Tuesday, July 29, 2008

EZAM TIDAK GENTAR HADAPI ANWAR

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, mahu bersemuka dengan "boss" lamanya, DSAI di mana saja penasihat PKR itu ingin bertanding. Di Kulim Bandar Bahru atau di Bandar Tun Razak, Cheras, beliau tidak gentar.

Ini pengakuan Ezam. Ini permintaan anak muda yang bercakap dan bergaya seperti DSAI (mungkin dulu terikut-ikut dengan cara boss). Itupun jika pemimpin UMNO bersetuju memilihnya. Jika tidak terpilih, takpe kerana tawaran sudah dibuat.

Bagi saya, tawaran Ezam ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO kerana pemimpin muda ini tahu "luar dalam" DSAI yang mungkin akan "dilondehkan" jika pilihan raya kecil diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai orang kanan DSAI, Ezam tentunya tahu perangai, tabiat, sikap, kegemaran, kesukaan dan kegilaan DSAI. Sama ada pelik atau luar biasa, sudah tentu bekas Setiausaha Politik ini tahu apa yang dibuat oleh bossnya selama ini.

Ezam juga tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam PKR termasuk wang pemberian atau sumbangan daripada merata tempat untuk mengisi tabung parti. Beliau tentu tahu jumlah wang tersebut dan bagaimana ia dibelanjakan. Daripada dulu hingga sekarang. Tentu banyak jumlahnya.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa PKR adalah sebuah parti kaya yang mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. Dari mana? Ada yang dikatakan dari luar negara. Betul ke?. Terpulanglah kepada pemimpin PKR untuk menyanggahnya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika pada PRU12 lalu kita mendapati segala persiapan pilihan raya umum parti itu seperti BN. Malah di sesetengah tempat persiapan PKR termasuk dari segi pusat penyemakan pengundian, bendera, poster dan segalanya melebihi BN. Dalam ertikata lain ada tempat, BN kalah sebelum berperang.

Oleh itu, sudah tentu rakyat di negara ini tidak kira apa latarbelakang pun ingin melihat pertembungan di antara dua orang ini. Pertemuan antara ketua dan anak murid. Perlawanan boss dan orang bawah. Atau UMNO dan PKR?

19 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

salam...

nie lah baru kena, buku lawan ruas. anwar selama ini mengutuk najib dan mengaibkan keluarganya serta keturunan Tun Razak. kini Anwaar menerima hukumannya sendiri.

pengikutnya masih tidak percaya antara realiti dengan fantasi dalam kes anwar. lama-kelamaan, terjawablah misteri nusantara. insya allah. fitnah dan andaian tidak ada guna dalam menegak keadilan.

pasal ezam, bagus dia nak lawan anwar. kalau ezam digandingkan dengan Najib-PM, Hishamuddin-TPM dan Ezan (pengganti), bagus juga gandingan. maksud saya pada masa pak Lah letak jawatan.

kamal... said...

ya saya juga setuju dlm hal ini..kita kena yakin dlm hal ini DSAI sudah mula nak elak2 tu nampaknya kejap sana kejap sini nak bertanding,entah2 kejap d sarawak kot atau kejap nak d sabah..sampai mana pun ezam akan kejar dan cabar awak DSAI, kita akan londeh sampai habis tembelang mereka..lihat sahaja sejak kebelakangn ini DSAI asyik heret rakyat dlm hal dia..kali ni biar kalah pun BN akan puas hati semua akan terbongkar..lawan dia EZAM cayo cayo...jng undur kalau blm cuba laaaaaaawaaaaannnnnnnnn sampai habis fail2 dan bukti2 tu d singapore u buka..

Anonymous said...

bagi saya,kenapa tidak diberi peluang lebih lama di dalam UMNO/BN untuk bertanding menentang Anwar.memang la Ezam mengenali Anwar luar dan dalam tetapi dia baru sahaja menyertai UMNO/BN beberapa bulan yang lepas.kesian pula pada yang lebih lama berkhidmat dengan UMNO/BN.

tapi itu semua terpulang pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang layak.

zeme said...

Salam Datuk IY,

Saya berpendapat masih terlalu awal untuk saudara Ezam bertanding atas tiket BN menentang DS Anwar sejak kemasukan kembali saudara Ezam ke dalam UMNO.

Adalah lebih molek dikemukakan calon yang selayaknya dan lebih cantik calon yang mempunyai jati diri kawasan setempat dan berwibawa. Saudara Ezam boleh memainkan peranan juga untuk menentang DS Anwar dengan segalas tugas membantu sepenuh keringat menyokong dan melakukan kempen ke atas calon BN. Jadi ini setidak-tidaknya membuktikan saudara Ezam benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan UMNO dan BN bukan setakat hanya belum pun 3 bulan kembali ke pangkuan parti sudah menawarkan diri bertanding, untuk apa kalau bukan ingin mencari sesuatu bagi kepentingan diri?

