Posting Terbaru - 10 pagi (22/7/2008)
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, usaha Pas mengadakan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan umat Islam di negara ini telah mendapat restu Majlis Syura Ulama parti itu.
Beliau berkata, restu itu diberikan sebelum pertemuan pertama antara Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut beliau, pertemuan pertama antara kedua-dua pihak itu diadakan sejurus Pilihan Raya Umum Ke-12.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Abdul Hadi memberitahu, hasil pertemuan itu juga telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama Pas.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Pas memenangi 23 daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi calon-calon parti itu.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas memperoleh 83 kerusi.
“Pas tidak menafikan ada pertemuan antara pucuk pimpinan tertinggi Pas dengan Abdullah bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
“Berikutan itu Majlis Syura Ulama Pas telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Pas mempertingkatkan kesungguhan dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam,’’ kata Abdul Hadi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai reaksi Presiden Pas itu terhadap pendedahan Abdullah yang juga Presiden UMNO bahawa muzakarah UMNO dan Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.
Perdana Menteri berkata, UMNO ikhlas dalam menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menjelaskan, pertemuan Abdullah dengan pemimpin peringkat tinggi Pas itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut beliau, susulan daripada pertemuan pertama itu, satu lagi perbincangan telah diadakan di bangunan Parlimen antara pucuk pimpinan Pas dengan Abdullah.
Pertemuan di bangunan Parlimen itu hanya membabitkan Timbalan Presiden Pas dan Perdana Menteri.
“Pertemuan ini juga telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulama,’’ ujarnya.
Posting Asal - 21/7/2008
Muzakarah UMNO dan PAS sudah berjalan sebanyak TIGA KALI antara pemimpin kedua-dua parti. Pemimpin tertinggi UMNO dan PAS mengakuinya.
Bagi bangsa Melayu ini adalah satu perkembangan sihat kerana kedua-dua parti bersetuju bertemu dan bermuzakarah demi kepentingan agama dan bangsa.
Melayu perlu bersatu jika ada pihak sudah mula mempersoalkan kontrak sosial dan Ketuanan Melayu. Melayu perlu mempertahankan hak mereka apabila ada pihak yang kini mula melarang pembinaan surau di negara ini. Ingat peristiwa di Desa Mentari.
Muzakarah UMNO dan PAS adalah baik untuk bangsa Melayu. Daripada bermasam muka, bercakaran dan melemparkan tuduhan antara satu sama lain, lebih baiklah berbaik-baik.
Namun, perkembangan "bermula putik persahabatan" ini sudah tentu tidak digemari oleh rakan PAS iaitu PKR dan DAP.
Nampaknya, DAP amat marah sekarang kerana parti yang memainkan sentimen perkauman yang sempit itu kini tersepit antara untuk menyokong "pakatan" pembangkang atau kepentingan Melayu. Ini kerana parti itu sudah mendodoikan lagu pada PRU12 bahawa "menyokong BN adalah tindakan memperkuatkan Melayu".
Bagi pihak PKR pula, yang ramai pengikut setia daripada keturunan India terutama barisan peguam muda, pasti akan mula bertanya kepada pemimpin tertinggi mereka sama ada parti itu akan terus memperjuangkan Malaysian Malaysia dan sama rata, sama rasa.
PAS sudah tentu akan diminta menyatakan pendirian mereka mengenai muzakarah ini. Bagi BN, parti komponen sudah lama memahaminya.
Monday, July 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
muzhakarah ini harapnya lebih menguntungkan rakyat dari kedua-dua parti politik tersebut.apapun,janganlah melihatkan muzhakarah ni dari aspek negatif semata-mata.perkara yang baik harus diteruskan jika difikirkan ada hasil yang sihat dan baik.
saya percaya PAS dan UMNO tidak akan bergabung di bawah satu bumbung.tapi saya lebih harapkan mereka menyelesaikan isu secara baik dan dapat memberi kata putus yang memberansangkan.
tapi bukan kah manisfesto Pakatan yg Pakatan tu untuk semua tanpa kira bangsa dan agama? sememangnya janji itu kosong sahaja semenjak hari pertama, memang mustahil sesebuah parti politik seperti PAS tidak minta yang pendirian Pakatan lebih dekat kepada pendirian fundalisma mereka. itulah sebab yang Pakatan ini memang tidak sedia lagi untuk jadi kerajaan pusat.
