Thursday, July 17, 2008

DUIT BERJUTA DOLLAR YANG TIADA

Saya pernah terbaca dalam internet (dalam blog mana, dah lupa daah) mengenai jumlah wang yang TDM ada di luar negara. Dalam senarai itu juga ada nama Menteri, nombor akaun bank dan jumlah yang dimiliki. TDM menafikannya dan membenarkan bank yang disebutkan itu memberikan segala maklumat kepada umum, jika maklumat itu benar.

Hari ini, ketika bersembang dengan seorang bekas Ahli Parlimen, beliau memberitahu saya bahawa dua minggu lalu, seorang kawan menunjukkan kepadanya satu senarai yang menunjukkan beliau mempunyai jutaan dollar di bank luar negara.

Dalam senarai "penyokong kuat DSAI" itu, kawan saya itu berada nombor dua selepas orang kuat Kumpulan Abrar, Rahim Ghouse. Nama lain termasuklah Salamon Selamat.

Menurutnya, beliau tergelak melihat senarai yang diperolehi dalam internet itu. Katanya, orang lain beliau tidak tahulah tetapi bagi dirinya ia satu pembohongan besar. Dalam pada itu, beliau berkata "kalau betul, oklah juga tetapi malangnya, tiada. I wish, its real.". Hanya impian sajalah.

Saya mencelah, "Inilah dunia. orang yang tiada duit dikatakan banyak duit. Yang banyak duit tu pula, orang tidak tahu... melambak duit mereka. Kalau hasil penat sendiri oklah. Jangan yang tamak dan bertukar menjadi pelesit. Sentiasa tidak cukup saja. Orang lain punya pun dia nak kebas."

20 comments:

Anonymous said...

memang untuk buat fitnah.hasad dengki sebegini tidak patut dilakukan.

tapi itu lah dia dunia.termasuklah la kancah politik.

ada saja yang tidak puas hati dan cuba menjatuhkan musahnya dengan pelbagai tipu helah dan fitnah.

ya,meraka yang suka menaburkan fitnah mungkin ada yang terlepas tapi bukan untuk selamamnya.untuk apa yang kita beri akan kita terima kemudian.

ibrahim yahaya said...

Sdr OY,

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kalau tidak kena di sini, sudah tentu kena di kemudian hari. Setuju dengan pandangan Sdr.

Anonymous said...

Adaaaaaaaaaaaa ... mesti ada ... org kuat suratkhabar geng ketat Anwar pun dahkaya, dah ada umah beshhhh kat London ... ni bukan fitnah ... yang beneran aja

Anonymous said...

Mana mana pun berita sama ada di media massa atau di internet; baca boleh tapi kena timbang dulu dan selidik betul atau tidak. Hatta kenyataan polis pun belum tentu betul. Ini berdasar pengalaman.

Tahun 70an demonstrasi di UM...saya jaga stor persatuan. Esoknya dalam persidangan akhbar polis kata jumpa senjata dalam stor.

Bila masa pulak ada senjata dalam stor. Rekaan atau bukti di buat buat.

Jadi saya sentiasa mengambil pendekatan baca boleh tapi percaya kena teliti...hatta berita seksyen pendidikan atau komputer pun.

Jadi kalau baca berita saya ni baca boleh tapi kalau jangan percaya terus; kena selidik dengan siapa yg pernah kena tahun 70an dahulu.


Hussain Yussuf

Jebat BerTUAH said...

En. Ibrahim,

Care to share the list???

junkopile said...

assalamualaikum tok
bukan buat baik berpada pada buat jahat skali skala ke tok?
sebenarnya tok nak menuduh orang jahat ni memang senang tok langsung tak malu nak mengeluarkan sesuatu kenyataan walaupun berbaur fitnah, ini lah bila terlalu taksub di dalam politik bilamana gimik polik mengatasi kebenaran hilang kemaluan
abi ayub r.a bersabda
antara jalan(sunah) yang diamal para rasul, berwangian, bersugi, bersih dan sifat malu
tetapi yang lagi memalukan tok bila orang yang baca tu terus percaya, heran heran senang betul menipu orang zaman ini
bak kata iklan tu 'zaman dah berubah dunia dah maju ini bukan berita harian'

Anonymous said...

