Sejak kebelakangan ini, rakyat negara ini dikejutkan dengan dua akuan bersumpah yang dibuat oleh RPK dan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Hari ini, seorang pelayar Dunia Tiger, KETAM, mengingatkan kita PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara.
Inilah komen KETAM.
"Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada “hearsay” atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?
Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??
Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.
Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini?
Kenapa Majlis Peguam tidak memperjuangkan Pengakuan Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara itu??"
Monday, July 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Macam la awak tu bersih sangat!!
Kutu
Anwar tu 'bersih' di mata penyokongnya je. Tapi hakikatnya, beliau kotor dengan 'permainan' politiknya...Isu2 lama dah ditenggelami oleh isu panas SD RPK n Bala.
Salam Datuk,
Apa yang perlu dikatakan lagi? Ahli politik hanya tahu mencari kesalahan orang lain namun begitu sendiri melakukan kesalahannya. Inilah yang dinamakan orang sebagi hipokrit ataupun "double standard".
Namun begitu apa yang Datuk kata adalah betul. Kita tidak seharusnya mebuat spekualsi tanpa sebarang pengethauna yang mampu menyokong hujah-hujah kita. Tunggulah keputusan siasatan pihak berkuasa baru mebuat penilaian serta andaian terhdap kes isu tersebut.
salam sejahtera,
minta laluan,wah dato saya lihat vanida imran semakin jelita di dalam cover majalah jelita.iskhh...terpana dibuatnya.tapi sudah beranak pinak dan bersuami.tak jemu suaminya memandang.huhuhu...
dtk...
bg sy perkataan "sumpah" dah semakin "popular"...
pengakuan bersumpah, sumpah menggunakan al quran....
lama kelamaan perkataan "sumpah" tidak lagi menjadi kegerunan sebaliknya diguna bila rasa nak guna...
at last, segalanya menjadi SAMPAH, then dapat SUMPAH SERANAH...
assalamualaikum tok
seperti kebiasaan tok yang mana demand lebih yang itulah harganya mahal, sekarang tuduhan2 atau pun kes2 yg dapat menutup cerita anwar akan digembur2kan tetapi yang anwar buat silap, kira cincai jela tok, dia pn handal memanipulasi keadaan dan undang2 tuduh tan sri musa , tan sri ghani, tok najib dll itulah sebabnya pelbagai tuduhan dilemparkan kepada orang lain tapi dia lupa satu jari dia tunjuk 4 jari tunjuk kepada dia semula
p/s sib baik dia tak tuduh tok tiger kalau tidak saya cabut misai dia.
junkopile
Dato' janganlah menambahkan lagi pening, mual dan loya rakyat dengan gelagat orang politik.
Tanyalah kepada Pegawai Penyiasat Polis jika di hati kecil mereka tidak bukan tidak menyumpah seranah gelagat orang politik khususnya NGO yang bermain politik terhadap aduan demi aduan yang mereka buat. Semuanya melampau dan bermotikan politik semata mata. Semuanya kena disiasat segera sedangkan jenayah yang mengancam rakyat secara terus terpaksa di abaikan.
SD yang dibuat bertalu talu ini juga akan menambah perit kerja siasatan dan akan mengamnbil masa yang lama sedangkan SD itu mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Apakah undang2 boleh menyelesaikan tipu muslihat politik dari kesumat dendam dan tamak haloba kuasa yang tiada penyudah.
Elok kita tumpukan peratian lebih kepada ekonomi, walaupun kecil tetapi lebih terjamin dan elok juga di blog Dato' ini di isikan dengan idea dan perbincangan perniagaan yang membuka minda. kluangman
salam dato,
kalau dah terlalu taksub tu realiti pun susah diterima..ini lah melayu kita tak nak gunakan akal untuk berfikir..jadi pak turut semata.Akal jadi komponen isi kepala je.
Betul tu. Saya pun rasa macam tu. Lama2 nanti orang dah tak gerun dengan 'sumpah'...Bila sebut pasal sumpah, teringat kisah si Tanggang yang kena sumpah dengan ibunya menjadi batu.Takpelah, itu hanya dongeng. Apapun,'sumpah' sebenarnya isu berat yang tak boleh kita permainkan.Kita kena ingat sekarang ni Tuhan bayar 'cash' kat dunia.
Assalamualaikum Tok Rimau,
Pesuruhjaya sumpah perlu menetapkan beberapa peraturan supaya bukan semua orang boleh simply buat pengakuan bersumpah. Jika pengakuan pertama bercanggah dengan pengakuan kedua, tindakan harus diambil kepada si pengaku. Jika tidak, institusi ini akan dilihat sebagai tiada kredibiliti kerana sesiapa saja boleh buat pengakuan itu dan ini, sesuka hati.
Apa yang saudara Ketam dedahkan, bukanlah satu kejutan. Anwar Ibrahim memang penuh dengan expected surprises.
Dalam satu Hadis Riwayat Ad-Darimy, Rasulullah s.a.w ada mengingatkan: "Yang merosak umatku adalah orang alim yang durhaka dan ahli ibadah yang bodoh. Seburuk-buruk manusia yang buruk adalah ulama yang buruk dan sebaik-baik manusia yang baik adalah ulama yang baik."
