Wednesday, July 30, 2008

HILANGKAN BURNOUT DAN RIMAS

(Posting Terbaru - 5.55 petang)

Mangsa yang mendakwa diliwat oleh DS Anwar, Saiful Bukhari Azlan tegaskan tidak ada sebab untuk beliau menganiaya atau memfitnah bekas majikannya itu.

News alert AgendaNews menyebut dalam kenyataan yang dibacakan oleh peguamnya hari ini, Saiful berkata, beliau membuat laporan polis itu bagi membolehkan siasatan dibuat dan kini menunggu pihak polis untuk bawa individu terbabit ke mahkamah.

Beliau minta DS Anwar tidak berdolak dalik dalam siasatan kes itu. Sebelum ini, bapa Saiful juga pernah membuat kenyataan yang sama.

Blogawan, Rocky pun ada cerita DI SINI .

(Renungan Rimau : Semakin rimas dan penuh tanda tanya. Nak kena sambung cuti lagi ke?)

(Posting Asal - 1.59 petang)

Cuti seminggu untuk menghilangkan rasa burnout.

Sejak tiga minggu kebelakangan ini, semakin terasa rimas dan resah dengan apa yang berlaku di negara ini terutama keadaan politik yang entah apa-apa.

Seolah-olah badi yang menimpa pada 8 Mac lalu seperti tidak habis-habis bagi sesetengah orang. Mereka perlulah mandi air bunga. Jika tidak cukup carilah air daripada tujuh kolah. Mandilah puas-puas agar masalah selesai.

Sejak dua hari lalu, relaks dan bersantai dengan DRH.

Hari ini, di Menara Kuala Lumpur (MKL). Cuma menghabiskan minyak ke Jalan Sultan Ismail dan belok ke MKL. Bukan duit beribu-ribu untuk membeli tiket kapalterbang.

Ramai pengunjung di MKL terutama Pak Arab dan Mak Arab. Mereka membawa anak-anak. DRH kata mereka bercuti musim panas.

MKL semakin ceria sejak kawan, Datuk Zul mengambilalih. Kini beliau dibantu oleh Anak Mahmud yang cergas ke sana ke mari termasuk ingin membuat majalah untuk MKL. Saya cadangkan penerbitan itu kepada sahabat lama di Jalan Klang Lama.

Semoga MKL terus maju dan mengadakan pelbagai aktiviti. Antaranya KL Tower International Jump (gambar).

10 comments:

junkopile said...

assalamualaikum tok tig
nampaknya benang nih makin bersimpul, tetapi yang herannya bila dibebaskan dari tuduhan pada 1998 bebas pada 2004 tidak pula kredibiliti mahkamah & polis dipersoalkan. kenapa tidak dibiarkan sahaja laporan dibuat supaya lagi cepat kes ini diselesaikan secepat mungkin.
apa yang perlu ditakutkan lain lah takut kerana salah tak berani kerana tak benar.
kenapa laporan portal tidak langsung diragui kesahihannya dan diterima sahaja bulat2, ini boleh menimbulkan keraguan nih!!
p/s mahal tuh tok nak makan kat atas menara kl

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Salam kembali.

Orang Melayu ni, kalau sebut benang memanglah macam-macam benda boleh diperkatakan. Pertama siapa yang buat benang tersimpul-simpul ni? Kalau dah koyak, gunakan benang untuk menjahitkannya kembali. Kedua, jangan tegakkan benang basah sebab memang teramat susah. Kita kena tunggu benang itu kering dan bubuh kanji sedikit, maka benang itu bolehlah ditegakkan. Itupun kalau boleh tegak. Jika tidak kenalah "ditegakkan".

Tak naik pun. Saya tak cukup dua ringgit, oleh itu saya tak makanlah atas Menara KL itu. Memanglah kena duit, kalau nak naik Menara. Saya setakat kat lobi je. Setakat minum kopi O je kat Cakri White Knight. Tengok dari bawah. Sebelum ini, ketika bertugas sebagai wartawan banyak kali dijemput naik ke atas. Jadi dah puas dah. Makan pun percuma ketika bertugas tu. Makan free. Okla tu.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, Saya berminat untuk bertukar link dengan blog ini. Jentayuabaka.blogspot.com juga turut membincangkan isu semasa dan politik tanah air. tq tlong inform klu ok^^

ibrahim yahaya said...

Sdr Al-Azharri,

OK.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Saya cadangkan Datuk cuti ke Dhaka. Menarik juga. boleh shopping kain sari. Buat ole-ole. Saya beli 6 helai. Yang dapat, semua sayang kat saya.

Pasal MANDI BUNGA - saya rasa satu Malaysia dari Johor sampai Sabah kena mandi bunga. Semua dah kena badi. Tapi orang macam kita kena mandi sekali sahaja. Ada yang kena berendam dalam air bunga untuk hilangkan bau sebab sudah terlalu "busuk".

http://c-bok.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr ZAK,

Salam kembali.

Duit tinggal seringgit. Kena cari lagi banyaklah untuk pergi Dhaka.

Kalau busuk jangan mandi air bunga tetapi mandi air kapur barus. Kalau tidak hilang bau, boleh mandi lumpur gunung berapi di Danau Toba, Indonesia.

babiPAS-islamDAP said...

http://anwarpm.blogspot.com

kau orang tahu apa itu liwat? di eropah dan barat liwat dihalalkan.

Apa yang UMNO boleh buat?

Anonymous said...

Membelai pokok bunga atau berkebun bercucuk tanam juga satu percutian dan kerehatan 'minda'...walaupun di belakang atau depan rumah.. kluangman

Kulupbana said...

Salam Anwar Ibrahim PM-6,
Bukan saja di bahagian barat liwat terjadi, di Chow Kit dan area Jalan Sultan Ismail, saban malam ramai yang kena liwat.

Kalau liwat nak dihalalkan jugak hanya kerana itu hobi santaian, alamat nak kiamat lah kot.

Anonymous said...

Another bombshell.....

At 2.30pm on Wednesday, 25 June 2008, Senior Assistant Commissioner (SAC) II Mohd Rodwan Mohd Yusof met Mohd Saiful Bukhari Azlan in room 619 of the Concorde Hotel in Kuala Lumpur. Prior to this secret meeting, Rodwan and Saiful spoke on the phone at least eight (8) times.

Three days later, at 2.00pm on 28 June 2008, Saiful went to see Dr Mohamed Osman Abdul Hamid of the Hospital Pusrawi to ‘complain’ that he had been sodomised by ‘a very important person’ and that he wished to lodge a police report. The doctor, however, found no traces or evidence that he had been sodomised and suggested, for purposes of the police report, that Saiful go to a government hospital.

Who is Rodwan, other than the fact that he works for the IGP and is known as the police chief’s bagman and go-between with the organised crime syndicate that controls all the drugs, prostitution, loan-sharking and gambling rackets? Well, read the following archived reports to get a better understanding of this scumbag and slime-ball named Rodwan. Maybe then you can understand why he met Saiful in a hotel room three days before the sodomy allegation against Anwar Ibrahim exploded.