Thursday, July 10, 2008

DEBAT 2008 : SIAPA MENANG? (1)

Jika tidak ada halangan kita akan mendapat menyaksikan siaran secara langsung perdebatan antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi TV3 dan Astro pada malam 15 Julai ini.

Dalam perdebatan ini, sudah tentulah penonton mahu tahu siapakah yang akan menang sama ada Dato' Ahmad Shabery yang menggelarkan dirinya "Panglima Perang Paklah" dan DSAI yang diwar-warkan sebagai "Perdana Menteri yang Menunggu".

Melihat latarbelakang kedua-dua pendebat ini, kita tidak boleh lari daripada mengakui bahawa mereka mempunyai kebolehan dalam menyampaikan ucapan dengan baik dan pintar dalam melontarkan pandangan bernas terhadap isu semasa.

PM Menunggu sudah menunjukkan belang sejak zaman menerajui Angkatan Belia Islam (Abim)lagi sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau dipecat pada tahun 1998 yang menyaksikan perubahan lanskap politik di negara in.

Kebolehan Panglima Perang sudah terpancar sejak menjadi Ketua Penerangan Semangat 46 di mana beliau lantang memperjuangkan matlamat parti yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Jawatan Menteri Penerangan sekarang, membolehkan beliau menunjukkan kemahiran berpidato dalam banyak pentas rasmi atau pentas politik.

Tatkala ada pemimpin UMNO yang menentang debat itu, Dato' Ahmad Shabery tetap yakin bahawa ia adalah satu pentas untuk menerangkan kepada rakyat apa yang kerajaan fikir mengenai janji-janji manis PKR pada PRU12 lalu.

Beliau tidak mahu menjadi Menteri Penerangan yang hanya menjaga "drama dan konsert", sebaliknya bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab menerangkan dasar-dasar kerajaan dan menangkis serangan pembangkang yang melontarkan segala macam tuduhan.

Panglima Perang sanggup mempertaruhkan jawatannya demi memastikan bahawa Menteri-Menteri pilihan Paklah kali ini sanggup ke medan perang mempertahankan dasar kerajaan dan tidak akan lari daripada sergahan pembangkang.

Baginya, beliau tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan dan menjadi tanggungjawabnya mempertahankan dasar yang dikemuka, dibincang, dibahas, dihujjah, dikupas dan dipersetujui dalam Kabinet secara konsensus untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau sanggup memikul tanggungjawab itu dengan penuh keyakinan. Beliau sanggup mati di medan perang.

bersambung....

29 comments:

JASA Pt Sulong: said...

cayalah

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Bagi saya ini semua membuang masa dan merosakkan lagi perbalahan di kalangan orang Melayu. Dua-dua nak tunjuk jaguh sedangkan rakyat sedang gelisah. Saya tidak dapat melihat pentingnya diadakan debat ini.

Princess Aurora said...

(http://princessaurora222.blogspot.com)

I can't wait for this debate. Really hope that Doto' Shabery will manage to whallop DSAI on national tv.

Anonymous said...

semoga berjaya panglima perang dalam peperangan menghadapi musuh negara.
(http://pakatanmalaysia.blogspot.com)

Unknown said...

Salam Dato

Tungu punya tunggu, at last cancel atas sebab-sebab tertentu.....biasa la

salam
carcoon

Mohd Nadzri Kamsin said...

Adakah debat akan menyelesaikan masalah kesan kenaikan harga minyak yang kita hadapi sekarang? Tentu sekali tidak.

(http://nadzrikamsin.blogspot.com/)

Anonymous said...

bagus dari satu sudut lain rakyat akan dapat penerangan dari pihak kerajaan pulak dan saya harap dato shabery dapat beri penerangan dengan lebih detail lagi pasai isu minyak ni sebab ramai masih tak paham... dan sebelum ni dok dengar dsai cakap ja kan...dan dari satu sudut lagi saya rasa dah tiba masanya kerajaan perlu berdebat secara terbuka untuk menerang, menangkis dan menjawab segala isu-isu yang di bangkitkan oleh pakatan rakyat kerana saya melihat kerajaan dah lama berdiam diri menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan dari setiap isu yang berbangkit... diharapkan kedua-dua pihak akan berdebat secara aman dan tidak ada keadaan yang tak diinginkan berlaku... kepada dato shabery semoga berjaya dan dsai sekarang dah ada saluran yang betoi gunakan lah..kalau kat stadium bleh berucap berapi-api tepekik telolong takkan dengan dato shabery pun tak leh menang??? hahaha....

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya juga tak sabar untuk melihat perdebatan pada selasa nanti.

Saya ingin sangat mengetahui apakah cara yang akan dilakukan oleh DSAI yang kononnya dikatakan oleh beliau mampu menurunkan harga petrol dan diesel di negara ini, sedangkan rata-rata negara lain terpaksa menaikkan harga minyak da diesel mereka.

