Sunday, July 20, 2008

TEE KEAT MAHU JADI PRESIDEN MCA

Datuk Ong Tee Keat, pemimpin MCA yang tidak suka dengan perkataan KETUANAN MELAYU kerana ia mengingatkan beliau mengenai hubungan "tuan" dan "hamba", mahu bertanding sebagai PRESIDEN parti itu pada pemilihan Oktober depan.

Laporan Malaysiakini menyebut Naib Presiden itu mahu bertanding kerana Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatannya.

(Renungan Rimau : Saya melihat Datuk Ong ini seorang pemimpin yang dihormati oleh semua kaum termasuk bangsa Melayu. Beliau menyiarkan perbelanjaan di kawasan Parlimennya dalam internet. Semua orang boleh membaca dan mengetahui semua aktiviti yang beliau lakukan untuk rakyat. Tiada selindung, tiada seleweng. Lebih ramai lagilah wakil rakyat seperti ini.)

11 comments:

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Wahai Ahli UMNO Yang BODOH dan BAHLOL! Dengarlah....!

Yang pasti, jika benar tiada apa-apa tindakan yang boleh membawa perubahan kepada pucuk pimpinan UMNO pada Disember 2008 nanti, maka penulis tidak teragak-agak akan memberi sokongan padu kepada mana-mana parti selain daripada UMNO dan BN dan memastikan UMNO akan berkubur pada PRU 13 nanti. Ini kerana dalam tempoh dua tahun ini akan membuatkan rakyat akan terus menderita. Banyak duit negara habis dirompak oleh Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya. Itu adalah pasti. Rakyat tidak mampu meredhai akan kebangsatan ini. Sudah habis maki hamun dihamburkan namun ahli UMNO lebih menjaga temolok diri sendiri daripada kepentingan rakyat kebanyakan.

Fine! Bersiap sedia lah wahai semua hali UMNO yang BODOH dan BAHLOL....parti anda akan berkubur sebaik sahaja keputusan PRU 13 diumumkan. Tiada maaf jika anda membiarkan Abdullah Ahmad Badawi terus memerintah negara selepas Disember 2008. A Lu Fikirlah Sendiri! Nokhtah!

lawati -
fikirlahsendiri.blogspot.com

Akar Umbi said...

Kalau dia seorang menang di MP bukan Melayu BN menang di Selangor, tentunya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Anonymous said...

MCA akan menjadi parti yang lebih muda, segar dan berwajah baru kerana kepimpinan atasnya secara terbuka menerima kekalahan sebagai satu rahmat.

Kekalahan itu menyedarkan mereka bahawa banyak lagi yang perlu dibuat untuk membantu dan menggembirakan rakyat berketurunan China di Malaysia.

Kekalahan itu menyebabkan mereka semakin berwaspada dan berhati hati dalam perhubungan dengan UMNO supaya tidak lagi menjadi pak turut dan dibuli.

Pemimpin lama akan menyerahkan kuasa kepada pemimpin baru supaya apa jua ikatan dengan UMNO dan BN dapat dipebaharui dalam suasana yang baru tetapi lebih tegas dan seimbang. MCA tidak ragu ragu untuk keluar BN jika apa yang meeka hajati ditolak mentah mentah oleh UMNO.

MCA ada pilihan untuk menjadi lebih kuat jika besama DAP dan Gerakan, walaupun mustahil tetapi antara mereka saling memerlukan dan menyokong dalam perjuangan selagi menguntungkan kaum cina Malaysia.

Kekuatan politik MCA bertunjangkan ekonomi yang diterajui oleh kaum china bererti meeka menguasai dua bidang yang saling menyokong sementara UMNO bertunjangkan politik untuk membantu orang Melayu kini mula longgar kerana nepotisma dan koronisma disusuli skandal dan penyelewengan.

Siapapun Presiden MCA, ia hanya menguatkan lagi parti itu - kluangman

terubuk jantan said...

