Apabila membuat posting Jentera BN Permatang Pauh Kena Pukau?, bukanlah bermaksud "kena pukau" seadanya tetapi seakan-akan "kena pukau" atau tidak sedarkan diri atau tidak dalam keadaan biasa.
Apabila orang "kena pukau", mereka seperti "orang yang sedang miong atau terawang-awang" dan tidak tahu untuk membuat apa yang disuruh. Malah mereka juga boleh membuat sesuatu yang tidak terfikir oleh akal.
Terpukau juga boleh bermaksud ada golongan yang sudah "taksub" dengan individu tertentu sehinggakan sebarang perkara negatif yang diutarakan terhadap individu yang disukai, mereka tidak akan percaya. Mereka tidak boleh berfikiran rasional.
Seorang pelayar DUNIATIGER, Sdr Razlan mengemukakan pandangannya mengenai Melayu yang sudah tidak rasional.
"Tok Rimau,
Melayu Sudah Tidak Rasional.
Disebabkan implikasi dan virus yang telah dibawa oleh DSAI bermula dari 1997, maka Orang Melayu sudah dijangkiti Virus Tidak Rasional.
Sekarang buat apa sahaja, orang Melayu sudah tidak berfikiran secara rasional. Mereka selalu mengambil jalan mudah dan senang untuk menidakkan apa sahaja orang cakap.
Sumpah laknat, paling mudah dan sekurang-kurangnya ada rasa sediki percaya tetapi ianya sudah tidak di Percayai langsung, bahkan menolak sama sekali dan akan mempercayai sebelah pihak yang mereka taksub.
Maki hamun Orang Melayu kepada Orang Melayu sudah dihalalkan, Melayu sudah tidak heran sekiranya bergaduh, tunjuk isyarat lucah, keluarkan kata-kata lucah, dan apa sahaja yang bertentangan dengan tradisi orang timur sudah rasional bagi orang melayu sekarang.
Orang Melayu pakai tudung labuh di Permatang Pauh tidak ada rasa bersalah bersalaman dengan orang DAP. Mereka lebih rasional bersalaman dengan kafir lelaki.
Melayu akan menyokong apa sahaja yang diperjuangkan oleh DAP. seperti kes UITM, orang melayu akan melihat perkara ini sebagai retorik BN dan tidak akan percaya sama sekali yang Khalid sudah buat dosa kepada orang Melayu.
Melayu sudah tidak heran diberikan sama rata haknya sedangkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan sudah pastinya tidak boleh di samaratakan dengan agama lain, ini terjadi di Selangor dan saya kesal usul ini dibawa oleh tokoh Islam yang disegani.
Jentera Permatang Pauh pula bukan dipukau datuk, tetapi Mereka sudah hilang keyakinan dan mereka lebih mementingkan Diri dari Parti. Inilah terjadi di sana, boleh dikatakan semuanya tidak digerakkan oleh jentera Permatang Pauh.
Sibuk dengan permilihan sehingga sanggup mengadaikan Parti.
Inilah dato ... Melayu sudah tidak rasional .. bukan sahaja di pihak Pembangkang .. malah di Pihak Kita pun .. ramai yang sudah tidak RASIONAL ....
Maaf dato .. lari tajuk sikit ...
Pikirkan bersama ..... razlans"
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Saya Sangat bersetuju dengan RAzlan. 110% setuju. Belajar tinggi-tinggi, tapi otak letak tepi. Jadi orang sewel. Fikiran dah tak rasional
ini lah yang jadi bila orang melayu dah mula "tak waras".
kita macam dah tak bole "berfikir".kita lebih kepada "mengikut telunjuk".
saya percaya sebenarnya ramai yang tidak faham akan apa sebenarnya apa perjuangan Anwar dan PKR tapi kerana telalu "geram" dengan kerajaan sekarang maka mereka lebih ke arah pembangkang.
tidak salah untuk menjadi penyokong pembangkang atau kerajaan pusat.masing-masing ada hak untuk memilih.tapi fahami dan halusi layakkah untuk seseorang itu atau sesebuah parti itu disokong dan bukan semata-mata menyokong atau membangkang kerana terpengaruh dengan orang lain.
Salam,
Saya fikir kalau orang Melayu di Permatang Pauh tidak rasional, tentu mereka memilih calon BN, seperti apa yang dilakukan oleh majoriti orang Melayu selama bertahun-tahun sejak pilihan raya tahun 1955.
Jika mereka tidak rasional,tentu mereka akan ikut saja cakap pemimpin besar UMNO, walaupun pemimpin besar UMNO mengamalkan politik wang (rasuah politik sebenarnya), mengagih-agihkan projek kepada anak menantu dan kroni dan sebagainya.
Mereka akan terus setia kepada UMNO dan pemimpinnya seperti orang dicucuk hidung.
Tapi oleh sebab mereka boleh berfikir secara rasional, mereka tidak mahu lagi menyokong UMNO di bawah kepemimpin sekarang.