Kerajaan oleh laksanakan apa sahaja tindakan dan perancangan jika ia membawa kebaikan tetapi telus..

Tetapi kalau jumlah saguhati xgratia kepada bekas hakim disemunyikan ke pengetahuan rakyat atas alasan lemah oleh zaid, apa kredibiliti yang kerajaan ada untuk rakyat terus percaya.. ( 20 juta hak rakyat untuk mengetahui jumlah saguhati diketepikan oleh kerajaan atas permintaan lima enam ekor bekas hakim..logik ke )

abe MIE 'TERJAH' said...

Apa yang abe MIE hendak beritahu ialah seorang sahabat katakan bernama 'A' memberitahu yang Anwar nie memang suka MELIWAT SEJAK DI UNIVERSITI MALAYA lagi. Tapi pada masa itu siapa yang hendak percaya? Abe MIE bertanyakan kepada si A, kenapa dia boleh kata sedemikian sedangkan dahulu jenayah liwat, rakyat Malaysia masih tidak tahu apa-apa!!!


Hanya Allah saja yang tahu kebenaran. Pening dengan Anwar sekarang. Sokongan Keling yang pintar dan ingin menjadi YB nanti menyebabkan masalah ini menjadi sebenar-benar masalah dikala tiada pelaburan ke Malaysia dan perbehentian kerja berleluasa.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Saya harap tiger di jemput menghadapi perbicaraan dewa anda TDM di padang mahsyar nanti.
allah hu akbar.
harap approve this comment

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Siapa dia? Kalau saya kenal bolehla tumpang tidoq jika pergi ke London. Itupun... kalau dapat pergi. Sekarang ni mahal ke sana. Pergi London Road cukupla..

ibrahim yahaya said...

Sdr Hussain Yusuff,

Saya setuju dengan pandangan Sdr mengenai pembaca perlu membuat pertimbangan dulu dengan apa yang dibaca sama ada untuk percaya atau sebaliknya.

Tetapi, yang membezakan media arus perdana (MSM) dan internet ialah MSM adalah dikeluarkan oleh syarikat yang perlu menjaga imej dan kredibiliti mereka tetapi dalam internet orang boleh menyamar, boleh memfitnah atau apa saja tanpa perlu menyatakan nama sebenar. Itu yang susah tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jebat,

Kawan tak tunjuk dan bawa senarai itu. Cuma dia sebut beberapa nama saja termasuk dua yang disebutkan itu. Yang lain kalau tidak silap dia kata isteri DSAI dan Azmin Ali.

Sesiapa yang ada, elok juga kita berkongsi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Zaman akan berubah, tetapi perangai yang baik jangan berubah. Ada orang apabila berada di bawah, amat baik sekali tetapi setelah berada di atas, perangai macam pelesit dan jembalang tanah. Selalu hendak menghisap darah dan menindas orang miskin.

Saya ada kawan yang selalu bergurau ketika berkerja bersama. Tetapi apabila beliau dapat gelaran, saya pun panggil nama saja kerana kita berkawan. Di khalayak ramai, saya panggil gelarannya. Tetapi beliau menjauhkan diri daripada saya.

Akhirnya saya mendapat tahu daripada pencacainya bahawa saya tidak hormat dia kerana tidak panggil gelarannya. Kawan...oh...kawan.

Saya ni, nak panggil apa pun boleh kecuali yang tidak baik. Tetapi ada juga yang memanggil "anjing lompatan kerajaan", "pembodek" atau "harimau zoo". Bagi saya, tidak luak pun kerana yang penting "hati mau baik be". Hidup sekali dan jangan suka jadi sumpah-sumpah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Bagi saya, perkataan seperti telus atau terbuka atau apa saja adalah label-label yang dilaungkan oleh pihak berkepentingan. Persoalannya - selama ini negara ini tidak telus atau terbuka ke? Hendak terbuka sampai ke mana?

