Friday, July 4, 2008

SAYANG DAN JAGA KEAMANAN MALAYSIA

PECAH BELAH. Saya sentiasa berpandangan pendekatan politik yang tidak ketahuan dan membakar semangat perkauman rakyat, boleh menghancurkan negara.

Ini termasuk konsep politik dua matlamat bertentangan dan meniupkan sentimen perkauman sempit untuk menagih simpati rakyat.

Saya pernah menulis perkara itu di sini .

Semalam, bekas Setiausaha Politik DSAI, Mohamad Ezam Mohd Noor, menyatakan konsep politik bekas "boss" beliau boleh menghancurkan negara. Beliau memberikan hujjahnya di sini .

Negara hancur? Minta dijauhkan.

27 comments:

Anonymous said...

It's a sad thing to see the kind of relationship that we have now in Malaysia. People are clouded with sentiments from certain political figures for the sake of votes, power..etc.
Our confidence and loyalty to ensure the prosperity of Malaysia are tramped and torn apart leaving us with dissatisfaction.
If we were to keep this, we will lose the very essence of being a Malaysian.
That is not something that we want to happen esp since we are moving forward towards Wawasan 2020. Like the tag line for this post- "Sayang dan Jaga Keamanan Malaysia". That's what we really need to go for.

Anonymous said...

Anwar memang kelihatan seperti dalan utama yang boleh menyebabkan perbalahan dan masah kepada negara. Dengan cara perjuangan poitik beliau yang membakar semangat2 rakyat untuk memberontak. Bukan tiada cara lain untuk memperjuangkan nasib rakyat. Kalau betul dia yakin dengan apa yang dicakap iaitu mereka mempunyai sokongan penuh rakyat untuk mengambil alih kerajaan, kenapa tidak tunggu saja. Kenapa perlu buat kecoh. Sambil itu beliau begitu lantang menghentam kerajaan sehingga menimbulkan pelbagai kekecohan. Tokoh beginikah yang kita angkat jadi pemimpin kita kelak? Macam huru-hara je.

Akar Umbi said...

Inilah konsep yang banyak diamalkan oleh ramai penggiat politik, "aku tak dapat, biar semua orang tak dapat". Sindrom inilah yang merosakkan segala-galanya.

Ujang said...

Golongan ini tidak melihat akibat dari politik perkauman yang menghancurkan.
Ya, mereka boleh menyatakan rejim Tun Mahathir selama 22 tahun meniup semangat perkauman, namun bukan atas dasar semangat perkauman sebenar sehingga menekan sesuatu kaum itu tanpa boleh bangkit tetapi sebagai matlamat memastikan tidak ada sebarang unsur kebencian kaum ditiup tidak ada yang tertinggal dalam apa jua bidang terutama Melayu, sehingga boleh menghancurkan negara!
Sepanjang 22 thn, kita mampu melihat bukan setakat Melayu yang berjaya, malah kaum Cina dan India senentiasa melebihi kaum bumi dalam apajua aspek dan tidak sedikitpun terlekat kebencian di jiwa orang Melayu!
Namun kesempatan diambil oleh golongan tertentu yang tamakkan kuasa dan harta!
DSAI dalam mengejar impian yang tak kesampaian sebenarnya tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP malah lebih buruk dari itu mendapat dokongan tanpa restu majoriti penyokong juga bukan penyokong beliau dari AS.
Ya, konsep liberal samarata,samarasa tidak dapat diterima!

Wallahu'alam

ibrahim yahaya said...

Sdr Norhaslim,

food for thought quotes.

"Unity through diversity was the way to go. The best best thing was to try to build up unity through diversity, which means that Umno would represent the Malays, the MCA, which had been formed under Tan Cheng Lock (Tun), would represent the Chinese and the MIC, the Indians. These parties should come together in a coalition and make Merdeka our common cause, to merge as one party." TUNKU ABDUL RAHMAN.

"Our ultimate aim must be to create one people, one nation, out of our people of various races. We intend to do this through democratic processes, upholding the principle of democracy in which we strongly believe. While we march forward towards this ultimate goal, we will continue with our policy of economic development, of giving a fair deal to our people, of making adjustments here and there so that every one of our citizens has a just and rightful place in our society." TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN.

