Thursday, July 17, 2008

JUMLAH PENONTON DEBAT 2008 - 4.4 JUTA

Waa..bilangan penonton Debat Agendadaily.com antara Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam semalam ialah 4.4 juta orang. Banyaknye..

Pecahan kepada jumlah itu ialah TV3 1.902 juta, TV9 1.938 juta, ASTRO Awani 338,000 dan Bernama TV 238,000.

Ini bermakna 4.4 juta di seluruh negara mendengar hujjah dan penjelasan Perdana Menteri Sedang Menunggu dan Panglima Perang Paklah. Ini tidak termasuk penonton dari seluruh dunia yang mengikuti siaran menerusi tv internet.

Apakah kesan kepada jeritan pembangkang selama ini? Apa pula impak kepada perjuangan parti kerajaan?

Bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kajian keberkesanan debat itu perlu dilakukan bagi tindakan seterusnya.

Apakah debat ini akan diteruskan?

18 comments:

Anonymous said...

salam semua!

wow!ramainya!.ini mungkin boleh dikatakan sebagai "pencapaian yang bagus" kerana rakyat sudah makin celik dan harapnya lebih matang akan situasi politik kini.walaupun debat tersebut tidak menyentuh banyak lagi perkara namun ia masih dianggap kejayaan.harapnya debat begini akan selalu diadakan terutamya mengenai isu atau hal yang terkini.

debat ini juga menunjukkan keterbukaan Pak Lah dalam memberi peluang bersuara.mungkin pada sesetengah orang akan menganggap debat ini sebagai "membazir" atau "mengabiskan air liur" tetapi rasanya ini menunjukkan kita setapak lagi kedepan untuk demokrasi.

ini pendapat saya.anda semua pula bagaimana? :)

Mohd Nadzri Kamsin said...

Sayangnya, tiada mana-mana syarikat yang menaja debat tersebut.

Anonymous said...

Salam,

RTM sepatutnya menyiarkan debat itu secara langsung. Ini peluang meningkatkan rating! RTM kini laih. Sampai bila nak jadi macam ni. Takkan Menteri baru pun mandul juga - tak mampu kembalikan imej RTM. Tolong le buat sesuatu.

Anonymous said...

tiada penaja?mungkin juga penajaan dielakkan bagi mengelakkan debat tersebut dipergunakan atau dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

Unknown said...

Benarkah Azhar Othman baru meninggal dunia?

ibrahim yahaya said...

Sdr Fudzail,

Benar. Sebentar tadi. Jenazahnya masih dihospital.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Kenapa RTM mahu menyiarkan rancangan debat tempoh hari? Adakah memang pihak RTM sengaja tidak mahu menyiarkan rancangan tersebut atas sebab-sebab yang tertentu?

Saya faham sekiranya media prima yang menyiarkan rancangan tsersebut memandangkan mereka mempunyai jumlah penonton yang ramai. Akan tetapi RTM juga mempunyai ramai penonton yang terdiri daripada golongan lapisan masyarakat yang veteran yakni orang-orang tua serta tidak kurang juga dengan orang-orang muda.

Anonymous said...

hmm...agak menarik persoalan mengapa RTM tidak menyiarkan debat tersebut.saya percaya mesti ada sebabnya.mungkin kerana tidak mahu rtm dipoltikkan jika menyiarkan debat tersebut kerana RTM milik kerajaan dan kerajaan sekarang ditadbir oleh Pak Lah?atau mungkin kerana Media Prima terlebih dahulu mendapat hak penyiarannya?

ibrahim yahaya said...

Sdr PK dan SA,

Saya difahamkan RTM tidak menyiarkan secara langsung kerana Panglima Perang tidak mahu ada pihak yang akan membuat tuduhan bahawa beliau menggunakan saluran nasional itu untuk "kepentingannya".

Maka, beliau bersetuju dengan penaja, Agendadaily.com, agar saluran lain membuat siaran langsung itu.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
DEBAT malam semalam saya rasakan secara peribadi sebagai satu wadah dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan baik dari pihak kerajaan atau dari pihak pembangkang.Pihak kerajaan menyediakan hujah yang bernas dan fakta yang sebelum ini kurang jelas di mata masyarakat khasnya.Bagi pembangkang pula,hujah yang dikemukakan juga ada asasnnya dan dapat juga menjelaskan kepada masyarakat amnya,Dari sudut pandangan saya masyarakat juga yang membuat penilaian dan tafsiran mengikut kefahaman mereka terhadap isu minyak ini.Saya yakin bukan semua masyarakat faham dan jelas tentang isu minyak ini tetapi sekiranya masyarakat kita rajin untuk mencari dan membaca serta bertanya kepada mereka yang pakar kepada perkara ini pastinya kefahaman mereka lebih jelas dan tepat.Begitu juga dengan halnya berkaitan petronas,sebelum ini ada suara-suara nakal marah kepada kakitangan petronas sehinggakan 'cleaner' di petronas turut merasai amarah dari suara-suara nakal ini kerana tidak mendengar atau tidak berusaha mencari sumber sahih dan jelas tentang apa yang berlaku.Saya secara peribadi menyokong dan bersedia mempertahankan petronas dari anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat syarikat ini setelah begitu banyak sumbangannya pada negara kita.
Dato,debat bagi saya menzahirkan 2 pandangan berbeza serta penilaian yang berbeza-beza,saya tidak nampak debat sebagai satu jalan keluar kepada sesuatu masalah kerana saya lebih percaya "mencari jalan dan kaedah penyelesaian secara bijaksana" adalah lebih berkesan.