Semoga menguntungkan Malaysia. Melayu mmg kena bersatu. Kerajaan setelite di Penang dah makin cengkam Melayu, bukak mata & minda. Jangan terlalu ikutkan ego politik Melayu, bersatu la secepat mungkin.
Mestilah untungkan UMNO. Takkan kalau tak untung UMNO nak duduk semeja dengan PAS. Bila kuat dulu, UMNO mana pedulikan PAS.
Salam Datuk,
muzakarah ini sememangnya suatu tindakan yang baik dan harus dilaksanakan tidak kira untuk kepentingan politik semata-mata.
Jika diteliti dengan terperinci, kedua-dua belah pihak iaitu UMNO dan PAS boleh mendapat keuntungan yang sama rata.
Kedua-dua belah pihak mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu berbangsa melayu serta beragama islam. Saya tidak faham mengapa perlu mereka bersengketa sedangkan persekutuan antara PAS dengan DAP serta PKR tidak akan dapat mencapai sepakatan dan persefahaman yang sama.
Pergabungan PAS di dalam membentuk PR hanyalah pakatan untuk menjatuhkan BN sahaja. Malah PAS juga terpaksa bertolernasi dengan DAP serta PKR untuk mencapai hasrat dan objektifnya. Mengapa tidak diaplikasikan ke atas BN sahaja? Saya berpendapat semestinya PAS akan mendapat lebih manfaat dengan tindakan sedemikian.
Salam Datuk...
Saya setuju dengan pencintakeamanan dan suka-aman.. Bagi saya, jika muzakarah yang dilakukan berjaya, maka rakyatlah yang akan untung terutama bangsa Melayu dan Islam.. PAS dan UMNO juga untung kerana mereka tidak perlu bermasam muka sesama mereka dan mereka dapat melaksanakan tugas masing2 tanpa ada perselisihan faham. PAS dan UMNO lebih sesuai untuk bersatu berbanding PAS dan DAP.. Walaupun tak mungkin PAS dan UMNO bersatu, at least mereka bersatu dalam menangani masalah Melayu dan Islam. Mengenai dakwaan Husam Musa tu, kita abaikan jelah. Beliau dilihat seolah2 sengaja mahu mencetus idea supaya Pak Lah dikritik lagi dalam isu bermuzakarah ini.. Bagaimana Datuk?
Muzakarah itu sendiri mempunyai nilai nilai yang baik dengan sendirinya.
Di Jepun, mesyuarat atau meeting saban hari di adakan sebagai proses 'mengenalpasti' dan 'menyelesaikan'.
Apa yang tercapai hendaklah dihebahkan jika itu tidak meresahkan pihak yang lain atau laksanakanlah dengan bijaksana dan hemah untuk kebaikan ummah. Letakkan Islam sebagai landasan kerana Melayu atau bukan Melayu tetap mendapat keadilannya - kluangman
muZAKARah
memang bagus kalau penuh keikhlasan
tapi cuba renung kembali fitnah yang dilemparkan kepada PAS sebelum pilihanraya dahulu.kenapa sekarang cakap pasal perpaduan?
Tok tiger nasehatlah bos anda sebelum terlewat.
kalau dulu bersatu dengan Pas sebelum pilihanraya pasti dah dapat due pertiga.
pas bukan buah kelapa dan hampas.
jangan gunkan bila perlu dan buang lepas digunakan.
pulihkan umno dan hapuskan politik wang pemikiran feudal haasad dengki dan budaya mengampu.
belajarlah dari kejayaan korea dan jepun...
(http://siratansuratan.blogspot.com)
Salam Datuk,
Muzakarah PAS & UMNO adalah lambang kesungguhan serta kesedaran tentang kepentingan Islam dan juga ketahanan bangsa. Aura muzakarah positif akan terpancar menerangi pelbagai pihak yang bergelap. Namun aura negatifnya akan mengundang pelbagai tohmahan.
Kepada semua yang bersikap menyokong muzakarah tersebut, teruskanlah usaha murni. Kepada yang lein, berdoalah agar kita akan sentiasa beroleh rahmat dan kemenangan...
Salam mesra Dato.InsyaALlah kalau kedua dua nya ikhlas byk manfaat nya utk umat Melayu. Rio
Selepas muzakarah jangan lupa bacakan fateha dan buat tahlil untuk ibrahim libya dan mereka yang terkorban semasa peristiwa mamali.
print ni dato, jangan delete.