Salam Mesra Dato,
UMNO ibarat magnet,sekiranya kuat UMNO itu kuatlah parti-parti komponen yang lain dan utuhlah bangsa Melayu.Dato, semalam ada akhbar dalam talian menyiarkan tentang UMNO Cawangan Kampung Ubai,mencalonkan DS Najib sebagi Presiden UMNO dan tidak menamakan sesiapa sebagai timbalan.Usul ini adalah tepat kalau saya katakan inilah suara akar umbi yang sebenar(TAHNIAH UMNO Kg Ubai,Pekan),Dato,saya masih menunggu cerita dari "ejen kenit" Dato berkaitan dengan laporan-laporan mesyuarat cawangan UMNO seluruh negara.Melihat kepada satu komentar dari "lu fikirlah sendiri" saya tidak mampu pula ingin memberi undi saya selain kepada parti yang amat berjasa pada zaman arwah tok nenek saya hingga ke anak saya (BARISAN NASIONAL)kerana bagi saya "Kepimpinan Negara" telah mendapat pelbagai tanda dari rakyat sejak mac 8.Dato,seorang pemimpin wanita MCA telah keluar dari partinya untuk menyertai pembangkang kerana merasakan partinya itu tidak berfungsi dengan baik lagi,ini semua adalah rencah politik pada hemat saya.Dato, minggu lepas saya berpeluang menonton tetapi tidak masuk kedalam dewan rakyat hanya melalui T.v yang disediakan diluar sahaja dan saya dapati ahli-ahli parlimen pembangkang bertubi-tubi mengasak soalan pada menteri atau ahli parlimen BN tetapi dengan penuh ketenangan dan berhemah terutama menteri telah memberikan jawapan yang tepat dan padat pada mereka syabas dari saya.Sekali lagi saya ulangi pendirian saya,UMNO itu ibarat magnet.....

ibrahim yahaya said...

Sdr LFS,

Orang Melayu yang menjadi ahli UMNO terutama di luar bandar amat berbeza dengan orang Melayu yang menganggotai parti lain. Mereka setia kepada parti dan pemimpin yang dipilih secara majoriti.

Sejak dulu lagi, ahli UMNO menyokong Paklah yang dipilih oleh TDM sebelum beliau meletakkan jawatan. Tidak hairanlah ahli UMNO menyokong partinya pada PRU12 yang menyaksikan UMNO terus menerajui kerajaan baru walaupun parti komponen BN kecundang.

Selepas PRU12, ramai ahli dan pemimpin UMNO menyaksikan keputusan PRU memaparkan bahawa orang Melayu bukan UMNO dan bukan Melayu tidak menyokong BN. Bagi sesetengah pemimpin UMNO ini ada kaitannya dengan gaya kepemimpinan tertinggi parti. Tidak hairanlah pada April lalu, sebulan selepas PRU12, UMNO Johor mahu peralihan kuasa diadakan. Dua minggu lalu, perkara itu diumumkan oleh Paklah.

Oleh itu, isu bodoh dan bahlol yang ditujukan kepada ahli UMNO tidak timbul. Ini kerana mereka adalah pengikut setia yang menyokong parti dan pemimpin mengikut tradisi sejak 1946. Bagi mereka, pengumuman peralihan kuasa itu sudah mencukupi bahawa pemimpin tertinggi ikhlas untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya. Oleh itu, ketika ada segelintir yang mahu diadakan perubahan segera di peringkat tertinggi parti, majoriti daripada mereka tetap menyokong peralihan itu. Apatah lagi pemimpin nombor dua sudah menyatakan pendiriannya untuk menyokong peralihan itu dan tidak mahu bertanding jawatan Presiden pada pemilihan Disember ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Beliau sudah tentu disenangi dan mendapat tempat dihati pengundi walaupun kawasan Parlimennya (dalam Selangor) terletak di Lembah Klang dan bersebelahan WP. BN kecundang di kawasan bandar yang menyaksikan hanya menang tiga daripada 13 kerusi Parlimen di WP.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

UMNO juga perlu menjadi parti yang segar sepanjang masa. Namun, UMNO tidak perlu "rebranding" kerana ia adalah "brand" yang terbaik.

