Sunday, July 20, 2008
SHABERY TIDAK PERLU LETAK JAWATAN
(Hari pertama Menteri Penerangan disambut oleh KSU, Datuk Kamaruddin Siaraf)
(DIY (kanan sekali depan) dijemput menjadi peserta Bengkel Blog di IPTAR. Dato' Shabery berbaju putih menjadi moderator bengkel itu. Turut serta blogawan lain, AAT, AKJ, RON dan pengacara BLOG, Datuk Chamil Wariya)
Saya tidak pernah bersetuju apa yang dibincangkan dalam Kabinet disebarkan kepada orang ramai. Disebarkan ke seluruh negara. Ada rahsia besar yang perlu dijaga terutama membabitkan dasar atau keputusan kerajaan yang sensitif.
Saya juga pelik bagaimana perkara yang dibincangkan dalam Kabinet disebarkan terutama membabitkan dasar atau keputusan tertentu. Sedikit masa dulu apa yang dibincangkan itu disebarkan oleh media asing dan tempatan. Terlalu kerap. Malah seorang Menteri pernah menegur mengenai keadaan yang tidak sihat itu.
Ada beberapa faktor perkara-perkara yang dibincangkan dalam Kabinet diketahui serta dibincangkan oleh orang ramai, dilaporkan media atau tersebar dalam blog dan media baru.
Pertama ia dinyatakan sendiri dalam majlis rasmi oleh anggota Kabinet seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri. Kedua ia dinyatakan oleh anggota Kabinet dalam post Kabinet kementerian masing-masing. Ketiga ialah anggota Kabinet memberitahu keluarga, rakan atau sahabat terdekat.
Keempat ialah apabila anggota post Kabinet memberitahu orang luar daripada Kementerian. Orang luar pula memberitahu rakan mereka yang lain. Banyak lagi kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang dibincangkan dalam Kabinet disebarkan kerana tujuan atau niat yang hanya Allah SWT yang tahu.
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca dengan apa yang saya dengar berlaku dalam Kabinet minggu lalu. Ia bukanlah rahsia besar, tidak sensitif dan mengancam keselamatan negara.
Saya diberitahu oleh ejen kenit bahawa Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, kerana berjaya berdebat dengan DSAI. Paklah berkata kepada Menteri Penerangan bahawa beliau tidak perlu meletakkan jawatan.
Oleh itu, Dato' Ahmad Shabery teruskan saja kerja dan perbanyakkan kegiatan penerangan yang menguntungkan rakyat. Jangan hiraukan dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain, setelah "boss" sendiri sudah kata tahniah. Yang penting, rakyat menang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Sums up the intellectual capacity of the BN cabinet..say no more ,nudge nudge wink wink
Sdr Anon,
Seorang Ketua Pengarah pernah berkata kepada seorang Timbalan Menteri, "Orang politik datang dan pergi, tetapi kita akan kekal berkhidmat di sini". Ayat itu dikeluarkan kerana merasa kecewa dimarahi dan dipersoalkan mengenai kerjanya oleh orang politik itu. Timbalan Menteri itu kemudiannya menjadi Menteri dan KP berkenan tetap menjalankan tugasnya.
Apa yang disebut oleh KP itu ada kebenarannya dari segi kaitan perubahan orang politik dan khidmat berterusan kakitangan awam. Ini membawa erti kerajaan Malaysia sentiasa kukuh dan berjalan lancar kerana mempunyai lebih 800,000 kakitangan awam yang baik dan terlatih. Mereka menjalankan kerja walau siapapun yang menjadi Menteri atau membentuk Kerajaan. Mereka ini menjalankan kerja mengikut dasar yang ditetapkan oleh orang politik atau Kabinet. Begitu juga di negeri-negeri di seluruh negara.
Tidak dinafikan ada "epal busuk" daripada jumlah itu tetapi secara puratanya mereka menjalankan perkhidmatan dengan baik untuk rakyat. Mereka kekal berkhidmat walaupun siapa saja yang menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.
Menteri di negara ini pula dipilih daripada orang politik yang melalui satu perjalanan politik yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang dilantik menjadi Menteri setelah lama membabitkan diri dalam parti. Ada pula yang diangkat menjadi Menteri dalam tempoh yang singkat. Alasannya hanya PM yang mengetahuinya. Ada juga yang dibawa daripada agensi atau institusi pengajian tinggi tertentu kerana kelayakan akademik dan kepakaran mereka.
