Malam tadi, antara penceramah di Kampung Seberang Jaya ialah Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Haji Openg.
Beliau begitu semangat berucap dan kehadirannya dengan beberapa Menteri Sarawak yang lain untuk memberi sokongan padu kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Antara perkara yang diutarakan ialah menyatakan rasa kecewa dan kesalnya terhadap PKR yang mengatakan akan berlakunya "lompat-melompat" pada 16 September akan datang membabitkan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.
"Orang Sarawak bukan katak yang suka melompat ke sana ke mari. Kita ada maruah diri dan tetap akan bersama-sama dengan Paklah yang telah diberikan mandat untuk memerintah Kerajaan Persekutuan. Pembangkang jangan ganggu kerajaan sekarang dan tunggulah pada PRU13. Jangan rosakkan kestabilan negara." katanya.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa menghadapi PKR di Sarawak untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan dan rakyat sudah memberi sokongan kepada BN. Oleh itu, isu masuk PKR itu tidak timbul dan orang yang membawa idea itu sudah bankrap politik.
Datuk Abang Johari juga merasa pelik orang seperti Dr Jeffrey Kitinggan di Sabah, yang kalah dalam PRU12 ada hati pula untuk mengatakan bahawa Ahli Parlimen Sabah sudah menemuinya untuk "melompat".
Kenyataan Dr Jeffrey itu dinafikan oleh jurucakap Ahli Parlimen dari Sabah, Datuk Aniffah Aman, baru-baru ini. Mereka turut datang ke PP membantu calon BN.
Datuk Abang Johari menegaskan ahli Parlimen Sarawak akan berdiri teguh di belakang pemimpin BN iaitu Paklah dan DS Najib untuk terus memerintah negara ini tanpa diganggu-gugat oleh petualang yang sengaja mengambil kesempatan mengelirukan rakyat.
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Ini bukan isu samada MPs tu dari Sabah ke, Sarawak ke tetapi isu MPs yang konon-konon nya nak melompat.. dari bulan May lagi kita dah menanti nak tengok mana MPs yang nak jadi katak ni, tapi takde pun, lepas tu cakap June...sekarang ni cakap lepas by-election PP pula.
Nampaknya memang takde pun sebenarnya MPs yang nak jadi katak-katak sebenarnya..ini cuma permainan psychology murahan PR.
Datuk, saya sangat sedih kerana pihak pembangkang sanggup melontar propaganda yang tidak berasas hanya untuk memancing undi sahaja. Mereka tidak sedarkah bahawa BN tidak pernah mengabaikan komponen-komponen di dalam pakatannya.
Jelasnya pihak pembangkang sudah ketandusan cara untuk memancing undi bagi mereka. Penggunaan taktik kotor yang hanya akan menyusahkan orang dan akhirnya menimpa pada diri mereka jua akhirnya. Sedih sungguh.
Ini menunjukkan yang ahli-ahli PKR termasuk le ketuanya - Anwar tu semuanya kaki pembohong dan kaki putar belit.
Tak paham kenapa masih ada lagi manusia yang terikut-ikut dan percaya pada kaki pembohong dan putar belit ni......
http://pkrpasdap.blogspot.com
Yang jadi katak ialah Anwar sendiri. Dia dah jadi GURU-KATAK. Dulu Anwar dalam BN pernah berkata- penyokong PAS memang suka kepada keganasan dan suka menimbulkan huru-hara. Sekarang terbalik kong dan melompat-lompat kata-kata dia.
Anwar pernah halang sekolah Cina didirikan di Malaysia kini, dia lompat lagi dengan memberitahu dia akan membantu perkembangan sekolah Cina.
Katak tak boleh makan, tapi kena ingat yang akan makan katak ialah ular. Siapa ular itu mempergunakan katak?
apa yang Jeffery kata pasal 13 orang nak melompat parti tu takleh percaya sangat.yerlah.dah 2 kali sebelum ni dia umumnkan tarikh untuk melompat tapi tak lompat-lompat jugak.sekarang ni dah kata lepas Anwar berjaya menang kat Permatang pauh.
Lagipun apa yang Anwar bole tawarkan kepada mereka kesemua 13 orang tu?.kalau tawarkan jawatan dan kedudukan yang sama pon tak guna juga.
jadi bole percaya ke kata-kata Jeffery tu?
Salam Datuk,
Cakap banyak tak berguna. BN tetap akan tergolek. Jgn bazir duit kat Permatang Pauh. Hakikatnya, rakyat benci sangat kat BN bukan kerana Pakatan Rakyat atau PKR popular. Ambil cermin tinjau diri dulu.
assalamualaikum tok tiger
tok kalau tak ada angin masa pokok bergoyang tapi dalam senarion politik lain tok kalau hujan sikit pon ramai plak yang jadi tukang goyangnya.
sebenarnya taktik pembangkang dan pkr terutamanya lebih kepada teori angan angan atau pun andaian, kerana mereka ni tidak diterima di srawak. kalau tak lamaaaa dah.
