Wednesday, July 23, 2008

AHMAD SAID HERO BARU MELAYU?

Ahmad Said bukan satu nama baru dalam dunia kontroversi negara. Beliau pernah mengejutkan politik tanahair dengan kenyataannya terhadap Tan Sri Eric Chia Eng Hock berhubung pembayaran cukai.

Ketika itu, ramai yang terkejut dengan keberaniannya "mengusik" orang kuat TDM. Ada yang menganggap Ahmad Said sebagai hero ketika itu.

Ketika isu perlantikan Menteri Besar Terengganu, nama Ahmad Said muncul semula. Pada mulanya, beliau dilihat sebagai "individu yang menentang pemimpin".

Pelbagai kata-kata dilemparkannya termasuk "nangka busuk yang akan jatuh ke bumi".

Akhirnya beliau menjadi MB Terengganu. Seterusnya, Ahmad Said mahu duit royalti minyak dan Kerajan Pusat bersetuju dengannya. Beliau menang sekali lagi.

Hari ini, Datuk Ahmad mahu "mengusik" lagi Kerajaan Persekutuan. ADUN Kijal itu masih berdegil mahu menggunakan kenderaan Mercedes sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive. Ini sejajar dengan kandungan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

Menurutnya, jika kerajaan beranggapan langkah itu tidak tepat, maka pekeliling berkenaan juga perlu ditarik balik dengan segera.

Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.

Apakah kesudahan episod ini? Mesyuarat Kabinet hari ini sudah menolak langkah Kerajaan Negeri Terengganu itu. Sama-samalah kita tunggu "Hero" atau "Kepala Batu" Melayu ini yang semakin terkenal di seluruh negara.

Apakah orang seperti ini diperlukan di Malaysia? Apa ilmu yang beliau pakai?

23 comments:

Anonymous said...

memang pelik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Said baru-baru ini.sebelum ini beliau digelar sebagai "hero" kerana tindakan beliau tapi rasanya sekarang gelaran lain yang harus diberikan kepada beliau.

kenyaataan beliau baru-baru ini boleh dianggap sebagai "langkah yang amat kurang bijak" serta menggambarkan seperti beliau tidak memperdulikan pihak lain.rakyat sedang "sakit" tetapi beliau mahu bermewah.

kerajaan pusat tidak harus membiarkan perkara sebegini berlaku.

junkopile said...

assalamualaikum tok tig
bila kita meyalahkan orang kita akan terlupa salah sendiri tok tetapi kalau sama2 memperbaiki hasilnya akan dinikmati bersama
jika betul yang mercedes ini lebih menjimatkan apa salahnya jika ahli2 exco terengganu menggunakannya ,tetapi yang menghairankan kenapa penyelenggaraan v6 terlalu mahal seperti didakwa dan seringkali rosak, adakah sebab tidak berkualiti, tidak diselenggara dengan betul atau pun di belasah seadanya.
jika hendak menjimatkan wang bukankah lebih baik jika digunakan proton BLM atau pun perodua myvi,jika ini modus operandi yang digunakan untuk menjimatkan wang diharap dalam pentadbiran kerajaan negeri terengganu ini tidak berlaku kerana, mungkin nanti kita akan dengar pula bermacam macam lagi benda yang perlu diganti kerana tidak ekonomi
di terengganu seharusnya rakyat yang didahulukan bukan kereta exco, seperti di kemaman, dungun, jerangau, kuala berang, bukit besi dan banyak lagi kawasan yang kemudahan asas ditahap minima yang boleh diperbaiki, janganlah mereka penting bila meraih undi atau sokongan sedangkan faedah langsung hanyala ditahap minima.

Unknown said...

Ahmad Said tidak berhutang dengan sesiapa. Beliau menjadi Menteri Besar tanpa restu dari majoriti ADUN Terengganu. Menjadi Menteri Besar tanpa kerelaan Perdana Menteri. Beliau menjadi Menteri Besar kerana Sultan Terengganu yakin dan percaya beliau akan membawa perubahan positif kepada kemakmuran negeri. Bukan seperti Idris Jusuh yang menjadi orang suruhan kerana terpaksa membalas budi.

Bila Ahmad Said tidak berhutang budi kepada orang politik nombor 1maka beliau berani melakukan yang terbaik untuk Terengganu. Teruskan.

Ahmad A Talib said...