Gabungan inilah yang membolehkan Kabinet Malaysia bergerak dengan diterajui oleh Perdana Menteri yang datangnya daripada UMNO. Inilah pilihan sejak sekian lama. Inilah yang diperakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh parti komponen pelbagai kaum. Parti ini diberikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri kerana menjadi komponen BN.
Daripada pemerhatian saya, Menteri yang dilantik daripada orang politik yang melalui "universiti politik" sejak di peringkat pemimpin pemuda lagi, mampu melaksanakan tugas dengan baik. Yang teramat penting, mereka memahami politik negara secara mendalam dan melaksanakan tugas sebagai ahli politik Malaysia yang bukan mewakili hanya satu-satu kaum saja. Dalam ertikata lain, Menteri Pengangkutan dari MCA perlu menjadi Menteri kepada semua kaum di negara ini dan bukan kepada kaum Cina saja. Begitu juga Menteri Pelajaran yang perlu memberi tumpuan kepada SRJK Cina dan Tamil serta di Sabah/Sarawak.
Begitu juga Menteri yang dibawa daripada agensi atau IPT seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Ghani Osman, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Tan Sri Nor Mohd Yakcop dan Tan Sri Amirsham Aziz yang perlu menyesuaikan dengan politik negara ini ketika mereka mula menjadi Menteri. Mereka menggunakan kepakaran dan kemahiran untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negara ini.
Oleh itu, Kabinet yang terdiri daripada gabungan baru, lama dan golongan profesional sudah tentu dapat membuat dasar yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Dasar ini akan dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk rakyat negeri ini.
Bagi Dato' Shabery, beliau adalah ahli akademik yang memilih untuk bergiat cergas dalam politik. Gabungan orang politik dan ahli akademik (pensyarah UM) ini sudah tentu mampu membawa banyak perubahan kepada Kementerian Penerangan. Apa yang dilakukan sejak lebih 100 hari lalu menyaksikan kepada kita kebolehannya membawa perubahan yang mungkin semua orang mengetahuinya dan beliau berani melaksanakannya. Seperti Menteri yang lain, beliau tahu rakyat akan terus memerhati dan menilai prestasinya. Yang penting, PM yang melantiknya akan menilai KPI beliau untuk tahun-tahun mendatang.
Sejauh mana apa yang di sebut sebagai ‘kejayaan’ adalah bergantung setinggi mana spec pernilaian ditahapkan. Spec ini selalu nya bergantung kepada niat dan tahap pemikiran si pemberi markah. Si pemberi markah selalu nya mempunyai alasan sendiri samada ‘beri kemenangan sebab kesian setelah berusaha atau meletakan ketegasan dgn memberi pendapat ‘terus berusaha’.
Maka kita grade kan percapaian semada A, B, C , D atau E. Si pemberi markah pula harus lah meletakan diri nya sealiran pemikiran global jika ingin generasi pelapis menjadi glokal. Andai nya si pemberi markah gagal berbuat demikian maka lahir lah banyak jenama yang panggil ‘Jaguh Kampung’ atau ‘Ayam Sabung Kampung’ – Jantan Giler
Sdr Jantan Giller,
Pemberi markah sudah tentu mengambil semua pertimbangan sebelum mengucapkan tahniah kepada Panglima Perangnya. Keberanian adalah antara perkara utama yang sudah tentu diberi penekanan selain membawa budaya baru debat menggantikan demonstrasi jalanan.
Panglima Perang?
war or battle?
too much gimmick, rhetoric
panlima perang tak perlu letak jawatan
jarang di malaysia penglima letak jawatan walaupun bersalah, inkan pula kalah perang
salahkan kapal selam
salahkan orang lain
tak hilang melayu didunia
yang akan hilang maruah dan harga diri kita
salam petang ahad,
saya telah menyatakan dengan ketawa yang berdekah bahawa pak lah takkan nak memecat penglima perang,manakala panglima perang pun walau berbuih air liur dah berkira congak tentang nasib untungnya apabila berdebat dengan pak anwar.apa yang penting redah jer...redahannya telah berjaya walau kena k.o.itu tak penting sebab juak-juak umno yang lain tulur simpan dalam karung tas tangan sisteri masing-masing.ok hal itu dah berlalu,lupakan jer lah.
saya ingin memetik petikan ini dari blog dato AKJ,saya baru menjelajah sebantar tadi setelah meyinggah di laman dato,
Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:
“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”
Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).
