Thursday, July 31, 2008

ANWAR BERTANDING DI PERMATANG PAUH

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), petang ini mengumumkan akan bertanding di kubu kuatnya, Permatang Pauh, berikutan perletakan jawatan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Ahli Parlimen hari ini .

Pengumuman bekas Timbalan Perdana Menteri itu menolak pelbagai ramalan oleh tok nujum politik di negara sebelum ini yang mengatakan DSAI akan bertanding di Bandar Tun Abdul Razak, Cheras atau Kulim Bandar Bahru, Kedah.

Persoalannya sekarang ialah adakah UMNO akan membenarkan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, yang menyertai UMNO tahun ini, bertanding menentang bekas bossnya.

Atau...UMNO meletakkan EXCO Pemuda UMNO, Datuk Firdaus Ismail, semula di Permatang Pauh yang sudah menyaksikan bekas Imam Masjid Negara itu kalah dua kali di tangan DS Wan Azizah pada PRU 2004 dan 2008.

17 comments:

junkopile said...

assalamualikum tok tiger
nampaknya dia lari dari kulm ke permatang pauh kalau ikut alma dekat je 2
senario kali ini mungkin berbeza tok kok dulu banyak activiti di galeri pejuang tu tapi bila dah lepas orang2 depa je tok ni orang kampung depa katela, so biarlah orang2 permtang yang membuat pilihan
orang orang umno pula kena pilih samada nak beri ezam yang juga tak kurang hebatnya atau pun datuk firdaus yang juga memang hebat walaupun tewas dua kali kepada datin azizah.
tetapi pandangan peribadi saya tok bukan calon yg menjadi masalah tetapi parti yang memperjuangkan nasib rakyat, mungkin kini rakyat permatang pauh telah sedar kesilapan mereka memilih datin azizah dan saya percaya kalau letak tok tiger jadi calon pon umno akan menang
p/s amcam YB Harimau

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Salam kembali.

Saya yakin UMNO akan meletakkan Datuk Firdaus kerana beliau sudah banyak menjalankan kerja-kerja politik dan sosial di situ sejak tahun 2004. Nasibnya kurang baik pada PRU12 lalu berikutan tsunami politik dan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman sempit dengan mengatakan, "memilih BN akan memperkuatkan orang Melayu".

Kali ini, adakah mereka akan memainkan sentimen yang sama? DAP pun sudah berikrar untuk memastikan DSAI menjadi Ahli Parlimen. Mereka pun suka DSAI jadi PM kerana faktor yang mereka saja mengetahuinya.

Razlan said...

Salam Tok Rimau,

Apa yang telah Pakatan Rakyat gadaikan semasa 5 bulan memerintah 5 Negeri patut di gembar-gemburkan.

Tidak sampai 1 tahun, banyak hak orang melayu telah di rompak oleh PR yang ditunjangi oleh Anwar.

Mejoriti pengundi adalah orang Melayu, jadi sekiranya orang Melayu masih tidak sedar akan hakikat yang Melayu akan Dijual sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah, tak tahu la apa nak saya cakapkan.

Tok, Muqabalah PAS dan UMNO merupakan berbincangan untuk mencari kaedah demi kebaikan Orang Melayu, jadi PAS pun sudah sedar Mereka telah dijadikan patung mainan untuk mengadai Melayu dan Islam.

pikirkan bersama ....

ibrahim yahaya said...

Sdr Razlan,

Melayu mudah lupa.

Melayu takkan lupa.

Melayu buat-buat lupa.

Pilihlah yang terbaik.

Anonymous said...

Mengapa takut sangat DSAI anwar menjadi Ahli Parlimen.

Lawan la secara gentleman. Kalau rakyat boleh mendapat faedah dari sistem demokrasi dan ada check and balance itu yg penting.

Saya, isteri dan anak-anak telah bersiap untuk ke Permatang Pauh.

Malaysia untuk semua bukan untuk UMNO atau BN.

Hadji

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anwar pilih permatang pauh, kubu kuat PKR sejak dahulu lagi.

80% mungkin menang tapi BN dah lama tunggu saat ini, jadi untuk BN menang sekitar 51%.

Anwar menghadapi masalah liwat, saman malu, saman fitnah... dia hendak merosakkan parlimen malaysia? atau meminta bantuan parti pembangkang selepas berkuasa untuk mengatasi jenayahnya?

kita tunggu dan lihat.

tok janggut said...

Salam Semua,

Mula-mula saya nak ucapkan tahniah kepada Wan Azizah kerana sudi melepaskan jawatan ahli parlimen untuk memberi ruang kepada suaminya bertanding.