Sdra Tiger,

Kalau kedudukan ekonomi Terengganu kukuh dan rakyatnya mewah dan hidup senang lenang tanpa mengerang akibat keperitan ekonomi, maka tidak sesiapapun akan merasa 'kecil hati' atau marah jika pembesar2 Kerajaan Negeri itu menggunakan kereta mewah jenis apa pun. Tak jadi hal punya brader! Tetapi dalam keadaan ekonomi seluruh negara dalam keadaan sukar dan tidak menentu ini, adalah lebih baik menggunakan kereta Proton Perdana Executive. Mengapa tidak 'trade in' sahaja kereta lama itu dengan kereta baru? Dengan cara itu, mereka boleh menggunakan kereta baru juga. Saya pasti Proton boleh menaiktarafkan kereta berkenaan dengan sports rim atau tayar lebar mahupun sistem stereo yang canggih. Kalau beli banyak, biasanya dapat diskaun beb! MB T'ganu dan barisan exconya perlu buktikan kemampuan sebelum nak dihadiahkan dengan kereta Bintang 3 itu! Saya khuatir, lepas pakai 5 tahun kereta ini 'dihadiahkan' kepada penggunanya dengan jualan harga murah! Kerja kuat dulu, kemudian baru dapat habuan!

Anonymous said...

(http://siratansuratan.blogspot)

Assalamualaikum, Datuk,

Saya percaya bahawa keadaan tersebut wujud berdasarkan konflik 'berkepentingan ramai VS berkepentingan peribadi'. Andaikata sindrom berkepentingan peribadi mengatasi sindrom berkepentingan ramai, nescaya autopsi berikut akan terhasil:-

"...lemah tiada berjiwa... hampa..." (petikan lirik 'Getaran Jiwa').

ibrahim yahaya said...

Sdr Suka Aman,

Bagi sesetengah pihak, Mercedes adalah sebuah kereta mewah. Ini kerana harganya yang mahal berbanding kereta jenis lain. Apatah lagi jika dibandingkan dengan keluaran Proton termasuk Perdana Executive.

Bagi Kerajaan Terengganu, saya pasti mercedes bukan lah sebuah kereta mewah tetapi sebuah kenderaan yang sesuai untuk membawa EXCO mereka ke seluruh negeri untuk bertemu rakyat. Kos penyelenggarannya juga dikatakan murah berbanding Perdana.

Bagi EXCO dan pemimpin UMNO, mereka boleh menggunakan mercedes untuk perjalanan jauh - pergi balik dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri pelbagai mesyuarat. Tidak payahlah lagi menaiki kapalterbang. Jimat kos dan belanja. Boleh ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Elok juga kerajaan melihat dakwaan yang menyatakan penyelenggaraan Perdana lebih mahal dan selalu rosak terutama kotak gear. Tentu ada yang tidak kena.

Dalam pada itu, kemudahan lain untuk rakyat di Terengganu perlu dilaksanakan terutama di kawasan yang masih ketinggalan bagi memastikan akar umbi berpuas hati sepertimana EXCO berpuas hati mendapat Mercedes.

ibrahim yahaya said...

Sdr Johari,

Apabila kita tidak berhutang, kita tidak akan pening kepala untuk membayar hutang. Tanpa hutang hidup sentiasa bebas dan anda boleh membuat pilihan sendiri.

Apabila kita tidak mengikut arahan, kita akan pening kepala memikirkan teguran yang selalu datang daripada pihak atasan. Tanpa kawalan, hidup akan menjadi terlalu bebas, tiada pedoman dan tidak sehaluan. Mungkin kita akan tersasau dari landasan.

mannmusa said...

Tak ada salahnya keputusan kerajaan Terengganu tu. Ikut pekeliling, lebih murah kos penyelenggaraan, berbanding Perdana Executive yang kos penyelenggaraan nya tinggi, daya cengkaman tidak stabil, tidak selamat....apalah salahnya...Terengganu guna Mercedes, dan kemudahan untuk rakyat telah sdang akan akan terus diberikan keutamaan....


Pedulilah Mat teruskan apa yang difikirkan baik untuk rakyat kerana kita yang bertanggongjawab mu diaorang....

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Julai 1985, Dr Mahathir pada ketika itu dengan penuh semangat dan kebangaan melancarkan "SAGA"keluaran Proton,Selepas pada itu kita berasa cukup megah dan patriotik bila memandu dan menaiki kereta-kereta proton sehingga kalau Dato masih ingat penyanyi Francesca Peter menyanyikan lagu tema untuk kereta proton saga pada waktu itu.Dato walaupun ada suara-suara nakal bercakap mengenai hal kereta-kereta proton tetapi saya percaya yang menyokong "pembangkang" pada ketika ini pun pada mulanya mesti memiliki kereta ini.Proton itu Malaysia,Malaysia itu Proton.
Dato,mercedes ini jenama "hitler" tapi kalau teringin sangat nak pakai apa salahnya,tahan ajelah telinga......
Dato,MB Terengganu sekarang ini nampak gayanya bagus juga,berani dan cekap.Kadangkala,"pahlawan Melayu" harus muncul......

