Thursday, July 3, 2008

JANGAN CIPLAK DAN MENGAKU CIPTAAN ITU

AL-HASIB. Sudoku berasal dari bahasa Arab? Itulah tajuk akhbar Utusan di sini yang menarik perhatian saya hari ini.

Penulis, Dr Abdul Razak Abu Chik, menghuraikan Sudoku, permainan popular di kalangan remaja sekarang yang dikatakan asalnya dari Jepun, ada kaitan dengan teori yang sahih bahawa permainan itu berasal daripada gabungan sin, dal dan kaf yang membawa makna susun.

Penghuraian seperti ini amat menyegarkan bagi memupuk keyakinan umat Islam di negara ini bahawa banyak permainan yang diperkenalkan oleh sarjana Islam amat menarik untuk dicuba.

Dalam pada itu, mereka yang memperbaiki sesuatu idea atau konsep, tidak boleh mengaku ia adalah ciptaan mereka. Ini tidak sihat kerana mereka perlu memberitahu asal usul idea berkenaan.

Ini mengingatkan saya kepada maklumat seorang teman yang menyatakan seorang pemimpin terkemuka dari Singapura pernah menggunakan perpatah yang menyatakan tiga peringkat generasi. Generasi pertama ialah yang memperjuangkan kemerdekaan. Ini diikuti dengan generasi membentuk negara bangsa dan yang ketiga ialah generasi yang akan merobohkan kegemilangan bangsa itu.

Kita jangan jadi generasi yang merobohkan apa yang telah diusahakan oleh pemimpin sebelumnya. Jangan musnahkan kegemilangan bangsa.

Teman memberitahu saya pemimpin dari Selatan tanahair ini sering menyatakan kata-kata itu adalah daripada pepatah Cina sedangkan yang sebenarnya ia pepatah Inggeris.

Jika ada penipuan, ia amat memalukan. Perlulah sebut siapa pencipta idea asal berkenaan.

8 comments:

Akar Umbi said...

DIY,

Marah nampak! Baca pantun di bawah:-

Barang ada tidak dijaga
Ingatkan kacang rupanya lada
Asyik sibuk nak berlaga
Asal unta bukannya kuda

Sad,dal,kaf,ha,sim,ba
Merangkak membaca anak che pun
Sudoku permainan anak dan baba
Idea diciplak dek orang Jepun

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Asyik sibuk nak berlaga
Golongan daif sering dilupa
Suka musnahkan barang berharga
Negara kaya bertukar papa

Sudoku kegemaran muda dewasa
Idea asal dari tanah Arab
Jangan biarkan terus berkuasa
Negara papa terus bankrap

epain said...

apa bezanya kalau sudoku dicipta walau siapapun?....

jika sudoku mampu menghasilkan masyarakat intelek...sy rasa kita patut "celebrate"....tak kiralah siapapun yg menciptanya...

yelah kalau bab tu pun nak argue...adlh lebih baik kita argue dgn mengangkat semula nama seeprti ibnu sina, khwarizmi dan ibnu rushdi serta ramai lagi intelek islam yg benar-benar memberi impak kepada ilmu dunia...

dunia sekarang hanya kenal alva edison, graham bell, right brothers...

sy?...sy nak cipta alat yang boleh elak manusia bergaduh...

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Tahniah, anda bakal menjadi seorang pencipta alat.

Persoalannya, alat itu hendak dimasukkan di bahagian tubuh yang mana satu? Atas, bawah, depan atau belakang? Jika belakang tu, mungkin manusia tidak bersetuju. Susah hendak duduk nanti.

Namun, saya bersetuju dengan Sdr bahawa kita perlu memastikan pemimpin kita tidak terus bergaduh. Hodoh jika membiarkan orang tua terus bergaduh. Budak-budak pula jangan jadi pengadu domba.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Betul juga apa yang datuk cakap. Kita tidak boleh menciplak hasil ciptaan orang. Kita sepatutnya menghargai ciptaan orang dan bukannya mengambil kesempatan ke atas ciptaan orang untuk keuntungan kita semata-mata. Kata orang "lembu punya susu, sapi yang mendapat nama".