Saya dari awal lagi dah agak, dia tak akan bertanding tempat lain. Kenapa? Pertama, orang lain sayang nak lepaskan jawatan ahli parlimen. Kita kerja kuat nak menang, bila menang nak bagi pada orang lain yang belum tentu akan menang, sapa nak berjudi oiiii. Kedua. Anuar tidak yakin akan menang di kawasan lain dan saya fikir, dia memang tak akan menang kalau bertanding di tempat lain. Pilihan raya kecil tak sama dengan pilihan raya umum.3. Hanya Azizah sahaja yang sanggup melepaskan jawatan dan hanya di permatang pauh sahaja harapan untuk menang tinggi.

Saya lebih cenderung kepada Ezam. Bukan tidak yakin pada Firdaus. Tapi Ezam lebih tepat. Jangan lihat kepada semangat jati diri, jangan lihat kepada baru atau lama menyertai UMNO, tapi lihatlah kepada kemampuan. Kalau Ezam terpilih, jangan pula UMNO Permatang Pauh makan hati. Kita kerja dalam kumpulan, buanglah sikap mementingkan pangkat dan wang demi negara dan bangsa.

Sekian

Anonymous said...

kalau nak cakap check n balance..
Ader banyak cara nak buat check n balance..

Malaysia memang bukan milik UMNO dan BN..
Tetapi tak akan marahkan nyamuk..
Kelambu nak dibakar..

Bukan takut DSAI...
Tetapi cerita seterusnya..
Kenaper isu takut pulak yg perlu diutarakan..??
Kenaper tak utarakan isu2 lain..
Tak akan orang lain semua salah..
Hanya "dier" jer yg betul..

Tak akan kiter nak biarkan
kerana nila setitik..
rosak susu sebelanga..
Jangan sampai sebelanga itu melibatkan anak bini kiter..
Apetah lagi bangsa dan agama..
Jangan sampai cucu cicit kiter yg merana..

zeme said...

Salam Datuk IY,

Inilah sikap DS Anwar dari dahulu lagi. Sekejap cakap Bandar Tun Razak, sekejap pula Kulim-Bandar Baharu, tup-tup Permatang Pauh juga menjadi pilihan hati.

Apakah DS Anwar juga bersikap "Flip-Flop"? Itulah politik, politikus akan membuat apa saja keputusan bila dalam keadaan terdesak untuk kepentingan diri. Dalam konteks ini terdesak untuk menubuhkan kerajaan sebelum 16 September,takut tidak sempat pula untuk menubuhkan kerajaan seperti apa yang diwar-warkan.

Di kala umat Islam akan menunaikan puasa dan menyambut hari raya, DS Anwar pula sibuk untuk meraikan pilihanraya? Sudah semacam "desprado" kah untuk menjadi Ahli Parlimen seterusnya menjadi Perdana Menteri? Maka tepuk dada tanya selera.

Wasalam.

tok janggut said...

Saya harap tak ada ahli UMNO yang akan undi Anuar dalam pilihanraya kecil di permatang pauh nanti kerana kecewa dengan pemulihan ketua diperingkat cawangan dan bahagian nanti.

Anwar pandai mengambil kesempatan di kala UMNO sedang dalam proses pemilihan ketua diperingkat cawangan dan bahagian, pasti ada yang kecewa. Yang kecewa inilah akan diberi gula-gula oleh PKR. Sapa makan gula-gula PKR ni habislah layu.

Razlan said...

Hadji ...

Buang lah hadji tu kalau nak sokong PKR..

Kalau Hadji sokong macma terjadi kat selangor tu ... Islam sama dengan agama lain, macam mana nak pakai hadji lagi ..

Banyak yang anwar telah janjikan dan dilaksanakan untuk kepentingan politik tanpa memikirkan Agama beliau dan Bangsa Melayu ...

Disebabkan beliau seorang, sekarang ni perpecahan di antara kita semakin besar ...

Hadji ...

Bangsa lain sekarang ni dok buat lirik .. anwar dok nyanyi .. Orang melayu dok Menari ....

Kenapa lah susah sangat orang Melayu ni nak paham ... Kalau bangsa lain tu .. di usik sahaja kepentingan mereka .. mereka akan bersatu dan menentang secara terbuka atau sulit .. mereka tetap bersatu ..

Melayu ni .. sampai orang kafir pijak kita terang-terang pun dok sokong ... dok fanatik kepada satu perkara .. tanpa melihat apakah kerugian dipihak kita ,,,,,

Matang laa orang Melayu .. sedih kawan ...

Sekarang sudah masanya kita nyanikan lagu .. Penyair turun daru Gunung ....

"Aku lah Penyair yang turun dari Gunung .... Beratus tahun Telah ku duduk disitu ...."

"Kini aku pulang ke LEMBAH .. melihat Manusia .. Kecil Miskin ... lagi HINA .. hidup mereka Melata-lata ...."

"Tangan MU ku Gengam Ku Julang Ke UDARA .. akan ku jeritkan Bagaikan Halilintar .... " ... LEBEBASA ABADI ....

sekian .....

Anonymous said...

UMNO patut jgn meletakkan calon di Permatang pauh. Biarkan Datuk Seri Anwar menang tanpa bertanding.