Anonymous said...

go here
www.apanama2020.blogspot.com

BMW 7series bukan CKD kot... lebih2 lagi yang kalis peluqu tu..

Anonymous said...

Orang macam ni lah yang akan merosakkan imej kerajaan. Semua nak buat ikut kepala sendiri je. Dulu mengata orang sekrang dia pun buat.

kamal... said...

adess ribut satu malaya pasal kereta exco trgenu..sampai lupa hal yg sepatutnya..

Anonymous said...

Mercedez bukanlah kereta mewah. Ke4reta mewah seumpama Ferari, Lamborghini dll.

Sudah sampai masanya MB2 buang sifat kepuraan dgn menipu rakyat.

MB Terengganu berani dan jujur. Beliau tidak hipokrit saperti PM & Geng.

Kita orang Melayu/Islam bangga kerna pemimpin tertinggi negeri Trengganu pakai Merc, kerana pada realitinya Merc yg d pakai boleh sedikit banyak motivate MB & Exco mendapat pelabur untuk membangunkan negeri tanpa d tindas oleh PM & Geng.

Syabas MB Terengganu !!

Anonymous said...

Sebenar nya MB Terengganu gagal menterjemahkan kata kata yg persuasive utk mendapat persetujuan mutlak. Wakil rakyat diberi Merc adalah sebagai pendorong utk mereka bekerja dgn lebih Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. Itu hanya satu bentuk 'reward / motivasi'agar mereka ini memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat dan mengatasi rekod rekod perkhidmatan yg sebelum ini. Sebagai leader dalam organisasi, perlu lah mempunyai strategi dalam mempromosikan productivity agar semua bottle-neck diatasi dan menjadi perkhidmatan contoh.
Itu pun kalau niat nya ikhlas. -Jantan Giler-

Akar Umbi said...

ahmad said
ada 3
yg pematang pauh dah hilang
yg terengganu sedang mengukir bintang
yg bpr, kalau nampak, cepat2 lari lintang pukang

Unknown said...

Singapura dapat kawasan perairan lagi (nak claim kawasan lebih besar)...
betul...
si bangang rais yatim patut naik gunung lepas tu terjun..
Apa ke jadah win-win situation

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Yes, we need people like him. But he must not become greedy later on.

Yang pasti,dia tak akan undi Paklah untuk Presiden.

Anonymous said...

Sdr Ibrahim

It is very very easy to become rich and famous in capitalism democracy government system such as in Malaysia.

Just remember this, Bankers-businessmen and property developers are at the top of human food chain in this system.

As long as you pump in billions into infrastructure construction and property development industry. You will have populace support.

As long as you pump in billions for IT project, you will have more party members to support you, but of course, first you must ensure they all have education background in IT.Cinta IT, Suka IT, Belajar IT.

As long as you spend money in buying Mercedes,BMWs and other luxury cars, you will garner the support of the businessmen' class since they are doing the job as importers and distributors.These businessmen then will pay money to promoters to sing praises on you and increase your popularity level so that you can continue to become a politician.

Remember this, the 3 golden rule of democracy:
Majority wins
Majority rules
Majority always right!

Anonymous said...

Kita perlukan orang yang berani spt ini, not a "yes man" to anybody. Samada keputusan nya tepat atau tidak bergantung kepada keaadaan dan pertimbangannya, kalau 80% tepat, 20% out that is still acceptable.

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Saya bersetuju juga dengan pendapat Menteri Besar Terengganu itu. Ini adalah satu pengajaran atau 'slap at the face' kepada Proton yang selama ini menganggap mereka berada dalam keadaan selesa yang ditunjangi mereka yang tidak berkelayakkan dalam serba serbi perjawatannya, baik dari bidang pembuatan (Production) hinggalah kepada pemasaran (marketing). Sesungguhnya pemimpin-pemimpin ini perlu 'dipimpin' untuk melihat kerosakkan kereta Proton yang sungguh tidak berkualiti ini.

Pemimpin negara tidak langsung merasai azab mengggunakan kereta nasional ini, kerana mereka tidak langsung menanggung kos pembaikan yang dikenakan kepada kereta mereka.

Bagi pemimpin tertinggi, kereta mereka dibuat dalam keadaan begitu baik, sehingga menyamai kualiti Mercedes Benz jika kita duduk di belakang ketika perjalanan, tidak terasa melalui lubang jalan atau lubang paip penyelenggaraan yang berterabur di atas jalan seluruh negara.

