Friday, July 25, 2008

NAK BAHASA PUNJABI PULAK....

Anak Kapal Singh, JS Deo, semalam mencadangkan papan tanda jalan di Pulau Pinang menggunakan bahasa Punjabi.

Katanya, pemasangan papan tanda dalam pelbagai bahasa itu merupakan penghormatan kepada kaum lain.

Selepas ini, bahasa apa pula?

13 comments:

terubuk jantan said...

Salam Didalam Keberkatan Rejab Dan Penghulu Segala Hari Buat D.I.Y,
Dato,Nampak gayanya macam tidak faham pula atau sengaja tidak buat faham pulak tentang BAHASA MELAYU itu ada tempat tersendiri dalam Malaysia ini,yang lepas bapanya ada "usik' sikit isu-isu melayu ini.Dato,banyak sangat asakan dan terlalu banyak pula pertahanan dan kelembutan dalam isu-isu begini tidak haruslah dibiarkan berpanjangan nak pulak masa-masa masyarakat malaysia tangah sedap makan durian ni(tiada berniat mengaitkan D.I.Y),kalau sendawa pun busuk apatah lagi bila badan daH panas.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Anak Kapal ini hendak menjadi pejuang bahasa Punjabi. Bapanya, Kapal, sentiasa mahu meletakkan dirinya sebagai orang yang hendak keadilan sepanjang masa. Anak Kapal lagi satu, pernah diperintah keluar oleh Speaker dari Dewan Rakyat. Inilah dia keluarga Kapal.

Saya sudah mengutarakan istilah "tolak undur". Orang Melayu sekarang ditolak dan selalulah berundur. Nampak macam tolak ansur tetapi sebenarnya tolak undur. Kita perlu Tuah Melayu yang boleh mempertahankan martabat bangsa agar orang tidak asak dan cuba menyakitkan hati kita dari semasa ke semasa. Ha, hendak sangat terbuka dalam semua hal, inilah yang kita dapat. Jangan biarkan nasi jadi bubur. Itu je.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,

INI SUDAH MELAMPAU!!!

Bila bagi betis nak peha. Itulah padah ungkapan Pak Lah "Sama rata, sama rasa". Nak sangat pukul rata, akhirnya kita yg terpukul. Kalau ditatang sangat, nanti semua bahasa (tamil, hokkien, urdu dll)nak diletakkan di atas signboard. Si anak kapal ni tak hormat langsung warga bumiputra. Lagaknya sungguh arrogant, cakapnya seperti halilintar, berkobar2 tapi pengisian merapu & keluar tajuk. Itu pasal kena keluar dewan. PM kena tegas utk bidas permintaan mengarut ni. Kalau dilayan sangat, jadi macam ulat naik daun, makin menjadi2 miangnya.
Wassalam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ainul,

Sama rata, sama rasa itu diperjuangkan oleh PKR yang amat digemari oleh kaum bukan Melayu.

Ulat sebenarnya tidak boleh naik daun jika kita menggunakan ubat serangga yang boleh disembur jika terlalu banyak ulat yang menjijikkan. Gunalah ubat serangga untuk menghapuskan ulat daun yang boleh merosakkan daun dan pokok. Biarlah daun dan pokok hidup subur dan rendang agar semua orang boleh berteduh. Jangan biarkan hingga pokok tumbang. Pokok tumbang akan dimakan anai-anai atau dijadikan ular sebagai tempat bertelur.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Ini sudah keterlaluan. Soal penggunaan bahasa sepatutnya tidak perlulah dibincangkan lagi selepas 50 tahun merdeka. Itu soal pokok yang telah dibincangklan lama dahulu semasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini.

Kalau dibiarkan, ada pula bangsa lain yang mahukan bahasa mereka di gunakan di kesemua papan tanda jalan. Kalau ada 10 bangsa di negara ini, maka kita kena gunakan kesemua 10 bahasa di papan kenyataan?

Saya pelik la dengan orang politik macam ini. Tidak menyumbang kepada kemajuan negara dan menonjolkan isu sensitif sempit yang tidak membangunkan negara. Tanpa kawalan terhadap perjuangan sempit seperti ini, negara kita akan hancur.

http://c-bok.blogspot.com

amirul said...

