Pagi ini, saya bertemu seorang yang fanatik. Begitu taksub. Sanggup terjun dari tingkat tiga untuk mendapatkan apa yang diminatinya. Bukan fanatik kepada PAS atau Nik Aziz. Bukan taksub kepada Al-Qaeda atau Barrack Obama. Peminat setia Chelsea.
Sejak sampai ke warung tempat saya menikmati sarapan pagi, beliau menjerit nama seperti Ballack. Pemuda itu terus berbual dengan anak tauke warung mengenai langkah jurulatih Chelsea yang baru, Luiz Felipe Scolari untuk membeli lebih ramai pemain.
Beliau yakin Chelsea akan jadi juara Liga Inggeris dan Piala Juara-juara Eropah. Beliau yakin Robinho dan Kaka akan menyertai Chelsea. Beliau terus mencebik bahawa Manchester United akan tersungkur. Panas telinga ini.
Hendak jadi cerita, pemuda itu duduk betul-betul di hadapan saya. Yang pelik, ketika makan pun beliau masih memuja Chelsea dengan berbual cara "jarak jauh" dengan anak tauke warung. Ah, ini peluang terbaik untuk penyokong MU ini untuk bertanya.
"Wah..peminat Chelsea rupanya."
"Ya bang."
"Chelsea nak datang, dah beli tiket ke?"
"Sudah beli..harga..RM350"
"Satu tiket RM350?"
"Ya..bang. Nak buat apa dah minat beli je. Semua saya siap dah."
"Siap dah?"
"Semua siap..dengan jersey sekali"
(Dalam hati. Banyak duit pemuda ini.)
"Nanti satu hari boleh pergi London menonton EPL."
"InsyaAllah..apabila projek cendawan saya berjalan lancar."
"Besar ke?"
"Boleh tahan. Kini hantar ke pasaraya besar. Sudah sign kontrak."
(Dalam hati. Patutlah boleh beli tiket RM350. Tauke cendawan rupanya)
Anak tauke warung datang dan duduk dekat pemuda itu.
"Apa yang kamu hendak tengok Chelsea nanti?"
"Apa-apalah...aku sanggup terjun dari tingkat tiga untuk dapatkan jersey Ballack."
"Yela tu."
(Anak tauke warung berlalu. Saya terus bersembang dengan pemuda itu mengenai projek cendawannya. Saya memberitahunya mengenai Projek Cendawan ZEK. Beliau banyak memberi nasihat termasuk penyakit oren dan hijau. Mengenai sinaran ultra-violet yang perlu dinyahkan daripada baju, seluar dan kasut. Satu pagi yang produktif. Tidak sia-sia menegur orang. Perut kenyang, saya pun berlalu.)
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
kan bagus semangat sama ditonjolkan terhadap pasukan negara...
tak dpt terjun 3 tingkat, dpt lompat 3 anak tangga pun jadilah...
ni, bila msia main je ..."low class!!" tapi itulah tmpt kita dilahirkan....bukannya di stamford bridge ataupun old trafford...
Walaupun Chelsea bukan pasukan kegemaran sy, tapi bangga juga kalau dpt jumpa org melayu yg sebegini...
Ada usaha...
Malaysia secara am nya dipenuhi dgn hawa positif semangat ingin berjaya. Dimana mana kita akan bertemu dgn usahawan melayu yg ingin berjaya. Mahupun diperingkat perancangan ataupun pembesaran projek yg sedia ada. Akan tetapi apabila ekonomi menguncup maka banyak yg dimufliskan oleh bank. Bukan disebabkan pembaziran tetapi menunggu pembayaran yg terlalu lama. Kebanyakan syarikat kerap mengunakan alasan technical untuk re-invoicing. Bila re invoicing maka dikatakan pula hilang. Ding-dong 6 bulan. Teringat kata kata PM Singapore dua tahun lepas semasa menyambut tahun baru. Perkara pertama adalah 'membuat pembayaran seawal 14 hari utk mengalakan kecairan dan pembangunan ekonomi'. Itu adalah perkara yg sepatutnya dilakukan oleh kerajaan kita sekarang. -Jantan Giler
Salam Datuk,
Saya peminat Chelsea juga. Dengan kemasukan Robinho dan Kaka, saya rasa rentak permainan chelsea akn jadi lebih menarik. Tapi MU dah transfer keluar C. Ronaldo, asset pemain MU. Habislah MU.
Ramai orang kini telah mula menggiatkan diri dlam bidang pertanian, terima kasih kepada perdana menteri kita sekarang ini. Dengan ini diharapkan agar lebih ramai bakal usahawan-usahawan yang berjaya di dalam sekto pertanian serta berkembang maju untuk kemajuan ekonomi malaysia.
Setakat terjun dari tingkat 3, saya pun berani. Kalau berani, tejunlah dari tingkat 4 dan ajak sekali penghuni-penghuninya.
Saya ni stakat beli jersey MU di pdg besar jer la... hihi.. tu pun penat dok lobi hubby yg die-hard Arsenal fan...huhuhu...
