Thursday, July 3, 2008

INILAH NASIB WARTAWAN...

Agenda Daily yang diterajui oleh bekas pengarang akhbar Utusan Malaysia, Sdr Rosli Ismail, menjadi sasaran penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dan kelmarin. News Portal itu dilemparkan pelbagai tuduhan.

Dalam sidang akhbar DS Wan Azizah, Sdr Rosli sendiri yang bertanya mengenai DAKWAAN DSAI bahawa nyawanya terancam sedangkan beliau bebas ke sana ke mari, ditempelak oleh Wan Azizah.

DS Wan Azizah yang melenting terus mengaitkan kejadian lama di mana mata DSAI lembam ditumbuk, sebagai alasan nyawa penasihat PKR itu kini terancam. Sdr Rosli hanya tersenyum mendengar jawapan berkenaan kerana baginya ia tidak menjawab soalan sebenar.

Hari ini, dalam sidang media DSAI, Agenda Daily sekali lagi menjadi sasaran apabila DSAI merenung tajam wartawannya yang bertanyakan soalan mengenai laporan lawan web yang mengatakan DSAI pernah pergi ke kondo Saiful. Soalan wartawan Lukman Abdullah ialah "apa tujuan DSAI" pergi ke kondo berkenaan.

DSAI yang kelihatan tidak puas hati dengan pertanyaan itu terus bertanya kepada Lukman adakah beliau mewakili suara UMNO atau mana-mana parti, tetapi dijawab bahawa mereka adalah wartawan daripada Agenda Daily.

Secepat kilat, DSAI menegaskan beliau mengetahui siapa pembiaya news portal itu dan meminta wartawan berkenaan memberitahu pembiaya bahawa mereka akan menghadapi masalah memainkan isu itu. DSAI tidak mahu menjawab soalan berkenaan.

Inilah nasib wartawan. Adakalanya dituduh oleh yang dituduh.

21 comments:

Anonymous said...

Kedua dua saolan tesebut merupakan saolan maut yang sering di utarakan oleh rakan rakan penulis di sini dan umum memang menanti jawapan yang rasional. Sudah tentu mereka terkedu, terkejut kangkung, lantas menjawab dengan hati yang ikhlas, mereka menyatakan kebenaran. Kita lah yang menilainya.

Najib juga bila ditanya oleh wartawan kenapa saiful datang berjumpa beliau, jawapan rengkasnya itu adalah keperluannya sebagai pemimpin untuk bersedia ditemui, mendengar dan membantu..Walaupun Najib agak terganggu dengan saolan tersebut, beliau mampu menjawab dengan tenang.

Jika yang membaca sekarang adalah pembaca fanatik pihak tertentu tentulah anda ada 1001 macam alasan, tetapi hargailah jasa wartawan terutama saolan saolan cepumas mereka.

Jawapan pemimpin anda mencerminkan realiti di sebaliknya, analisalah sendiri- kluangman

junkopile said...

assalamualaikum tok
kita ni berani kerana benar tapi kalau salah nak buat2 berani lama2 tak jadi juga tok, biasala tok wartawan ni kenala menerima baik dan buruknya sekali kira macam packagela dalam mencari berita dan kebenaran nih tok. kadang2 bila dah terlalu taksub dengan politik, orang akan berprasangka samada kawan ataupun lawan.
mm menarik juga soalan wartawan tu ya tok buat ape pulak pergi kondo tu.
p/s atok ada pergi mana2 kondo ke

Anonymous said...

ala, biasa la 2...
da x leh jawab banyak lak alasannyer, tp aku pelik gak, kater perjuang kebebasan media, br kene soal skit da "panas" pe citer nie ar....
PR, ko tngok ko nyer ketua 2, cakap x serupa bikin...

PS : jgn sampai yg kener fitnah menfitnah pula, same lavel ar beb...
korang pk2 ar erk...

