Tuesday, July 8, 2008
MELAKA - BANDARAYA WARISAN DUNIA
Oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam
( http://www.mohdalirustam.com )
UNESCO iktiraf Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan badan dunia terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu. Pengiktirafan ini sudah tentu mengembirakan semua pihak kerana ia akan meletakkan nama Melaka dan Malaysia dalam senarai peta dunia sebagai Bandaraya Warisan Dunia, setanding dengan bandaraya lain di seluruh dunia.
Pengiktirafan ini diisytiharkan di hadapan kira-kira 1,000 peserta dari seluruh dunia yang menyertai mesyuarat ini. Saya berterima kasih kepada UNESCO kerana memberi pengiktirafan ini selepas kita melobi hampir tujuh tahun sejak 2001 untuk disenaraikan sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Sebelum saya menghadiri persidangan ini, saya optimis Melaka akan mendapat pengiktirafan selepas semua kriteria dan ketetapan yang diperlukan oleh UNESCO, kita patuhi sepenuhnya. Saya yakin Melaka akan terus menjadi tarikan dan destinasi pelancongan yang unggul pada masa depan sama ada oleh pelancong domestik atau asing. Sudah pasti selepas ini akan membawa jutaan pelancong ke negara kita khususnya Melaka dan Georgetown. Ini kerana publisiti akan diberi setiap hari oleh UNESCO.
Banyak peluang-peluang ekonomi yang diperolehi hasil daripada pengiktirafan ini. Kerajaan negeri akan terus menggunakan kekuatan sektor pelancongan untuk menjana pendapatan penduduk sebagai langkah menangani krisis kemelesetan ekonomi global,
Dengan jumlah kedatangan pelancong yang meningkat, ia dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaaan dan perkhidmatan kepada rakyat Melaka. satu mercu tanda akan dibina dalam kawasan warisan di Melaka. Selain itu, satu sambutan juga akan diadakan yang akan ditetapkan kemudian.
Pengiktirafan ini meletakkan negara kita setanding dengan bandaraya warisan dunia yang lain. Tahniah juga diucapkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kerajaan Negeri, PERZIM, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan semua pihak yang bekerja kuat bagi mendapat pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini akan dipantau oleh UNESCO kerana Melaka dan Georgetown akan menjadi tumpuan pelancong dan pakar-pakar penyelidik pembangunan Bandaraya Warisan Dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
assalamualaikum tok rimau
sebagai rakyat malaysia sudah tentu kita berasa bangga dengan pengiktirafan ini bilamana Melaka diangkat dan ditauliahkan Bandaraya Warisan Dunia, dengan kedatangan pelancong pelancong asing sedikit sebanyak dapat juga menampung kekurangan pelancong tempatan kerana minyak mahal tol mahal so kena ubah gaya hidup, tetapi dalam masa yang sama kita seharusnya tidak menyalahkan dan berdiam diri kena proaktif dan cuba mengubah apa yang termampu, kok tak cubo mano nak tau.
Kerana impaknya kepada peniaga2, pengusaha hotel, ikan bakar di serkam, umbai dan banyak lagi adalah besar.kalau rasa2 ada duit lebih nak ke medan ke bandung so tak perlu, pergi melaka aje, tapi kalau ada duit ngam2 sampai melaka so pergi sampai alor gajah je so bleh jimat jugak.
Ni langkah proaktif ke prosaknih
Sdr Junkopile,
Kalau diberi pilihan, ramai pemimpin lebih suka menjadi peneraju di Selangor, Perak atau Pahang berbanding di Melaka. Ini kerana Melaka tidak mempunyai sumber asli seperti balak atau tanah yang luas untuk dibuat kawasan perindustrian atau pertanian mega. Melaka yang kaya satu ketika dulu dengan aktiviti perdagangan dan pelabuhan dihancurkan oleh penjajah. Kini, hanya tinggal bahan-bahan sejarah dan inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah berjaya mempertingkatkan asas yang dibuat oleh TS Rahim dengan mempertingkatkan bidang pelancongan dan industri yang berkaitan seperti perhotelan dan makanan.
