Tuesday, July 22, 2008

JAAFAR TAIB - THE LEGEND


(Sumber dari JaafarTaib.com)

Kartun ini mengingatkan kita kepada pelukisnya, JAAFAR TAIB.

Saya mengetahui blog Jaafar Taib menerusi ruangan SPECIAL INTEREST BLOG dalam Rocky's Bru.

Bagi saya, Jaafar Taib ialah bukan saja seorang pelukis kartun terkenal yang bersama-sama Arif Azahari memulakan GILA-GILA tetapi juga seorang artis water colour terkemuka negara.

Layarilah blognya untuk melihat sendiri kehebatan LEGENDA hidup ini.

9 comments:

Anonymous said...

jaafar taib memang kartunis hebat, malah tidak salah jika saya katakan beliau sama hebatnya dengan LAT. pada zaman GILA-GILA lagi nukilannya dalam bentuk kartun sudah menggeletek kita, lebih-lebih lagi dengan maskot si arif azahari yang memang muka jobo tu...

Anonymous said...

A'kum Datuk, thanks for the info. btw, saya dah menyertai Group Datuk dalam Facebook.

Wassalam.
Azad Jasmi

ibrahim yahaya said...

Sdr Bujai,

Saya bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa Jaafar Taib sama hebat dengan LAT. Pihak berwajib perlu memberikan ANUGERAH untuk Pak Jaafar. Datuk Jaafar Taib?

ibrahim yahaya said...

Sdr Azad,

Salam kembali. Terima kasih kerana menyertai Group Duniatiger dalam Facebook. Harap saudara berjaya dalam perniagaan dan kehidupan. Amin.


Duniatiger Group for those who surf and read this blog. Only for the crazy bunch. Yang kata blog ini HP6 itu takyahlah, lain kali je lah. Kita pun tak berminat.

Anyone interested?

Akar Umbi said...

DIY

Saya kagum dengan beliau. Suatu ketika dizaman belajar, kepala saya terasa dah tak boleh berfikir dan tak boleh membaca buku-buku akademik. Bagi tujuan release saya beli Gila-Gila (saya rasa pioneer bagi majalah humor)dan melepaskan segala kebuntuan dengan membacanya.

Setuju dan selayaknya beliau diberi pertimbangan dan perhatian untuk ANUGERAH.

Anonymous said...

Jaaar kalau taib sememangnya satu lagenda dan nostlgia secara peribadi, pengumpulan buku Gila2 dari sekolah rendah hingga menengah, ramai kawan2 datang ke rumah untuk membaca dan meminjam (ada yang tidak pulangkan) dan rasanya nukilan2nya masih lagi relevan hingga sekarang terutama untuk kita 'menyegarkan'kan minda yang lesu dan karat dengan masalah politik dan ekonomi sekarang.

Elok juga kalau TDM, Sultan Perak, Dolah, Haji Hadi, TG Nik Aziz, Anwar membelek belek nukilan Jaafar kalau Taib sabelum bermuzakarah - kluangman

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Hello to brader Jaffar. Saya akan ke blog dia.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Ada orang buat kita hilang tension seperti isteri tersayang dan kartunis. Ada juga orang yang buat kita selalu tension. Contoh? Pelesit, jembalang tanah, pelakon sandiwara atau penjual maruah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Sahabat saya, Arif Azahari yang mukanya "ditampal" sebagai maskot di majalah Gila-Gila banyak menceritakan mengenai Jaafar Taib. Banyak cerita baik-baik mengenai legenda hidup ini. Kalaulah dia boleh lukis gambar saya dalam blog ini...pasti saya beli....asalkan tidaklah mahal. Bergurau je.