Sunday, July 13, 2008

HUBUNGAN PAS & PKR BELUM SEMPURNA?

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata hubungan antara PAS dan PKR masih belum sempurna.

Buletin Utama TV3 sebentar tadi menyiarkan kenyataan Datuk Nik Aziz bahawa PKR baru setahun jagung dan PAS perlu masa panjang untuk menyempurnakan hubungan itu.

10 comments:

Anonymous said...

that's tok nik,the politician!

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Apakah Tok Nik tahu, apa yang kita tidak tahu? Apakah kedudukan sebenar hubungan PAS dan PKR ini? Sebagai wartawan, saya pun hendak tahu terutama dengan pelbagai perkembangan politik membabitkan PKR sejak kebelakangan ini.

Anonymous said...

Aku baca kat paper Abdul Hadi sebenarnya tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai pemimpin PR? Blur aku, habis tu siapa yang bagi kata putus utk dasar2 atau keputusan2 PR? Fahamlah mereka nak demokrasi, kebebasan, tapi kalau dah dalam pakatan pun tak sepakat siapa ketua macam mana nak jalan?

ibrahim yahaya said...

Sdr Isyak,

Saya ingat DAP kot.

Tapi...selepas PRU12, wakil DAP dikatakan tidak banyak menyertai perbincangan yang diadakan. Bagaimana pula Perjanjian Pangkor II? DAP kata tidak, PAS pula macam mana? Ini yang keliru.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

As I said before, Hj Hadi himself want to be PM. He is more Islamic and 'suci' than Anwar Ibrahim. Or so he said.

Apa pun, dalam PKR ada ahli HINDRAF yang pure anti UMNO dan Islam. Ada juga ahli PKR yang bela dan makan babi. Dalam PKR ada juga bekas-bekas UMNO uyang berperangai tamak haluba macam UMNO.

Itu yang merumitkan PAS. Camno pun PAS kena kawan jugak sebab nak pastikan Anwar tak jadi PM, tetapi bagi Haji Hadi aje.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Saya rasa DS Haji Hadi perlu membuang perjuangan ala Wahabi yang boleh mendatangkan keburukan kepada pengikutnya.

Ada pihak memberitahu saya fahaman Wahabi ini boleh mencapai satu peringkat di mana ketua mereka boleh mengeluarkan fatwa. Ini bahaya jika ketua itu mengeluarkan fatwa yang tidak tepat. Jika hendak jadi PM mestilah diterima ramai bukan pengikut mereka saja.

Anonymous said...

Salam Datuk..
Masing2 nak tunjuk hero...

Anonymous said...

saudaraku tiger,

SAYA tidak terkejut apa yang diluahkan oleh DS Nik Aziz. Jika menyelusuri sejarah, PAS tidak pernah mampu bersatu dengan 'orang lain'. PAS pernah suatu lama dulu bermadu dengan OMNO dalam BN. PAS pernah beepakat dengan SEMANGAT 46. Bahkan, suatu ketika dulu pernah bersama dengan DAP. Jadi, apablila Nik Aziz berkata pakatan PAS-PKR belum sempurna, saya tidak terkejut langsung.
PAS berpegang kepada prinsipnya sebagai sebuah parti Islam. Ramai yang maklum dengan orang PKR, mentelahan pula, PKR bukan parti yang mewakili orang Melayu, apatah lagi umat Islam. Benarlah kata orang UMNO - mereka sebenarnya ibarat tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.
Apapun, PAS tidak harus atau mungkin melupakan sama sekali, manisnya ketika bermadu dengan UMNO dulu. Jika prinsip mereka untuk membawa kesejahteraan umat Melayu dan Islam - BNlah rakan pakatan paling cucuk bagi PAS.

Anonymous said...

Mungkin inikah kerakusan DSAI "mendapatkan" dan memancing PAS semata2 strategik alliance untuk nampak gah di PRU lepas? Kalau begini, macam mana mahu bertahan lama dan ada hajat nak pegang kerajaan persekutuan...? Mentadbir negara, perlulah ahli parti pun menyokong, sedikit sebanyak. Kalau terlalu demokrasi dan masing2 mahu menang, bagaimana pula?

Anonymous said...

Sejarah menunjukkan PAS parti yang paling liberal. Khatijah Sidek Ketua Kaum Ibu yang dibuang Tunku dari UMNo diberi peluang bertanding dan menang di kerusi parlimen Terengganu tahun 59. Dato Onn sendiri berjaya ke parlimen dgn bantuan PAS sebagai MP K Terengganu dengan tiket parti Negara yang ditolak orang Johor sendiri.
Kalau dilihat hampir semua MP PAs bukan orang Kelantan berjaya ke parlimen atas sikap keterbukaan penyokong PAS Kelantan.
PAS sebenarnya banyak dipergunakan oleh politikus cari makan termasuk bekas UMNO yang dah tidak laku.
Sayang ramai tidak dapat melihat PAs sebagai parti yang paling liberal dalam soal kerjasama dan perjuangan untuk golongan tertindas.