Monday, July 7, 2008

WARTAWAN BERTANGGUNGJAWAB


(Caption: Rasa macam guru besar pula. Pelajar kursus dari seluruh negara bersama En Dali Mansor(sebelah DIY) dan En Zaki Rahim (baju warna hijau serindit macam DIY))

Pagi ini, Kementerian Penerangan menjemput saya memberi ceramah di Kursus Kewartawanan Radio yang diadakan di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR).

Antara perkara yang saya tekankan ialah wartawan adalah "spesies istimewa" yang perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah, tanggungjawab dan berwibawa.

Ketika mereka berperanan sebagai suara rakyat, mereka juga perlu memperjelaskan dasar-dasar kerajaan yang bermatlamat untuk membawa negara ini ke arah yang lebih gemilang.

Untuk itu, mereka juga perlu berani membuat kritikan membina di samping memberi cadangan bernas kepada kerajaan dalam mengubal dasar yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Mereka juga perlu membongkarkan penyelewengan di mana saja, bukan saja dalam kerajaan tetapi juga dalam persatuan, NGO, parti politik atau GLC.

Selamat berkurus dan menjadi wartawan/pengarang terbaik di dunia.

(Nota: En Dali ialah Ketua Bahagian Latihan Rancangan Radio RTM dan En Zaki ialah pensyarah kewartawanan dan pernah berkhidmat di TV3)

12 comments:

Ahmad A Talib said...

Sdra Tiger,

Maklumkan juga kepada peserta bahawa kewartawan ini bukan kerja yang dilakukan oleh individu yang nak cari makan. Ia tugas membina negara, manusia, jiwa dan rohani. Ketajaman minda amat diperlukan. Kesanggupan untuk berkorban adalah dimestikan. Hati mau baik, lidah mesti mesra, dan pegangannya ialah beikhlasan dan kejujuran. Kewartawan berlandaskan usaha mencari kebenarn semata, tidak lebih dan tidak kurang. Salam

PAHIT MANIS

ibrahim yahaya said...

Tok,

Salam kembali.

Untuk menjadi wartawan tidak perlu melalui peperiksaan khusus atau khas seperti arkitek, peguam atau akauntan. Sesiapa saja boleh menjadi wartawan tidak kira berlatarbelakangkan ugama, keseniaan, biologi, kimia atau sains politik. Dalam ertikata lain, bidang kewartawanan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai bukan golongan profesional. Ini menyebabkan ada orang yang menyertai bidang kewartawanan kerana untuk "mencari makan" atau menyara keluarga. Ada di antara mereka bukan berminat untuk menjadi wartawan tetapi sudah tiada kerja lain atau mahu mencuba. Oleh itu, tidak hairanlah ada yang berakhir dengan menjadi wartawan setengah masak.

Bagi saya, wartawan adalah satu profesion profesional yang perlu diakui oleh semua pihak. Individu yang berminat (interest/passion) dalam bidang ini akan mengabadikan diri dalam bidang kewartawanan dalam apa cara sekalipun. Tidak hairanlah mereka akan menulis di mana mereka berada termasuk di langit, air atau daratan.

Ramai wartawan termasuk TDM, AKJ, AAT, Rejal, Rocky, Nuraina, Marina, Jeff Ooi, Subki, Kamal Amir, Sayuti, Bujai, SS atau Bujai adalah antara spesies istimewa yang menulis walaupun sudah pencen atau dipencenkan. Bagi mereka ini, tangan akan menjadi gatal apabila berhenti menulis. Ada juga yang gatal-gatal nak menulis.

terubuk jantan said...

Dato,
dari gambar yang disertakan saya nampak ada pertambahan berat badan dato kureng tampan berbanding 10 tahun lalu...control makan sikit bro...

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Dulu kurus sikit sebab rajin main bola, ragbi atau pergi jogging. Ada satu ketika saya jaga makan dan badan pun kurus banyak. Tapi orang selalu bertanya, "saya sakit ke?". Lepas itu makan lebih sikit. Lama-lama terlebih.

Nak naik berat badan memang mudah, yang nak turun ni cukup seksa sikit. Ah..alasan.

Namun, saya amat menghargai nasihat daripada seorang sahabat.

Tapi..baju besar kot....

Anonymous said...

sdr tok gimau,
wartawan tidak sepatutnya pencen atau bersara. kewartawan adalah satu bidang istimewa. bukan semua yang berijazah dan pemegang PHD dapat menjadi wartawan yang baik.

journalists are gifted people. they pen their thots via what they see, feel, perceive, experience and hear (not hearsay 100 per cent).

jika kita lihat di Barat, wartawan yang umurnya lebih 40, 50 atau 60 adalah yang disenangi pemimpin. merekalah yang dipertanggungjawabkan mengikut rombongan presiden dan perdana menteri, bukan seperti di malaysia di mana kebanyakan yang membuat liputan PM adalah yang junior.

dr mahathir dulu, misalnya, amat senang jika grup wartawan yang mengikutinya ke luar negara adalah wartawan senior yang selalu dilihatnya. begitu juga dengan pemimpin lain.

mencapai tahap kecemerlangan kewartawanan seperti a kadir jasin, ahmad talib, ahirudin atan, ibrahim yahaya dan ramai lagi bukan mudah. ia memerlukan pengalaman dan pendedahan puluhan tahun.