Sdr Epain,
Semangat tu memanglah ada. Tetapi tengah semangat memberi sokongan, pasukan Malaysia pancit. Darah pun mulalah naik. Pemain pancit lagi. Tidak peduli orang di luar yang bersemangat. Darah terus naik. Lama-lama menyesal bawa semangat ini untuk menyokong orang yang tidak bersemangat. Abis Camno?
Sdr Bzz,
Apabila ada banyak duit, semua boleh beli. Tiket bola, tiket kapalterbang, tiket konsert Inul atau tiket funfair.
Jika tiada duit, tidak boleh naik kapalterbang, tidak boleh tengok Inul menggoyangkan pinggulnya dan tidak boleh bawa anak-anak pergi funfair.
Oleh itu, orang Melayu mesti berduit. Bukan merompak macam sesetengah pelesit tetapi bekerja keras. Eloklah berniaga jual kain batik, keropok lekor, emas, insurans, unit trust atau buat direct selling. Melayu jangan malas dan gemar duduk mengumpat, bercakaran serta berpolitik. Abehkan boreh.
Sdr JG,
Berniaga makanan boleh buat untung. Orang miskin tetap akan mengisi perut mereka, orang kurang duit tetap akan makan dan orang berduit lagilah akan berusaha menghabiskan duit yang melambak. Terutama yang dapat duit menerus direct nego atau duit turun dari langit.
Dapat durian runtuh kerana ada networking atau jaringan. Dulu networking ni dikenali sebagai "kawan-kawan" atau rakan taulan. Zaman berubah, label pun berubah.
Di Malaysia ni, orang suka menjual. Semua hendak jadi salesman dan saleswoman. Jual produk, jual nama, jual pangkat, jual nama bapa, jual nama bos, jual nama references, jual AP, jual kontrak, jual projek dan ada juga yang jual diri. Tetapi elakkan jual negara sebab nanti saya tiada negara hendak tinggal.
Sdr PK,
Saya peminat MU, bukan Mahkota United ya. Saya suka tengok bola di televisyen. Ini kerana boleh tengok replay bola menerjah jaring. Itu sebab ketika mengikuti zamalah kewartawanan di Universiti Cambridge pada 1995 pun, saya tidak pergi tengok bola kat Stadium. Hanyalah sekali masuk stadium ketika Proton bawa tengok Pasukan Norwich (sebut norish bukan nor wish). Timakacih Ajie.
Sdr Azlan,
Lain macam bunyi apabila menyebut tingkat 4. Suruh semua penghuni terjun pulak tu. Sabarlah. Tidak payah terjun kerana ada tangga dan lift. Sampai masa kena turun jugalah. Kalau nak terjun pun, silakan. Tapi... boleh patah kaki.
Sdr Monster Mom,
Saya pernah beli jaket MU di kedai menjual barang-barang MU di Manchester. Sikit punya banggalah. Apabila sambil di Malaysia, baru ternampak tag yang ditulis "made in Malaysia". Nampak sangat saya tidak berapa cerdik kan! Bangga tu satu hal, malu pun satu hal. Maka dipendekkan cerita, jaket itu pun segera bertukar tangan kerana faktor tertentu. Faham-faham jelah.
Salam Dato,
Bila sebut pasal bola sekarang ni, tak sama semangatnya masa nak tunggu bola piala dunia 82 dan 86 dulu nak tengok platini,rossi,rummeneige,butrageano,zico,gentile,falcao,tigana,giresee dan keegan.Seakarang ni,walaupun sanggup bersengkang mata nak menunggu pemain-pemain terbaik dunia main namun kepuasan pada kualiti permainan tu dah takde baik luar negara ataupun dalam Malaysia.Saya masih juga meminati bolasepak yang berteraskan pada seni dan ketepatan hantaran bukan fizikal ataupun gol-gol disebabkan oleh kesilapan pemain,sepakan sudut dan gol-gol yang tak sepatutnya gol.Tok,Kalau Dato minat M.U pasti tok tak akan lupa pada brayn robson....he he..
P/s: Italy Vs Brazil world cup 82 tengok dirumah ita(sekarang istreri) kat bromley street,london.
ehem....
(tumpang berdehem Datuk Harimau)
Salam Dato,,,
Tak support MU atau Chelsea,,,,arsenal the best
MU atau Chelsea, sapa yang datang tak penting, yang penting kita lupakan sekejap masalah negara untuk satu hari.....dengan harapan malaysia tak dibelasah ......
p/s...akan pakai jersi kuning,hitam
cap harimau
wasalam
carcoon
assalamualaikum tok tig
hola hola madrid
bagus sungguh anak muda ini tok kalau dia boleh berkongsi dengan anak2 muda lain yang berminat lebih baik tok, kerana satu melaui sukan(mutual interest) kita lebih senang berkomunikasi
disamping minat kepada sukan ekonomi juga penting dalam menjamin perkembangan sosio ekonomi yang sihat
p/s tok kek santiago barnebue tiket je dah 600 laie mahal tok, dah datang malaysia nih kira murah nih
Post a Comment