Saturday, July 12, 2008

ANASIR LUAR INGIN MILIKI PETRONAS?

Sebelum ini, saya diberitahu oleh seorang kawan mengenai ada semacam usaha untuk menghapuskan kegemilangan bangsa Melayu di Malaysia. Ini termasuk memalukan peneraju GLC, agensi kerajaan dan pemimpin Melayu yang telah berjasa. Mereka memainkan sentimen perkauman sempit dan menaikkan semangat orang lain marahkan orang Melayu.

Dalam ertikata lain. mereka menyalahkan pemimpin Melayu yang memerintah sekarang dengan dasar yang diuar-uarkan tidak menguntungkan semua pihak. Mereka sering membangkitkan dasar-dasar tertentu yang dikatakan menguntungkan bangsa Melayu.

Yang terbaru, saya diberitahu ialah usaha "menyerang" Petronas dengan mengambil kesempatan tindakan kerajaan menstrukturkan semula subsidi yang membabitkan kenaikan harga petrol dan diesel. Mereka menuduh seolah-olah keuntungan Petronas disorokkan oleh pihak tertentu. Amat menjelekkan.

Hari ini, ejen kenit memberitahu saya bahawa seorang pemimpin kerajaan memberitahunya serangan terhadap Petronas itu dikatakan perlu sampai ke tahap "bleeding" atau berdarah.

Matlamat mereka ialah agar Petronas, yang kini terkenal sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang diberikan penarafan AAA dan antara syarikat yang tergolong dalam New Seven Sisters, perlu dihancurkan. Petronas perlu diserang bertubi-tubi.

Alasannya ialah apabila Petronas sudah bermasalah, mereka akan menawarkan diri untuk menguruskan syarikat petroleum negara itu. Ketika itu, syarikat atau individu akan meminta konco-konco mereka di negara ini mencadangkan syarikat mereka.

Bagi saya, tidak sukar untuk memikirkan faktor yang menyebabkan mereka amat tertarik dengan Petronas. Mereka ingin memiliki Petronas.

Apakan tidaknya, Petronas kini berjaya menerokai 38 negara dalam usaha mencarigali minyak dan tawaran untuk syarikat itu terus diterima sehingga kini. Petronas dilihat berada di mana-mana termasuk negara yang berperang seperti Sudan.

Petronas berada di Aljeria, Chad dan kini di rantau ini seperti di Myanmar dan kejayaan yang terbentang di depan mata amat dicemburui oleh syarikat-syarikat antarabangsa lain.

Inilah jalan mudah untuk mendapatkan Petronas. Jika Petronas dimiliki sudah tentu tenaga profesionalnya boleh dimiliki dan segala kontrak jangka panjang akan berada di dalam gengaman mereka. Jika mahu memulakan syarikat baru, kejayaannya akan mengambil tempoh masa yang lama. Langkah mudah ialah merampas pemilikan Petronas.

Anasir luar ini amat mengidam untuk memiliki Petronas, seekor angsa bertelurkan emas.

Oleh itu, adalah malang dan satu malapetaka kepada negara ini jika ada pihak tempatan tidak kira apa bangsa sekalipun, menjadi dalang atau perosak bagi membolehkan Petronas jatuh ke tangan orang lain.

Mereka ini adalah pengkhianat dan petualang negara. Perlu dicari dan dihukum.
Terserahlah kepada kerajaan untuk bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur.

Jangan biarkan angsa yang mengeluarkan telur emas dirampas. Jangan biarkan generasi akan datang menyumpah kita kerana kelalaian dan kebodohan kita.

9 comments:

apisfires said...

dah saya bagi maran pada posting pertama saya lagi...
salam
pasal bagi saya semua kekecohan politik ni mesti ada sesuatu yang kite semua tak sedar ape jadi...
so jagan heran sangat mereka semua tu berlakon, bukak mata besar2, tengok siapa yang selame ni kene serang tapi bile ada kes berturut selama 2 minggu terus senyap,

ibrahim yahaya said...

