Putra Heights kini semakin terkenal. Semalam, seorang anggota polis dari Balai Polis Putra Heights dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan merogol gadis. Sebelum ini, ada laporan anggota dari Balai Polis itu membelasah pendatang tanpa izin. Balai Polis di situ asalnya adalah salah sebuah rumah teres.
Tidak tahulah apa hendak diperkatakan mengenai kedua-dua peristiwa itu. Sudah tentu ia mendatangkan nama tidak baik kepada Putra Heights. Menjadi harapan agar harga hartanah di sini tidak jatuh disebabkan publisiti yang tidak diperlukan itu.
Kini warung tomyam Bukit Lanchong yang amat digemari oleh penduduk Putra Heights dipenuhi lalat. Ini akibat tindakan pelesit yang membakar sampah berdekatan di waktu malam.
Saya pernah menyiarkan gambar dan laporan The Star mengenai kegiatan pembakaran sampah itu.
Akibat tindakan membuang sampah itu, kini lalat banyak di warung tomyam Bukit Lanchong itu. Saya juga mendapati lalat itu sudah mula berkeliaran di dua lagi restoran yang terletak 500 meter dari situ iaitu Restoran Makjah dan Mawar.
Saya berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berbuat sesuatu mengatasi perkara itu. Kesihanilah peniaga makanan di situ yang terjejas perniagaan mereka.
(Renungan Rimau : Malam tadi, laporan Buletin Utama TV3 kata Putra Heights, Puchong tetapi Warta Perdana RTM kata Putra Heights, Subang Jaya. RTM yang betul. Apa dah jadi dengan wartawan jenayah TV3? Pengarang Beritanya pula bagaimana?)
Saturday, July 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Untuk makluman, isu itu mula diketengah oleh TV9 minggu lalu dan kemudian disusuli oleh TV3.
Oleh kerana TV9 baru bertatih, ia tidak 'meletup'. Mungkin TV9 akan mengambil sedikit masa lagi bagi menambat hati penonton setia TV9 dan RTM, walaupun treatmentnya lebih terperinci
LOK
saya bukan nak komen tetang salah silap polis tu...
tapi saya terpikir sesuatu...
balai polis di taman perumahan??
idea yang sangat bagus, tak payah buat balai besar2...
membazir....
jika nak wat macam lokap, wat dalam kolompok besau2, baru la banduan terjaga....
banduan pun manusia juga...
pegawai polis dalam taman tu hendaklah orang tempat yang sama, yakni orang taman perumahan tu sendiri...
baru la tau malu jika buat salah...
biasanya polis ni kenal jiran tetangga, jika ada orang asing boleh juga buat pemeriksaan...
dalam satu taman tu cukup la ada 20-30 orang polis, siap cover kampung2 skali..
pasal polis belasah pati tu memang saya tak heran, pasal ape, kita ni baik sangat dengan orang asing, kat depot tahanan pati tu kite suap diorang makan dengan duit sape?? mak bapak kite semua bayar cukai nak bagi mereka makan?
kerajaan malaysia terlalu berlembut dengan pati ni, jika boleh wat hukum sebat dan hantar balik terus...
tak payah ada depot2 ni...
baik bagi duit makanan tu kepada rakyat malaysia kerana hak kami!!
kami pun ada saudara yang miskin di kalangan melayu cina india, iban kdazan dan lain2..
so mereka ni lah paling berhak dapt makanan tu...
takkan kera kat hutan di susukan, anak kat rumah mampos kebulur???
pasal lalat tu saya amat paham perasaan penduduk tu...
sebagai orang islam, kebersihan adalah sebahagian dari Islam...
jadi penduduk taman tu sepatutnye ada insentif sendiri untuk selesaikan lalat tu...
jangan la bergantung sangat dengan orang lain...
sorry jika cakap kasau2...
dah gaya melaka
Sdra Tiger,
Perkara begini tidak boleh diambil ringan. Saya harap pihak yang bertanggungjawab patut ertindak segera dan dengan cara yang berkesan. Saya pasti media akan memberi lipuitan yang lebih terpeinci jika tidak ada tindakan yang efektif. Syabas Pak Rimau mengenengahkan hal ini! Salam Perjuangan!
PAHIT MANIS
salam...
salah tempat ingat tak ada hal sangat. mungkin wartawan TV3 masuk tolpuching jadi putra height dia ingat kat puchong.
kalau salah banduan macamana? itu akan kena saman. apapaun, dalam keadaan sekarang populariti dan kepercayaan kita semua kepada polis makin terhakis. dah nie, ada pula kes rogol rakyat malaysia dan orang asing....
http://pkrpasdap.blogspot.com
Orang baik dan oang jahat ini susah kita nak tahu niat hati mereka, di masjid pun kita selalu kehilangan kasut dan sebagainya.
Kesihatan berkait rapat dengan kebersihan, ia bermula pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bandar, negeri dan negara.