Saya pernah melihat sendiri pembaikkan dan penyelenggaraan dilakukan kepada kereta pemimpin tertinggi negara di salah sebuah pusat servis Proton yang terkenal mencekik pelanggannya. Komponen yang digunakan bukanlah sama seperti yang golongan marhain gunakan.

Cubalah gunakan penyerap hentak (absorber) yang standard yang digunakan pada kereta Proton Perdana lain... pasti sakit telinga mendengar gigilan bunyi-bunyian komponen kereta yang lain ketika dalam perjalanan.... aduh... macam duduk kat dalam teksi toyota cressida lama masa nak balik ke Kuala Perlis dari Kangar suatu ketika dulu.. menyakitkan telinga, itu belum lagi dengan ciri keselamatan seperti beg udara dan lain-lain yang tidak ada berbanding Benz itu.

Saya rasa ini juga (pemberian Benz ini kepada Exco Terengganu) salah satu daripada amanah dan amaran kepada mereka..... sekaligus membuatkan mereka lebih berwaspada seperti warga korporat yang menduudki jawatan besar di syarikat-syarikat antarabangsa, yang mana mereka diberi imbuhan yang besar, pejabat besar, kereta besar malahan pelbagai keistimewaan lain.... tetapi mereka juga akan hilang segala-galanya dalam sekelip mata, jika tidak atau gagal menunjukkan prestasi yang mencapai kemahuan pengurusan.... (Jangan ambik kira pengurusan tertinggi syarikat-syarikat kelolaan Malaysia sekarang, yang mengutamakan kenal siapa atau know who daripada know how yang mendapat habuan tinggi tetapi entah apa yang dibuatnya selain melingkupkan syarikat).

Saya juga pernah bekerja di syarikat multinasional yang mengelola satu media berpengaruh di negara ini suatu ketika dahulu. Malangnya syarikat itu daripada mengaut untung besar sebelumnya, punah ranah diratah pengurusan yang malas dan gagal mengurus syarikat itu dengan baik.... Tetapi selepas itu pada tahun 2001 dan sudah enam tahun kini syarikat itu berjaya mengembalikan pencapaiannya selepas membuat beberapa 'spring clean' beberapa kali untuk membuang 'kotoran' dan 'sampah-sarap' pemalas di syarikat itu.

Sesungguhnya, ganjaran yang diberi mendatangkan amanah yang tinggi diletakkan kepada kita, janganlah menganggap pemberian keistimewaan itu satu anugerah kepada kita, malah ia secara langsung melonggokkan tugas dan tanggungjawab yang perlu dibereskan kepada kita.

Sekian YBhg. Datuk.

JONLABUYABEDABEDU

Anonymous said...

Tetapi masalahnya mereka sepatutnya mengusul dahulu sebelum mengambil membeli kereta-kereta tersebut?

Kereta tersebut adalah kereta kerajaan, duit yang digunakan datang daripada mana kalau tidak dari duit rakyat sendiri. Kos penyelenggaraan untuk membaiki kereta tersebut pun duit rakyat.

Memang tidak masuk akal langsung dengan menyatakan kos penyelenggaraan yang tinggi untuk proton perdana.

Saya berharap terdapat hukuman dikenakan ke atas orang sebegini. Saya cadangkan potong je gaji sebulan mereka. Kalau tak pun suruh mereka bayar untuk kereta-kereta ynag mereka telah beli tu.

Anonymous said...

datuk,
mungkin ada kebenaran juga apa yang datuk katakan itu.tapi kalau dilihat semula kenapa selepas beberapa tahun baru lah perkara sebegini didedahkan?.juga kenapa tidak dipilih jenis kenderaan lain yang saya rasa mampu juga membawa mereka ke sana sini seperti ford,mazda,toyota,volvo dll?

bpr juga bakal meneliti hal ini dengan lebih mendalam.mungkin juga MB Terengganu tidak mengetahui apa yang anak-anak buah beliau lakukan dan beliau bertindak untuk membeli kenderaan baru.tapi ada kemungkinan duit "claim" atau aktiviti "makan duit" yang membuat kos penyelenggaraan itu tinggi.

juga,kenapa tindakan sedemikian (membeli kenderaan baru) dilakukan ketika keadaan ekonomi yang kurang stabil ketika ini yang mana rakyat diminta untuk berjimat cermat?

tidak dapat dinafikan kereta-kereta Proton ada kelemahannya.tapi kenapa kerajaan Terengganu tidak mendapatkan dahulu penjelasan dan mencari jalan penyelesaian dengan pihak Proton?