Sdr Apisfires,

Sdr seorang yang bistari dan amat memahami perjalanan politik di negara ini.

Senyap tu...kerana untuk berundur dan menyerang ...atau berundur dan terus menyorok seperti ostrich yang membenamkan kepalanya dalam tanah tetapi punggung mereka boleh dilihat. Bahaya tu.

Biarkanlah pelakon-pelakon itu terjun dengan labu-labunya.

apisfires said...

pandai pak rimau melawak
heheheh

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

1. Usaha untuk mengambil alih Petronas dengan cara begini sewajarnya kita tentang. Sekiranya ada sebarang bukti terhadap kemungkinan ini saya cadangkan satu laporan polis dibuat;

2. Kita wajar mempertahankan Petronas, sebuah syarikat yang diuruskan oleh anak bangsa kita sehingga menjadi salah sebuah syarikat unggul di dunia. Pengiktirafannya bukan calang-calang;

http://c-bok.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Saya difahamkan Petronas dikagumi kerana kakitangannya yang komited dan berdisiplin. Mereka berada di seluruh dunia termasuk di kawasan yang orang tidak sanggup terokai.

Saya juga mendapat tahu walaupun ramai pihak yang menuduh gaji kakitangan Petronas tinggi, ia sebenarnya tidaklah setinggi apa yang diperolehi oleh kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat minyak antarabangsa lain.

Akar Umbi said...

Apakah ini satu lagi usaha untuk menutup sejarah penerokaan Petronas yang dipelopori oleh TDM? Atau selepas ini akan wujud ibu negara baru dan Putera Jaya akan sekadar menjadi penempatan untuk kakitangan kerajaan?

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Marilah kita berdoa agar semua kegemilangan Melayu di negara ini terus kekal, terpelihara dan dilindungi oleh Allah SWT.

Kita juga berdoa agar kakitangan Petronas terus menjalankan tugas secara profesional, amanah dan sentiasa komited bagi menjaga nama baik syarikat petroleum negara itu.

Anonymous said...

Kita harus beka dengan beberapa individu atau golongan yang cukup terserlah tamak dan iri hati mereka terhadap 'harta negara' yang sudah terbukti maju dan jaya.

Mereka inilah golongan yang mendabik dada hebat dan pandai tetapi lebih berminat untuk merampok dari membina empayar sendiri dari bawah.

Kerana kerakusan kuasa dan setakat ini kebal, maka golongan ini bermaharajalela.

Jika ini adalah kezaliman kepada rakyat dan bangsa Malaysia, saya tidak begitu bimbang, kerana doa orang orang yang dizalimi akan termakbul, tepat, cepat dan tunai di bumi nyata. Bukan setakat doa, kita telahpun berusaha dalam pelbagai bentuk untuk menyatakan 'tidak' kepada pengkhianat ini.

Mereka akan ditimpa nasib yang paling malang, maruah sudah tentu tidak dapat ditebus dengan wang, apalagi kalau kelak sudah terpahat sebagai sejarah mereka adalah pengkhianat negara. Mereka sedang menempah, kita 'restukan' saja...kluangman

Hebatnyer Melayu said...

Salam.....

Begini laaa cara mudah pembangkan atau pun orang yang mebangkan kepada kerajaan Malaysia. Pembangkang hendak menumbangkan kerajaan dengan usul undi tidak percaya begitu juga anasir-anasir luar yang hendak mendapatkan PETRONAS dengan cara yang mudah. Justeru itu kita semua perlua bersiap sedia, mungkin PETRONAS ini merupakan langkah pertama kearah menguasai kerajaan Malaysia. Perbuatan yang tidak bertaggungjawab ini harus diddahkan dengan segera supaya rakyat sedar akan kepentingan PETRONAS yang telah memberi sumbangan sejak dari dahulu terutama kepada orang Melayu.

Sekian....
http://hebatnyermelayu.blogspot.com