Tuesday, July 22, 2008

ADUN DAP CIPLAK SOALAN?

Sebelum ini, kita pernah mendengar ada wartawan yang menciplak hasil karya orang lain yang banyak ditulis dalam blog.

Buletin Utama TV3 sebentar tadi memaparkan dakwaan ada ADUN DAP menciplak soalan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada tahun lalu untuk soalan Persidangan DUN Pulau Pinang kali ini.

Perkara itu didakwa oleh bekas ADUN BN berkenaan dalam satu sidang media.

Bukanlah tidak boleh tiru soalan atau isu tertentu tetapi bertindak kreatiflah sikit. Bukan tiru perkataan demi perkataan seperti yang yang didakwa dilakukan oleh ADUN DAP. Ubahlah ayat sedikit supaya tidak sama seperti karya orang lain.

Amat memalukan. Jangan buat lagi ya.

8 comments:

Anonymous said...

Sdr

1)Mana lebih baik mengulang soalan yg tidak diberi penjelasan dahulu atau membawa soalan baru. Kalau soalan itu bagus dan semasa apa salahnya.

2)Telah terbukti TV3 menjadi pemfitnah utama sekarang ini. Memang dasar wartawan talam dua muka.

Jebot

ibrahim yahaya said...

Sdr Jebot,

TV3 hanya menyiarkan dakwaan bekas wakil rakyat BN itu yang turut memaparkan contoh soalan 2007 dan soalan terbaru. Terpulanglah kepada kita untuk membuat penilaian daripada berita berkenaan. Jika soalan itu tidak dijawab sebelum ini, boleh ditanya sekali lagi tetapi perlu diubah agar tiada dakwaan ciplak. Jika betul dakwaan bekas WR BN itu, eloklah diberhentikan.

junkopile said...

assalamualaikum tok tig
perkara ini bukanlah benda baru tok, kadang2 bila jadi pembangkang ni mereka terlupa susah untuk mentadbir tetapi bila dah mentadbir masih terbawa bawa mentaliti yang sama itulah jadinya bila asas memimpin dan kepimpinan tidak kuat. jika masalah berlarutan adakah kajian dijalankan oleh adun tersebut atau ada ke apa2 usaha atau pun mentaliti tanya soalan saje tok, cakap banyak tindakan tarak.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Amat bersetuju dengan pandangan Sdr. Cakap banyak, abok pun tarak. Yang semakin banyak ialah babi di kampung Melayu di Selangor. Apa ni?

Anonymous said...

Adun DAP berkenaan tak kreatif langsung. Dah la tiru soalan yang lepas, pastu tiru bulat-bulat lak tu. DSebenarnya tak kisah la kalau tiru soalan yang lepas (kot la dah takde modal sangat) tapi pandai-pandailah olah supaya tak nampak sama bulat-bulat walaupun pointnya sama...Tak gitu Dato'?

ibrahim yahaya said...

Sdr Mahyudin,

Correct, correct, correct.

Jika kita ubah 30 peratus, orang lain tidak boleh saman kita dari segi hakcipta. Tetapi kalau tidak ubah dan tiru semua, maka kita boleh disaman di bawah akta hakcipta. Dalam kes ini, saman takde kot tetapi malu adalah.

Anonymous said...

Dah kalau kepala asyik nak membangkang je macam tu lah jadinya. Dah tak peduli dah. Janji nampak pandai, tapi tak pandai mana pun sebab dah sampai ciplak soalan. Hasil takda, bertambah celaru ada.

Anonymous said...

Talingngong punya YB... Siapa suruh bagi soalan sama dan bagi jawapan sama.. Kedua-dua YB kayu... x ada kualiti.. Pandai cakap x pandai kerja.... Yakkkkkkkkkkkk