Yang tidak baik bukan parti tetapi sesetengah pemimpin.Yang perlu diperkukuhkan ialah pemimpin yang tidak bersih dan tiada semangat membantu bangsa Melayu.

Rebranding akan membuka ruang untuk pelesit atau jembalang tanah mengaut wang dan menjadi kaya raya. Tidak payah "gatal tangan" untuk membuat rebranding UMNO.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Ramai ahli dan pemimpin UMNO yakin DS Najib layak menjadi Presiden dan Perdana Menteri pada masa akan datang. Tidak hairanlah DS Najib menjadi sasaran dan serangan pihak tertentu secara bertubi-tubi untuk memperlekehkannya serta memaparkan beliau tidak bersih. Beliau tenang menghadapi gelombang itu termasuk apa yang disebutnya sebagai fitnah dan pembohongan besar.

Oleh kerana DS Najib ada ketokohan, ini tidak bermakna beliau perlu memegang tampuk pemerintahan sekarang. Beliau sendiri bersetuju dengan peralihan itu dan pernah mengatakan dalam hidupnya beliau tidak suka mencabar orang. DS Najib juga mengaku bahawa beliau bukan seorang pengecut tetapi sentiasa mengikut tradisi parti.

Oleh itu, mana-mana cawangan atau bahagian boleh mencadangkan namanya sebagai calon Presiden. Persoalannya adakah beliau akan mendapat 30 peratus atau 58 pencalonan daripada 191 bahagian UMNO? Jika dapat 58 pencalonan, adakah DS Najib akan berubah fikiran dan pendirian?

Anonymous said...

Sesiapun jadi Presiden MCA tak penting. MCA seperti Gerakan dah nak mampus. Sekarang ni harap MP dan ADUN MCA, Gerakan dan MIC harapkan undi Melayu je.

Kalau kata Melayu bodoh, marah pula orang kat kita. Tapi hakikatnya, UMNO perlu tinggalkan MCA, Gerakan dan MIC. Daripada bermuzakarah dengan PAS yang sudah tentu akan gagal, buat baik le dengan DAP. Mana tau, besok-besok DAP boleh masuk BN dan UMNO boleh terus bermaharaja lela!

Anonymous said...

Dalam perkembangan semasa 'rebranding UMNO' bukan sahaja perlu malah wajib, bukan soal gatal tangan tetapi kena berani tangan kerana UMNO sudah mengalami kejutan, renjatan akibat rentetan kelemahan dan kekalahan pemimpin dan UMNO itu sendiri.

UMNO mesti rebranding daripada politik berasaskan perjuangan Melayu kepada perjuangan Islam, mengambilalih peranan PAS yang bergerak terlalu perlahan dalam perjuangan Islamnya. Hanya UMNO yang mempunyai serba lengkap jentera dan pengalaman mampu merealisasikan Islam diterima oleh semua rakyat malaysia.

Dengan Islam sebagai teras perjuangan baru, masalah dalaman dan luaran UMNO akan mudah di atasi. Muzakarah yang berlangsung dengan PAS adalah satu titik permulaan yang baik kerana PAS dapat membantu sepenuhnya melengkapkan lagi UMNO sebagai pejuang Islam di nusantara dan dunia.

UMNO harus keluar dari kepompong melayu dan nusantara, UMNO harus memainkan peranan global, UMNO harus melihat dan memperlengkapkan dirinya untuk menjuarai atas landasan yang telah dibina Mahathir.

UMNO yang kian tidak relevan, perselishan, skandal dan penyelewengan dan krisis kepimpinan memerlukan penawar yang mampu menmghambat semua dan bukannya secara satu persatu, perlahan dan tidak jitu.

Ambil Islam sebagai perjuangan atau ucap selamat tinggal- kluangman

Anonymous said...

SALAM tok tiger, sesiapa saja boleh jadi Presiden MCA,tapi dengan syarat mesti ada semangat sebagai warga Malaysia yang kukuh dan bukan membawa hanya satu suara dari kaumnya sahaja apabila ada sesuatu yang kontroversi dan rasa tak puas hati.