Ini kerana memang BN tak boleh menang di situ. Buat apa habis wang dan masa, sedangkan sekarang negara kesempitan wang.

Biar Anwar buktikan yang dia mampu jadi PM. Dan jika benar dia difitnah dan tidak meliwat, sudah tentu Allah akan melindungnya. Biarkan kebenaran terbongkar dengan sendiri kecuali anda tidak percaya Tuhan itu wujud?

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Susah nak jangka senario politik sekarang.

Impak dari 2 kepimpinan:

(1) Kerajaan pimpinan Pak Lah - isu kenaikan harga minyak, barang, tarif elektrik, peralihan kuasa, flip-flop, etc. Kesannya, mungkin pengundi lebih cenderung utk pangkah PKR untuk lihat sejauh mana kebenaran 'Malaysia Baru' yg diutarakan.

(2) Kerajaan negeri - org Melayu sudah serik dengan Kerajaan 5 bulan DAP (Pakatan Rakyat) dengan isu DEB, bahasa pada papan tanda, tanah etc. Kesannya, pengundi menyesal kerana memangkah PR pada PRU12 lalu dan sudah tidak percaya dengan Kerajaan negeri lagi, dan mungkin akan memangkah BN.

Saya berpendapat, orang Melayu Penang dah tersepit. Mereka sukar memilih samada BN atau PKR. Takut jadi macam keluar kandang rimau, masuk mulut buaya.

Kalau nak dilihat prestasi semasa kedua2 parti, kedua2nya pun tidak stabil.

Mungkin statistik undi rosak akan meningkat.

Calon:
(1) Anwar vs Pirdaus
(2) Anwar vs Ezam

Saya lebih cenderung kombinasi yg pertama. Datuk Pirdaus lebih sesuai. Peribadi beliau lebih dikenali, disegani dan dihormati masyarakat setempat. Ezam boleh tolong berkempen sama.

Anwar nampak yakin akan beroleh kemenangan. Tercapaikah hasratnya?

Peluang BN juga cerah. Mampukah BN merampas Permatang Pauh dari PKR?

Wallahualam. Wassalam.

Anonymous said...

Memang Anwar flip flop pun! Baru tau ke? Dulu Anwar kata tiada kerusi PKR yang akan dikosongkan untuk beliau bertanding. Katanya beliau nak bertanding di tempat baru untuk tambah satu lagi kerusi PKR tapi sekarang nampaknya isterinya sendiri yang melepaskan jawatan Parlimen Permatang Pauh untuk beri laluan Anwar untuk bertanding. Dah tentulah kawasan tersebut memang majoriti PKR dan dipenuhi penyokong taksub tahap otak kat lutut. Kiranya Anwar yakin beliau boleh menang di kawasan tu.

Anonymous said...

Saya rasa PR dan BN pun sedang cemas dengan situasi yang mereka hadapi sendiri. PR berhadapan dengan kesangsian terhadap PAS untuk berunding dengan UMNO, manakala UMNO pula berhadapan dengan pengaruh DSAI di dalam menumbangkan parti dan kerajaan persekutuan tidak lama lagi.

UMNO tiada pilihan lain melainkan untuk menghantar peserta yang paling layak untuk bertanding dengan DSAI. Manakala DSAI pula semakin terdesak untuk mendapatkan kerusi jawatan memandangkan kes sodominya akan memberi impak yang kuat terhadap hidupnya.

Kenyataan Khalid yang mencadangkan UMNO untuk meletakkan Ezam sebagai calon untuk menentang DSAI menunjukkan mereka yakin bahawa Ezam akan kalah dalam bertanding nanti. Kalau tidak mustahil mereka akan memberi cadangan sedemikian.

Ezam yang merupakan ahli bekas PKR masih lagi boleh diragukan. Seandainya pada masa kini Ezam berpaling tadah pada UMNO dengan sengaja kalah di dalam bertanding nanti, maka sudah tentunya DSAI akan dapat kerusi di dalam parlimen, yang memberikannya peluang untuk merebut jawatan perdana menteri dan menumbangkan kerajaan persekutuan yang ada sekarang.

Anonymous said...

Kenapa rakyat masih tak sedar dengan sandiwara Anwar dan PKR? Padahal rakyat Selangor contohnya, dah terkena dengan Pakatan. Kononnya jika menang pilihanraya 2008 lalu, rakyat akan menikmati air free. Tapi sampai kesudah, air free ke mana. Dan banyak lagi janji-janji Pakatan (PKR dan PR bagi saya sama je) taburkan sebelum pilihanraya tapi satu pun tak terlaksana. Hanya pandai mempertikai kewibawaan Pak Lah saja taunya...

Anonymous said...

...Sapa sapa pun bertanding nak di tempat sendiri...

Mau ke PakLah pergi bertanding kat Kelantan atau Najib pergi kat Baling...

Biarkan Anwar ke Parlimen...

Jegon