Telus tu bukanlah bermaksud "buka semua" tetapi satu konotasi yang baik. Ibarat pemberian projek, perlu ditender, maka itu adalah telus. Kalau maklumat diberikan secara terbuka siapa yang dapat tetapi direct nego bukan tender, itu tidaklah telus. Bolos namanya.

Saya bersetuju dengan Sdr jumlah yang diberikan kepada hakim itu perlu diberitahu kepada rakyat, yang juga pembayar cukai.

Anonymous said...

Saudara ada nama Nabi Ibrahim, tidak lut dibakar api antara cabaran dan kehebatan yang diuji. Jadi teruskanlah dengan niat ikhlas - pasti tidak lut dengan cacian.

TDM berkali kali mencabar apa jua kesnya ke mahkamah tetapi setakat ini tidak 'berbunyi' pun dari pihak kerajaan. Tetapi yang peliknya hari ini, ada yang minta kes tuduhan jenayah ke atasnya terus mendapat perhatian Dolah. Kalau benar, kenapa mahu berjumpa polis pun berdolak dalih - kluangman

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Saya pun ada banyak maklumat. Tetapi lebih baik kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan siapa yang benar.

Kekalutan yang timbul sekarang termasuk isu DSAI dan isu memfitnah DS Najib amat dirasai oleh rakyat. Seorang rakan yang amat sedih dengan keadaan ini, bangun malam, sembahyang tahjud, sembahyang hajat dan berzikir. Selepas selesai semuanya, beliau berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk kepadanya.

Malam itu, beliau bermimpi bertemu dengan DS Najib dan berbual dengan baik. DS Najib berbual dengannya mengenai keadaan bangsa Melayu dan isu pertahanan negara.

Beliau bangun tidur dan tersenyum. Kini, beliau tahu apa petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT. Kita pun boleh berbuat demikian jika mahu tahu keadaan sebenar.

Cubalah dan pasti Allah SWT akan memberikan petunjuk. Mimpi tengah malam bukannya pada waktu subuh. Kalau pada waktu subuh bermimpi, orang kata syaitan yang kacau, mungkin tidak betul.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Bagi saya, TDM telah membuat banyak jasa kepada negara. Saya tidak menafikan bahawa beliau ada juga membuat "kesalahan" tetapi yang penting jasanya lebih banyak daripada kesalahan yang dilakukan.

Saya yakin, TDM sejak awal lagi mahu melihat bangsanya maju setaraf dengan orang lain. TDM juga mahu melihat Malaysia maju seperti negara lain. Pemimpin besar adalah pemimpin yang mempunyai halatuju yang jelas dan berjaya menaikkan martabat rakyat dan negaranya. Bukan tiada matlamat dan hentam keromo saja.

Jika Allah SWT mahu saya menjadi saksi di akhirat nanti, saya bersedia untuk memberitahu apa yang saya tahu mengenai TDM sebagai seorang wartawan dan rakyat negara ini. Bab yang salah tu, bolehlah tanya mereka yang merasakan TDM melakukan kesalahan. Ada orang kata, di zaman TDM, bahasa Melayu dipinggirkan atau terpinggir. Mungkin TDM boleh menjawabnya. Silakan.

Anonymous said...

Saya harap mereka letakkan nama saya juga dalam senarai itu.

Memang tak kaya sebenarnya.

Tapi dapat merasa masuk dalam senarai orang kaya pun jadilah.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Betul ke mahu nama dimasukkan dalam senarai? Nanti orang kejar Sdr untuk minta duit.

Tetapi, nama macam kita ni (terutama saya), orang tidak pedulilah sebab memang pun (saya) tidak kaya. Tetapi jika nama orang kenamaan tentulah sesiapa yang membaca senarai itu akan ingat orang kenamaan itu kaya.

Jebat BerTUAH said...

Salam Bro Ibrahim Y.,

Thumbs UP! for replying to my comments.

Referring to another blogger...teringin juga patik nak masuk list orang berada walaupun tiada kebenaran. Bukan apa, nak tengok jenis manusia yang akan datang berpura2 utk bersaudara.