Anonymous said...

Dato,Anwar londehkan Najib.Najib bogelkan Anuar.Aib nya menjadi seorang Melayu.Lunyai nya bangsa kita.Setakat ni hanya Mufti Perlis sahaja berani tampil suruh ber"MUHABALAH".Mufti lain lain negeri mengapa membisu.Gesa lah Majlis Raja Raja buat sesuatu.Adakah kerana kita tak yakin dgn ALlah laku di uji dgn berbagai musibah ? Dato lontarkan lah pandangan agar menjadi penawar bagi rakyat yg resah.
RASATERLUKA.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kopub,

Untuk menjadi pemimpin yang baik, kita kena memikirkan kepentingan negara bukan kepentingan peribadi.

Jika tindakan kita boleh menghancurkan negara, kita harus memberhentikannya walaupun ia perit atau tidak menguntungkan kepada diri sendiri dan keluarga. Jika kita teruskan juga, ini bermakna kita tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada negara asalkan cita-cita dan impianku tercapai. Buat apa jadi PM di sebuah negara yang huru-hara.

Anonymous said...

Bro,

Malaysia sekarang huru-hara... Tapi pemimpin - naik kerajaan mahupun pembangkang tak boleh terima hakikat ini.

Perpaduan rakyat juga sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Setiap kaum sudah tidak lagi mempercayai kaum yang lain... tapi tak siapa mahu mengaku..kalau ditanya orang politik ... semuanya bagus!

Itu belum ditambahkan dengan soal integrasi penduduk semenanjung dgn sabah / sarawak. ada ura-ura yang kebanyakan mereka mahu berpecah! tapi pemimpin tidak ambil peduli.


salah siapa? kita harus jujur mencari jawapan. jgn biarkan malaysia bermandikan darah lagi!

terubuk jantan said...

Dato,
Bagaimana soalan saya?Saya menanti...

terubuk jantan said...

Dato,
Ezam ni siapa?

Anonymous said...

anwar ni tak boleh pakai..kalau orang macam ni jadi pemimpin kerajaan tah hapa yang akan jadi.. banyak sangat kes, sampai US pun nak masuk campur..apa akan jadi dekat malaysia nanti?

Anonymous said...

Salam Datuk,
Hari ini, Balasubramaniam tarik balik beberapa kenyataan daripada SD beliau..Apa pendapat Datuk berhubung kes ni? Adakah Balasubramaniam barua Anwar atau beliau diancam oleh seseorang untuk berbuat demikian?

Anonymous said...

Saya rasa setiap pendedahan yang Ezam buat berkenaan PKR dan Anwar, adalah jujur. Saya tak nampak beliau buat demikian atas kepenyingan peribadi. Saya anggap kenyataan beliau terhadap Anwar iaitu agenda Anwar kebanyakannya akan merosakkan negara kita dari segi isu perkauman..Isu inilah yang akan membuat kita semua berpecah belah..

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Tak baik macam tu. Sikap itu mengingatkan saya kepada seorang budak semasa kecil dulu. Oleh kerana beliau tidak mendapat belon kerana sudah habis, beliau mencucuk semua belon yang ada termasuk belon hiasan dalam satu majlis keramaian.

Itu budak takpelah, tapi kalau orang dewasa, memanglah tersangat buruk perangai tu. Apatah lagi orang politik. Tak cool.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ujang,

Saya setuju dengan pandangan Sdr. Bernas dan mantap. Bunyi macam profesor ke... atau memang seorang profesor. Tapi takpe.

Saya suka parti politik yang memperjuangkan kaum dan bangsa sendiri. Jelas dan berkepentingan. Kemudian mereka duduk semeja dengan rakan lain dan bersama-sama membangunkan negara dengan perasan menghormati antara satu sama lain.

Bukan parti politik yang pagi cakap lain, petang lain dan malam sudah berubah rasa pula. Macam haiwan kapak-kapak. Bertukar warna mengikut warna pokok. Tempat lain apa nama binatang tu?

ibrahim yahaya said...

