Saturday, July 26, 2008

UMNO PERLU ADA JK WHISTLE BLOWER

Saya yakin UMNO mempunyai Jawatankuasa Aduan dan Disiplin untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya.

Bagaimanapun, sudah sampai masanya UMNO mempunyai Whistle Blowing Policy dan Whistle Blowing Committee (JK WB). Atau mengabungkan JK Disiplin dan JK WB.

What is Whistle Blowing Policy? In a simple term, it is a policy that encourages UMNO members to "inform or alert" the wrongdoings in the party. This is very important to ensure a proper medium for the members to expose issues pertaining to abuse of powers and malpractices.

For example....Can the Secretary General of UMNO uses his power to terminate anybody who might be potential to be his rival at a divison level?. Can he introduces a policy which can benefit only a certain quarters in his camp?. Thus, by having this whistle blowing policy, the members can foward their grievances complete with all the evidence to a committee.

What kind of committee? It is a whistle blowing committee which comprises people who are selected from different fields of experience in UMNO. Or... maybe outsiders. But most important the committee must be trustworthy, fair and do their work without fear or favour. Thus, the integrity of the Whistle Blowing Committee would be highly regarded and trusted by the members to ensure the success of the policy.

How does it work? The whistle blowing committee will meet and preside over cases reported by the whistle blowers. They will then decide whether there are enough grounds for the cases to be investigated. If there are, the cases then should be investigated by the auditors or the internal investigation unit/department and the outcome of the investigation must be reported back to the whistle blowing committee.

The committee then will look through the investigation and make some recommendations for the cases to be dropped/closed for lack of evidence... OR proceed to be further deliberated by the SUPREME COUNCIL /UMNO Disciplinary Action Committee.. OR major malpractices with clear and strong evidence, to proceed to make police report for further investigation.

However, at all times, the identity of the whistleblower must be protected and should the whistleblower receives any threat or harassment during the investigation period, the whistleblowing committee must be able to offer assistence to protect the whistleblower. This would help protect the integrity of the whistleblowing committee.

Biar pecah di perut dan jangan pecah di mulut. Ah ha..

My ejen kenit (minor agent) whispered to me that the whistleblowing culture has been proven a success at MAS when introduced by Datuk Seri Idris Jala which has helped the national airline reduced operation cost and is now back in the black.

I am sure many government agencies and GLCs are following suit. When is your agency going to adopt and implement this culture?

What about UMNO?

9 comments:

Pemuda Pelapis said...

Salam dan selamat pagi DIY,

Fullamak Dato'... omputih la pepagi ni... Betul tu Dato' Umno nak kena ada barisan JK khas tukang awasi dan memperingatkan salahlaku atau gila kuasa. Dulu saya ada terbaca komen blogawan yang mencadangkan wakil rakyat cuma perlu diberi peluang maksima selama 2 penggal sahaja supaya bersih dan meminimakan salahlaku. Benda ni sukar nak banteras 100% tapi dapat mengurangkan pun dah kira cukup baik.

Wallahu'alam!

ibrahim yahaya said...

Sdr Pemuda Pelapis,

Salam kembali.

Cadangan ini bertujuan untuk memastikan UMNO tidak menjadi busuk. Ini penting kerana selama ini ada orang ingat apabila mereka berkuasa, mereka boleh membuat apa saja. Berhentikan orang, belasah orang dan main belakang. Apa ni?

Apabila mereka ada kuasa, mereka boleh bagi projek kepada individu yang hendak menentang mereka. Ini yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Ejen kenit memberitahu saya, ada seorang yang beriya-iya benar hendak menentang ketua bahagian, tetapi apabila mendapat projek berjuta ringgit, individu yang bersemangat "tahi ayam" itu menarik diri. Apa benda manusia macam ini. Piiraah.

Jika Ketua Bahagian atau Ketua Pemuda mengamalkan politik wang, kita tentang sampai kita berjaya. Tidak kiralah dia anak siapa, cucu siapa atau orang kuat siapa. Yang penting perlu ditentang habis-habisan. Biarlah dia panas dan demam kerana salahlakunya.

Jangan lemah semangat. Kita tidak pernah berhutang budi kepada sesiapa. (Hutang bank atau hutang pinjam duit tu adalah macam saya). Kita hanya berhutang kepada Allah SWT saja. Hutang tu kena bayar terutama dulu perangai macam setan atau jin todi). Yang lain, kita kena tentang terutama pelesit dan jembalang tanah yang berleluasa di bumi bertuah ini. Ah, letihla orang macam ni. Bila mereka nak kena?

ibrahim yahaya said...

Sdr PP,

Ah lupa nak jawab bab omputih tu.

Malam tadi, saya bermimpi pergi London. Hanya dalam mimpi sajalah.

terubuk jantan said...

Salam Hari Sabtu dari The Mall buat Dato,
Saya betul-betul duduk di depan kedai kopi the mall pada waktu ini sambil mata saya memandang gah bangunan yang menjadi pejabat terbesar parti keramat orang melayu ini,tiba-tiba dikejutkan oleh posting dato dalam bahasa inggeris..."INI DIPANGGIL MELAYU GLOKAL"he he he.Dato,Saya lebih suka sekiranya UMNO ini meletakkan sekumpulan skuad pemantau dan penegur yang baik dimana bak kata dato ahlinya harus terdiri dari mereka yang berpengalaman dan sudah tentu tiada kepentingan peribadi atau lebih baik panggil saja orang luar yang sayang pada UMNO dan harus intelektual dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi.Tiada budaya tegur menegur yang baik terutama ahli-ahli atasan dan ketua bahagian yang menjaga kedudukan untuk jadi adun atau ahli parlimen sahaja....(maaf agak pedas pasal makan sambil tumis di kg Baru tadi)
Dato harap segala yang datp katakan ini dapat disampaikan kepada DS Ali Rustam(Naib Presiden Umno) kerana ini baik untuk UMNO.Dato, Sekiranya saya Presiden UMNO sudah tentu Dato saya pilih selaku ketua pemantau Dan Ketua Pembangkang didalam UMNO demi cinta dan sayang pada UMNO..amacam boleh ke tok?

