Saturday, July 12, 2008

DEBAT 2008: SIAPA MENANG? (3)

Ramai yang tidak bersetuju dengan tajuk posting blog ini mengenai Debat 2008 yang mengemukakan persoalan siapa yang akan menang. Bagi mereka ini bukanlah debat perdana yang menyaksikan akhirnya ada pemenang dengan perkiraan markah tertentu.

Namun, hasrat mengutarakan persoalan itu ialah untuk berkongsi pandangan bersama pelayar blog ini, siapa yang akan untung setelah Debat 2008 itu selesai. Adakah Panglima Perang atau Perdana Menteri Sedang Menunggu? Adakah Shabery atau Anwar? Adakah kerajaan atau pembangkang?

Ramai kawan-kawan menyatakan yang akan untung daripada debat ini ialah DSAI. Ini kerana PMSM ini akan mendapat satu ruang di televisyen nasional untuk mempamerkan ketokohannya semula kepada semua lapisan rakyat.

Jika sebelum ini, kepetahannya berucap dan berhujjah hanya di pentas ceramah politik, TV Pas, TV Malaysiakini atau youtube, tetapi kali ini di televisyen teresterial dan berbayar yang akan ditontoni oleh jutaan rakyat.

Peluang ini sudah tentu akan digunakan sebaik mungkin terutama dalam mengingatkan rakyat bahawa beliau pernah menjadi pemimpin pemuda, pemimpin pelapis dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri. Mereka pasti mahu mengingatkan penonton bahawa pengalamannya selama 14 tahun dalam politik tanahair.

Saya difahamkan Debat 2008 akan dibuat ala Presidential Debate di Amerika Syarikat yang mengandungi elemen pembuka bicara kedua-dua pendebat, soalan daripada wartawan serta penggulungan oleh Panglima dan DSAI.

Oleh itu, adalah menarik untuk menyaksikan siapa yang akan membuka gelanggang dan bagaimana tone atau mood perdebatan itu. Adakah DSAI akan memulakannya dengan serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan sekarang dan kemudiannya memaparkan mekanisme penurunan minyak cara beliau? Apakah beliau akan turun 10 sen saja? Adakah menurunkan harga minyak sehingga paling rendah 5 sen?

Seterusnya, jika DSAI membuat serangan, apakah Panglima Perang akan membalasnya dengan serangan seperti ucapannya yang berapi-api di pentas politik terutama Perhimpunan Agung UMNO? Atau Panglima mengubah tone perdebatan dengan bercakap secara gentleman?

Keuntungan ruang publisiti yang diperolehi oleh DSAI ini sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin termasuk memperendah-rendahkan Panglima Perang yang terlalu baru dalam kerajaan. Selain itu, DSAI akan menunjukkan kehebatannya termasuk menyatakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan dan TPM selama ini yang mampu untuk membuat dasar ekonomi yang terbaik untuk negara ini.

Ketika itulah, rakyat negara ini sudah tentu mahu melihat bagaimana Panglima Perang dapat membongkar kelemahan DSAI ketika menjadi pemimpin dalam kerajaan termasuklah perbandingan kejayaan Menteri Kewangan terdahulu.


bersambung....

5 comments:

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Orang lain tak setuju takpe saya tetap setuju. Mana boleh tak setuju pada penulis profesional macam DIY. Dia belum kenal siapa DIY lagi tu. Banyak-banyaklah bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman.

Anwar pernah jadi pemimpin pelapis? Bukan Pemuda Pelapis ke? Oh ye betullah tu. Saje sakat DIY sikit, lama tak bergurau. Apa pun teruskan penulisan DIY apa sahaja kerana saya pembaca setia blog saudara DIY.

Salam ukhuwah!

PEMUDA PELAPIS

www.pemuda-pelapis.blogspot.com

terubuk jantan said...

SALAM Dato,
Apa khabar? sebelum saya masuk ke dalam blog Dato,seperti biasa blog pertama yang akan saya semak ialah www.chedet.com buat pertama kalinya saya amat tertarik dengan ulasan kontrak sosial oleh t.d.m bagi saya sekarang saya lebih faham dan tahu sebenar-benarnya apa itu "KONTRAK SOSIAL" dan mana yang disebut"perkauman".Dato,saya percaya mesti ramai kawan dato dari pemuda umno atau puteri umno boleh menerangkan sehingga peringkat akar umbi mengenai "pentingnya,kesanggupanya,kesungguhanya" KONTRAK SOSIAL.Dato tahun 1988 masa tun masuk ke uitm(itm pada ketika itu,umur saya 21thn) saya masih ingat antara soalan seorang rakan saya pada beliau berkenaan politik....apa tun cakap "hang belajaq betul-betul baru hang mai dok politik"sekarang baru saya nampak kenyataannya....

Anonymous said...

Akum dato....bagi saya debat ni sebenarnya tak akan menguntungkan sapa2 pun.dua-dua pihak nak tunjuk sapa yang bleh digelar champion.dua-dua pihak nak habaq la kat penyokong2 depa yang depa ni hebat....ada plak kalau gagal nak letak jawatan......apa kes???

pas tu lagi satu! yang anwar ibrahim ni pun satu coklat angin jugak!awat dunia nak tgk ka debat tu....pas tu kalau dah dapat keputusan ,minyak akan turun harga.....sudah la ni semua pelakon2 politik terbilang yang nak jaga bontot masing2.dah muak sgt2

ibrahim yahaya said...

Sdr Pemuda Pelapis,

Terima kasih daun keladi.

Ramai yang taksub dengan DSAI sejak beliau menjadi pemimpin ABIM lagi. Ketika itu, kemana saja beliau pergi akan diserbu oleh pelajar termasuk di luar negara. Kawan saya yang pernah kerja di New York terpaksa menemui beliau untuk menenangkan keadaan di satu majlis di USA. Pelajar amat meminati dan mengerumuninya.

Terlalu taksub ini amat bahaya kerana walaupun apa yang dibuat oleh pemimpin itu, akan dibenarkan termasuk yang menyalahi undang-undang dan hukum agama.

Anonymous said...

DSAI yang bukan pun lagi ahli politik hanya semata "penasihat parti pembangkang" diberi penghormatan besar2an masuk live tv! Wow, sangat lah fleksibel media sekarang.... Kalau masa Tun M jangan harap!

Saya akan menonton... Bukan kerana minat ebat pun, tapi ini peristiwa bersejarah dalam industri media! :D