Wasalam.

Akar Umbi said...

Dalam UMNO ni yg pegang jawatan asyik dok berangan nak jadi calon. Kat seberang sana tu yang ke hulu ke hilir bawa kamera pun boleh menang pilihanraya. Itu belum lagi yang kat dalam tahanan dan termasuklah yang bingai pun boleh menang.

So,youth attack kalau perlu, kita terpaksa terima hakikat bahawa kita perlukan ayam laga yang bernama ezam!

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa Ezam patut diberi peluang memandangkan beliau mempunyai aset-aset yang dirasakan oleh beliau dapat menandingi boss lamanya iaitu DSAI dalam pilihanraya di Kulim nanti, bebanding dengan orang lain.

Seperti yang datuk nyatakan, tawaran Ezam ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO kerana pemimpin muda ini tahu "luar dalam" DSAI yang mungkin akan "dilondehkan" jika pilihan raya kecil diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai orang kanan DSAI, Ezam tentunya tahu perangai, tabiat, sikap, kegemaran, kesukaan dan kegilaan DSAI. Sama ada pelik atau luar biasa, sudah tentu bekas Setiausaha Politik ini tahu apa yang dibuat oleh bossnya selama ini.

Ezam juga tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam PKR termasuk wang pemberian atau sumbangan daripada merata tempat untuk mengisi tabung parti. Beliau tentu tahu jumlah wang tersebut dan bagaimana ia dibelanjakan. Daripada dulu hingga sekarang. Tentu banyak jumlahnya.

Janga pihak pucuk pimpinan umno hantar Shabery Cheek pula. Takut kalah debat nanti.

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/ezam_tidak_gentar_hadapi_anwar

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

Anonymous said...

Kalau dilihat pengalaman Ezam bersama BN memang la baru putik jagung tapi pengalaman beliau dalam politik semasa bersama Anwar dulu boleh diguna pakai jika untuk mencalonkan beliau untuk bertanding dengan pemimpin kesayangannya dulu. Saya setuju dengan Dato, beliau dah lama bersama Anwar dan PKR. Semua rahsia Anwar dan PKR ada dalam kocek beliau. Beliau tahu kelemahan Anwar (...mungkin...). Jadi apa salahnya jika beliau dicalonkan untuk bertanding dengan Anwar. Biar Anwar tahu buku dengn ruas...

amirul said...

Salam Duniatiger,

Saya tak pasti samaada calon BN akan menang atau sebaliknya, jika berlakunya PR kecil nanti. Ini kerana dari pengamatan saya, saban hari ramai pula penyokong DSAI ini? Apa yang buat penyokong terpegun atau tertarik dengan ceramah DSAI?

Pasal saudara Ezam ingin bertanding untuk menentang DSAI, saya setuju. Seperti kata Datuk saudara Ezam lebih tahu siapa sebenar DSAI. Wallahualam....

Anonymous said...

Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya Ezam ingin bertanding dengan Anwar tetapi yang menjadi persoalan di sini adalah samada mereka akan menjadi pilihan raya itu nanti sebagai medan mereka mengaibkan dan menjatuhkan sesama sendiri.
Yang perlu menjadi bahan utama disini adalah sama ada mereka mampu meletakkan kerperluan rakyat dihadapan political interest mereka.

Quantum Metal Consultant said...

Bagi saya, tawaran Ezam ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO kerana pemimpin muda ini tahu "luar dalam" DSAI yang mungkin akan "dilondehkan" jika pilihan raya kecil diadakan dalam masa terdekat...
...................................

Wajarkah dilondeh di khalayak umum.. Ini budaya mana ???

Demi ugama, bangsa dan negara Malaysia tercinta seseorang yang mengetahui terlalu banyak atau walaupun sedikit tentang maklumat penting 'wajib' menceritakannya secara bijaksana kepada pihak berkuasa dan rakyat untuk mendapat gambaran sebenar secara segera dan sekarang dan tidak perlu menunggu begitu lama.

Menyimpan maklumat tersebut dengan niat atau bersyarat dan menjadikannya sebagai satu sandaran dan ugutan adalah sesuatu yang tidak wajar dan boleh mencerminkan orang tersebut, tidak ikhlas malah berniat jahat dan berkepentingan diri.

Ezam bukan sahaja ayam berbulu musang tetapi musang berbulu ayam, kedua duanya.

Gagak di Rimba said...