Ada orang yang lagaknya sangat alim, suci, bersih dan terbaik. Siapa tahu di dalam hatinya sangat kotor dan penuh kepura-puraan. "Don't judge the book by it's cover". Sehina-hina manusia adalah orang yang sering menasihati orang lain supaya berbuat baik dan beramal tetapi orang itu sendiri tidak pernah mengamalkannya.
Dalam slot berita malam tadi, Dato' Seri Syed Hamid Albar menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa Anwar andalah perisik Amerika tetapi Anwar sendiri yang berkata demikian. Beliau hanya menyatakan bahawa "Anwar suka buat laporan". Ada kebenarannya bila mana Amerika dengan muka tak malu menghalang Kerajaan Malaysia membuat siasatan terhadap Anwar.
Orang biasa seperti saya pun boleh nampak seperti ada 'sesuatu' di antara Anwar dan Amerika. Apa istimewanya Anwar sehingga perlu diberi pengecualian sebegitu? Penyokong Anwar mungkin menyatakan ini satu lagi konspirasi jahat menjatuhkan pemimpin mereka tetapi adakan otak mereka mampu berfikir, apakah yang menyebabkan Amerika boleh membuat kenyataan sedemikian? Bila dikata mereka berteman baik dengan orang Amerika, mereka marah kita pula...
Pengakuan Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara perlu dipandang serius kerana ini bukan kenyataan yang didengar dari pihak ketiga.
Sesiapa saja boleh membuat pengakuan bersumpah berdasarkan cerita-cerita yang didengar dari pihak ketiga. Saya pun boleh buat kenyataan bersumpah menyatakan Anwar meliwat orang kerana saya dengar cerita ini dari pihak ketiga (pihak ketiga saya ialah press)... Logik?
TDM ada menerangkan di dalam laman mayanya berhubung kes liwat Anwar satu ketika dulu, mahkamah "ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah".
Dan.. pembebasan Anwar berlaku ketika Pak Lah menjadi orang no.1 negara. Pembebasan yang kontroversi.
Itu ini begitu begini. Pusing juga kepala memikir. Ape ke hei nye yop?
Wassalam.
Kalau bab Anwar semua orang tak percaya, tapi kalau apa2 yang Anwar cakap semua angguk2..Suci sangat ke Anwar tu, sampai ramai jadi macam tak pakai otak bila hal2 berkaitan dengan Anwar?
Janganlah tertekan sangat Dato.
Anwar dah kata,cukup masa bulan September Pakatan Rakyat tetap akan mengambil alih tampuk negara.
Mahu atau tidak,terpaksalah direkacipta berbagai-bagai cerita untuk mengalih perhatian rakyat.
Tapi saya tetap yakin PR akan ambil alih.Seperti Dato,Dato fanatik dengan Dr M.Apa sahaja buruk Dr M datuk tidak akan nampak.Jadi begitu juga dengan pembangkang yg fanatik dengan pemimpin mereka.Terimalah hakikat tersebut.
Joe S.
Dato kalau setahu saya kes tu dah bertahun-tahun tapi kenapa sampai sekarang masih senyap....bagi saya kalau senyap begitu lama maknanya tidak ada buktilah hendak mensabitkan anuar bersalah maknanya akuan bersumpah bekas Tim Gabenor Bank negara ni adalah dusta belaka.....
Berbeza akuan bersumpah terbaru yang mengaitkan DS Najib ni banyak yang menjadi tanda tanya...?
kenapa DS najib takut untuk mendakwa Raja Petra bagi membersihkan namanya.....?
adakah DS Najib takut kerana banyak perkara akan di dedah di makamah....?
Dan Akuan bersumpah bala bekas penyiasat persendirian Abd Razak baginda juga banya menimbulkan tanda tanya...?
yang pertama kenapa Bala menghilangkan diri selepas dia membuat akuan bersumpah yang kedua....nampak seperti beliau di ugut saja....?
Dan dalam akuan bersumpah yang pertama Bala ada membuat sidang media dan dia ada bercakap sendiri...tapi semasa akuan bersumpah kedua hanya peguamnya saja yang ada buat kenyataan media dia senyap ja mukanya pun nampak takut.....nampak jelas akuan bersumpah pertama adalah benar walaupun dia cuba mengatakan akuan bersumpah yang pertama di buat dengan paksaan.....?
Dan kenapa dia buat akuan bersumpah kedua tampa di ketahui oleh peguamnya yang pertama...?
semunya ini menjadi tanda tanya......
ye2 je anwar tu cakap dapat tampuk pemerintahan september ni..percaya sangat lah dekat dia tu..semua sembang je tu..dia main cakap je, dia saja nak bagi kucar kacir dan melemahkan kerajaan dengan harapan nanti betul2 ada yang akan melompat, sebenarnya benda tu bukan ada pun. cuba tengok sekarang sana sini dia buat kacau, dan buat drama..tu semua plan dia je..ish2.
Post a Comment