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

Anwar nampaknya semakin hari semakin menunjukkan lakonan. Dia nampak macam samseng. adakah begini caranya seorang pemimpin-bekas orang nombor 2 negara boleh bersikap biadap dengan wartawan?

Anwar mahu jadi PM, agaknya semua media akan diharamkan kecuali mengikut telunjuknya sahaja diberi permit. Yang mengampunya akan dibela...

abe MIE hairan kenapa Anwar saban hari nampaknya ghairah dengan isu-isu murahannya. Dia menggunakan peguam berbangsa India. Dia mengambil akuan bersumpah orang berbangsa India yang kita maklum mereka adalah PUTAR ALAM...

PKR sebenarnya mahu hidup sebagai parti politik (maya) bukannya kerana perjuangan seperti mana dilaungkan selama ini-- dengan :

1. fitnah dan bohong
2. mahu ahli politik lompat parti- macam katak
3.memaksa orang menerima pendapatnya
4. sokongan minoriti bangsa India
5. Suka menabur janji...
6. Tidak mempunyai agenda untuk pembangunan bangsa dan negara.
7. Tidak berminat memajukan sistem ekonomi. Sekang macam-macam masalah- rusuhan, pelabur tarik diri, kerja tiaada, masalah itu, ini tapi PR-PKR,PAS, DAP tidak berminat tentang 'negara kebajikan'
8. PKR menjadi PARTI KURANG RELEVAN pada bangsa Melayu dan agama Islam
9. Masalah jenayah, sosial tidak diatasi
10. Pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang baik. MPAJ- lantik bekas penyamun jadi ahli MPAJ


agaknya malaysia dah nak jadi palestin? pakistan? indonesia, filipina, thailand... dulu tak ada. sekarang sejak Anwar kembali aktif politik dia banyak samseng dan suka buat hal. Cina, India pun dah naik kepala...


pkrpasdap.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Sebagai pemimpin kerajaan, DS Najib perlu menjawab sebarang tuduhan terhadapnya bagi menangkis serangan peribadi itu. Sama ada rakyat mahu percaya atau sebaliknya, ia bukan satu persoalan kerana jika beliau membisu sudah pasti ada pihak yang membuat andaian tuduhan itu benar.

Untuk menjadi pemimpin, itulah dugaan dan serangan yang perlu dilalui oleh DS Najib. Serangan boleh datang dari atas, bawah, kiri, kanan atau dari tepi. Ia boleh datang selalu atau kadang-kadang. Selamat menghadapinya.

Apapun, banyaklah bersabar dan memohon doa daripada Allah SWT. Jika kita benar, Allah SWT akan memberikan petunjukNYA. Yakinlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Saya pernah beli dan duduk kondo selama tujuh tahun. Mula-mula memang rasa hebat kerana pelbagai kemudahan disediakan termasuk kolam renang, gym dan gelanggang skuash. Lama-lama kondo jadi hostel kerana ada pemilik yang menyewakan unit mereka kepada pelajar universiti. Bayangkan 10 orang duduk satu unit dua bilik. Macam ikan sardin dalam tin.

Lepas tu, pagi-pagi ada yang tak mandi pergi kuliah. Bukan nak mengata tetapi apabila mereka masuk dalam lif, bau orang tidak mandi semerbak baunya dalam lif. Jadi saya jual dan membeli rumah lain.

Ketika duduk di kondolah, pelbagai ragam manusia boleh dilihat. Ada yang bertukar pasangan setiap malam. Ah..tak mahu cerita la.

ibrahim yahaya said...

Sdr Boysepang,

Ye ek, jangan fitnah orang. Tak baik. Tak cool.

Cakap pun tak guna, jika suka fitna fitna orang. Perangai macam tempe saja.

Ok chow.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Jika kita hendak berlakon, pergilah cuba screen test dan mungkin terpilih untuk diberikan peranan hero atau pelakon utama.

Apabila sudah berlakon di filem, jangan pula berlakon dalam hidup. Umpamanya dalam filem jadi pelakon jahat, jangan pula di luar filem pun hendak membuat jahat.

