Monday, July 14, 2008

DEBAT 2008 : RAKYAT MENANG? (5)

Apakah hasil Debat 2008, menyaksikan rakyat akan menang? Menang kerana tiada lagi kekecohan yang dirancang oleh pembangkang. Tiada lagi demonstrasi jalanan yang banyak merugikan masa, tenaga dan wang ringgit.

Tiada lagi gangguan sehingga membantutkan usaha merancakkan ekonomi dan menstabilkan politik.

Inilah sebenarnya harapan saya. Agar debat kali membuka mata kita semua bahawa tidak payahlah mengikut orang gila berdemonstrasi di jalanraya dan menyusahkan hidup rakyat.

Lihatlah apa yang berlaku pagi ini. Oleh kerana ada orang gila yang hendak berdemonstrasi di Parlimen, kehidupan orang di bandar seperti saya ini amat memeritkan. Bayangkan, saya terpaksa melalui satu kesesakan lalulintas kerana polis hendak mencari pengikut-pengikut gila ini daripada berdemonstrasi di Parlimen.

Persoalannya, jika sudah berniat untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, berucaplah di Parlimen dan tunggulah keputusan Tuan Speaker. Apakah dengan berarak dan berdemonstrasi di Parlimen akan "membuka hati" Tuan Speaker untuk memberi laluan kepada mereka? Fikirlah mengenai rakyat Malaysia yang lain.

Sebagai pemimpin politik, perkara utama yang perlu difikirkan ialah keselesaan rakyat. Apabila kerajaan menstrukturkan semula subsidi yang menyebabkan harga minyak naik, mereka mengaku juara dengan mengatakan bahawa rakyat ditindas, rakyat tidak dibela.

Apakah dengan membuat demonstrasi yang menyusahkan rakyat tidak boleh dikatakan rakyat menghadapi kesusahan disebabkan perangai pemimpin yang entah apa-apa? Bertaubatlah. Ini bukan zaman dulu yang boleh menghasut rakyat.

Bagi saya, demonstrasi jalanan ini tidak sesuai di negara ini. Percaya dan yakinlah. Jika kita mempunyai tabiat untuk mendemostrasi dan menghasut rakyat membenci kerajaan, berhentikanlah kerana ia amat merugikan negara ini. Carilah cara lain yang bertamadun dan bukannya terpekik terlolong yang boleh membuat orang menyampah.

Saya rasa pemimpin yang menganjurkan demonstrasi jalanan tidak kira apa parti sekalipun tidak layak menjadi pemimpin negara ini. Apakan tidaknya, tindakan mereka menyusahkan rakyat yang terpaksa menghadapi kesesakan dan segala penderitaan mental.

Oleh itu, bermula saat ini terimalah budaya berdebat dengan sihat terhadap apa saja isu di bawah matahari dan berhentikanlah berdemonstrasi jalanan.

Mungkin kita boleh berucap berapi-api di pentas politik atau apa saja pentas tetapi menjadi takut untuk berdebat. Carilah orang lain yang boleh berdebat dengan sihat dengan pemimpin kerajaan bagi mengetengahkan pandangan mereka.

Janganlah menyusahkan hidup rakyat lain yang selama ini sudah menyampah dengan tabiat tidak senonoh sesetengah pemimpin yang menganjurkan demonstrasi jalanan, menggalakkan orang membuat akuan bersumpah, menyaman orang dan mengadakan segala macam perkara yang bertujuan membuat negara ini kecoh.

Saya rasa tidak susah untuk membuat rakyat di negara ini sakit hati dengan kerajaan apatah lagi ada dasar jangka panjang yang mungkin boleh memeritkan kehidupan dalam masa terdekat.

Sebagai rakyat, saya juga merasa perit dengan kenaikan harga minyak. Tetapi satu perkara yang saya lalui ialah saya kini sentiasa memikirkan mengenai kos perbelanjaan minyak dan berusaha mengurangkan kos termasuk letrik dan air.

Mungkin usaha kerajaan menstrukturkan semula subsidi ini ada hikmah tertentu dalam jangka panjang dan ia boleh mengubahkan sikap kita daripada boros kepada yang berjimat cermat. Lainlah kalau kita banyak duit, tinggal dalam banglo dan tiada kerja lain menghasut rakyat membenci kerajaan. Berhentikanlah.

11 comments:

Udenikov said...

Datuk,

Saya rasa mereka2 yang sibuk ke hulu ke hilir berdemontrasi ni adalah golongan yang percaya Kerajaan akan tumbang dengan demonstrasi. Padahal, mereka lupa yang rakyat sudah mula mual dan loya dengan tindakan mereka. Masyarakat bandar paling teruk terkena tempias demonstrasi ini. Saya dapat agak bagaimana peritnya mengharungi kesesakan. Teringat saya pada pengalaman perhimpunan bersih sekitar november tahun lalu.

Udenikov-wadah tebrau

Anonymous said...

Jika difikirkan dengan akal yang brnas yang terbuka, saya setuju bahawa penstrukturan subsidi ini banyak hikmahnya. Perit sekejap, tetapi kesannya jangka masa panjang sama2 dapat merasai. Cuma kita kena terapkan kesabaran dan pemikiran yangberhikmah. Malannya bukan semua rakyat di Malaysia macam tu, semuanya mahu skrang sekarang sekarang!

Anonymous said...

datok,

sapa yg kata ada demo kat parlimen?

saya setiap hari akan baca blog2 panas drp politician PR & BN dua kali, pagi dan malam. takde sapa pun yg buat pengumuman utk demo kat parlimen. kalo ada demo, mesti dah sebar meluas dlm blog mcm dulu Bersih dan Protes baru2 ni.

tak habis2 nak memfitnah. islam ke?

