Monday, July 7, 2008
BUATLAH APA SAJA YANG HALAL
(ZEK di hadapan Rumah Hijau Kecil. Gambar oleh DIY)
Hari ini, saya ingin menulis mengenai projek cendawan. Kegiatan yang boleh menambah pendapatan rakyat terutama di kawasan luar bandar. Mencari lebih wang untuk menghadapi pelbagai jenis tekanan sekarang.
Pada 1 Mei lalu, saya menulis ZEK mahu tanam cendawan. Usaha itu untuk menyahut cabaran kerajaan agar berbudi kepada tanah atau membabitkan diri dalam bidang pertanian.
Zek yang mengikuti kursus cendawan cuba menanam cendawan secara kecil-kecilan. Kini, cendawannya mula tumbuh dan rakan-rakan yang melawat "rumah hijau kecil" itu telah membuat tempahan awal apabila beliau mula "menuai" hasilnya.
(Sikit-sikit lama-lama jadi bukit)
Cendawan yang mula tumbuh itu membuatkan beliau melupakan masalah serangan kulat hijau, oren dan kuning.
Kini tumpuan Zek ialah untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank boleh tolong ke?
Semoga ada bank yang boleh memberi pinjaman kepada ZEK agar impiannya untuk menjadi usahawan pertanian yang berjaya menjadi kenyataan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam kulat,
sebenarnya kegiatan menanam cendawan ini dah lama tok,saya masih ingat lagi pada tahun 1988 ketika itu saya berumur 14tahun paksu saya yang baru keluar dari utm tidak ada kerja giat menanam cendawan di kampung boleh tahan pendapatan pada ketika itu namun setelah paksu mendapat kerja tetap projek kecil-kecilan tersebut hilang macam itu saja.
selain itu pada tahun tersebut saya lihat ramai para graduan yang membela arnab untuk daging selain yamyuh untuk telur dan daging.
ternakan-ternakan ikan keli juga merupakan kegiatan yang menguntungkan pada ketika itu apatah lagi persaingan masih kurang jika dibandingkan dengan masa sekarang.
sebelum ini saya ada komen berkenaan penternakan `babi berduri`atau landak untuk tujuan komersil iaitu daging landak yang lazat dan berkhasiat begitu juga dengan penternakan lintah.
sebenarnya saya melihat dalam bidang tani ternak ini prospeknya begitu luas sekali kita yang hendak berusaha boleh menternak ikan pelaga bagi tujuan komersil,kunang-kunang iaitu kelip-kelip,rama-rama serta mentadak-mentadu.
masalah utama ialah modal mungkin agro bank boleh tolong kalau agro taknak tolong maknanya kena buat sendiri lah cari modal sendiri.macam mana nak `cekau` modal sendiri,hah susah juga nih kan dato,macam mana iyer sebab modalnya bukan sikit-sikit,tapi apasalahnya jikalau kita berdikit-dikit dulu kan?
Sdr Awang,
Saya tabik dengan pengetahuan Sdr mengenai ternak tani ini. Mungkin Sdr boleh buat satu artikel untuk disiarkan dalam blog ini mengenai bidang ternak tani ini.
Modal tu bergantung kepada kemampuan kita. Seperti saya sebutkan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ini bererti mulakan secara kecil-kecilan dulu dan tambah lagi bekas cendawan apabila sudah ada duit masuk. Boleh gunakan kayu yang boleh diambil daripada hutan kecil berhampiran rumah dan atap rumbia untuk bumbung.
Datuk,
Tolong beritahu Zek yang dia boleh buat pinjaman daripada TEKUN Nasional. Ada pakej khas untuk perniagaan berasaskan pertanian.
http://c-bok.blogspot.com
Sdr Zainal,
Terima kasih. Saya akan beritahu beliau mengenai perkara itu.
Nampaknya, Sdr pun sudah menyampah dengan keadaan politik negara ini terutama pemimpin yang berbalah macam budak-budak tadika.
Apa yang Sdr sebutkan iaitu "keamanan mungkin ada, kawalan sudah tiada" perlu direnung dengan baik oleh kerajaan. Jika tiada kawalan, mungkin satu hari keamanan pun terhakis. Fikirkanlah.
Ini satu usaha yang bagus untuk menghadapi situasi luar jangkaan pada masa akan datang..maksud saya dari segi ekonomi la..Kita tak dapat jangka keadaan ekonomi akan datang..Jadi kita harus cari alternatif untuk tambah pendapatan supaya dapat hidup selesa bersam keluarga tercinta..Sama2lah kita menyahut seruan kerajaan ini...
Sdr Sitinur,
Sebenarnya mereka yang duduk di kampung boleh menambah pendapatan atau mengurangkan kos perbelanjaan mereka bila-bila masa saja jika rajin berbudi kepada tanah.
Umpamanya, jika sayur ditanam sendiri, maka tidak perlu beli sayur lagi. Jika ada pokok durian atau rambutan, wang untuk membeli buah-buahan itu boleh digunakan untuk perkara lain. Begitu juga dengan ternakan ayam atau kambing yang bukan saja boleh menambahkan pendapatan tetapi mengurangkan kos perbelanjaan untuk mengadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan atau pertunangan.
Penduduk kampung boleh merancang waktu sesuai untuk memelihara lembu atau kambing yang akan digunakan di majlis perkahwinan.
Jika bapa mahu mengahwinkan anaknya dalam tempoh dua tahun, beliau perlu mula membela lembu atau kambing dua tahun sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.
Saya setuju dengan pandangan Datuk..Semuanya atas usaha dan kerajinan kita untuk bertindak je..Kalau rajin berusaha, tak mustahil penduduk kampung pun boleh jadi jutawan tanpa perlu join MLM..Kerajaan pun ada menyediakan pelbagai pinjaman menerusi badan2 tertentu..
Post a Comment