Saya tidak kisah siapa yang akan menang di dalam perdebatan ini, namun demikian perdebatan ini diaanggap membawa imej pihak kerajaan kini terhadap penentangan pihak parti pembangkang kerajaan.

Wasilah said...

Perdebatan ini pd pendapat sy akan menyingkap pelbagai isu dan penerangan yg slama ini tidak didedahkan secara jujur di hadapan rakyat.Mungkin masyarakat akan terbuka minda bila menonton perdebatan itu nanti

Wasilah-JASA Batu Pahat

Anonymous said...

it's a good idea, this debate. let us watch how will Anwar planning on fulfilling his promises. He should know that the people are not only just wary of him, we're getting sick and tired of the endless promises and allegations.

Quantum Metal Consultant said...

Ahmad Shabery dapat political mileage untuk terus unggul di dalam pemilihan UMNO ini dan Anwar Ibrahim akan terus menyemarakkan sokongan pengikut fanatiknya. Mereka tetap memang dalam karier masing2 tetapi rakyat akan melopong mendengar 'penjelasan' dan alasan yang terus dilagukan untuk meyakinkan rakyat.

Sesuatu yang baik untuk diterus dan dipertontonkan walaupun faedahnya tidaklah banyak sangat, tidak mengubah apa yang sedia ada kecuali memasukkan semula Anwar ke dalam UMNO, mungkin itu relevannya bahawa Anwar ada 'harga' untuk dibawa masuk UMNO.

Rakyat sudahpun 'terleka' dengan isu petrol kerana ada isu sensitif lain yang mahu didebatkan, lewat ptg ini kita akan disajikan pula dengan keputusan MT UMNO dalam membuat keputusan Paklah berundur Jun 2010 dan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden dalam perhimpunan Agung kali ini, tujuannya mengelakkan perpecahan melayu, mengelakkan politik wang dan bla bla bla bla... berdebatlah kita, habiskanlah masa kita..

Dato' selepas 'meluat' apa lagi bahasa yang boleh digunakan untuk mengatakan lebih dari meluat itu..

Anonymous said...

Salam Datuk,
Bagi saya debat antara Menteri Penerangan dan Penasihat PKR ni kita kena lihat dari sudut yang berbeza.. Dari sudut yang positifnya, dengan cara berdebat kita akan dapat lihat point masing2 dalam menegakkan kebenaran masing2. Kita sebagai penonton boleh menilai sendiri mana baik buruknya. Malah ia lebih adil. Dari sudut negatifnya, ia menggalakkan Melayu berkelahi.. Tapi saya rasa hanya mereka yang berfikiran negatif yang akan berfikiran begitu.. Bagi saya adalah wajar debat ini diadakan kerana ia meberi ruang kepada rakyat untuk menilaikannya...

Udenikov said...

Perjuangan perlu diteruskan... bagi menegakkan kebenaran.

( http://jasatebrau.blogspot.com
)

Anonymous said...

datuk tiger;
ada baiknya juga debate tersebut diadakan. Dari situ kita dapat melihat sama ada Anwar betul-betul mengotakan janji-janji gula beliau.
Rakyat pun ingin juga melihat mereka dua berdebat nanti.
Harap-harap disiarkan di tv..

Anonymous said...

Bagus ada macam ni, boleh kita tengok macam mana ANwar nak kelentong lagi..

Anonymous said...

Mari kita tengok, siapa yang kena...

Anonymous said...

Macam manalah agaknya riak wajah Anwar masa berdebat tu nanti..Orang kata kalau seseorang suka berbohong dan banyak berdolak dalih, kita boleh baca dari air mukanya.. 1 lagi, bila dia bercakap dengan seseorang, dia tak pandang mata lawannya... Cuba kita tengok nanti.. Mana tau Tuhan nak beri petunjuk pada kita, siapa yang benar dan siapa yang salah...

Anonymous said...

Bro,

Minta tolong ingatkan Datuk Shabery supaya berhati...nanti kena liwat dan disiarkan secara langsung!

Razlan said...

Salam,

JANGAN JADI MACAM SALEHUDDIN LAWAN SHARIL ...

Boring dan tiada kupasan yang menarik ...

Anonymous said...

Dato.Riuh rendah gendang dipalu.Tahu tahu tak jadi atas sebab sebab tertentu.Tak percaya?Tunggguuu..... Rio

terubuk jantan said...

SALAM DATO,
Lama tak memberi buah fikiran...maaf saya hanya mahu senyum pada Dato...:-)

Anonymous said...

assalamualaikum tok t
tok kok monang jadi arang kok kalah jadi abu nak buat ape tok, anwar ni dah tentu la dia nk dpt publisiti murah n peluang pn datang, shabery pula sbagai menteri dia kena tnaikan tjwb utnk memberi penerangan kepada rakyat, yang penting tok biarlah rakyat mendapat manfaat dan faedah bukan hanya debat menang kalah je tok
kok murah minyak leh gak salu poi serkam makan ikan bakar
JUNKOPILE

Akar Umbi said...

