Tuesday, July 22, 2008

BILAKAH LAGI KITA HENDAK INSAF?

Apa ni? Bangunan asrama Kolej Kejururawatan MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan, tiada sijil menduduki (CF)?

Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak menerima permohonan daripada pengurusan kolej untuk menukar arena futsal menjadi asrama pelajar.

Ini satu perbuatan yang tidak sihat seolah-olah memperjudikan nyawa pelajar yang menginap di asrama itu.

Apa akan jadi jika ada kebakaran yang membabitkan nyawa? Menyesal? Menuding jari? Apa alasannya? Bilakah lagi rakyat negara ini hendak insaf?

Dalam pada itu, ejen kenit memberitahu saya mengenai usaha MARA membuat sebuah kolej kemahiran tinggi yang menawarkan pelbagai kursus.

Yang peliknya, sebuah syarikat ditawarkan untuk menyediakan peralatan kolej itu yang diberikan kontrak secara direct nego. Ada ke lagi direct nego ni?

A good procurement policy allows for direct negotiation. However, direct negotiation is only allowed in cases where only one or two companies are able to provide the equipments or services. In this particular case, is direct negotiation allowed as the equipments could be procured through many companies? Or whether this organisation has a procurement policy? Or has this organisation change their procurement policy just for this project? Ah ha...

(Tulis bahasa Melayu semula)...Yang lagi pelik, syarikat itu dikatakan membeli beberapa peralatan yang tidak diperlukan oleh pelajar. Betul ke ni?

Kumpulan profesional dan pakar (profesor dari pelbagai universiti) yang terbabit dalam memberi nasihat penubuhan kolej itu hanya mampu menggeleng kepala. Alasan, tiada upaya.....Apa ni? Bilakah lagi rakyat negara ini hendak insaf?

Tolong jangan bazirkan duit cukai saya.

13 comments:

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Apa2pun saya akan tetap menjadi peminat setia tulisan-tulisan-Dato,teruskan menulis terutama isu-isu yang berkaitan dengan orang melayu dan kearah membina minda yang lebih intelek.Dato,nanti kalau dato senang sikit boleh tuliskan mengenai seorang personaliti wartawan iaitu Tan Sri Samad atau pak samad.Amat Berharap.

P/S: Tok,sambil menaip kelihatan megah KLCC dari jendela rumah.....MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU...

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali. Timakacih.

Itu bos saya tu. Yang paling saya tidak lupa ialah perkataan p...... Hendak tanya soalan pun bermula dengan perkataan itu. "Hei Tiger, p......., apa cerita besar hari ini?" Saya mendoakan beliau sihat.

Saya tidak buka jendela, takut nyamuk masuk. Dulu kawasan ini ladang kelapa sawit. KLCC? Dalam ingatan saja. Sdr di Kg Baru?

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Selalunya tunggu satu kemalangan jiwa. Itu pun insaf satu hari, lepas tu buat macam biasa.

Pasal direct nego ni, memang masih berlaku, disebalik tabir tender.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Bilakah rakyat kita mahu insaf?Bilakah rakyat kita mahu insaf?
Bilakah rakyat kita mahu insaf?
Bilakah rakyat kita mahu insaf?Bilakah rakyat kita mahu insaf?

apisfires said...

tunggu bangunan tu roboh kot..
leh la main bangau oh bangau

Anonymous said...

Selagi UMNO masih lagi diterajui oleh org yg sedia ada dan generasi yg ada amat payah untuk bersatu.

UMNO dalam keadaan nazak memerlukan PAS. Bila mereka sudah sihat PAS akan diterajangnya.

Sejarah sentiasa berulang saudara cuma pelakunya yg berbeza.

Bagi saya kalau bersatu adalah malapetaka pada Malaysia amnya. Harus diingat Malaysia bukannya hak mutlak Melayu walaupun kaum asal.

Kaum lain yg telah dilahirkan disini juga berhak dan tidak patut dianaktirikan. Cuma kalau kawasan itu majoriti Melayu sewajarnya Melayu yg memimpin seperti di Kelantan.

