Sunday, July 20, 2008

AFDLIN SHAUKI TETAMU BLOG RTM


(Poster filem SEPI - Afdlin dan Nasha)

Jangan lupa menonton program BLOG yang akan menampilkan pelakon filem/teater, pelawak, pengacara, penyanyi, pengarah dan blogawan Afdlin Shauki Aksar , pada jam 8.40 malam ini di RTM1.

Alamat blog Afdlin - SELAMBAKODOK'S HOUSE ialah http://afdlinshauki. blogspot.com. Program itu akan dihoskan oleh Datuk Chamil Wariya.

Selamat menonton.

4 comments:

PAK BRATA said...

SALAM TOK TIGER,SESIAPA YANG TERJUN KE DUNIA SENI,HENDAKLAH MEMBANTU MASYARAKAT KEARAH YANG POSITIF DAN BERGUNA.APA YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ILAHI,HENDAKLAH DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERTAMADUN DAN SIHAT DUNIA AKHIRAT.

junkopile said...

assalamualaikum tok tig
bagus tok sebenarnya bila artis pon terlibat kerana mmg dah ada artis yg jadi pemimpin(reegan, tan sri jins, arnold), yb dan macam2 lagi, kalau boleh biar semua golongan ada wakil yg berwibawa dalam kepimpinan, kerana sebagai medium maklumat blog, media elektronik dan cetak boleh digunakan bukan sahaja artis tapi juga ahli sukan dan ahli kajibumi dan semua yang mempunyai kredibiliti dan bakat memimpin
p/s tok serius benar nampaknya gambar kat bawah 2 tau la rimau

ibrahim yahaya said...

Sdr Pak Brata,

Semua pihak tidak kira pemimpin politik, pelakon, wartawan atau pegawai kerajaan perlu memberikan yang terbaik untuk rakyat. Pelakon boleh dijadikan ikon manusia budiman yang boleh diikuti masyarakat. Jangan jadi contoh yang tidak baik seperti buaya darat atau playboy. Yang wanita pula jangan jadi penggoda atau perampas suami orang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Bukan serius macam rimau tetapi memberikan perhatian kepada data-data mengenai program BLOG RTM.

Ada antara kita yang hadir dalam sesuatu majlis lebih suka bersembang daripada memberi tumpuan kepada apa yang dibentangkan. Di akhir majlis, orang yang memberi perhatian akan mendapat ilmu atau maklumat, kita yang suka bersembang akan dapat "angin" atau "bau" saja.