Sdr Rasa Terluka,

Itu yang terbaik mengikut cara agama. Ada ke orang yang nak bersumpah? Kita tunggu je.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Itu sebabnya lain kali jika hendak memilih pemimpin tu, pilihlah yang terbaik di kalangan yang terbaik. Bukan terbaik di kalangan yang terburuk. Jangan kerana kita marah, kita pilih orang tertentu. Apabila marah, kita ubah lagi pemimpin. Pilih betul-betul.

Yang penting pemimpin itu budiman, berjiwa besar, bijak bistari, berjiwa rakyat, turun padang, kreatif, tidak rasuah, bersih, tegas, berpendirian, menegakkan semangat majoriti dan tak main belakang terhadap kenkawan.

Selama ini, orang Melayu terpukau dengan orang yang boleh bercakap atau berpidato dengan baik. Banyak saja cakap tapi kerja tiada, pun tak guna juga. Cakap berdegar-degar, tapi ekor bergelumang tahi. Takyah pilih orang macam ni lagi.

Pilih orang yang prihatin dengan nasib rakyat. Selalu turun padang dan jumpa orang kampung. Rumah mereka pun tiada pagar dan orang boleh datang bila-bila masa. Sentiasa tersenyum walaupun ketika keletihan. Baru sejuk hati kita. Ada majlis yang dijemput, beliau akan hadir tidak kira pagi, petang atau malam. Selalu sedekah untuk meringankan beban rakyat. Ini baru ada kelas menjadi pemimpin negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Ezam ni, ialah ahli UMNO yang keluar UMNO dan kemudian masuk UMNO semula.

Ezam ni adalah bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cara beliau bercakap pun macam DSAI.

Ezam ni pernah mengutuk pemimpin UMNO ketika beliau di luar UMNO. Antaranya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin yang kita hormati dan sayangi. Semoga Allah SWT memanjangkan umur Tun sehingga lebih 100 tahun dan dalam keadaan sihat walafiat. Kalau lebih lagi baik tetapi otaknya mesti segar.

Kini, Ezam berada dalam UMNO dan mula membongkarkan "rahsia" bekas bossnya terutama apa yang beliau ketahui. Ada maklumat tu, yang amat peribadi dan penuh rahsia. Tunggulah kot.

ibrahim yahaya said...

Sdr Din Tanjung,

Saya yakin semua orang bersetuju dengan pandangan Sdr. Orang luar takleh campur urusan dalam negara ini. Jangan suka jaga tepi seluar orang. Jangan suka tengok belakang orang. Kan tak elok tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Samad,

Saya setuju dengan pandangan Paklah bahawa fitnah kini sudah bermaharajalela di negara ini. Ini aliran yang kurang sihat dan boleh menghancurkan negara.

Jangan biarkan akuan bersumpah atau SD bernilai RM4 mempengaruhi kita untuk menghancurkan negara. Berhentikanlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mahyuddin,

Tidak semua rakyat di negara ini tidak boleh berfikir dengan waras. Yang tidak waras itu disebabkan rasa mabuk kerana terlalu banyak makan tapai, nira kelapa atau minum samsu haram. Saya berharap mereka akan sihat semula apabila rasa mabuk itu hilang. Ini penting untuk membolehkan mereka berfikir secara waras dan bijaksana.

terubuk jantan said...

Dato,
Saya sarankan kepada saudara Ezam agar minta maaf pada Tun Dr Mahathir,Itulah sebab saya tanya Dato siapa dia ni?saya tak sabar nak bertanya dan mengasak beliau untuk minta maaf pada Tun.Apa yang pasti beliau kini hanyalah kader umno sedangkan saya.....

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Itulah yang terbaik. Yang muda meminta maaf kepada Yang Berjasa.

TDM saya anggap macam bapa saya. Sebagai orang tua, beliau suka menegur dan memberi pandangan. Ada antaranya begitu pedih dan menusuk hati. Sebagai anak, saya tahu apa yang bapa saya buat selama ini. Jika saya tahu kekurangan bapa, saya tidak akan memberitahu seluruh dunia mengenai kekurangan bapa saya. Dalam pada itu, saya juga akan berusaha memahami mengapa bapa saya marah-marah atau menegur saya. Saya akan sentiasa memikirkan bapa saya membuat teguran demi untuk kebaikan saya.