Muzakarah untuk menyatukan Melayu/islam dan bukan utk menyelamatkan kroni UMNO yg dah lama kerjanya melesapkan wang rakyat.
Benda ni bukan memberi kepentingan kepada sebelah pihak saja. Ini memanfaatkan seluruh umat Islam dan melayu. Sikap sesetengah pihak yang mengkritik perkara ini jelas menunjukkan tahap kecetekan pemikiran yang tidak langsung memberi ruang kepada perkara sebegini. Sikap menganggap diri sendiri sahaja yang betul.
Muzakarah yang dilakukan denganpenuh keikhlasan, Insya Allah akan membuahkan hasil yang amat berguna...
Hasil daripada muzakarah, akan menguntungkan PAS, UMNO dan rakyat sendiri. Itupun jika muzakarah berjalan dengan lancar tanpa ada perasaan negatif...
assalamualaikum tok tiger
muzakarah ini benda yang elok tok dari zaman rasulallah lagi pun dah dianjurkan bermuzakarah, asalkan ia membawa kepada kebaikkan umat islam umno atau pun pas tidak penting
tetapi yang herannya nik aziz mengatakan pas akan hancur dan sekutunya tidak akan mempercayai pas lagi
adakah pkr lebih diutamakan dari perpaduan umat islam. saya merasakan dato nik ada maksud yang lebih baik tetapi mungkin dilaporkan sedemikian. saya percaya yang nik aziz sayangkan islam
SALAM tok tiger,muzakarah itu baik dan positif demi bangsa melayu dari kedua-dua parti dan umat Melayu khasnya.Beza idealogi tak jadi masalah atau penghalang.
Nik Aziz saran hentikan muzakarah..dah jadi kot lain, SETUJU - kluangman
Link ini amat sesuai untuk menjawab tulisan DIY.
Tulisan yang berbunyi
"Melayu perlu bersatu jika ada pihak sudah mula mempersoalkan kontrak sosial dan Ketuanan Melayu. Melayu perlu mempertahankan hak mereka apabila ada pihak yang kini mula melarang pembinaan surau di negara ini. Ingat peristiwa di Desa Mentari."
DIY, cara berpolitik begini telah tertinggal jauh kebelakang. Mari kita maju ke hadapan dengan mengutip persamaan sambil mengenepikan perbezaan.Jangan terlalu sempitkan pemikiran bila berpolitik.
Kepada si tampok manggis,
kalau kulitmu bukan sawo matang eloklah pegi kedai tukar colour
kalau agamamu bukan agama Islam elok ditukar sahaja kepada agama yang boleh berubah mengikut cita rasa sendiri
Perlembagaan kata, Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. NOKHTAH.
Pandang ke belakang, cari asal usulmu
Lihat ke dalam diri, cari asal usulmu
Baca sejarah, cari asal usulmu
Lihat ke depan, lihat perjuangan mereka yang berasal sama denganmu
Muzakarah bukan untuk diri sendiri.
Untuk perjuangan masa depan Agama, bangsa dan negara
Sekian
Salam tuan,
DAP dan PKR adalah musuh pertama Negara dan Orang Melayu.
Muzakarah ini sudah tentunya akan membawa keuntungan kepada Melayu keseluruhannya.
Saya amat berharap PAS tidak lagi menjual Tanah Melayu dan Kepentingan Islam seperti yang telah berlaku di Selangor dan Perak.
Budget untuk masjid dan kuil dan gereja pun boleh disamakan, tanah yang dahulunya komunis duduk telah diberikan selama-lama nya untuk mereka.
Banyak lagi akan hilang sekiranga kita tidak bersatu dan tahu apakah dan siapakan Melayu, Cina dan India ....
Itulah Datuk Tiger ... Pemimpin di atas perlu Fokus dan tahu apakah erti perjuangan dan apakah erti Pertahankan, tetapi kecewa sekarang ni .. semua mengambil sifat POPULIS(Bak kata Sabery) yang mana mereka lupa MELAYU yang meletakkan mereka di tempat ITU...
Dahulu si Nazi, masa jaga MARA.. dibukaknya kepada bangsa lain .. sekarang Menteri yang sama juga memberikan 45-50% biasiswa JPA kepada bangsa lain ...
Kenapa dan Mengapa ...? saya pun tak tahu ....
Tak sampai 1 tahun pun.. bangsa lain telah meminta dan merompak kita dengan terang dan nyata ....
