Monday, July 28, 2008

WARTAWAN SUDAH TIADA KELAS?

Nampaknya dunia politik negara semakin gila.

Wartawan dan blogawan yang membongkarkan isu pembelian Mercedes E200 Kompressor di Terengganu kini dianggap tiada kelas dan soalan mereka "tidak bertaraf nasional dan antarabangsa".

Semalam, dua pemimpin UMNO Terengganu sudah mendapat "semangat Ahmad Said" yang semakin berani dan mahu membongkarkan kelemahan tertentu termasuk memperlekehkan wartawan. Mereka pula menjadi wartawan bertanyakan soalan.

Mereka ialah Bendahari UMNO negeri, Datuk Roslan Awang Chik dan Setiausaha UMNO negeri, Datuk Rosli Mat Hassan.

Mereka menyifatkan WARTAWAN tiada kerja lain dengan membongkarkan perkara yang kecil dan remeh.

Bagi mereka duit pembelian Mercedes sebanyak RM3.43 juta adalah kecil saja. Apa ni?

27 comments:

Pemuda Pelapis said...

Salam dan selamat pagi DIY,

Itulah pasal saya katakan "Politik Jelek Kian Ketara" tapi ada jugak yang tak senang hati marah-marah. Macam-macam hal... dunia... dunia...

Semua dah nampak gila kuasa, tamak haloba dan hilang rasa hormat. Mereka lupa diri, tak mahu kenang jasa dan budi wartawan. Kalau bagus, dalam blog pun kita angkat mereka cerita yang benar akan kebaikan mereka tapi kalau dah memang tak bagus dan tak berwibawa macam mana kita nak buka cerita elok-elok.

Masya'Allah... gila ke apa tu? Memang nyata JELEK sungguh politik hari ini. Itulah sebab beberapa hari saya tak tertulis apa-apa artikel baru sebelum 27 Julai 2008 kecuali semalam baru terasa nak mencoret semula sikit-sikit.

p/s: jangan lupa kalau ada apa-apa nak rujuk silalah berkunjung ke blog Rujukan Berita TV3 sebagai blog khidmat masyarakat. "free of charge" ha... ha... ha...

Anonymous said...

Sdr Dunia Tiger,

Saya bersetuju yang wartawan sekarang ini tidak ada kelas. Mereka cuma penulis upahan atau golongan yang makan gaji serta menjaga perut masing-masing. Tidak ada apa yang dibanggakan sebagai wartawan.

Pengetahuan mereka kebanyakannya cetek dan akliah mereka juga tidak matang. Lihat berita-berita di TV dan akhbar arus perdana - ada kalanya berita yang disajikan bukan sahaja tidak sepatutnya disiarkan kerana tiada nilai berita tetapi dijadikan tajuk utama oleh pengarang. Pengarang atau editor pun sekarang ni pun adalah orang suruhan. Kelayakan mereka memang dipertikaikan. Ramai yang baru setahun jagung sudah diangkat sebagai editor sedangkan mereka masih terkapai-kapai dalam penulisan kewartawanan.

Diharap kemandulan wartawan ini dapat dicarikan penawarnya dengan segera.

Anak Lembu

Jebat BerTUAH said...

Pandangan JebatBerTUAH. Wartawan atau blogawan patut membongkar cerita yang lebih besar seperti dakwaan penyelewengan anjuran Monsoon Cup & Masjid Kristal...kenapa senyap? Sudah lama duit rakyat Terenganu di salahguna di peringkat Persekutuan oleh kroni2 TDM, AAB dll

Anonymous said...

Pandangan itu mungkin betul bedasarkan nilai dan hasil kerja, malahan sesetengah pemilik blog menjadikan blognya sebagai agenda tesendiri yang melampau dalam mengutarakan idealoginya atau telalu fanatik kepada sesuatu kumpulan. Apabila komunikasi dua hala dibenarkan, adalah perlu dan wajar 'kebenaran dan keadilan' menjadi matlamat sebenar samada pahit atau manis.