Jika orang lain tidak mahu TDM jadi macam bapa mereka, takpelah. Carilah bapa lain. Semoga sejahtera dan bahagia.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Adakah disebabkan DSAI terlalu terdesak sangat untuk mendapatkan tahkta "perdana menteri" maka satu negara pun sanggup ditumbangkan bersama denganya?

Saya berasa amat kesal dengan tindakan Anwar yang amat agresif sehnigga menyebabkan bursa saham jatuh mendadak hingga menjadi sifar. Bukan itu sahaja, dengan perhimpunan haram yang akan diadakan pada ahad tidak lama lagi akan mengundang kepada rusuhan dan juga lebih teruk senarionya, "Civil war" seperti insiden 13 Mei.

Kepentingan politik mereka yang hanya mementingkan kepentingan peribadi malah tidak langsung menghiraukan rakyat akan mengundang kepada kehancuran negara.

Pak Lah, tahankan mereka semua di bwah ISA dan biarkan mereka reput di dalm tahanan itu. Anwar adalah pembelot kepada negaranya. Perjuangan yang berbentuk 'barbarian' ini hanya berlaku pada zaman dahulu. Kini orang sudah semakin pandai dan bertamadun. Mereka tidak ingin negara mereka direformasi dengan cara yang mampu merosakkan ekonomi dan keamanan negara. Sekian.

Anonymous said...

Anwar dan Dr Mahathir Mohamed mempunyai ramai penyokong fanatik yang taksub..Sebab itulah setiap apa yang dikatakan oleh mereka disetujui tanpa berfikir panjang seolah2 dirasuk.Malah setiap berita keburukan mereka yang kita dengar, dengan pantas dinafikan tanpa memperdulikan pandangan orang lain.Bukan itu sahaja, malah institusi kehakiman pun turut dihentam..

Anonymous said...

Pak Lah, tahankan mereka semua di bwah ISA dan biarkan mereka reput di dalm tahanan itu. Anwar adalah pembelot kepada negaranya. Perjuangan yang berbentuk 'barbarian' ini hanya berlaku pada zaman dahulu. Kini orang sudah semakin pandai dan bertamadun. Mereka tidak ingin negara mereka direformasi dengan cara yang mampu merosakkan ekonomi dan keamanan negara. Sekian.
.................................

Saya bersetuju dengan pendapat di atas tetapi saya lebih suka proses ini dibiarkan berlaku seketika tetapi 'terkawal' bagi membolehkan racun dan toksid dikenalpasti dan dinyahkan terus. Selagi mereka ada, ia tetap membuat onar dan kacau.

Dr. M sebelum bersara telahpun meletakkan negara di landasan yang betul dan memotong mana mana anggota yang dijangkiti virus.

Secara kebetulan, penggantinya yang sekadar berbekal air jampi tanpa khasiat, bukan sahaja tegelincir landasan tetapi juga mengubah simpang dan haluan, melepaskan kuman dan berkawan dengan anai anai yang difikirnya jiran.

Kita bukan sahaja 'statik' dan ke arah 'merudum' tetapi kembali ke era 1980an di mana baru bertatih belajar erti 'perpaduan'.

Bila kita kembali kepada 'basic' bererti wawasan akan terus beranjak jauh ke hadapan. Harga yang kita kena bayar akan ditanggung oleh anak cucu.

Malang sungguh Malaysiaku - kluangman

Anonymous said...

Kita harus mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara kita..Jangan biarkan konspirasi demi konspirasi bermaharajalela. Kita ada hak untuk pelihara negara kita dari anasir2 luar yang cuba ambil kesempatan terhadap kelemahan kita..Untuk kembalikan keamanan negara kita, kita harus bersama2 berganding tangan (bukan "sesama jantina"?!-faham kan)untuk kembalikan kesejahteraan Malaysia..Pak Lah, segera ambil tindakan terhadap pengkhianat2 dalam negara kita ini agar kembali aman makmur...