Tuesday, July 29, 2008

MANUSIA YANG MASIH MAHU BELAJAR

Minggu lalu, saya ditegur oleh Ustadz Mohd apabila mengeluarkan kata-kata, "saya ni bukan begitu baik sangat, tetapi saya ingin menasihatkan.....".

Bagi Ustadz Mohd, perkataan "saya ni bukan begitu baik sangat" itu tidak payah disebut kerana ia satu doa terhadap diri kita. Ingat, tidak perlu disebut perkara yang tidak baik kerana ia satu doa.

Saya berhujjah dengan mengatakan perkataan itu diluahkan untuk menyatakan kepada orang lain bahawa "saya ni bukan begitu baik sangat" untuk menunjukkan saya bukan seorang yang sempurna. Tetapi saya tetap mahu menasihati mereka.

Beliau masih menegaskan tidak perlu menyatakan demikian. Ustadz Mohd mahu saya terus saja memberitahu orang lain segala butir mengenai nasihat saya.

Saya akur kerana beliau adalah rakan dan guru.

Terfikir juga saya mengenai penceramah yang selalu berkata, "saya bukan seorang pakar tetapi saya ingin memberitahu anda semua...."

Itupun mungkin tidak sesuai terutama ketika berceramah yang boleh menyebabkan pendengar berasa sangsi dengan kebolehan kita.

Apa pun, sebagai manusia kita memang sentiasa tidak sempurna. Kita masih kekurangan dan perlu belajar.

6 comments:

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER.belajarlah....sehingga ke liang lahat.tak rugi apapun.

sebenarnya...makin kita belajar atau mendalami sesuatu perkara makin menarik ilmu yang kita perolehi.ianya akan menimbulkan persoalan dan semangat kita untuk mencari jawapan yang begitu luas cabang serta hubungkait sesuatu perkara.

sesuatu ilmu dan maklumat tak akan berakhir begitu saja.masih ada lurah dan gunung yang perlu dijelajahi dari masa kesemasa,zaman berzaman.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
asalkan niat yang baik hati mau baik dan jujur rasanya tak jadi masalah tok
allah kan maha mengetahui barang mustahil dia tidak mengetahui bahkan dia maha berkuasa.
niat yang baik walaupun sebesar zarah pasti akan dibalas dan diketahui Allah s.w.t tetapi yang menjadi persoalannya mereka yang buat2 tau tp tatau dan tak plak mengaku tak tau ish tatauler tok??
p/s teguran orang alim itu rezeki tok

Quantum Metal Consultant said...

Bagi saya cakap berlapik seperti.."saya ni bukan begitu baik sangat, tetapi saya ingin menasihatkan.....". atau "saya bukan seorang pakar tetapi saya ingin memberitahu anda semua...." atau yang sewaktu dengannya mempunyai kebaikan tersendiri, ia merupakan satu ungkapan atau peringatan kepada diri sendiri, supaya merasa diri tidak merasa begitu tinggi ilmu atau ego keterlaluan sebelum kita menasihati orang lain..

Walaupun ada pendapat mengatakan itu juga sebagai satu 'doa'..maka itu tidak lebih dan tidak lain ialah kita akur kepada 'kesempurnaan' Ilahi dan sebab itulah kita merendah diri.

Bukankah kita selalu 'berdoa' (jika itu juga dikira doa)..Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri..'. Itu bagaimana pula agaknya..

epain said...

yang penting, kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat bahawa kita insan yg lemah...

satu hari nanti, maut akan menjemput kita...

bukan kita yang berkuasa...

sentiasa merendah diri...

Anonymous said...

Semua nya bermula dari hati yg ikhlas. Bila dikata kan percakapan itu sebagai 'Doa' maka setiap doa yg dimakbulkan semesti nya berserta dgn 'niat'. Maka niat mula mula sekali akan terdetik didalam hati. Kita jgn mudah menjatuh hukum dan menjadikan peradapan ini rigid.Islam ini terlalu indah dan rahsia alam percintaan hanya dirasai hanya oleh kita (plural). -Jantan Giler

Razlan said...

salam tuan ....

Selalu jugak kami kawan2 berdebat seperti tajuk yang tuan ceritakan ...

tapi sememangnya ... kita perlu cakapkan yang baik .. sesungguhnya baik belaka ...

tetapi ... jangan diri kita terlebih baik .. sehingga terasa riak dan takbur ....

Kekadang .. Manusia telalu banyak angle yang difikirkan sebelum mengeluarkan kata2 ..

tapi yang penting .. keyakinan dan tidak berbelah bahagi kepada niat dan matlamat kita apabila berbicara .. sudah cukup untuk memaparkan keikhlasan di air muka kita ..

tapi kalau dalam penulisan .. kurang arif pula ...
:)