Satu lagi wartawan yang boleh di kategorikan sebagai tidak kelas ialah 'penyudah' kepada sesuatu berita itu sendiri, majoritinya berbentuk 'hit and run' di mana berita itu disiarkan tetapi tidak ada ending, tidak ada followup yang berkesan, pemberitaan yang tidak berbentuk pembongkaran kepada akar umbi atau isu dan masalah sebenar.

Mungkin wartawan sudah dilatih untuk mencari berita sahaja atau lebih mudah kita anggap wartawan itu tiada istmiewanya, sama seperti seorang kerani yang dibayar gaji bulanan.

Pernah terjadi kepada seorang wartawan di selatan tanah air yang cuba menggunakan kuasa pemberitaannya, memberita dan membongkar dan kemudian menggunakannya untuk perasugut kepada mangsa agar menyogoknya jika tidak mahu berita itu keluar.

Pemberita yang sama juga pernah tersalah ugut hingga ke tahap pemimpin politik akhirnya kecundang dan diberhentikan kerja.

Tentang wartawan yang 'diupah' dan 'ditambah bayar' selain dari gajinya untuk memberitakan sesuatu untuk kepentingan pihak tertentu rasanya bukan sesuatu yang asing, benarkah ?

Apakah Karam Sigh Walia boleh dikategorikan sebagai contoh terbaik wartawan, jika benar, bererti dia hanya mewakili mungkin 1 per 100 dari wartawan yang ada.

Tentang wartawan politik, dunia tiger lebih arif selok beloknya cuma kadangkala mungkin tidak sesuai membuka pekung kawan kawan kewartawanan..

Tetapi kita juga amat simpati kepada nasib golongan wartawan politik yang biasanya akan disalahkan sebagai salah lapor, salah dengar dan berbagai salah lagi apabila 'seseorang pembesar' cuba melepaskan dirinya sendiri..

Pernah terjadi, kalau tidak salah ingatan saya, ketika isu pendatang Vietnam mendarat ke Malaysia, Dr. Mahathir pada masa itu menyarankan 'shoot them' dan selepas itu perkataan tersebut menjadi isu kemanusiaan antarabangsa. Kementerian Luar Negeri telah menafikan penggunaan 'shoot' tersebut dan menyalahkan pemberita, perkataan yang sebenarnya ialah 'shoo' iaitu mengusir dan bukannya tembak. Isu tersebut dapat di redakan..

Tetapi yang nyata TDM tidak pernah menafikan atau menyalahkan pemberita, Kementerian hanya menafikan untuk peringkat antarabangsa.. kluangman

Anonymous said...

A'kum,

Saya rasa mereka tidak akan bersikap sedemikian sekiranya pilihanraya belum diadakan. Bagi says sikap seumpama ini sepatutnya dielakkan sama sekali. Pihak wartawan hanya menjalankan kerja mereka - mendapatkan maklumat. Jadi soalan-soalan yang ditanya bertujuan bagi mendapatkan jawapan.

Pada pendapat saya , persoalan pembelian kereta Merc ini bukan merupakan isu yang kecil kerana melibatkan wang rakyat. Penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 adalan jauh lebih murah dari penyelenggaraan kereta Merc dan sekiranya penyelengaraan itu mahal, bagi saya isu ini bukannlah isu penyelengaraan tetapi isu siapa yang menyelengarakan kereta tersebut.

Sebagai contoh, ambillah harga "ECU", "Gearbox", Minyak enjin, minyak gearbox,coolant,spark plugs, "Water Pump" and etc. Lagipun, bagi saya jika mereka terlalu taksub ingin memiliki kereta Merc, belilah menggunakan duit poket mereka sendiri. Salahkan kita menyokong industri permotoran nasional dimana ramai pekerja-pekerja merupakan anak watan kita. Saya rasa jika mereka berkehendakkan kereta Proton yang mewah, pilihlah Proton Perdana Executive Customized, dengan TV, DVD, peti sejuk dan sebagainya, dan harganya masih murah. Kalau kita sendiri tidak membantu menjana industri permotoran kita, siapa lagi?

Wassalam.

zukeri said...