Di Malaysia, negeri manakah yang ada sinonim dengan 'kotor'..semua ini ada kaitan dengan kemiskinan.
Seperti yang dijanjikan Dolah, dalam tempoh 2 tahun sebelum Jun 2010, kemiskinan tegar akan sifar - kluangman
Datuk,
Sebagai warga Subang Jaya, sesekali saya bersama famili ke Restoran KASSA berhampiran kediaman Datuk; tapi sekarang dah tutup.
Dengar katanya pekerja tak tahan dengan majikan yang amat cerewet dan very bossy. Akhirnya tanpa beberapa pekerja yang jadi favourite pelanggan, restoran pun sepi seterusnya bungkus. Sayang, Sambal Belacan dan 'Sirap Bandung Punch' nya amat enak.
Jika melepasi likuan sebelum ke simpang Putra Heights pasti kita ternampak sekumpulan monyet comel lagi jinak menanti di kawasan lapang mengharapkan buah tangan dari mereka yang berhati halus dan penyayang NAMUN ada juga saban petang terutamanya hujung minggu atau pun di tengah bulan (bajet menipis) beberapa kenderaan singgah membawa anak bini untuk melihat gelagat monyet tak bertuan itu. Siap ambik gambar foto lagi.
Esoknya banyak jugak kulit pisang, kulit kacang, bungkusan roti, kertas suratkabar dan sebagainya yang ditinggal berserakan.
Namun segera dibersihkan pekerja kontrak MPSJ yang tentunya Mat & MInah Indon. Dengar kabarnya juga bukit akan digondolkan untuk pembinaan banglo eksklusif di kemuncak serta lerengannya.
Harap-harap haiwan istimewa yang selama ini menjadi tarikan 'pelancongan' ke PH di hantar ke lokasi gantian.
Ya, memang Putra Heights kian terkenal sekarang; dari perladangan Kelapa Sawit totok kini ianya kawasan kediaman berprestij yang mendamaikan.
Sdr Lok,
Terima kasihlah menyiarkan berita mengenai Putra Heights dan kawasan sekitarnya. Semoga laporan dan pembongkaran ini akan menyedarkan pihak berkuasa tempatan (MPSJ) untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pembayar cukai.
Sdr Apisfires,
Walaupun ada cerita rogol itu, saya yakin Polis Putra Heights menjalankan tugas dengan baik. Saya melihat mereka sentiasa meronda kawasan PH dan menahan pendatang asing yang disyaki tidak mempunyai dokumen atau melanggar undang-undang.
Sebenarnya, idea membina Balai Polis di kawasan perumahan adalah yang terbaik bagi memastikan hubungan baik dengan masyarakat terjalin. Saya juga menyokong tindakan POLIS menahan PATI yang tiada dokumen sah dan melanggar undang-undang negara ini. Mereka terlalu ramai di PH kerana terbabit dengan pelbagai projek termasuk membina rumah dan bangunan pasaraya besar.
Satu lagi, ramai pekerja Bangladesh yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk datang memotong rumput. Mereka ini adalah pekerja alam flora atau kontraktor yang ditugaskan membersihkan PH. Mereka sudah mengambilalih "peluang" yang selama ini dibuat oleh pekerja tempatan. Ada pekerja tempatan yang hampa kerana "peluang" mereka sudah "dikebas orang".
Tok,
Saya akan kecewa jika PBT yang diamanahkan membantu pembayar cukai mengambil sikap sambil lewa dan tidak tegas yang menyebabkan pelesit semakin bermaharajalela.
Oleh itu, tugas media untuk membongkarkan kegiatan pelesit dan kelemahan PBT ini agar sesuatu tindakan diambil segera. Namun, adakalanya, "sudah berbuih mulut tetapi habuk pun takde". Tiada tindakan kerana masalah rasuah. Jika ada, tolong laporkan kepada BPR agar pelesit ini ditangkap.
assalamualaikum tok tig
area bkt lanchong nih tok dari dulu lagi bukan bau sampah je tok tp bau lombong tinggal dekat pasar malam tuh pon kadang2 memeningkan kepala, kalau tok pernah turun pasar malam 2la, sebenarnya se pon tak paham sangat area nih tok depan s alam blakang subang jaya plak tepi kota bahru kot??
Sdr Abe Mie,
Penulis dan pelayar blog macam kita ni hanya menulis untuk menjadikan perkara yang baik sebagai teladan dan tidak baik sebagai sempadan. Bukan berniat memburukkan mana-mana pihak tetapi membuat kritikan secara membina demi untuk negara tercinta.
Akum dato.....
Kdg2 kesian kat RTM.....kalau TV3 buat semua betoi.....tp kalau RTM buat sikit pun nampak.....kepada wartawan TV3 belajaq dulu betoi2 .nampak temapat dalam area mana pun dok merangkak lagi.apa punya cangkaliau la hamapa ni.....
Post a Comment