Inilah dikatakan "Air Mengalir Ke Tangan Yang Lain ..." .. Bumi Dipijak Milik Orang ....
Kita selalu bermain API.. Dan api ini sering kali membakar DIRI kita ..
Sempena Bermulanya Mesyuarat Cawangan ... saya menyeru semua yang akan memulakan mesyuarat .. memainkan lagu WARISAN ... agar kita sedar .. akan kehilangan HAK kita ..
Melayu perlu Bersatu Datuk ...
Sdr Razlan,
Senikata Lagu Warisan.
WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Datuk Tiger,,,
Itu lagu Sudirman .. selalu jugak kita mainkan dan selami senikata dia ..
tapi kalau boleh yang seperti dibawah ini ,, lagi bagus ..
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara...
tq
Dalam keadaan kita melihat Malaysia berada di ambang ketidakstabilan, krisis perkauman dan ekonomi bobrok, apakah kita masih mahu mainkan lagu 'melayu' dan perkauman. Kita sudah sampai ke penghujung lagu perkauman sebenarnya. Teras perjuangan berdasarkan ras ciptaan manusia ini telah membuktikan ia tidak bertahan lama.
Kita kena beralih kepada kehidupan besama beasaskan keugamaan kerana setiap ugama tidak ada mengajar permusuhan, berbalik kepada bangsa yang penuh dengan kecurigaan antara satu sama lain.
Perjuangan berasaskan kepada ugama dengan sendirinya mendidik erti kerjasama dan kehidupan yang saling hormat menghormati.
UMNO berteraskan perjuangan Melayu sudah tidak relevan, begitu juga dengan lain lain parti yang berteraskan perkauman, bubarkan.
salam dato
muzakarah umno-pas...adakah sebenar-benarnya untuk kepentingan agama dan bangsa ataupun untuk kepentingan peribadi setengah pemimpin yang berkuasa yang sedang "nazak "....untuk meyelamatkan diri buat sementara waktu
tapi kalau digabungkan adakah kita akan diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang sememangnya lemah dan tidak berkaliber dalam pemerintahan....pemimpin yang kita tolak dalam pilihanraya yang lepas
wasalam
carcoon
Salam Dato'...
Bagi saya pertemuan atau muzakarah PAS-UMNO dilihat sebagai suatu pendekatan yang baik untuk membincangkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam. Tapi saya terbaca dalm satu blog yang cuba cucuk jarum menggunakan isu perkauman dengan mempertikaikan tujuan PAS-UMNO bermuzakarah. Dipertikaikan juga Pak Lah dengan soalan "Pak Lah, are you still a PM for all Malaysians?" yang mana dalam blog berkenaan mereka menuduh Pak Lah yang menimbulkan isu perkauman dengan bermuzakarah dengan PAS.Saya tak faham kenapa masih ada orang yang berfikiran macam ini..
Bagi saya Pak Lah adalah seorang PM untuk semua rakyat Malaysia tak kira apa parti pun. Beliau mempunyai strategi sendiri untuk memimpin negara. Kita juga jangan lupa bahawa beliau juga adalah Presiden UMNO. Sebagai Presiden UMNO, beliau berhak untuk membincangkan isu bangsa Melayu dan Islam. Sepatutnya isu perkauman yang dibangkitkan oleh mereka yang tak cerdik tu, tak patut dibangkitkan demi kesejahteraan Malaysia.Pak Lah cuba buat sebaik mungkin.. Apa pendapat Dato'?
Setiap pihak yang terlibat, sama ada PAS atau UMN0 tentu mengharapkan keuntungan dari muzakarah yang akan berlangsung antara mereka (kalau jadi diadakan).
Tetapi buat masa ini, rancangan untuk mengadakan muzakarah itu sudah menimbulkan pertelingkahan di kalangan pemimpin dan ahli PAS, dan kecurigaan di kalangan parti rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jadi akhirnya, rancangan untuk mengadakan muzakarah itu tidak akan menguntungkan sesiapa, malah mungkin tidak akan sampai ke mana-mana.
Apa dah jadi? Nik Aziz dan Presiden PAS, Hadi Awang dah tak sependapat dah.. Nik Aziz tak bagi muzakarah sedangkan Hadi Awang sebaliknya..Husam Musa pulak tuduh Pak Lah cuba nak pecah belahkan PAS... Secara logiknya, jika PAS betul2 berpecah, siapa yang harus disalahkan? Pak Lah, Nik Aziz, Hadi Awang atau Husam Musa?