Saya amat terkejut dengan tindakan ROSLAN dan ROSLI. Sebagai pemimpin kita kena sabar dan jawab pertanyaan wartawan dengan baik. Tak usahlah nak tunjuk hero. Rakyat bukan nak lihat hero awak, tapi rakyat nakkan penjelasan. Baru jadi pemimpin bawahan dah nak tunjuk lagak. Kalau macam nilah tindak tanduk pemimpin UMNO Terengganu, saya amat menyesal mengundi UMNo dalam pilihanraya lepas.

Kalau nak tanya soalan, jadilah wartawan.

Kejadian yang sama berlaku pada temuramah wartawan dengan Menteri Besar Perak dulu. MB tersebut tanya balik wartawan yang tanya soalan kepadanya. Tak kah bodoh. Saya heran kenapa pemimpin yang dipilih waktu ini ramai yang bodohsombong.

tok janggut said...

Jangan pertikaikan kewibawaan wartawan. Wartawan ada hak tanya soalan. Kenapa harus rasa pedas kalau tak makan cili.Kalau dah rasa bagus sangat, janganlah buat yang rakyat tak suka. Buat yang baik, wartawan pun tak pening kepala nak tanya soalan.

Anonymous said...

"Bagi mereka duit pembelian Mercedes sebanyak RM3.43 juta adalah kecil saja"

haaa?perkara kecik?.perkara kecil bagi mereka tapi rakyat masih berhak tahu.wartawan lebih kurang seperti mewakili rakyat untuk mengetahui hal2 tak kira la politik,semasa,hiburan dan pelbagai lagi.

setiap manusia ada salah silapnya.wartawan juga tak terkecuali.diharapkan wartawan-wartawan mamopu memberi yang terbaik dan belajar dari kesilapan.

tok janggut said...

Kalau betul wartawan bodoh, kenapa pemimpin UMNO baru sedar sekarang. Pemimpin pembangkang sudah lama mempertikaikan kedibiliti wartawan kita, tetapi dinafikan oleh kerajaan. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, inilah jadinya.

Benginilah nasib wartawan. Ini sebenarnya menunjukkan yang wartawan kita ada kelas.

Duit RM3.43 juta amat dan terlalu kecil bagi pemimpin Terengganu tetapi sangat besar nilainya bagi rakyat terengganu.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
ombak lautan berombak mengapa mengubah pasir di pantai, apo plak ombak yang salah kan dah lumrah dunia
biasala ok lumrah dunia mula2 salahkan proton service mahal lepas 2 salahkan juruaudit plak.
xkan la seorang exco x boleh timbang harga 2 masuk akal atau pun hilang akal
kang kok koba minak naik rm2.7 tau plak marah..127k x plak siasat
tak byak tok 3.4juta duit rakyat tuh kok duit father(abah eh) dia takperla.
inilah yang buat orang menyampah dengan umno, use to spend like king of the jungle.padahal kok tgk ramai lg yg memerlukan duit tuh, ko tak nampak ke???
p/s kadang2 bila kta ckp dia aja yg btul, bila wartawan laporkan dia kata tipu??abis 3.4 nih sapo plak nak tipu nih tok???

apisfires said...

memang la takda kelas...
cuba dato rimau tengok berita tv3 malam2....
berita tak penting macam kes cerai2 yang masuk...
seolah2 malaysia ni penuh cerai sana sini..
kenape tak buat yang ilmiah sikit...
contohnye segi penyelidikan ke...
heboh2 la, baru orang semua tau....
ni tak, kat luar negara baru tau....
pasal kerajaan terengganu tu memang dah dasar pemimpin yang tolol dan bijak....
tolol pasal tak patriotik, bijak pasal pandai kelentong sana sini...
seburuk2 proton tu, made in malaysia jua....
jika tak beli proton tu, macam mana proton nak untung untuk wat RnD...
nak kualiti sangat, pi beli proton kat luar negara...
saya tau proton kat luar negara kualiti kelas A...
pasal ape kelas A, kerajaan eropah ada tapisan dia...
kenape proton tak buat model macam tu kt malaysia??
bohong la jika rakyat tak mampu bayar...
memang ada tak mapu, tapi mampu jika kena dengan kualiti dia...