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali.

Saya sanggup menjadi ahli JK Whistle Blowing UMNO untuk memastikan UMNO tidak busuk dan meloyakan. Jangan biarkan UMNO ini menjadi parti yang tidak bermaruah dan dipenuhi oleh pelesit dan jembalang tanah. Saya bukan orang luar yang mahu UMNO dimusnahkan. Ingatlah bendera UMNO dijahit oleh Wanita UMNO yang sambil menjahit, mereka berzikir dan menitis air mata mengenangkan nasib bangsa Melayu. Mereka berzikir bukan menyanyi. Ingatlah UMNO ini bukan hak golongan yang mahu kaya dan menggunakan wang untuk berkuasa. Sedarlah seluruh ahli UMNO.

Orang Melayu mesti menyayangi UMNO dan pemimpin yang jujur, amanah dan bersih. Saya sentiasa berdoa agar pemimpin yang rasuah dan suka menggunakan kuasa seolah-olah "dialah berkuasa dan hebat" untuk dinyahkan daripada UMNO. Jangan mengambil kesempatan daripada kekuasaan kita. Jangan mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain. Janganlah kerana kita pegang jawatan tinggi, semua orang tidak boleh menegur dan bertanding melawan kita. Kalau kita rasuah, lemah dan busuk, maka lebih baik ketika berhenti saja. Itu je.

Pemuda Pelapis said...

Salam sekali lagi DIY,

Wadduh! Kok gitu sekali DIY mimpi ke London langsung omputih pepagi ni ye? ha..ha..ha..ha..

Kali ni saya tengok DIY lain macam saja? Semangat Jebat ke semangat Rimau ni? Marah sesangat ke DIY? Benar bagai apa yang dikatakan tapi bercakap soal salahguna kuasa ni amatlah sukar nak dibanteras 100% kerana sudah menjadi darah daging warisan dan tabii semulajadi.

Setakat meminimakan macam saya sebut tadi tu insya'Allah boleh sangat. Samada mahu atau tidak mahu sahaja. Kita khuatir apabila mata naik juling terbayangkan "RM" sampai mengingau-ngigau, apatah lagi kalau dah nampak depan mata, itu yang susah tu... Dosa (hutang dgn Tuhan) depa tak ambil peduli janji "FULUS" masyuk dulu... tak gitu?

Apa kata PRU13 ni DIY masuk jadi calon dan saya ikut sama jadi calon di kawasan masing-masing untuk kita perbetulkan berhabis-habisan? Amacam? Orait la kot... Tunggu apa lagi? Kira dah terima serulah ni pun (dicabar). Asyik main "backup" di sebalik tabir pun tak boleh jadi jugak DIY. Masa untuk berjuang dengan lebih berani dah tiba dah... Kita berani kerana benar, apa nak takut dengan orang lain? Yang HAK tetap HAK dan yang BATIL tetap tumbang jua... Percayalah!

Wassalam!

p/s: seloroh tu seloroh jugak, kadang-kadang yang seloroh ni tak mustahil jadi kenyataan.

Quantum Metal Consultant said...

Apa jua JK boleh ditubuhkan di dalam UMNO, cuma akhirnya adakah 'ia berkesan' kerana selalu mendapat 'lampu isyarat' dan 'overuled' dari pihak atasan. Dalam lain perkataan segala bentuk sistem, arahan, peraturan atau JK2 selalunya seolah olah dibuat untuk orang bawahan sahaja dan tidak 'terpakai' atau terakru ke atas pihak atasan. Inilah sebenarnya 'masalah'.

Saya mengambil contoh terbaharu, di mana sesuatu yang boleh merosakkan parti dan kerajaan sedang berlaku:
'Zaid tetap enggan umum jumlah ex-gratia bekas hakim
KUALA LUMPUR 24 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengumumkan jumlah bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain.' atas alasan perjanjian yang telah dibuat dengan 5 atau 6 orang hakim hakim tersebut.

Bagaimana dengan berjuta rakyat yang membayar cukai dan duit tersebut digunakan untuk membayar mereka, apakah pembayar cukai, majoriti rakyat tidak perlu tahu jumlah tersebut.

Dalam soal ini kenapa PM atau TPM tidak berbunyi? dan adakah Whistle Blowing Policy dan Whistle Blowing Committee (JK WB). Atau mengabungkan JK Disiplin dan JK WB JIKA UJUD akan 'berbunyi' dan pihak berkenaan akan mematuhinya.

Kalau politik dan orang politik bersedia mematuhi undang undang, dunia akan aman, Iraq tidak akan diserang dan Iran tidak diancam untuk diserang.

Anonymous said...

Dengan adanya Jawatankuasa sebegini, sudah pastinya ia akan memperbaiki keadaan dalaman UMNO. Cadangan ini sangat baik.

junkopile said...

gd evening gfather tiger
tok from my opinion la tok this sort of team or effort should be done earlier to curb Umno from torn apart or demolish. but to ensure this team integrity and efficiency the selected people who are going to manage this committee or the whistle blower should be the one that really independent and not been tag to certain leaders or whatsoever tok. if not what ever committee setup or team will be useless and whistle will be soundless
p/s tok se pon tak paham apo se tulis nih maklumla tok baru nak blajar, marin sekolah maleh