Thursday, July 24, 2008

SIAPA YANG HENDAK DIPERSALAHKAN?

Apa sebenarnya yang berlaku dalam kes pembelian Mercedes?

Otak saya ini sentiasa berpusing apabila Datuk Ahmad Said semalam masih berkeras untuk menggunakan Mercedes dan menyatakan kos penyelenggaraan Proton Ekeskutif mahal. Beliau membentangkan kos yang tinggi iaitu lebih RM200,000 untuk menyelenggarakan kereta Perdana Eksekutif bekas Menteri Besar Terengganu.

Terlalu banyak soalan dalam otak ini. Siapa yang salah? Siapa yang hendak dipersalahkan? Siapa yang lemah? Siapa yang hendak dilemahkan? Apakah yang hendak dibongkarkan? Apa yang hendak diselongkar oleh Datuk Ahmad?

Adakah bekas MB Terengganu? Betul ke penyelenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi di Terengganu? Prestasi Perdana Eksekutif yang tidak baik? Adakah wujudnya penyelewengan dalam penyelenggaraan? Menegur prestasi Proton? Menggunakan surat pekeliling untuk membangkitkan rasa tidak bersalah?

Yang menarik, Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin, yang dilaporkan oleh Buletin 1.30 tengahari sebentar tadi, menyatakan Perak akan terus menggunakan Perdana Eksekutif kerana prestasinya yang masih baik walaupun sudah lima tahun.

Beliau juga menegaskan penyelenggaraan Perdana Eksekutif di Perak rendah berbanding di Terengganu. Apa ni? Jangan peningkan kepala saya. Jangan susahkan rakyat untuk berfikir "isu Mercedes" setelah mereka tenat dengan pelbagai masalah semasa.

19 comments:

Anonymous said...

semacam ada tindakan dan mesej "terserit" yang ingin disampaikan oleh MB Terengganu ini.Tindakan beliau menukar kereta ini agak mengejutkan serta mengelirukan ramai pihak.sudahlah negara ini sedang mengalami pelbagai krisis dan ditambah lagi dengan hal ini.

adei.pening.pening.

penjelesan yang telus harus diberikan oleh MB Terengganu.

Anonymous said...

apa yang nak dihairankan. ini bukan lah satu isu yg besar, cuma pembelian kenderaan yg atas nama kerajaan negeri, bukan hakmilik peribadi. Cuma mungkin berlaku pada masa yang tidak sesuai.

Ada sebab mengapa MB Terengganu mengambil pendirian sebegitu.Beliau bukan bodoh. Media massa dan golongan2 tertentu cuba menangguk di air yg keruh!

-MYZ-

KotaStar said...

salamsejahtera,

pening betul dibuatnya. Setelah menulis berkenaan topic yg sama terbaca posting sdr pulak.

Anonymous said...

Hmm..agak pelik jugak tindakan beliau yang masih berkeras untuk guna mercedes tersebut setelah dibantah oleh barisan kabinet juga.

Ahmad said ini ADUN je. Ternyata ini kes nak claim duit lebih ni, ataupun perangkap untuk memburukkan nama idris jusoh, bekas MB terengganu terdahulu.

amirul said...

Salam saudara duniatiger,
ini kali pertama terpanggil untuk komen setelah sekian lama menjadi pemerhati,

Kekerasan MB T'ganu utk terus membeli Merc. ada juga kelogikannya. Lebih tahan lasak berbanding proton V6. Namun tertanya jugalah saya apakah benar kos penyelenggaran proton V6 cecah sehingga ratusan ribu ringgit? Ataupun ada udang disebalik batu? Wallahualam

Anonymous said...

Dalam hal ni, sepatutnya Datuk Ahmad Said seharusnya sudah sedia maklum dengan peraturan dari kerajaan pusat. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang sememangnya agak sensitif.
Jangan pula menyeru rakyat asyik jimat belanja tapi mereka sendiri duduk mewah hasil dari titik peluh rakyat.

Anonymous said...