Salam Duniatiger,

Ngaum... Ini dah over ni! mengarut sungguh anak beranak ini. Cakap pun pelat, dah berpuluh tahun dok Malaysia namun masih terkapai2 untuk berbahasa dengan betul. Diberi peluang unutuk membela rakyat, menjadi macam bebudak tadika di dalam dewan. menyampah 2 ekor ini. Itulah keterbukaan kerajaan sekarang. wallahualam...

Akar Umbi said...

DIY,

Baguslah tu satu cadangan yang bernas. Nak tambah sikit lagi, sementelah dah ramai pekerja asing dari vietnam, bangladesh, myanmar, nepal, pakistan dan lain-lain, papapan tanda nak kena besar. Semua bahasa mesti ada, barulah boleh untung taukeh "signboard" dan ekonomi negara boleh berkembang. Tak gitu Dato'?

terubuk jantan said...

Dato,
itulah sebab saya sering,acapkali,kerap berkata kita perlukan "PAHLAWAN MELAYU"dalam setiap komentar-kemontar saya.Semoga Allh S.W.T melahirkan "pahlwan-pahlawan Melayu" Disember ini dalam keadaan yang cukup bersih dan teratur.Agaknya nak minta sampai telanjang kot kita ni nak dibuatnya..."Media Saka Bangsa" apa perkembangan?

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,

Salah kerajaan juga la... Takut sangat kat Cina, India dan Benggali. Ini politik punya hal la, nak dapat sokongan, kompromi - ini le nasib Bahasa Melayu.

Dah le nama Bahasa Melayu ditukar jadi Bahasa Malaysia, ini nak pula papan tanda bahasa macam-macam pula. Tegas le sikit! Kalau bacul dan mandul, tak yah jadi pemimpin la

Anonymous said...

Ha HA. Deo hendak mencadangkan bahasanya sendiri untuk dipamerkan pada papan tanda di pulau pinang.

Pemasangan papan tanda dalam pelbagai bahasa merupakan penghormatan kepada kaum lain? Lepas ni letak bahasa bangladesh, bahasa vietnam, bahasa tagalog, dan sebagainya. Senang kata semua bahasa dalam dunia ini.

Anonymous said...

Makin lama makin banyak hal pula yang ditimbulkan. Kalau takda bahasa Punjabi dekat signboard bermakna orang tak hormat bangsa dia ke? Kan jadi huru hara kalau semua berfikiran macam ni. Nanti semua bahasa ada dekat signboard dah lain macam pulak kalau orang tengok. Nanti jalan pun akan jam sebab ramai orang berhenti nak tengok signboard, tercari2 bahasa yang mereka faham. Kan Bahasa Malaysia tu bahasa kebangsaan, apa salahnya digunakan diseluruh negara. Kenapa fikiran anak Kapal lanun ni sempit sangat.

Anonymous said...

Dia ni nak jadi hero lah konon tu.. Cari laa cara lain kalau nak jadi hero pun, takkan nak guna benda ni, haritu dah ada orang lain dah nak guna cara macam tu. Jangan lah merepek sangat, kalau ada bahasa bangsa tertentu yang berada dekat signboard tak bermakna apa2. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan, lambang perpaduan semua kaum. Jangan nak buat kecoh tunjuk hebat berlagak hero.

Ujang said...

Berapa kerat sangatlah kaum Punjabi di Malaysia ini? Belum tentu lagi kaum lain nak belajar bahasa punjabi ni! Bahasa Malaysia pun terkial-kial!
Kalau dah jadi warganegara Malaysia, akur sahajalah! Kalau setakat nakkan penghormatan, seharusnya kaum bukan Melayu ini dah sedar bagaimana kebudayaan serta adat yang mereka jalani tidak diganggu gugat...atau sengaja nak menjolok sarang tebuan? Kalau tak puas hati atau nak sangat papantanda bangsa masing-masing, berambus sahaja dari Tanah Melayu ini, balik negeri asal bacalah sampai puas papantanda di sana!
Hampas!