Kalau di Sarawak kaum bukan Melayu yg ramai seperti Iban maka mereka yg patutnya mentadbir.

Jangan dasar pecah dan belah ini yg menguntungkan UMNO dan BN terus berjalan lagi.

Melayu harus bersatu tapi bukan dengan mengenepikan bangsa lain dan bukan dibawah UMNO.

Nilai kebendaan telah merosakkan parti UMNO ini sekarang. Tiada lagi rahmah dan baraqah didalamnya.

Adios

SidakSongkor

Anonymous said...

DuniaTiger

Kita memerlukan political will. Cuba tengok di Serbia, selepas 2 minggu kerajaan baru memegang kuasa dan penukaran ketua penyiasat barulah penjenayah Radovan Karadzic di tangkap selepas berbelas tahun menghilang.

Selagi yg masih ada ini memegang kuasa selagi itu gejala tidak apa, alpa, ambil mudah dan aniaya ini akan berlaku.

Moga moga dipercepatkan pertukaran kuasa supaya tulang yg bengkok kerana terlalu lama duduk di kerusi dapat diluruskan kembali.

Malaysia Untuk Semua

Rambler

Akar Umbi said...

Rakyat sepatutnya insaf kerana selama ini kita dipimpin oleh Bapa Keinsafan

Anonymous said...

Salam Datuk,

Adakah kumpulan professional dan pakar yang terlibat dalam pemberian nasihat tida upaya oleh kerana kekurangan dana peruntukan daripada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan?

Mengikut kefahaman saya pemgurusan MARA dibawah kerajaan negeri namun peruntukan diperoleh daripada kerajaan persektuan. Adakah ini menandakan bahawa pihak pengurusan kurang cekap dalam mengendalikan kolej ini ataupun mereka tidak mendapat dana yang sepatutnya daripada pihak atasan?

Anonymous said...

Stail pengurusan kita masih ditakut lama dan berstatus quo.Malaysia sememang nya dikenali dgn berbagai birokrasi. Setiap jabatan beraksi dgn ego masing masing. Di Singapore, Thailand dan kebanyakan negara asean, proses dokumentasi (lesen , approval dan sebagai nya) hanya melibatkan paling tinggi dua proses birokrasi.Apabila ada berbagai proses birokrasi maka akan cenderung kepada rasuah menyebabkan perlaksanaan menjadi terbantut.Perkara ini disedari semenjak dari dulu lagi. Perbincangan utk mengurungkan proses birokrasi ini rasa nya telah menjadi topik politik tahun 2007. Tetapi semua nya sekadar melepas batuk ditangga. Disitu la letak nya peranan KSN.Kurangkan berakdemik dan berteori. Yg penting 'bottom lines result'- Jantan Giler (..pemikiran kita masih dalam kotak )

Anonymous said...

orang-orang yang cuba menganiaya dan cuba mengambil kesempatan yang sepatutnya insaf dan sedar diri.opportunities.mempergunakan kedudukan dan pangkat untuk menyenangkan kerja tanpa memikirkan perasaan dan keselamatan orang lain.

pelajar pergi untuk belajar bukannya pergi untuk menggadai nyawa.

saya tidak melihat ini salah mana-mana parti politik.saya melihat ini ada salah manusia yang tidak ada tanggungjawab sosial dan hanya ambil mudah tentang sesuatu perkara yang boleh menentukan hidupmati seseorang.ini soal kemanusiaan lebih dari politik.

Razlan said...

Datuk ....

Betul ke cerita ni? jangan buat cerita datuk ... kesian yang tak bersalah .. kalau betul ..

bongkarkan jee laa datuk ...

tunggu apa lagi ..

Anonymous said...

lepas kes poli tu,ada pulak kes lain.tapi kolej swasta pulak.pelajar ditipu oleh pihak pengurusan kolej.pelajar diminta bayar sejumlah wang kepada pihak kolej tapi pihak kolej pula tidak menyediakan peralatan serta kemudahan yang diperlukan oleh pelajar.ada keluar dalam Bulletin Utama.