Monday, July 14, 2008

TIDAK BERSIH JANGAN BERTANDING

Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan ahli UMNO yang tidak BERSIH tidak payahlah bertanding.

Baginya, mereka yang tidak bersih ini akan menyusahkan parti kerana orang luar akan memandang serong jika mereka terpilih dan memegang jawatan.

(Renungan Rimau: Saya rasa ini pandangan yang ikhlas dan baik. Oleh itu, sesiapa saja yang tidak bersih dan mempunyai "kes" sebelum ini tidak payahlah bertanding demi menjaga nama baik UMNO. Jika lidah terasa pedas, faham-fahamlah apa tindakan yang perlu dibuat - berundur atau tarik diri.)

15 comments:

doktor spin said...

what about the police report lodged against zahid hamidi last time, that he was accused of punching his daughter's boyfriend...

Anonymous said...

1. Orang Politik mana tahu dirinya kotor. Yang dia nampak orang lain "tak layak, tiada kebolehan, tak bijak dan tidak itu, tidak ini"...Dia sajalah yang bersih dan sebersih-bersihnya.

2 Contoh terhebat, lihatlah Pak Lah
- merasakan semua rakyat sayang dan setia padanya.
- Membunuh kawan yang asalnya pun kawan. Adatlah "aku hebat itu dan lebih ini, mana mungkin hang bisa menandingiku"
- dan lain-lain......

3. Siapakah yang sanggup mengaku dirinya kotor ? Hanya orang gila yang tak ingin 'KUASA', yang sanggup mengakui diri kotor.

ADAM AMIN

Anonymous said...

salam sejahtera,
iya saya setuju ini termasuklah orang yang membuat kenyataan tersebut.cerminlah dengan cermin hati jangan bercermin dengan cermin ajaib kalau tanya cermin ajaib semuanya cantik dan bagus belaka.kan dato kan?

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

kalau nak makan kena bersih tangan dulu. kalau nak tidur kena bersih kaki dahulu. kalau balik kerja atau lepas sukan, kena bersih badan dahulu. kalau masuk tandas, sebelum keluar perlu bersih yang mana patut dahulu. Bak kata dalam kehidupan seharian kita dididik dengan kebersihan (yang merupakan asas keimanan)

Kenapa dalam politik benda macam nie kena bagi nasihat dan kena beritahu selalu? Masih budak ke orang politik nie.

Atau politik ini adalah tenpat kotor jadi kalau tak basuh tak jadi hal.... abe MIE pun hairan. Tak kira dalam UMNO. Dalam PAS pun main kotor banyak juga dan dalam PKR dan DAP tak payah sebut memang pun budaya pengotor amalan mereka.


pkrpasdap.blogspot.com

terubuk jantan said...

Salam Dato,
BERSIH seharusnya tidak tertumpu pada jawatan tertinggi parti sahaja tetapi perlu juga diperingkat akar umbi umno itu sendiri(cawangan dan bahagian).Begitu juga dengan sayap kiri dan kanan parti(pemuda,wanita,puteri dan putera(tak tahu apa fungsinya)...)sesekali teringat pula masa T.D.M mula-mula jadi PM sampaikan filem masa zaman itu mengunakkan dialog "BERSIH , CEKAP DAN AMANAH"dalam filem tersebut...Dato,diutusan malaysia hari ini muka surat 6 "STRUKTURKAN SEMULA UMNO"amat menarik sehingga saya membacanya berulangkali sekiranya saya diberi pilihan untuk diletakan mana tajuk utama saya pilih muka surat 6,Dato setiap kali ada pemilihan ayat 'Pemimpin BERSIH'mesti ada percayalah Dato,...sepekara lagi RAKYAT SEMAKIN JEMU DENGAN POLITIK WANG TUKARKAN SAJA NAMANYA DENGAN "RASUAH POLITIK".

p/S: HARI NI HATI PANAS SIKIT.....

ibrahim yahaya said...

Sdr Doktor Spin,

Datuk Dr Zahid telah menjawab isu laporan polis itu dalam news portal, Agenda Daily, baru-baru ini yang antaranya terlalu peribadi untuk diceritakan.

Saya mengenali Datuk Dr Zahid sejak dari dulu lagi dan saya yakin beliau layak untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi lagi.

Anonymous said...