blog dato akj bertarikh 19 Julai mengenai isu ekonomi:siapa yang hendak kita percaya.selepas perdebatan antara anwar dan shaberry,najib telah mengulas segala formula anwar tidak boleh dipakai.pada saya formula anwar boleh dan sangat perlu dipakai kalaupun kita tak mahu anwar menaiki takhta,namun najib telah menolak.
tempoh peralihan adalah terlalu lama dan tempoh tersebut pada saya adalah tempoh bebal,untuk najib pula bukan lagi masa sesuai untuk menunggu dengan penuh taat.seperti kata dato akj ku li ada muhyidin pun ada mereka lebih berani.iya?adakah kita hendak terus menanti ekonomi negara terus kecut dan kecut serta layu macam tulur-tulur juak-juak umno yang lain ha!
politkus melayu,sudah-sudah lah!
Rakyat menang.
eh eh baru panglima perang jemput
ke majlis dah ampu, boleh dapat
projek kot.
biasalah harimau zoo.
sekurang-kurangnya paglima ni tak undur bila d gertak..dia tdk lari dari medan perang..dia suarakan apa yg d usahakan oleh kerajaan..daripada buat protes sana sini sambil buat konset underground mari menjilat..adesss pikir2 lah sendiri
EH, boss yg cakap tahniah, rakyat pulak yg menang?
Kalo berani, datuk buatlah poll kat blog ni nak tengok Datuk Shabery menang ke tak??
Rata2 yg saya baca dari internet - Shabery kene pukulan K.O dengan Nordin Kardi pun terjelupuk jatuh terlentang pengsan ....
PAK BRATA. SALAM TOK TIGER,KALAH ATAU MENANG DALAM DEBAT,BUKAN PERKARA UTAMA DALAM SISTEM DEMOKRASI.DAPAT MELUAHKAN PENDAPAT DAN LUAHAN RASA YANG PENTING DI SINI.SANGGUP BERDIRI DI ATAS PENTAS BERKONGSI IDEA DAN TEKANAN PERASAAN DITONTON JUTAAN MATA ADALAH SATU KEKUATAN.BUKAN SEBARANG ORANG YANG SANGGUP MENYAHUT CABARAN INI
Anwar eat that guy alive during the debate. That guy keeps bringing up personal attacks but Anwar being highly capable,made him look like kindergarten stuff.
After this, I believe none will be brave enough to take on Anwar. Now, if Malay is trying to look for a reason to be proud, Anwar is your man.
Keadilan Marching On.
DI Malaysia ( negara Bolehland) ada satu jawatan yang gajinya besar, glamour dan senang dapat pingat atau gelaran. Naik pangkat pun mudah. Kelulusan - minimum, pengalaman - sikit-sikit dah cukup.
Jawatannya TUKANG AMPU.
Sampai bila pemimpin kita nak terus di dodoikan oleh Tukang Ampu tiap malam sebelum tidur. Keesokan paginya baca laporan indah yang disediakan oleh Tukang Ampu. Masuk mesyuarat semua usul disokong sebulat suara oleh Tukang-tukang Ampu.
Cuma lepas ni ada sikit susah.. kalaulah Sultan dan Raja ikut trend Sultan Terengganu, tak kurniakan pingat dan gelaran di Hari Keputeraan. Yang kena ampu nak tawarkan apa pulak? Takkan semuanya nak bergelar dengan pingat dari negeri Melaka sahaja. Di negeri Baginda Khalil ni, kalau di campakkan seketul batu dari Bangunan SUKnya, nescaya akan terkenalah tanjak mereka yang bergelar belaka.
Saudara sekalian,
Hanya jauhari yang mengenal manikam.Pemarkahan mestilah mengikut citarasa sipemberi markah. Boss akan kata ok kalau anak buah sama dengan boss. Kalau anda kata Sabery Chik OK, jadi secara matematik ANDA=SHABERY=PAKLAH.
Mari kita pertimbangkan fakta berikut; bukan menyerang peribadi orang yang memberi fakta.
1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;
2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;
3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;
4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;
5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;
6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;
7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;
8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana lambungan kos pembinaan dan kurang permintaan ke atas hartanah; dan
9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos rasa hidup.
Tok Tiger,
Bagi saya suatu berita baik yang YB Shabery akan kekal di Kempen. Dalam masa yang singkat, dia telah meninggalkan kesan yang "boleh tahan" . Bukan saja sebab dia dapat membawa bloggers ketengah melalui program RTM (langkah yang menggalakkan stesen TV lain untuk berbuat yang sama jugak) tapi dengan sikap keterbukaannya yang jauh berbeza dari Datuk Zam sebelumnya.