Mereka memberikan undi kepada Anwar/PKR untuk menunjukkan bahawa mereka tidak lagi menyokong UMNO/BN, khususnya di bawah kepimpinan sekarang
Kalau saya hendak pinjam pendapat Tun Mahathir, pengundi di Permatang Pauh sudah tidak mahu lagi menyokong UMNO/BN yang berketuakan Abdullah Badawi. Sebab itu mereka memilih Anwar calon PKR.
Bukankan itu rasional namanya?
Salam Datuk,
Kadang-kadang bukan mudah untuk kita puaskan hati semua orang. Inilah yang terjadi kepada kita sekarang. Perkara kecil kita besarkan, isu remeh kita kecohkan. selagi kita bernama manusia selagi itulah kita tak akan puas dengan apa yang kita ada.
Jadi fikir-fikirkanlah..
MUngkin Saudara Razlan terlupa yg KErajaan BN pernah membuka 10 % pintu MRSM kepada non-bumi, dan juga Nazri Aziz yg didalam Parlimen pernah berkata, "SAya MEnteri, Saya ada Kuasa!" pernah menutup MRSM DUngun ...
Adakah mereka ini tak buat dosa kepada Orang Melayu? Khalid tiada kuasa membuka kuota kepada non-bumi diu UiTM, kalo sekadar cadangan, takkan ada perlaksanaan jika tiada kuasa.
Razlan langsung tak rasional dan kurang akal bilamana mereka yg berkuasa dan melaksanakan pemberian kuota 10 % kepada non-bumi di MRSM dan menutup MRSM Dungun tidak dikritik.
Tapi yg herannya org yg tak de kuasa dan cuma menjawab soalan media mengenai kuota 10 % kepada non-bumi di UiTM pula dituduh berdosa kepada orang MElayu.
Razlan dan Tok TIger, korang berdualah yg tak rasional dan taksub kepada TUn Mahathir!!!
Salam,
Tok Rimau,
Jawapan nyer senang jer.....Pak Lah berundurlah..itu jer ubatnya. Sibuk suruh PR makan ubat, padahal UMNO&BN yang sakit. Janganlah salahkan pembangkang, pengundi atau siapa2 pun. Pikirla apa yang jadi kat UMNO sendiri. Tak payahla nak salahkan orang lain. Sendiri terjun sungai, salahkan orang lain pulak baju dah basah.
Kalau la terus ngan sindrom tak sedar macam ni, hanyutla UMNO&BN lepas ni. Meluat, itu kata yang paling terbaik untuk situasi sekarang ni. Menyalahkan orang atas kesalahan sendiri.
Salam
Skuad Peninjau
Jangan salahkan ANWAR sahaja, begitu juga saat ini bile PRU 12 kalah teruk jangan SALAHKAN PAK LAH SAJA, cuba lihat bila teruk semua orang salahkan PAK LAH, KJ dan ANWAR...semua mereka ini bermula di era MAHATHIR, Mahathir yanhg patut dipersalahkan...tengok apa ajaran mahathir sebelum ini...masa mahathir memerintah apa ajaran mahathir sebelum ini? MAHATHIR YANG SALAH, yang lain cuma meniru..
Yang lebih bersalah lagi ialah HUSSEIN ONN sebab pilih mahathir sebagai TPM, sepatutnya HUSEIN ONN pilih TENGKU RAZALEIGH bukannya mahathir.
fAHAM TAK?
Memang melayu sudah hampir hilang di dunia..., cuma sikit je yang masih sedar dirinya melayu....
Anwar adalah virus yang meracuni fikiran orang-orang melayu untuk menjadi Jebat dengan menderhakai bangsanya sendiri...... dan virus ini harus di kawal sebelum merasuki jiwa-jiwa lemah bangsa melayu yang lain..Al-fatihah kepada bangsa melayu...
Tuan2 Semua,
Melayu Sudah tidak Rasional, boleh dikupas dalam banyak sudut...
apa pun ... Ini tanah Melayu, kita perlu berfikir kita lah tuan kepada tanah ini ...
Apa pun tindakan kita .. kita lah Tuan .. adat kita Ketimuran .. Agama Kita Islam dan ... Tanah ini Tanah Melayu ...
Sesiapa pun yang salah .. tidak perlu dipertikaikan ..
Apakah boleh kita membantu didalam mempertahankan Tanah Melayu ini ...
Saudara Mr, Saya tetap akan menentang Menteri atau mereka yang menjual Hak Kita .. Dialam Blog saya, ada artikel yang membantah tindakan Menteri Tersebut yang tidak Bertanggunjawab kepada Melayu ...
Itulah tajuk saya .. MELAYU yang Tak Rasional ...
Seperti saudara .. penulisan yang sungguh halus pun saudara ingat saya TAKSUB ..
Fikirkan la bersama .....
Post a Comment