Saya agak pelik sedikit dengan perangai si Ezam ni. Kenapa beria-ia sangat hendak menentang Anwar? Saya bukan kata tak boleh dia menentang Anwar. Tapi apabila beria-ia sangat, macam ada "dendam" yang menjadi pendorong dia menentang Anwar, dan jadilah pertandingan itu, jika berlaku, sebagai politik balas dendam!

Jika betul begitu, dia bukanlah seorang yang berjuang berasaskan prinsip, tapi berasaskan dendam yang agaknya tak kunjung padam!

Anonymous said...

Bagi saya Ezam bukan lawan Anwar. Dari segi pengalaman, Ezam masih baru dalam politik. Lebih-lebih lagi beliau baru menyertai UMNO. Walaupun begitu semangat untuk bertanding melawan Anwar sangat tinggi. Apa yang diharapkan semangat beliau bukanlah bermotif peribadi.

Anonymous said...

sekarang ni sapa yg lawan PKR pasti kalah. sebabnya mudah aje..
1) PAK LAH..
2) Ekonomi negara yg teruk
3) Harga minyak+barang naik

Selagi pak lah pegang jawatan, PKR letak calon kambing pun boleh menang pilihanraya.

trueNfairview

Anonymous said...

...nampaknya Datuk sama juga menggalakkan 'budaya dilondehkan'...

apakata kalau pembaca melondehkan apa yg Datuk buat...bukan itu saja...apa yg anak bini dan keluarga Datuk buat...

Ada cabaran?

FairPlay

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,
saya pandang ezam tak layak lagi jadi calon tentang anwar ni.bak kata TG nik aziz...masih mentah no!

setakat jadi DJ ceramah politik pilihanraya kecil bolehle.siapa yang kenal ezam sahaja boleh buat rumusan tentang prestasi beliau dalam arena politik.

kalau ezam bukan menantu sahabat anwar,belum tentu dia boleh jadi s/u kepada anwar semasa dlm kerajaan dulu.naik terlalu cepat takkan kemana.mana kotak2 bukti korupsi dan repot rasuah yang dibuat semasa ezam dalam GERAK terhadap pak lah.takkan repot tu boleh tarik sesukahati aje tanpa siasatan menyeluruh ezam oooi!

ezam sebenarnya sangat merbahaya untuk UMNO,selagi beliau berterusan menghentam PKR dan PR,tanpa dipantau mt umno,kesannya boleh mempengaruhi pru13 nanti.mungkin ada ahli mt yang tak senang dengan cara ezam tapi memendam rasa.

R@duan said...

Banyak perkara penting yang kamu belum selesaikan Ezam, 6 kotak rahsia rasuah pemimpin negara, GERAK kamu yang tak bergerak-gerak, dan macam-macam lagi.Ini dah nak melondehkan anuar di khalayak ramai (anjuran seorang yang bergelar Dato')..Come on la bro..jangan nak buat-buat pandai, nampak bodohnya nanti. Malu awak sendiri.Ini bukan urusan lu dengan anuar. Ini urusan PKR dengan Umno...dalam sebulan dua ini PKR letak calon katak pun boleh menang...!

RBN, KL

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
siapa pon calon yang bertanding yang utama perjuangan untuk rakyat dan kepada rakyat.
ezam pn bukanlah calang2 orang yang dia juga pernah menjadi timb ketua bahagian umno yang mana dia juga telah masak dalam perjuangan politik.
tetapi jika ada calon yang lebih layak selain ezam yang mana menjadi pilihan pengundi dan berkualiti apa salahnya dicalonkan dan sudah pasti saudara ezam juga menerima dengan hati terbuka.
keterbukaan beliau dalam mengakui kebenaran dan retoric perjuangan parti keadilan yang tidak menguntungkan rakyat seharusnya dihormati kerana beliau berani dalam menyatakan kebenaran bukan seperti anwar yang mengatakan itu silap dan salah setelah dia diketepikan dan hanya menyalahkan orang lain
p/s berani ke Anwar bertanding di Kulim??

tok janggut said...

Salam semua,

Saya rasa, Ezama adalah orang sesuai lawan DSAI. Semua pasal Anuar ada dalam tangan Ezam. Dan sememangnya Anuar takut pada Ezam, kalau tak masakan apabila wartawan agendadaily bertanyakan soalan tentang Ezam pada Anuar, soalan itu tidak dijawabnya. Dan dikatakan soalan itu soalan berbayar daripada pihak lain(UMNO). Kenapa perkara ini berlaku, sedangkan kita tahu DSAI tak takut pada sapa-sapa pun.

Tapi saya ingat Anuar tak akan bertanding dan pilihanraya tak akan diadakan, tengoklah nanti. Ini hanya gimik Anuar sahaja.