Tindakan DAS mempertahankan penggunaan Merc memang menimbulkan pelbagai persoalan. Kenyatan beliau berhubung kos maintenance Perdana tinggi pun menimbulkan persoalan. Kita sama-sama tertanya apa yang sebenarnya yang terselindung dalam tindakan cuba mempertahankan penggunaan Merc. Kalau betul kos maintenance Perdana di Terengganu tinggi, kenapa di Perak kosnya masih boleh diterima akal. Adakah kerana di Terengganu, exco negeri suka claim lebih kot. Bila kereta rosak atau normal servis dilakukan, dalam resit tulis harga lebih daripada kos sebenar. Bila dah sedap buat sekali, lepas tu setiap kali rosak buat lagi. Tu yang yak perasaan, tau-tau kos dah terlalu tinggi, tak dapat nak disorokkan. Tindakan sebegini memang hanya merosakan nama kerajaan pusat je. Dah la pembangkang cari peluang untuk kritik pimpinan Pak Lah. Tambah pula dengan perangai 'barah' di Terengganu ni...

zeme said...

Salam Datuk IY,

Adakah pembelian ini sekadar memberi signal kepada pihak² tertentu dalam membongkar suatu penyelewengan terhadap kenderaan dan asset kerajaan negeri pada pemerintahan Menteri Besar yang lalu?

Wasalam

Anonymous said...

Ada logiknya juga apa yang zeme bagitau.. Mungkin pembelian Merc ni semata-mata signal kepada kerajaan pusat untuk membongkar di sebalik "isu atas isu" ini. Apapun kita harap pihak yang berkenaan dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya supaya wang rakyat terselamat daripada digunakan dengan cara yang salah.

steelbos said...

Salam Datuk Harimau,
Ana mmg yakin ianya adalah utk selongkar x-menteri besar.DAS menekankan maintenance V6 terlampau mahal!bukan prestasi dia!Tup2 buletin 1.30 BPR dah buka kertas siasatan.Sendiri mau ingatla.Nak direct expose nampak sangat plak.Cara ni paling berhemah.

jojo51 said...

Perkara ini sebenarnya tidak rumit dan tidak harus memeningkan kepala. Ia menjadi celaru apabila kita mula menyentuh perkara-perkara remeh dan sampingan.

Kita harus pergi kepada perkara pokok, iaitu POLISI (atau KEPUTUSAN DASAR) berhubung penggunaan kereta rasmi. JIka polisinya ialah semua ahli pentadbiran/pemerintah dimestikan menggunakan kereta Proton Perdana Executive maka pembelian kereta lain adalah bercanggah dengan polisi (keputusan dasar) Kerajaan. Tetapi sekiranya Pekeliling Perbendaharaan Bil 1/2008 membenarkan juga pembelian kereta yang dipasang dalam negeri maka tidak timbul soal Menteri Besar Terengganu tidak mengikut polisi Kerajaan. Jika tidak mahu perkara ini berulang pinda sahaja atau tarik balik Pekeliling Perbendaharaan tersebut. Selagi Pekeliling ini berkuatkuasa apa yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Said tidak bercanggah dengan polisi Kerajaan. Jika ini difahami tidak timbul pening kepala.

Soal harga kereta lebih mahal, maintenance lebih mahal atau murah, pembaziran, terdapat ramai rakyat miskin di Terengganu adalah perkara sampingan. Malangnya akhbar-akhbar tempatan lebih seronok bercerita mengenai hal-hal sampingan daripada perkara pokok.

Anonymous said...

Kenapa begitu berdegil untuk pakai Mercedes sedangkan kabinet sudah larang. Didalam keadaan sekarang yang dilanda pelbagai krisis, sepatutnya beliau lebih berhati2.

Anonymous said...

Kalau dah UMNO....memang sentiasa sakit dan pening. Bermula dari PM, MB, TV3, Utusan/BH hinggalah Blogger ini juga yang pro UMNO.

Naga

anakrimaumalaya said...

Salam Doctor,

Bijak bijak MB Ganu kita nie.
Sebenarnya apa yang dia lakukan ialah untuk pecahkan tembelang MB yg dulu dan toyol-toyolnya yang suka mencuri hasil negeri dan rakyat.