Tetapi jika kena ludah kerana menjiwai lakonan jahat sehingga orang benci, mungkin ia berbaloi. Pelakon jahat yang berjaya. Pelakon yang menjiwai watak. Mungkin boleh berlakon di Amerika Syarikat. Buatla kawan dengan pelakon Amerika atau Hollywood.

Quantum Metal Consultant said...

Adalah tidak logik kenapa tiba tiba Dolah dan KJ terlalu bersih buat masa ini ketika TPM dan Anwar bertungkus lumus menepis serangan.

Apakah pihak konspirator terlupa untuk ‘mencacatkan’ sedikit dua makhluk ini supaya jalan cerita dan skrip konspirasi ini tidak terlalu ideal.

Kita berharap penulis skripnya bertindak segera sebelum rakyat menghidu jejak petualang sebenar.

mat_terab said...

Nampaknya Politik malaysia makin panas sampai orang yang nak jawab saalan wartan terasa bahangnya apa salahnya wartawan sekali-sekala terkena tempias bahang panas kerana mereka yang kadangkala memarakkan kepanasan itu...?

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Jika apa yang berlaku ini Sdr anggap satu konspirasi, maka Sdr adalah antara jutaan rakyat negara ini yang akan terus memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh konspirator. Dalam ertikata lain, apa berlaku selepas ini adalah perbuatan konspirator.

Bagi saya, ini adalah satu pertembungan peribadi yang amat dasyat yang menganggu perjalanan politik negara ini.

Sebagai orang Melayu, saya sedih dengan perkembangan ini kerana orang lain akan bertepuk tangan dan mentertawakan bangsa Melayu yang sedang membasuh punggung di khalayak ramai. Walaupun punggung kita comel sekalipun, basuhlah dalam bilik air yang tidak dilihat oleh orang lain. Lebih teruk lagi apabila punggung kita dipenuhi kurap, tompok-tompok hitam, segala macam garisan, kedut atau apa saja yang mencacatkan bentuk permukaannya sama ada dalam atau luaran. Hentikanlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Wartawan adalah golongan istimewa yang mendapat peluang berada dekat dengan semua orang termasuk Yang Dipertuan Agong, pemimpin negara, angkasawan, pak tani, olahragawan, penjenayah, perompak, penghisap darah, pencuri balak, mangsa kolar putih, pelakon, penculik, pasukan keselamatan, penggali kubur, perogol, nelayan, usahawan, peliwat atau orang yang diliwat.

Ada juga wartawan yang mengabadikan diri dengan membuat liputan jenayah di mana setiap hari melihat darah mangsa kemalangan atau menghidu bau mayat yang amat meloyakan. Itulah kerja wartawan.

Sebagai manusia biasa, mereka juga akan bertanya soalan biasa yang mungkin dianggap mempunyai tujuan tertentu. Apatah lagi keadaan yang tidak logik, tidak masuk akal, pelik dan penuh dengan muslihat.

Belajarlah daripada TDM yang menjawab semua soalan dalam keadaan tenang, tersenyum dan memuaskan hati wartawan. Adakala beliau sindir dalam senyuman. Beliau tidak pernah lari daripada soalan kerana fikirannya tenang, matang, tidak beremosi, tidak takut dan terkawal.

Anonymous said...

Komen utk kenyataan abe mie,

"Dia mengambil akuan bersumpah orang berbangsa India yang kita maklum mereka adalah PUTAR ALAM..."

Harap lbh berwaspada dlm isu yg membabitkan sentimen perkauman.

Jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Jgn kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis kesemuanya terpalit.

Blog ini dikunjungi oleh kaum yg pelbagai.

Harap saudara pengendali blog lebih peka & sensitif dgn aspek keharmonian kaum.

Setahu saya, Islam x mengajar penganutnya membenci kaum lain & Islam juga menolak konsep asabiyyah

Anti-racist

Anonymous said...

