor, walaupun sedikit, basuhlah menggunakan sabun atau cecair detol agar kuman yang boleh membawa penyakit dinyahkan. Jangan gunakan cecair itu untuk perkara lain seperti minum atau pelincir. Hanya untuk membasuh kekotoran.

Anonymous said...

Dalam mana-mana parti sama je. Perasan dengki-mendengki tetap ada di kalangan pemimpinnya (tidak semua). Fitnah boleh wujud bila-bila masa je. Macam kes DS Dr Chua Soi Lek lainlah sebab dah ada bukti video seksnya. Tapi bila tiada bukti, itu yang susahnya, sama ada nak percaya atau tidak..