di negara lain, wartawan senior dipilih oleh kerajaan sebagai penasihat kanan bagi beberapa aspek. ada wartawan menjadi penasihat kepada perdana menteri dan presiden, ada juga yang diangkat sebagai diplomat oleh kementerian luar kerana pengalaman diplomatiknya lebih luas daripada menteri itu sendiri (kerana menteri luar banyak bertukar tangan) dan ada yang menjadi menteri penerangan (dalam kes kita cuma ZAM).

kewartawanan juga bukan profesional murahan walaupun ada wartawan yang bersikap sedemikian.

kita adililah bidang ini sebaik mungkin.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Selain fungsi wartawan yang memberikan isu-isu dan info-info mengenai keadaan semasa yang berlaku di negara kita pada masa kini, meraka juga perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab serta amanah.

Kebanyakan bloggers berpendapat bahawa pihak-pihak media tidak amanah dalam menyampaikan info-info yang sebenar keapda orang ramai. Saya agak kurang bersetuju dengan pandangan mereka.

Walaupun ini menjadi suatu etika bagi pihak media berita untuk menyampaikan cerita yang benar dan tulus kepada rakyat, namun begitu untuk menjaga kestabilan dan keamanan sesebuah negara, media memainkan peranan yang sangat penting.

Andainya pihak media berita diberikan hak kebebasan untuk menyampaikan info-info dan berita-berita yang sebenar, maka negara kita akan menjadi kucar-kacir akibat fahaman serta pandangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

ketam said...

Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada “hearsay” atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?

Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??

Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini?

Kenapa Majlis Peguam tidak memperjuangkan Pengakuan Bekas Timbalan Gabenaor Bank Negara itu??

epain said...

kenapa jadi wartawan?

- tak de kerja lain?

- minat tugas kewartawanan?

- minat menulis?

- merasa tanggungjawab?

- kelulusan?

- dipaksa dan terpaksa?

- suka jumpa org?

- senang dpt projek?

- senang jumpa VIP?

- senang dpt tiket free?

- gaji lumayan?

- terikut-ikut?

tepuk dada tanya iman...

Kulupbana said...

Datuk,
Patrice Bingham dari NBC Radio menegaskan bahawa dia hanya inginkan khidmat graduan kewartawanan sahaja tanpa perlu menghuraikan kaedah asas pengumpulan berita '5W 1H' mahupun prinsipal pemberitaan 'Piramid Songsang'; sepatutnya wartawan ini terus saja menjadi 'infantryman' yang pulang ke pejabat dengan berita segar, berkesan serta dekat dengan audiens.

Namun, amat wajar jika wartawan itu berjiwa murni memperjuangkan kebenaran, menegakkan keadilan, membongkari kejahatan serta memerangi kezaliman.

Eloklah kita lontarkan kekaguman kita sejenak pada kegigihan serta keberanian pemberita Washington Post, Robert Woodward dan Carl Bernstein mendedahkan skandal 'Watergate' hingga memaksa Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon meletak jawatan pada 1974.

Beranikan anda begitu wahai wartawan RTM?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bujai,

Kita tidak boleh tolak tepi wartawan/blogger veteran dan berpengalaman ini seperti AKJ, AAT, RA, RON, SYED IMRAN, ROCKY, ZAHARAH OTHMAN, WAN HULAIMI, SS, MARIA, ZUKRI, NURAINA dan MM.

Kerajaan perlu menggunakan khidmat mereka dalam mendapatkan nasihat atau pandangan terutama perjalanan media dalam negara ini.

Media di negara ini berbeza dengan perjalanan media di negara ini. Ini kerana Malaysia ini unik dan cara menangani perjalanan media berbeza dengan negara lain. Media yang telus bukan bermakna bagus. Tolong fahamlah sikit. Jangan biarkan mereka yang tiada pengalaman memberi nasihat. Akibatnya hancur leburlah kita. Ini termasuk menghina pemimpin terulung negara seperti TUN DR Mahathir Mohamad.

Hormatlah sikit "orang tua" itu walaupun ada antara kita tidak menyukainya. Jangan sebab dendam, kita lanyak "orang tua" itu macamlah dia teruk sangat. Fikirkanlah.

Di Amerika, bekas Presiden tidak pernah mengutuk Presiden terdahulu walaupun dasar mereka tidak bagus.

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Apa yang Sdr suarakan itu benar. Bukan semua kita boleh paparkan terutama yang sensitif. Media perlu mempunyai tanggungjawab sosial dan berhemah.

Yang rosak sekarang ialah ada penasihat media yang tidak memahami dan menghayati bentuk tubuh media di negara ini. Ia perlu diperkasakan dengan semangat kebangsaan yang tinggi dan bukan mengikut apa yang didalam buku.

Bukan kita belum sedia lagi mengenai isu-isu tertentu tetapi dalam keadaan sebenar ada yang tidak sedia selagi ada bulan dan matahari. Golongan ini perlu dijaga agar mereka tidak keliru dan naik angin tidak tentu pasal.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Saya pilih minat. Jika kita berminat dalam bidang kewartawanan, kita akan menjadi wartawan yang baik. Fullstop.