Thursday, July 17, 2008

AZHAR OSMAN MENINGGALKAN KITA..

Saya mendapat pengesahan daripada sahabat di Berita Harian bahawa rakan di TV3, Azhar Osman, sudah meninggalkan kita. Beliau menghidap barah meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur jam 9 pagi.

Beliau pernah bertugas di beberapa tempat termasuk di TV3 dan ISIS. Jawatan terakhir beliau ialah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semoga rohnya ditempatkan oleh Allah SWT bersama orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

11 comments:

pecintakeamanan said...

Assalamualaikum,

Innalillah...

Al-fatihah saya sedekahkan kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

nadzri said...

Mungkin boleh tolong letakkan gambar arwah dalam blog ini.

fudzail said...

Bagaimana mahu melawat jenazah aruah?

Fudzail

ibrahim yahaya said...

Sdr Fudzail,

Jenazahnya akan dibawa ke rumahnya di 19 Jalan Tiang Sari, Q 11/73B, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fudzail,

Jika tiada Q11 , cari Q U.

Tiang Seri bukan Tiang Sari.

fudzail said...

19 Jln Tiang Seri U8/73B Bkt Jelutong Shah Alam, Selangor

Kulupbana said...

Datuk
Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Nampaknya ramai staf dan bekas staf TV3 yang lebih awal mengadap Illahi. Namun, kita harus pasrah atas ketentuanNYA.

Datuk sendiri pun lama berehat di hospital. Dengar kata sekarang tulang belakang dah ok; dah boleh teruskan aktiviti seperti biasa.

Teringat jugak kehebatan Allahyarham membaca berita di TV dulu dan teringat juga bila dia 'off speak' bila teks skrip bercampur aduk.

Sekali lagi 'Alfatihah'.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kulupbana,

Waa, apabila Sdr sebut Datuk sendiri pun lama berehat di hospital.... mengingatkan saya betapa bosannya tinggal di hospital selama satu setengah bulan kerana hendak menghapuskan kuman dalam darah.

Minta izin daripada doktor untuk keluar awal, jawapan yang diberikan ialah, "minimum ialah satu setengah bulan. jika awal daripada itu, tidak boleh." Ini bermaksud jika awal keluar, maka berkeliaranlah kuman itu lagi. Memang satu dugaan.

HeadLiner said...

Azhar gave me invaluable advice when I was training to be a presenter.

suhaimi sulaiman said...

Azhar was a good producer when I was the TV3 7 O'clock News anchor way back when we were at Jalan Liku Bangsar. A generous man with a great sense of humour.

LEKLOOK said...

Saya menumpang sedih apabila terpandang satu episod di depan pintu rumah Allahyarham tempoh hari, ketika bekas isterinya Azian dihalang untuk menziarahi bekas suaminya.

Apapun saya cuba lupakan peristiwa itu dan menjadikannya iktibar. Alfatihah untuk Allahyarham Azhar Osman.