Ingat mengingati itu amalan Islam. Sebenarnya kenyataan itu untuk mengingatkan diri sendiri seperti yang kita dengar dalam khutbah Jumaat. Jadi ambillah iktibar.

Soal bersih atau kotor sendiri mau ingat. Kadang-kadang orang politik yang bersih juga dilihat kotor kerana kedurjanaan musuhnya.

Pelbagai usaha dan helah dilakukan agar pesaingnya yang bersih dilihat begitu kotor. Jadi jangan terjebak dengan 'strategi menukar imej musuh' oleh pesaing.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Kalau syarat BERSIH, tak ada siapa antara pemimpin yang ada kini yang layak bertanding jawatan tinggi UMNO.

Anonymous said...

Bila mendengar pemimpin UMNO bercakap mengenai soal 'bersih', apatah lagi ianya ditujukan kepada rakan-rakan mereka dalam UMNO, rasa macam nak termuntah pun ada.

Bersihkah Zahid Hamidi dalam UMNO? Jangan sebab dah jadi menteri ugama dah terasa diri terlalu bersih! Siapa akan lupa semasa and menjadi Ketua pemuda. Hampir semua perwakilan mendapat kad kredit BSN. Hampir semua exco pemuda membeli Merc 280 atau 300

Yang tidak dikenakan tindakan disiplin tidak bermakna bersih. Yang dibebaskan mahkamah tidak bermakna bersih. Jadi orang politik kalau nak bercakap pasal bersih dalam konteks ini kena lah berhati-hati sikit. betul kata kawan di atas kenalah cermin dan muhasabah diri dulu!

ibrahim yahaya said...

Sdr Adam Amin,

Saya rasa "tidak bersih" yang dimaksudkan itu ialah mereka yang pernah dihadapkan ke mahkamah atau pun mereka pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kesalahan tertentu. Bukanlah pemimpin yang difitnah atau dilemparkan tuduhan semata-mata untuk menjatuhkannya atau memberi imej buruk.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya rasa Dato' Seri Dr Zahid mengetahui implikasi nasihat yang diberikan itu kepada dirinya. Sudah pasti beliau tahu apa yang disebutkan dan berniat baik demi untuk menjaga nama baik UMNO. Jika kita mahu UMNO sentiasa baik, pemimpin mesti elok dan jujur.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Bukan saja pemimpin kerajaan yang mesti bersih, pemimpin pembangkang juga mesti bersih daripada segala-galanya apatah lagi yang melanggar peraturan budaya dan agama. Jangan kita menuduh orang lain tidak baik tanpa sebarang bukti. Namun, jika ada bukti nyata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap sesiapa saja di negara ini. Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, janganlah pula kita mempertikaikannya.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Jika mahu UMNO terus relevan sehingga ada bulan dan matahari, rasuah politik mesti dihapuskan. Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih mestilah berwibawa dan berani. Jangan pilih mereka yang mahu menjadi ahli MT saja tetapi berani menyuarakan segala kepentingan bangsa Melayu. Ahli MT juga berani menghadapi pemimpin pembangkang yang menabur fitnah dan menghasut rakyat jelata seperti Menteri Penerangan yang baru.

Anonymous said...

Banyak dakwaan kepada pemimpin kerajaan dan BN hanya berdasarkan cakap dengar.

Namun dakwaan kepada pemimpin pembangkang walaupun berdasarkan undang-undang, ia masih dirasakan ia sebagai konspirasi.

Apa tu? Bersih sangat ke pemimpin pembangkang? Beruk sangat ke pemimpin kerajaan?

Anonymous said...

Salam Datuk,

Sememangnya seseorang ahli politik yang ingin bertanding hendaklah sebolehnya bersih daripada sebarang masalah ataupun isu yang hanya akan menjejaskan imej beliau sahaja.

Namun, tidak dapt dinafikan orang politik tidak secara majoritnya adalah tidak "bersih". Mereka akan ditimbulkan terhadap apa-sahaja isu yang mampu menggugat imej dan taraf mereka oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas diri mereka.

Sebolehnya, mereka haruslah mempunyai cara-cara yang tersendiri untuk menutup isu-isu mereka seperti membuat kebaikan yang mampu menutupi kejahatan tindakan beliau. Contoh ahli politik tersebut saya percaya saudara semua telah mengetahui pun.