Anonymous said...

Betul juga. Kiranya Ahmad Shabery dah buat perkiraan awal kenapa RTM tak buat siaran langsung.

Anonymous said...

alasan je tu...sape yang nak tuduh guna "kepentingan"..takut dengan bayang2 sendiri kot...kalau rtm buat live, saya rasa masa untuk perdebatan itu mungkin lebih panjang sikit dan boleh bagi ruang yang selesa kepada 2-2 pemimpin itu untuk menerangkan fakta yang di bawa....

Anonymous said...

Ini membuktikan dasar keterbukaan kerajaan memang ada, berbanding pada zama TDM dulu. Tetapi jangan ruang2 atau kelonggaran untuk bersuara sebegini disalah gunakan..

Kulupbana said...

Datuk,
Akhirnya terbukti bahawa bukan hanya program tv realiti, konsert, mahupun bola saja yang boleh menangguk rating sampai berjuta-juta jumlah penonton. Salah lah kalau selama ini kita ingat hos cantik dan sensasi saja boleh menarik penarafan.

Ini juga membuka ruang kepada penyiaran lebi banyak program ilmiah yang mencabar pemikiran audiens bukannya 'cheap content' yang menghiburkan semata-mata.

Namun, implikasi program 'bersemuka' secara langsung ini juga harus dikaji, nampak macam 'first round' ni Datuk Seri Anwar menang; dia lebih fokus pada tajuk perbincangan.

Jadi untuk pusingan seterusnya panglima yang akan menangkis harus punya jurus lengkap, bukannya separuh masak lebih lebih lagi jika nak berdepan dengan jaguhan rakyat seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh nanti.

Kena cukup fakta dan sempurna penghuraian. Bedilan retorik tak jalan ..

man_helang said...

salam dato'...

sy amat kesian kat DS kerana berbuih mulutnya nak menjawab soalan dan serangan samaada dr wakil ataupun dr DSAI sendri...sebsb tulah org kata 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jgn diduga'..apapun dia sememngnya berani berbanding ahli2 BN yg lain...

Anonymous said...

"rasanya tidak pasti pula jika RTM menyiarkan debat kelmarin boleh dilanjutkan masa siarannya kerana setahu saya jadual siaran agak ketat.

tapi saya bersetuju dengan apa yang Kulupbana katakan bahawa ini juga membuka ruang kepada penyiaran program ilmiah yang mencabar pemikiran audiens bukannya 'cheap content' yang menghiburkan semata-mata.sekarang ini rasanya kita terlalu banyak disogokkan dengan hiburan.hiburan itu tidak salah tapi apa salahnya kita ambil pusing pula dengan isu terkini.

para remaja harus didedahkan serba sedikit mengenai isu politik begini.bukannya mahu menarik para remaja ke kancah politik,cuma mahu ""menyedarkan"" sikit minda para remaja kini dan akan datang."

Anonymous said...

Mungkin juga RTM tak mahu tayang kerana jumlah tidak mahu semua orang melihat debat ini. Liputan RTM seluruh negara dan jika ada apa apa kekurangan dalam debat tu yg boleh merugikan BN, mereka tidak mahu rakyat melihatnya.

Apapun saya menontonnya melalui ipglobal.com dari luar negara ini. Tak sabar rasanya untuk menyumbang kearah membangkitkan semula kemerosotan Malaysia sekarang.

Harap-harap melalui kerajaan baru. Idea dan pengalaman tengah banyak ni.

Nazmi Ramli
Eropah

epain said...

satu program atau acara yg sudah lama dinantikan...

cuma sebelum ini ada pihak yg "takut"..sebab ia boleh menjadi pelbagai platform :

1) utk popular
2) utk kritik kerajaan
3) sikap tidak professional
4) hentam sana sini
5) emotional

yg tak bestnya, sblm ini ada yg menentang atau berkata "fikirkan sebab dan akibatnya selepas ini"...

tetapi sekarang ni yg dok takut nak berdepan tu jugak yg ckp "program yg bagus", "boleh dipertimbangkan pada masa depan", "gunakan utk pemilihan parti"....

apa hal pun tabik buat datuk shabery sbb berani...menang atau kalah bukan persoalan...at least u have guts....