Jangan macam zaman belajar saya dulu, bahas antara kajian (sekarang fakulti)- musuh tradisi engine vs business, penyokong2 macam menyokong pasukan bola. Hujah tak dengar yang kuat hanya sorak.

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Isu Peralihan Kuasa Pada 2010

Natijah daripada apa yang berlaku mengenai keputusan Abdullah Ahmad Badawi (AAB) ini ialah menunjukkan betapa BODOH-nya orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO. Mereka tidak peduli atau sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata tentang apa yang rakyat inginkan ketika ini.

Ternyata post penulis terdahulu di http://fikirlahsendiri.blogspot.commengenai Ketua Bahagian telah pun 'dibeli' oleh Kumpulan penyelamat AAB kelihatan benar.

Kenapa penulis menyatakan betapa BODOH-nya orang-orang UMNO? Kerana selagi mereka membiarkan si AAB memegang kerusi Presiden dan menjadi Perdana Menteri, selagi itulah kuasa UMNO lama kelamaan akan terhakis malah besar kemungkinan akan lupus sebaik keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan. A Lu Fikirlah Sendiri wahai ahli UMNO yang BODOH sebodohnya.

Kulupbana said...

Datuk,
Harap-harap akhirnya RTM mempunyai menteri yang tidak hanya memikirkan bagaimana nak agihkan jam tender penerbitan program.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Shabery kata kalau dia kalah dalam Debat Perdana ini, dia bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Penerangan.

Kenapalah emosi sangat Menteri Penerangan kita nie.

A Voice said...

Saya tidak nafi kebolehan Shabery. Jika ia "menang", ia sepatut demikian. Dia mempunyai banyak maklumat dan Institusi kerajaan dibelakangnya. Tidak apa-apa manafaat tambahan dari kemenangan itu.

Tetapi jika "kalah", apa akan berlaku?

Hari itu, Shahrir dgn Professor dan Pengarah membantu tidak menyerlah penguasaan fakta dan angka. Dengan Salahuddin Ayub nampak resah, Shahrir tidak meyakinkan. Akhirnya dia hanya berkisar keapda debat politik yang sering tanpa pengisian. Menang atau kalah, tiada manafaat.

Jika Shabery "kalah", ia menambahkan keyakinan rakyat dengan Anwar. Antara dua ini, Anwar adalah communicator yang lebih hebat. Mesej Anwar mudah dan sesuatu yang rakyat mahu dengar bukan mahu analisa. Walaupun Shabery sanggup turun jawatan jika kalah, tak ada makna, Shabery tidak indispensible.

Dua-dua kemungkinan hanya menguntungkan Anwar. Dia mendapat pentas untuk bercakap dengan rakyat seluruh negara "live". Sebelum ini hanya media alternatif yg memberi ruang kepadanya. Apa pula dia mungkin belok? Adakah moderator boleh kawal?

Mengapa Pak Lah membenarkan pentas kepada seorang bekas banduan yang masuk penjara kerana salah guna kuasa? Adakah perencanaan Shabery pula?

Saya sanjungi perkembangan ke arah keterbukaan tetapi adakah debat ini benar-benar keterbukaan yang meningkatkan pengetahuan, maklumat dan pemahaman? Adakah ia hanya politik yang lebih terbuka?

Satu hari, ingin saya dapat dudok bertemu bual dengan tuan.

epain said...

tok...

sy tak setuju lah dgn tajuk datuk..."siapa menang"...

sy rasa ni bukannya soal menang kalah..ni bukannya game bola atau badminton...dan ini jugak bukannya "debat antara sekolah ataau universiti"...

ni ibarat perbincangan...

apa yg ingin dilihat ialah apakah rasional kerajaan dan mcm mana pula dgn "second thought" pihak lain atau pembangkang....

biarlah rakyat menilai...tapi hakikatnya harga sudah naik....tiada apa yg mampu dielakkan...

bg sy debat ni merupakan serampang 2 mata utk kedua pihak...anwar "kembali" ke arus perdana...manakala dtk shabery pula bakal memperlihatkan kemampuannya berpidato...

sy pula tidak bersetuju kalau datk shabery letak jawatan...

bg sy...keberaniannya utk berdepan dgn sdr anwar sudah cukup baik...sedangkan menteri lain hanya tahu "cakap belakang"

sy doakan agar debat ini berjaya dan tidak menimbulkan masalah yg lebih panjang...

Anonymous said...

Seronok gak nanti
Tengok Anwar terpekik terlolong..
Tegang urat dier agaknyer nanti..
Maklomlah Anwar..
Kalau bercakap.. dier jer laa yg betul..

Maser muder2.. kalu Anwar dh hangin
Dalam trak polis pon jadik laa..
Tak sabar2 nak tengok si Anwar ni
BERTEGANG URAT...

Maklomlah.. utk rakyat kunon..

Aku doakan Anwar kalah.. amin..
Biar Pengkhianat bangsa ini didedahkan...