Pak Lah cuma mahu bermuzakarah dengan PAS untuk menyelesaikan isu berkaitan Melayu dan Islam sedangkan bibiit perpecahan berpunca dari tindakan pemimpin PAS yang tidak sependapat..
Jangan asyik nak negatif je. Kalau sentiasa macam tu, memang susah orang melayu nak maju..Selalu sangat fikir diri sendiri je yang betul. Bagus lah ada benda macam ni, sekurang2nya ada inisiatif dari pemimpin atasan untuk menambah baik keadaan. Jangan asyik nak fikir yang diri sendiri lebih baik dari orang lain je.
Nampaknya Husam Musa main kasar dengan Pak Lah dengan sentimen bahawa Pak Lah mahu pecah belahkan PAS dengan kenyataan berjumpa dengan PAS sebanyak 3x. Padahal Hadi Awang mengesahkan hal tu. Nik Aziz pulak tak setuju jika PAS-UMNO bermuzakarah. Dalam isu ini, jika seandainya PAS berpecah, bukan salah Pak Lah tetapi salah PAS sendiri sebab masing-masing dan tak sependapat...
Kepada semua..
Cuba baca dan tafsir perkara berikut:
Kenapa Abdullah Ahmad Badawi baru sekarang memikirkan mahu bermuzakarah? Kenapa tidak ketika beliau mula-mula menjadi PM atau ketika beliau menang besar pada 2004.
Ini semua kerana keadaan memaksa beliau berbuat demikian. Bacaan ini cukup mudah wahai sedara-sedari sekelian. Masa senang dahulu, segala dibawah kawalan, mana mahu berkongsi dengan orang, kini bila susah, mula menagih simpati orang-orang PAS. Sedara-sedari nak percaya Abdullah Ahmad Badawi ikhlas demi agama Islam? Isteri beliau sendiri pun beliau sanggup mmebiarkan berdosa berpanjangan (Tutup aurat itu adalah wajib).
Fikirkan lah, kenapa tuhan tidak membuka hati Tuan Guru Nik Aziz untuk menredhakan konspirasi yang kononnya dipanggil muzakarah ini? Kerana terdapat sesuatu yang terselindung disebalik tujuan ini. Bukan berburuk sangka, tetapi telah jelas orang yang ingin bermuzakarah ini adalah seorang peimimpin yang munafik. Terlupakah sedara-sedari yang Abdullah Ahmad Badawi telah sebati dengan dolak-daliknya? Dengan flip-flop-nya. Atau dengan bahasa lebih tepat, dengan PENIPUnya. Ini adalah terang-terangan ciri-ciri orang munafik. Belum lagi diambil kira isu nepotisme yang diamalkannya.Si KJ yang paling dibenci rakyat, si Kamaludin yang semakin rakus. Kalimullah dan lain-lain lagi.
Jadi, baru sekarang nak fikirkan pasal perpaduan ummah, pasal perpaduan bangsa.
Bagi penulis, Abdullah Ahmad Badawi boleh insaf, sedar dan bertaubat dengan cara meninggalkan parti dan pemerintahan negara dan menyerahkan kuasa kepada orang yang betul-betul layak. Kalau beliau betul-betul ikhlas, boleh berfikir di luar kotak, lepaskan jawatan kepada Tuan Guru Nik Aziz. Jika tidak, Muhyiddin Yasin adalah lebih sesuai jika dibandingkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Bukan-nya dijanjikan Najib Razak yang telah busuk dan kotor untuk dijadikan pengganti. Di sini kita nampak di mana keihklasan Abdullah Ahmad Badawi yang sebenar.
Tetapi penulis yakin bukan itu tujuan Abdullah Badawi. Ini adalah strategi bagi mengekalkan kelangsungan kuasa politiknya.
Percayalah, penulis amat bersetuju dan menyokong seratus peratus jika PAS dan UMNO ingin bersatu. Tetapi bukan di bawah Abdullah Ahmad Badawi. Kerana selagi ada Khairy Jamaluddin, selagi itulah Abdullah Ahmad Badawi kekal dengan kedangkalannya. Untuk itu, kepada semua ahli UMNO, pastikan Abdullah Ahmad Badawi bukan lagi menjadi presiden UMNO, maka baru boleh berfikir untuk muzakarah dengan PAS. A Lu Fikir Lah Sendiri.
http://fikirlahsendiri.blogspot.com
Post a Comment