Anonymous said...

situasi didlm malaysia sekarang adalah apa2 tulisan atau isu yang keluar di media perdana adalah suara dolah badawi n the gang. sekarang tiada lagi apa2 kebebasan dlm media.

sesiapa saja yang kita lihat keluar di tv untuk bercakap trentang apa2 isu adalah 'orchestrated by pak lah n the gang '.

isu merc di trengganu adalah sama. ia hanya perkara kecil yang digembar-gembur oleh dolah n the gang. langsung tiada niat utk kebaikan, hanya semata2 politik jahat dolah n the gang.

wartawan2 yg masih menulis tentang isu merc ini adalah hanya penulis2 upahan semata2.

Anonymous said...

Sebagai seorang wartawan muda akhbar nyamuk, saya rasa tidak senang hati dan kecewa dengan kenyataan Bendahari UMNO negeri, Datuk Roslan Awang Chik (saya pernah adakan interview khas bersama beliau tidak lama dulu) dan Setiausaha UMNO negeri, Datuk Rosli Mat Hassan.

Kalau nak berita bertaraf antarabangsa, kenalah panggil wartawan CNN, AP, BBC atau Reuters barulah soalan yang ditanyakan pada mempunyai nilai antarabangsa.

Masalahnya ialah apa yang berlaku sangat berkait rapat dengan keadaan dalam negara ketika ini.

Disaat pemimpin utama negara PM dan TPM meminta supaya rakyat berjimat cermat sehingga ada cadangan supaya rakyat makan ubi dan berjimat cermat, ada pula wakil-wakil rakyat mendapat kemewahan hasil duit rakyat.

Diulang sekali lagi DUIT RAKYAT.

Jika tidak kerana wartawan yang melaporkan perkara ini maka sehingga kini kita tidak tahu DUIT RAKYAT yang digunakan adalah untuk membeli sebuah kereta mewah lagi berjenama sedangkan rakyat Malaysia berhempas pulas ketika keadaan ekonomi yang parah ketika ini.

Kepada pengunjung blog yang sesedap rasa memberi komen pula, ingatlah sebagai wartawan kami berdepan dengan pelbagai risiko.

Diugut, disaman dipukul semuanya ada. Terdapat pelbagai akta yang mengelilingi kami.

Adakah anda semua fikir kami wartawan sengaja ingin membuat kesalahan.

Kami juga manusia.

Lagipun Malaysia ni kecil sahaja kalau nak cerita yang positif sahaja baik tgk RTM baca Utusan

jangan tgk TV3 atau baca Harian Metro atau Sinar

Anonymous said...

Tok Tiger,
'Mereka' yang sedang dimabokkan oleh hal dunia.....lupo lak hal yang lebih penting...

2 x 5 dan 5 x 2 jo tu...lupo agak ae rasa tanggungjawab...amanah yang MAllah berikan ini....

Istingifarlah......tapi...
SENDIRI MAU INGAT.....

Anonymous said...

Salam Satuk,

Bukan wartawan yang tiada kelas, akn tetapi mereka yang tidak mencapai tahap kelas wartawan tersebut. Mereka ingat wartawan adalah boneka yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka sahaja. BAgi saya mereka ini semua mempunyai tahap pemikiran yang cetek, dan tidak ada kualiti langsung untuk menjadi seorang pemimpin.

Pembongkaran wartawan yang remeh temeh itulah telah membawa kepada kecerdikan dan kepandaian rakyat untuk mentafsir isu-isu yang telah timbul di dalam negara pada masa kini.

Pembelian mercedes dengan 3.43 juta adalah sedikit? Cuba pakai gaji mereka tengok larat ataupun tidak nak bayar jumlah duit tersebut. Jelasnya mereka ini senang berkata kerana duit itu bukan kepunyaan mereka, bahkan adalah wang rakyat semata-mata.

Anonymous said...

Ini lah masalah menteri yang dah naik lemak. langsung dah tak boleh menghormati orang lain yang melakukan kerja mereka.
Malahan tidak cukup dengan itu, menteri marah dengan wartawan dan melemparkan tuduhan konon wartawan memesongkan cerita.
Can you smell the desperation here?
Dah takde jalan lain agaknya untuk menutup malu terpaksa meletakkan beban ke arah wartawan pula.
Takpe, masa sekarang mereka kena kan wartawan, esok-esok nanti masa pilihanraya duduk berbaik dengan wartawan pula sebab nak dapat coverage, publisity dalam paper dan tv.
Macam-macam perangai menteri

blinkBLINK said...