"alfitnatu asyaddu minal qatl"

fikirkanlah.

Anonymous said...

siapa kata tak boleh berarak?

dulu maso edan kawin pun berarak gak. lagi elok.

kalau berarak kat parlimen sampai menyusahkan orang ramai, buek apo jang!

kono pikirkan apa yang baik untuk anak-cucu kito. berarak bukan cara terbaik untuk menegakkan benang basah kita. gunalah cara yang dihormati dan disenangi rakyat.

kerajaan ada silap, pembangkang pun tak berapa betul. apa salahnya duduk berunding secara gentlemen. kalau tak puas hati gak, pegi mahkamah.

mahkamah paling agong ialah mahkamah rakyat pada pilihanraya umum. kalau bn nak kekalkan kuasa pada PU13, buatlah yang terbaik. begitu juga PKR - kalau nak perintah kerajaan, kenalah menangi hati rakyat, bukan dengan cara menyusahkan mereka.

apo bondo la korang sumo ni. kalau asyik nak bercakar jo, bilo maso korang buek kojo?

orang luar tengok kita macam ni, diorang golak bosa jo, suko!

korang ni takdo nilai diri ko? melayu jonih apo yang hontam sesamo melayu ni? ni malaysia, bukan tanah melayu. negaro kita gamai orang cino, india dan macam2 bangso lagi. kalau asyik nak togakkan agenda melayu jo, agenda bangso lain yang duduk sebumbung dengan kito, macam mano pulak?

janganlah sobab kito ni melayu, cino dan india, melayu kono berjuang untuk melayu, cino berjuang untuk cino dan india berjuang untuk india.

paham tak apo makno eh malaysia?

kalau asyik nak menyusahkan orang gamai, susahlah kito nak pikat rakyat, nak mintak diorang sokong kito maso elections.

cubolah kito samo2 buek kojo untuk kepentingan bersamo. kalau nak gobut kuaso, tunggulah pilihanrayo akan datang. bukan lamo laie... 3 tahun lobih jo.

bagi kerajaan yang memerintah, biarlah sesuatu keputusan tu dibuek berasaskan kepentingan rakyat. yang jadi pemimpin rato2 eh anak bokeh PM, mentori, anak2 orang kayo... memanglah korang tak paham macam mano gaso eh bilo hargo barang naik. tapi korang kono tau gak apo akibat eh kalau darah rakyat pulak yang naik!

so, samo ado kerajaan atau pembangkang, jangan la asyik nak pontingkan diri sendiri...


sapo yang undi korang sumo ni?

gebok kang!

ibrahim yahaya said...

Sdr Udenikov,

Rakyat sudah mual dengan tindakan demonstrasi jalanan. Bagaimanapun, mereka terpaksa menghadapinya kerana ia terus dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya, pihak ini akan terus melakukannya sehinggalah apa yang ingin dicapai terlaksana. Bagaimanapun, tindakan mereka itu menimbulkan masalah kepada rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Jika pandai menjaga kedudukan kewangan terutama perbelanjaan bulanan, kita mungkin boleh menghadapi sebarang masalah yang timbul. Jika tidak pandai menjaganya, wang yang banyak sekalipun tidak akan mencukupi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Orang Masjid Tanah,

Saya bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa BN perlu membuat yang terbaik sekarang untuk memastikan mereka menang pada PRU13.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nubaily Munzir,

Pihak polis telah menghalang usaha untuk masuk ke Parlimen secara beramai-ramai yang turut disertai oleh DSAI pada tengahari tadi.

Speaker juga menolak usul Ahli Parlimen Ipoh Timur hari ini untuk menghadapkan Ketua Polis Negara kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat. Menurut Speaker, polis bertindak untuk menjaga keselamatan negara.

Anonymous said...

Diharap debat 2008 ni membawa kepada kebaikan bersama. Dengan debat ini juga diharapkan tiada lagi rusuhan -rusuhan jalanan yang membazir masa dan tenaga rakyat, malah menyusahkan diri sendiri.. Debat dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan dalam menangani isu harga minyak, bukan dengan rusuhan-rusuhan jalanan..

Anonymous said...

Datuk,
Jika ada demonstrasi, pastinya ada pengumuman dari lamanweb pembangkang kerana itulah satu2 cara utk mebawa rakyat ke jalan raya ...

tapi, tiada pula apa2 pengumuman dari laman2 web pembangkang? demonstrasi apa yg polis cakap ni???

tak de sesaper pun nak buat demonstrasi??? so, kesesakan 3 hari tu, jangan ler salahkan pembangkang, salahkan polis sebab dapat maklumat sampah!!

Anonymous said...

Datok,

ya, semua org di KL ni tau polis sekat jalanraya, bukan setakat di parlimen tapi di seluruh KL. kenapa kacau semua orang? tutup parlimen je cukuplah. tutup sana sini, ada ke bagi laluan alternatif? nak bagi alternatif macamana kalau dah semua jalan ditutup.

tapi mana buktinya DSAI pergi parlimen buat perhimpunan? ya, dia kata dia nak pegi sebab nak tengok, macam rakyat2 yg lain juga selama ni yag pergi parlimen utk tengok persidangan, mcm yg budak2 sekolah pegi selalu tu. tapi dah keluar waran la bagai, tak jadi la pegi.

datok dah tgk ke blog 1426.blogspot.com spt yg Hamid Albar katakan tu?

Abdullah Baduwi kata jangan percaya khabar angin. sekrang siapa yg percaya khabar angin?

izinkan saya berpantun

mengata dulang paku serpih
mengata orang dia pula berlebih2

Allah dah kata dari dulu lagi, what u give, u'll get back.. so renung2kan dah selamat beramal!