Ternyata soalan maut yang diajukan kepada Anwar tu tak dapat dijawab oleh Anwar..Apa maksud semua ni?..Adakah Anwar tak berani untuk jawab kerana takut tersilap bagi kenyataan? Adakah beliau memang ke kondo tersebut? Kalau beliau tak ke situ, kenapa tak jawab dan dibiarkan wartawan dan rakyat tertunggu jawapan beliau? Malah wartawan Agenda Daily turut diherdik...

ibrahim yahaya said...

Sdr Anti-Racist,

Saya setuju dengan pandangan Sdr mengenai kata-kata yang boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak seperti perkataan yang direct seperti penipu, perompak atau pembelit. Bagaimanapun, Putar Alam itu boleh memberikan pelbagai makna.

Saya berharap Abe Mie boleh menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan perkataan PUTAR ALAM itu. Saya lebih melihat kepada aspek kebijaksanaan. Tidak lebih daripada itu. Apakah ia memaparkan kebijaksanaan berhujjah? Membela diri mereka?

Anonymous said...

Apa yang sedang terjadi sebenarnya ni? Wan Azizah bila ditanya, kelihatan marah dan jawapan yang diberikan bukan macam jawapan. Anwar pun tak jawab soalan tetapi hentam balik wartawan. Kalau betul tak bersalah, kenapa tak jawab je soalan tu. Kan lebih senang dan keadaan akan menjadi lebih jelas. Biasalah wartawan dah tugas dia mengorek cerita, takkan tu pun susah nak jawab? Untuk kebaikkan diri sendiri juga sebab dapat menerangkan keadaan sebenar. Sekarang ni nampak macam takut nak jawab je. Lepas tu nak tuduh orang lain nak frame dia pula tu. Apa lah Anwar ni, lain macam.

Anonymous said...

Saudara,
Terima kasih kerana pendekatan yg prihatin.

Saya hidup dlm komuniti majmuk.

Hasil dari pergaulan dgn pelbagai kelompok khususnya kaum Melayu, pembacaan drp naskhah2 bahasa melayu, meneliti bahasa media, menonton produk filem melayu (P.Ramlee cthnya),saya lebih memahami aspek bahasa melayu. (atau bahasa malaysia?)

Putar alam ini membawa konotasi tersirat yg negatif.

Jiwai perpaduan kaum.

Anti-racist

Anonymous said...

Brader,

Ada ke logik - nampak sangat PI India tu dibayar. Siap pakai lawyer Benggali pula yang banyak jawab bila anak guamnya terkebil-kebil.

Apa la Anwar ni? Berhenti la sandiwara - tolong la majukan Malaysia. Ini tidak, sabo sini, sabo nak... mampus la Malaysia macam ni...

Belasah wartawan macam dia dah jadi PM. Tunggu le September 16 - itupun kalau jadi. Dulu masa mula-mula jadi menteri, dia tak akan jawap kalau wartawan panggil dia datuk...kononnya dia mau hanya dikenali sebagai saudara... sekarang apa jadi?

Besok-besok jadi PM, rakyat mungkin kena alamatkannya sebagai DYMM...

Anonymous said...

Kenapalah zaman sekarang ni makin susah nak cari kebenaran? Apa akan jadi dengan dunia ni kalau kebenaran sering terlindung oleh kesalahan? Kesalahan berleluasa mengatasi kebenaran.. Ya ALLAH, tunjukkanlah kami kebenaran agar ia dapat mengatasi kekhilafan.

Anonymous said...

nak jawab pun susah ke? ada benda yang disorokkan ke? jawab je lah. bila buat perangai macam tu orang dah fikir lain dah.

Anonymous said...

Saya pun percaya tak percaya nyawanya terancam. Percaya sebab dia pernah terbukti dibelasah oleh Ketua Polis Negara. Tak percaya sebab dia nampak biasa sahaja ke sana ke mari.