DIY,
ni yang agak marah ni ..suka suki je kutuk wartawan...
(by : salah seorang anak murid mu di kelas iptar)

Anonymous said...

Datok..

Apa cerita?

http://www.malaysiakini.com/news/86841

Mohd Nadzri Kamsin said...

Blogawan Dunia Tiger dan blogawan yang lain,

Ini sudah menampakkan pemimpin UMNO yang jauh hati mereka daripada rakyat. Kenaikan harga minyak cukup memeritkan. Yang kaya tidak terasa sangat. Orang kebanyakan cukup sengsara.

Saya ada menulis tentang Jin, Syaitan dan Masyarakat Melayu. Sila berkunjung ke blog saya untuk berkongsi pandangan.

Uncle Seekers turut meninggalkan komen.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

Anonymous said...

Memang ada segelintir wartawan yang suka terlibat dalam memperbesarkan cerita. Kadang2 bertindak macam tiada cerita lain yang nak dibuat. Bukan semua tapi segelintir. Walau macam mana pun masih ramai yang bagus.

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER, saya tak kisah apa jenis gelaran untuk sesiapapun.tak semua yang di tanya akan hanya menyedapkan hati atau demi menjaga hati.

wakil rakyat pun sama,ada 'yang berhormat', 'yang berkhidmat untuk rakyat,yang berkhidmat untuk perut aje pun ada.

peruntukan ada,bila minta dah abis!!!!!! habis kat poket diaorang dan balacinya.

bila dah dekat pru baru nampak muka dan baikhati.konon calon yang terbaik.....jawap soalan wartawan tak lepas....panas telinga konon.

Anonymous said...

itu suara² orang frust sebab tak dapat pakai MErcedes dengan hasil duit rakyat datuk!

biasalah tu ...

Anonymous said...

Oh! Wartawan takde kelas! Yang Datuk Roslan Dan Datuk Rosli tu kelas sangat la sampai duit pembelian Merc sebanyak RM3.43 juta dianggap kecil! Jangan ikut sedap mulut je bila bercakap. Tak taukah mereka, dengan sikap angkuh dan berlagak mereka ini akan mengundang kejatuhan bangsa Melayu dan UMNO! Rakyat bawahan sibuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais tengahari dan malam untuk part time, yang diorang dengan berlagak boleh cakap RM3.43 juta tu hal kecil!. Mereka sebenarnya tak layak untuk berada di kedudukan mereka sekarang.. Panas hati dengar benda macam ni!!!

Anonymous said...

Kepada wartawan di Malaysia,

Janganlah hanya pentingkan populariti, aspek lain juga perlu diambilkira supaya ia tidak dikatakan berat sebelah.

Anonymous said...

Ingat RM3.43 juta tu macam RM3.43sen ke? RM3.43sen memang la hal kecil sebab nak beli makan tengahari pun tak lepas. Alangkah bagusnya jika RM3.43 juta tu disumbangkan kepada rakyat miskin yang masih berlambak kat Malaysia ni...

Anonymous said...

Mengapa wartawan dan blogawan yang membongkar kepincangan harus ditempelak dan dihina sebagai tiada kelas? Saya rasa tindakan mereka betul. Daripada perkara ini dibiarkan berlaku berleluasa tanpa ada pemantauan, baik ianya didedahkan supaya rakyat tahu kepincangan sesetengah pemimpin tak kira mana-mana parti pun.Sikap mereka inilah yang merosakkan sesuatu parti kepercayaan rakyat...

shastrishah said...

Tuan,

Wartawan mesti pertahankan tahap professionalisme mereka degan cara yang paling mudah - buat kerja dengan penuh ilmu di dada! Dan jangan gentar dengan kritikan mereka yang sengaja mahu menyalahkan media atau pemberita. Jika wartawan benar2 professional, apa nak takut?!!

shastrishah.blogspot.com