Thursday, July 24, 2008

PESTA DURIAN MELAKA 2008


(Tok Ali berbual dengan wartawan selepas menikmati durian. Gambar oleh SUGU.)


(Durian depan mata, mentua lalu pun tak nampak. DIY dan Shafiq merenung tajam seulas durian. Dahlan cuba meneka berat seulas biji durian. Yang lain rasa pelik mengapa Dahlan hendak meneka berat, bukankah baik makan saja.)

Rakyat jelata cantik belaka
Menunggu kunjungan Tun Teja
Pesta Tahunan Durian Melaka
Durian sedap penuh dimeja

Kenduri besar lauk kawah
Gotong royong sinsing tangan
Wartawan menikmati raja buah
Sambil makan tukar pandangan

Malam gemerlap penuh cahaya
Tarian tradisi ulek mayang
Pesta durian Melaka berjaya
Rapatkan hubungan kasih sayang

Teja jelita bijak bistari
Membasuh tangan tepi perigi
Terima kasih Ketua Menteri
Tahun depan buatlah lagi

18 comments:

Akar Umbi said...

Durian sedap dari Linggi
Makan saja jangan perhati
Sedarlah diri ada darah tinggi
Ward berapa saya nak lawati?

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Durian Daun Kota Linggi
Tukang mahir buat pedati
Telan ubat darah tinggi
Masih sihat tak perlu lawati

wee said...

Durian Siam berlambak di pasar,
Mana sama durian Bukit Beruang.
Semakin hari semakin besar,
Nak kata rimau tapi dah macam beruang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wee,

Pergi pasar membeli limau
Air diperah menambah rasa
Bukan beruang tetap rimau
Badan comel gagah perkasa

Anonymous said...

Pesta durian idaman hati,
Durian siam sedap sekali,
Aduhai sakitnya gerangan hati,
Kenapa tak ajak saya sekali?

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Jangan marah tuan bistari
Sentiasa ingat setiap masa
Kad jemputan sudah diberi
Mungkin salah alamat agaknya

terubuk jantan said...

salam dato,
pergi klebang makan nasi
singgah umbai nampak si intan
kalau makan jangan ikut hati
lebihkan ingatan pada tuhan

dunia tiger blog kesukaan
perah akal beri penulisan
dalam blog tiada jemputan
bila nak jemput para komentar makan durian

dua tiga kucing berlari
tersilap kata harap maaf sudi diberi.

P/S: pantun Dato lebih kaw pasal dato orang melaka,Saya kejor yeop kejor.

anakrimaumalaya said...

Salam Saudara saudaraku.

Habaq kat dato sri dan saudaraku semua yang ada kat Pesta tu jangan dok baham sangat bua durian free tu...

nanti hilang kaki sebelah kang,
kalau umur dalam 15,16 tahun takpe jugak. Ni semua 40an keatas, paras umur dah senja macam gitu jugak dengan kadar gula dalam darah (Random Blood Sugar) pun sama naik jugak.

Apa pun benda free nie jangan diamalkan sangat ianya bukan sedekah yang seratus peratus halal dan ikhlas. Jangan kerana termakan budi nanti tergadai body...

Nanti muka jadi poster kat paper baru tau kena pijak bila ianya terjatuh di atas jalan.

Nabi Muhammad telah berpesan hidup ini mestilah bersedehana dalam semua perkara...

assalamualaikum wbt

Anonymous said...

Dear Datuk...

Sedapnya tenguk semua makan durian... and glad to see Mr Shafiq yang dah lama tak jumpa, last time masa dia masih kat TV3 Penang.. Dah lost contact dengan kawan-kawan, kirim salam dekat kawan-kawan and salam to Datuk.

Nani
Big Apple

LEKLOOK said...

Jalan malam di belakang istana
Hajat hati ke Rumah Melaka
Walaupun durian melata-lata
Kerana 'Gout' ambil bau sahaja

tajudin said...

Melihat kambing di waktu petang
Sihat subur tuan pun girang
Boleh "dikorban" menjelang Syawal
>>Sayang durianku tinggal sebatang
>>Buahnya elok dikebas orang
>>Mana berbaloi hendak dijual

ibrahim yahaya said...

Hai Nani,

Harap semua ok di sana.

Big Apple ada durian tak? Kalau tiada tengoklah gambar durian puas-puas. Melawak je.

Harap kengkawan yang baca blog ini akan dapat salam Nani.

Cheers.

ibrahim yahaya said...

Sdr Lok,

Belakang istana Rumah Melaka
Wartawan berkumpul makan durian
Adalah lebih baik berjaga-jaga
Daripada masuk wad berbulan-bulan

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali,

Pergi Taiping naik pedati
Singgah di Lumut beli parang
Jika makan tu berhati-hati
Agar penyakit tidak menyerang

Terima kasih para komentar
Idea bernas bijak belaka
Jemput semua memang sukar
Kenyang sentiasa di alam siber

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Kambing pulang waktu petang
Air minuman di pinggir kali
Makanan daun campur tauhu
Saudara beruntung ada sebatang
Ada orang perlu membeli
Poket kosong hanya cium bau

Anonymous said...

Dear Datuk,

Dekat sini ada, tapi semua dari Thailand.. tak la best sangat macam durian kampung... Tak sabarlah rasanya nak balik Msia makan durian, hopefully masih ada lagi la...

Take care

-nani-

Anonymous said...

...SAYA BARU BALIK KG MINGGU LEPAS...DAPATLAH RASA BUBUR DURIAN MAK BUAT....SEDAPN...EH..YE LAH DAH LAMA TAK JUMPA BRO SHAFIK TU..LAST TIME MASA KAT NEWSROOM KAT TV3 JE...LEPAS TV3..KAT MANA DIA SEKARANG.....

awani news

tajudin said...

Datuk Harimau,

Just posted sajak berkenaan durian lama dulu (kerana teringatkan artikel Datuk ini)..

Tq.