So bila ada isu macam ni baru si BPR mulalah mengelepur nak siasat.
Kalau tak ada dakwaan (laporan) tak boleh siasat alasan atau jawapannya tak mengetahui kes tersebut.

Lagi kalau kes kes melibatkan golongan orang politikus yang suka makan makanan curi.

Wahai BPR jangan gah dari nama sahaja. Jangan nak makan gaji buta, kalian telah diamanatkan oleh rakyat dan rakyatlah yang bayar gaji kalian. Jangan pegang prinsip "janji cukup bulan jolok kad ATM ada gaji". Biadap dan kianat dengan amanah yang diberi tu namanya.

Buatlah risikan, siasatan dan tangkapan pada semua Jabatan2 Kerajaan dan orang politik tak kira siapa mereka. Undang2 tidak melindungi pelaku kesalahan.

Apa pun terima kasih MB Ganu yg baru kerana anda telah memecahkan tong tahi yang dah lama tertutup rapat dan kali ini kita semua dapat rasakan baunya.

Cium baunya, baru tahu siapa yang wangi dan siapa yang busuk.

Betul kata CICAK... Dacing pada bendera BN dari dulu lagi suka menipu pengunanya. Asyik curi tulang aje.

Melayu...Melayu... Kesian...Kesian sentiasa diperbodohkan, ditipu dan dikianat oleh bangsanya sendiri...

Dahlah jangan asyik dibelengu dengan kekejaman dan cakaran kuku besi...sedarlah ramai lagi orang melayu yang baik hati budi dan jujur dalam kehidupannya di bumi Malaya ni.
Pilihlah mereka " Pemerintah yang jujur pemerintah yang disanjung"

Janganlah dok taksub pada orang yang berpura pura baik dari segi percakapan, lakonan, riak muka walhal didalam hati dan otak mereka busuk dan keji.
Mereka ibarat binatang najis dan haram yang menyamar sebagai binatang yang boleh disembelih dan dimakan. Silap kita membela binatang ini kita akan biak spesis binatang di kandang kita maka habis yang halal akan melahirkan baka yang haram dimakan.

Anonymous said...

Betul ke exco pakai Pedana V6
Yang selalu tengok dia orang bawa Mercedes kehulu – kehilir
Ke repair Mercedes atas nama Pedana V6
Pulut kuning

Conspiracy Theorist said...

Salam Bros,

Apesal kerajaan tak nego ngan proton untk dptkan discount half price ke quarter price ke, lg pun Proton ni keta nasional.. walau macam mana pun rasa2 nya ada agenda nak perleceh Proton kot sbb Tun Dr M ada kaitan..yg saya nampak semua dok hentam Tun Dr M aje..dari PKR, DAP , MIC & UMNO sendiri tp kalau tanya rakyat biasa yg kita kenal semua lak kata Tun Dr M d best! kalo bleh depa nak dia di lantik jd Penasihat..heheh.. awat MB D Said tak beli Toyota Camry ke..nampak ekslusif gak too..heheh..apo nak dikato..(",)


SAY NO TO NWO!!

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Kos repair jadi mahal disebabkan SPANCO (atau Sparco ?), syarikat yang mengendali urusan baikpulih dan penjagaan kenderaan kerajaan.

Syarikat ini ada kontrak 10 tahun dan
mewahhhhhh sebab ada sokongan padu dari dalam. Biasalah.

Tanya Ahmad Said.

terubuk jantan said...

Dato,
Proton itu Malaysia, Malaysia itu Proton.

mat_terab said...

Idris jusoh antara yang tertinggi sekali senggara kereta perdana V6
RM235,123.08 dalam masa 4 tahun
dan kedua RM175,229.79 Dato Toh Chin Yaw dan tak silap Ahmad said tempat ke empat mahai.....Tapi yang menjadi persoalan Proton perdana ni baru 4 tahun pakai kenapa begitu banyak kos senggara......macam tak logik ja.....
maklumat ni aku ambik dalam utusan malaysia 24 jul.......
Dalam berita TV3 semalam pemilik bengkel tu kata kos Tukar Gear Box baru RM8,000 ja tapi Ahmad said kata sampai Ratus ribu.......
Baik BPR siasat elok-elok.......