kalau tok tgk semalam bahas antar guan eng dgn tan sri koh dia lebih kepada andaian tanpa bukti yang kukuh amat memalukan bilamana seorang ketua menteri membuat andaian lebih dari bukti dan asas yang kukuh
tetapi saya amat percaya yang taktik2 ini tidak akan bertahan lama
kerana taktik2 ini nampknya tak berjaya menurunkan harga minyak, harga barangan, kualiti hidup dll
so rasanya orang srwak tak akan membuat kesilapan ini kerana contoh yang jelas telah ada di 5negeri
dato,bila bercakap pasal lompat melompat ia lebih menjurus kepada 'gejala politik gangster'rakyat pilih b.n utk mereka bukan parti lawan.dato,ahli parlimen kimanis mengeluarkan statement yang berbunyi 'kami tidak kemaruk kuasamenujjukkan pada kita seolah2 ada org yang bermimpi disiang hari(mungkin cuaca selalu hujan)atau teringin sgt nak jadik no .1 kot...kami tahu 16hb sept adalah pembentukan Malaysia yang tercinta ini,bukan pembentukan malaysia dgn cara diluar dari norma2 masyakarat yg terkenal dgn santunnya.bukan sebaliknya.
Dear mr. tiger
Dr.Jeffrey kitingan 2 memang suka ckp mcm tak dan PHD. Gila kuasa bah dia 2. trep mau jadi TPM kot. padahal DSAI pergunakan saja dia 2. tapi tak sedar diri.
Sudahla Abang Jo.
Mun sidak Malaya datang situk nangga rumah sidak menteri dan ahli politik BN 2x5.
Tunggu la 1 atau 2 kali pilihanraya lagi habis la kamik orang delete BN dari Sarawak.
Iboh gago...target mek org udah ada.
Abg Jamhari
Salam Datuk Tiger,
Syabas kerana selalu up date. Inilah yang dikatakan journalist forever. Bila agaknya kita boleh pekena teh tarik di bawah pokok. Lama tak jumpa tuan.
salam datuk. lama tak jumpa... di permatang pauh ye..?
Ini lah permainan politik mereka2 yag ketandusan idea. Tiada modal lain lagi yang nak digunakan. Mereka mengharap dengan cakap2 kosong begini, mereka akan melemahkan kerajaan. Sebelum ini memang ada orang BN keluar, tapi bukan MP pun. Mereka cakap lebih je..
Sdr Abang Putra,
Nanti balik KL nanti boleh kita pekena teh tarik kat Mehbob. Harap semua ok di Sarawak.
Tuan,
Pada awal 80an semua orang ternanti-nanti Dr Mahathir jadi PM. Dia tukar jam seluruh Malaysia (dan Singapura pun ikut sama). Lepas tu slogan BCA la. Akhirnya apa jadi, mana pergi semua sanjungan tu. Kali pun ada lebih kurang juga la. Oleh itu jangan terlalu mengharap nanti tertiarap.
Salam Datuk,
Katalah BN menang di PP nanti; jangan mendabik dada mencanang kehebatan. Hakikatnya prestasi BN telah menjunam oleh ego yang tak kesudahan.
Salam,
Walaupun tidak begitu jelas dan pasti, tapi kita tahu tawaran dan pujukan pernah disampaikan kepada ahli Parlimen tertentu di Sabah dan Sarawak supaya menyertai Pakatan Rakyat.Dan sedikit sebanyak perundingan secara sulit antara pihak berkenaan mungkin ada berlaku.
Akan tetapi, "katak" tentu tidak akan melompat sebelum Anwar memasuki Parlimen.
Jadi kita tunggulah selepas pilihan raya Permatang Pauh dan selepas Anwar memasuki Anwar,sekiranya dia menang.
Mungkin selepas itu kita akan dapat melihat dengan pasti sama ada, ada atau tidak, "katak" melompat dari Sabah dan Sarawak.
Pakatan Rakyat ka atau Pakatan Lompat(PL)?.yang sibuk nak kait MPs orang Sabah ni apa hal,tolonglah jangan murahkan sangat harga MPs Sabah.Kami Sabah dan Sarawak taat setia dengan perjuangan BN,apa lagi kami nak dengan Pakatan Rakyat(PR).Dr.JK patut sedar,bulan dan bintang di langit tak mudah bisa digapai.apa lagi kalau nak tunggu masuk di poket.
dr.jeffry da tak laku kat sabah,auranya dan zamannya telah telimpas sudah ba.Pakatan Rakyat VS Pakatan Lompat (PL).13 MPs nak lompat ke mana? cari bala saje.kami orang Sabah tak caya,ini semua cerita karut marut.
orang kat sabah tak mudah temakan racun dr.JK,kalau berani umumkanlah senarai 13 MPs yang kononnya lompat joint Pakatan Rakyat sebelum 16 sept2008.apa cerita talampau karut tahyul ni?
Cakap orang politik, dengar boleh, percaya jangan..
Hari ini kata tidak melompat sebab ada maruah, besok melompat untuk bangsa, ugama dan negara..
Boleh pakai ke..
DATUK,
NAMPAKNYA DATUK IBRAHIM ALI SUDAH LEPAS GELARAN 'KATAK'NYA KEPADA ORANG LAIN. SAYA NAK UCAP SYABAS PADA AHLI BEBAS TERSEBUT. NANTI KALAU KARPAL SINGH PANGGIL KAT DATUK IBRAHIM ALI 'KATAK' JANGANLAH TEMPER, SEBAB ADA RAMAI LAGI KATAK YANG AKAN MENYAHUT (BUNYIKAN IKUT SUARA KATAK) DAN BERSEDIA UNTUK 'MENYITAK'(KATAK) @ MENYINGA'(SINGA)...
Post a Comment