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Sekarang ini banyak lembu dan sapi di Malaysia. Lembu dan sapi tidak kisah siapa yang akan dapat nama. Yang penting, lembu dan sapi dapat kemewahan dan kekayaan. Aku kaya, bukan kerana nama tetapi kerana networkingku. Aku kaya, bukan kerana nama tetapi kerana kuasaku.

terubuk jantan said...

Dato,
bercakap mengenai ciplak ini lebih kepada seseorang individu yang kurang kreatif dan inovatif didalam garapan sesuatu idea.Sekiranya jiran kita ubahsuai pagar rumah mereka kita ikut serupa dia dan kata pada saudara kita bahawa jiran tersebut telah ikut/tiru/ciplak kita(waktu jiran tu balik kampuang)ini saya nampak lebih kepada kurangnya ransangan dari akal dan minda.

Dato,
Pada pandangan Dato apakah kaedah yang perlu bagi seseorang individu itu boleh merangsangkan mindanya dan boleh memaksimumkan pengunaan akalnya didalam melakukan sesuatu tugas dan menjalankan kegiatan harianya?minta pandangan Dato,terima kasih....

Anonymous said...

Pandangan dato agak menarik, kepimpinan lemah yang sedia ada ini akan menghakiskan ketuanan melayu yang telah di bina sejak sekian lama.Barisan kabinet seperti keldai yang menunggu arahan tidak punya agenda selain mengkaya diri sendiri dan keluarga.Tidak mendukung aspirasi dan harapan masyarakat melayu.Mungkin tidak keterlalaluan jika mereka ditakrifkan sebagai pondan..maaaf jika agak sinis tapi ini realiti.Walaupun bekerja di luar negara saya sering mengikuti perkembangan ini,agak menyedihkan dan sukar menerima hakikat malaysia di tadbir pimpinan lemah dan dungu.

Terang lagi bersuluh mereka yang punya agenda terserlah mempersoalkan kontrak sosial yang termaktub dalam perlembagaan tanpa ada tentangan dari mereka yang punya kedudukan, atas alasan telus adil serta saksama.Terdapat juga melayu yang buta hati dan mungkin juga buta mata ,bersengkokol menyanyi bersama sama atas alasan prinsip perjuangan.Jika ini berterusan mereka akan mengembalikan sejarah lama 'menang sorak kampung tergadai' yang lain akan tersenyum lebar.Barisan kepimpinan hari ini tidak harus dibiar mereka terlalu lalai di buai mimpi Hadhari.

Saya menghormati pandangan dato dan harus di kongsi bersama mereka menyedari kepincangan ini. Mungkin kita tidak punya kedudukan dan landasan yang kukuh untuk bersuara secara terbuka tapi tak salah rasanya kesepakatan ini di dukung atas dasar sesama melayu. Kepincangan kepimpinan harus diubati agar kita terus dihormati dan tidak dipersoalkan hak yang terbukti. Persaingan perlu tapi biar ada keadilan dalam semua bidang. DEB tidak gagal cuma perlu keseragaman dan kesungguhan dalam setiap tindakan.

Mereka yang sudah boleh belari hasil dari dasar DEB perlu mengisafi diri sekurang-kurangnya perlu ada rasa untuk berkongsi pengalaman dan membantu atas rasa sebangsa dan seagama. Kita harus sekata dan bukan hanya melihat dan beremosi tanpa ada tindakan. Belajar dari sejarah dan terus kehadapan,generasi muda harus punya agenda bukan hanya sekadar lihat kejayaan bangsa lain dalam segala bidang sedangkan kita tidak punya harapan dan wawasan. Nasihat TDM tidak lewat di jadikan tangkal dan azimat penguat semangat.