Bahas dengan Sdr Anwar hanya suatu contoh sifat keterbukaan ini. Penonton dapat menilai sendiri prestasi pemimpin mereka, tak kira dari BN atay Pakatan.
Terima Kasih.
Akum dato...
Shabery menang?mungkin ya mungkin tidak....
tapi yang paling penting shabery kena beli sapu tangan lebih sikit......kiri kanan mulut penuh.......
ops! yang tu tak pa kot saya rasa Pak Lah tak marah...
Salam Dato'
We are congratulating a person for trying, not excelling.
Perbezaan itu harus diketengahkan.Dan kerana ini adalah kali pertama,kami menerima sahaja "tahniah" buat Shabery.
Tetapi ingat,lain kali, cubaan sahaja sudah tidak cukup bagus.
www.suaradu.com
Asas bagi cogan "debat menggantikan demonstrasi" hanyalah itu - "COGANkata". Jika Shabery, seorang academic percaya ini, habislah anak-anak kita. Nasib baik dia telah pi! Dan jika itu budaya pemuja, penyokong dan pencinta cogan ini, itu "pendapat" ataupun satu penilaian yang partisan.
Sememangnya, realitinya, hidup memang ada "partisanry". Apa yang mungkin penting jika kita ingin menegakkan satu nilai kukuh, berselindung di sebalik tabir mengharapkan orang tidak kelihatan apabila kaki bergerak tercuit-cuit di bawah tak akan membawa perubahan.
Hidup akan sentiasa ada pertikaman lidah dan buku lima. Kita haraplah ada lagi akademik yang lain tidak berpoya-poya dengan kebenaran tapi mengukir garisan dengan dakwat, bukan pensil, daripada hanya satu titik?!
Terima kasih.
Saya ingat Shabery mengusik Anwar dan hairan mengapa dia tak letak jawatan dulu?
Kalau dia betul-betul serious, saya nak tunggu dalam masa 14 hari, kalau Shabery letak jawatan dan pi balik mengajar anak-anak kita lukisan - membina kecantikan dari satu titik!
Sebab, jika keikhlasan intellektual Rais Yatim dan Pengerusi Institiut Integrity satu tauladdan, baik kita cari Dato Muhammad Khalid, ataupun LAT,(bukan saya) jemput dia bertanding satu kawasan dan buat dia Menteri Penerangan! Kalau dia buak "lawak" daripada bekerja dan berfikir, kita conteng buku-bukunya!
Bang, nacam mana nak letak jawatan bang sebab, sebahagian besar points yang dia cakap tu adalah points ketua-ketua dia. Janganlah ingat Pak Lah nak benarkan dia berdebat tanpa beri apa-apa input. Ini soal maruah negara. Kalau nak tau points yang Dato' Sabree cakap tu, bukanlah points dia semua. Jadi, macam mana dia nak letak jawatan sebab, input content debat tu dibincangkan secara bersama. Tak ada orang percaya kalau Pak Lah tak bagi input langsung.
Keberanian Ahmad Shabery wajar dipuji kerana berani berdebat dengan Anwar yang kita ketahui memang seorang yang pandai berbicara sehingga ramai pengikutnya taksub dengan Anwar. Ucapan tahniah daripada Pak Lah harus dijadikan semangat untuk terus menjalankan tanggungjawab yang telah diberi...
Kpd anonymous 3:14 PM,
I punye response kpd you lekat tak dapat lalu blogowner!
Lagi pun Shabery bukan lagi ahli akademik. Terpulang kpd Hang!
Kalau Shabery messenger boy, dia messenger boy yang "terbilang", kut! Bukan kah itu mutu yang terbilang? Messenger yang berani!!! :)
Kalau gitu, kesian mana boleh tembak messenger! Orang yg punye message tembak kaki sendiri ! :)
Kalau dia bukan orang akademik, tepatlah tu! Dia tak dapat terima kritikan. Nanti dia sakit mulut, susah tak TV-genic! :) :)
Tapi saya puji Shabery! Dia memang mempunyai "kejujuran intellektual"! ;)
Terima kasih!
Nordin kardi mana ada KO. Dia tanya soklan maut ada la. Pasal apa Anwar tak janji nak turunkan kadar inflasi. Apa pasal nak turun harga petrol saja. Kan nampak benar Anwar tanguk ikan duyung masa air keruh.
Post a Comment