Kini jumlah pelancong yang datang ke Melaka amat membanggakan dan pelancongan kesihatan juga semakin mendapat sambutan dari negara jiran seperti Indonesia. Mereka juga kagum melihat sebuah kerajaan negeri yang stabil melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.
Setuju tok
thumbs up to dato ali rustam, itula namanya pemimpin kreatif tok, adakan dari yang tiada.
manipulasi sumber yang ada, bukan manipulasi undang2 atau pun orang
Penulis merujuk kepada kenyataan PM berhubung dengan kutukan beliau kepada pengamal blog yang dianggap sebagai pengkhianat dan melanggar rukun negara.
Kepada PM, cermin diri sendiri. Tak tau menari, lantai dikatakan tinggi rendah. Tak tau mentadbir negara dengan cekap, dikatakan blogger pengkhianat bangsa dan negara. Siapa sebenarnya pengkhianat. Kalau sudah gagal memerintah negara dengan baik, berundurlah. Tidak perlu nak menyalahkan orang lain. Tidak hairan lah anda terus-terusan dibenci rakyat.
Bagi penulis, kayu pengukur begitu mudah, kalau semua peringkat lapisan masyarakat asyik merungut dan mengutuk PM, apa maknanya tue? Penulis setuju dengan setengah komentar di blog Dato' Kadir Jasin, Pak lah sebenarnya bukan baca blog, apa yang dicakapkan itu atas nasihat seseorang. Dia mungkin baru sedar yang hampir semua bloggers mencerca dia. Tapi bagi penulis, konteks pemahaman dalam isu ini cukup mudah, kalau anda bagus, tiada sebab orang hendak mencerca anda. Tapi kalau hampir 100% semua orang kebanyakan mencerca anda. A Lu Fikir Laa...sendiri.
lawati:
fikirlahsendiri.blogspot.com
Mr Tiger,
tulisan tuan sangat menarik dan kupasan yang diberikan walau ringkas tetapi cukup padat dan mengesankan
Analisis yang Tuan Tiger lakukan, walau berkisar topik yang berat, berjaya dimudahkan dengan penggunaan bahasa yang bersahaja dan mudah untuk difahami
Lebih menarik,tulisan Tuan Tiger berselang seli dengan politik, pengalaman, bisnes dan sebagainya hingga ia memberi variasi kepada pembaca blog anda
Tidak hairan jika hits blog Tuan Tiger jaraknya bagai langit dengan bumi berbanding blog saya
Dengan segala rendah hati, izinkan saya menjemput Tuan Tiger ke blog saya yang marhaen ini
Moga persahabatan kita dapat terjalin, biar di alam 'maya' cuma
Salam perjuangan,
SYAHRIL A. KADIR
(www.syahrikadir.wordpress.com)
Saya pun tumpang berbangga dengan pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia sebab Melaka adalah negeri kelahiran ibu bapa saya. Di situlah ibu bapa saya membesar dari zaman penjajah sehingga sekarang. Banyak pengalaman yang amat perit dilalui. Saya yakin sekarang mereka mesti bangga dengan pencapaian ini.. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur dengan kurniaanNya..Sokonglah BN..
Assalamualaikum,
Tahniah keatas Melaka dan Pulau Pinang keran mendapat penghargan daripada UNESCO atas usaha mengekalkan dan memelihara bangunan serta warisan sejarah sejak 500 tahun lalu.
Saya sebagai warga Malaysia berasa bangga atas penghargaan tersebut. Kesemua pihak yang berkaitan sepatutnya diberi penghargaan dan penghormatan atas usaha mereka sehinggga menerima pengiktirafan daripada pihak UNSECO.
DIY...walaupun saya bukan orang melaka, saya sememangnya berbangga atas pengiktirafan yang di berikan oleh unesco itu, saya tahu nilainya tinggi di mata dunia, tetapi jika boleh di jelaskan dengan lebih tepat, apakh sebenarnya faedah yang di perolehi oleh negeri melaka sendiri atas pengiktirafan itu ? saya benar2 ingin tahu, bukannya sindiran...harap maklum...
p/s : dah pesan kat datuk ali pasal pesta asam pedas tu ke blum? hehehehe
apa yang unesco mau dr melaka dan penang utk mjadikan 2 bndr ini diiktiraf oleh unesco?
Post a Comment