Tuesday, August 5, 2008

BLOG DUNIATIGER DISEKAT DI BERNAMA?

Malam ini, seorang teman memberitahu saya, DUNIATIGER tidak boleh dibaca di bangunan BERNAMA. Betul ke? Apasal pulak? Garang sangat ke? Tidak masuk akal.

Beliau juga berkata banyak lagi blog yang ditulis oleh bekas wartawan seperti Datuk A Kadir Jasin dan Ahirudin Attan aka Rocky juga tidak boleh dilayari. Pelik juga.

Tetapi tidak apa, kalau susah sangat pergi ke kafe siber berdekatan dan layarilah blog-blog yang dikatakan disekat itu.

Sekatan satu dugaan.

21 comments:

faisal said...

Dugaaan kepada kakitangan bernama dan ujian pula kepada penulis blog. Banyak-banyakkan bersabar, mungkin org melayu kita ni hanya menerima kaki bodek shj kot. Org yg tegur sikit, maka habislah dia. Apa2 pon teruskanlah perjuangan selagi ia benar.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Rancangan DANA nak beli NSTP ada kaitan dengan kemenangan Anwar ?.

Towkey sekarang nak lepaskan ke ?

dari segi bisnis NSTP ni susah nak dapat semula ads revenue sebab semua dah lari ke Star (business support along racialline). Tetapi NSTP ownership ni ada glamor dan POWER.

Datuk Tiger dan Datuk AKJ camna ? Tun M pun mungkin minat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mavia,

Itu diberitahu oleh kawan saya. Mungkin kakitangan Bernama yang mengetahui perkara itu boleh memberitahu kita. Kawan saya diberitahu oleh temannya yang bekerja di sana. Namun, jika ada sekatan, mereka mungkin ada sebab tertentu untuk berbuat demikian. Takut harimau meninggalkan belang.

Journalist forever. Selagi ada bulan dan matahari.

epain said...

agaknya diorang pikir datuk ni pro pembangkang kot....

takpun mempunyai elemen negatif...sampai boleh merosakkan minda pekerjanya...

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Itu hanya cakap-cakap wartawan, karyawan dan blogawan. Perbualan sirap kosong di meja makan majlis perkahwinan.

Apa pun, sesiapa saja boleh membeli saham NSTP di pasaran terbuka. Banyak duit, banyaklah saham yang boleh dibeli.

Mengenai iklan itu, ada kebenarannya dari segi sokongan mengikut kaum yang menguasai ekonomi. Saya pernah merasai permainan mereka itu ketika bekerja di BPSB. Malah, mereka megah berkata, "saya tidak baca majalah tuan, tetapi saya membeli iklan kerana orang lain menempah iklan." Sombong lagaknya.

Saya tidak berminat kerana duit belum jatuh dari langit. AKJ sudah tentu mempunyai saham NSTP kerana beliau sering hadir dalam AGM. Persoalan untuk menambahnya itu bergantung kepada keperluan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Tak tahulah. Biarlah mereka berfikir begitu.

Mungkin tidak mahu kakitangan mereka membaca tulisan yang merapu kot....

Tegur tetap tegur. Hambur tetap hambur. Sembur tetap sembur. Yang penting kerajaan perlu kuat dan stabil.

Anonymous said...

Itu semua khabar khabar angin je..tak ada cerita, buat cerita.. kluangman

R@duan said...

Bukan saja di bangunan bernama, bangunan RTM pun kami tidak dapat melayari beberapa blog yang ada di malayasia ini....
Kenapa?...entahlah , kakitangan Kejuruteraan mungkin boleh jawab.
Agaknya supaya kami buat kerja saja, jangan tengok blog.
Kalau Datuk boleh bagi e-mail saya akan hantar sampel gambar skrin 'sekat' tersebut

Rad Nor, RTM

Akar Umbi said...

Bukan membodek, tetapi secara jujur saya menyatakan AKJ, Rocky & Tiger masih menjaga nilai2 profesionalisme sebagai wartawan.

APPLE PIE said...

Dato Tiger,
Sejak akhir-akhir ini ada juga blog yang sukar untuk di buka,macam minggu lepas blog saudara juga sukar utk saya buka.saudara, bila lagi nak postingkan episode kedua sambal belacan permatang pauh?

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Lagi di sekat lagi lah orang rindu. Orang yang tak baca, mesti nak baca sebab nak tahu. Bila dah tahu langsung tak lupa. Kalau tak jumpa umpama pungguk rindukan bulan.

Namun, arahan tersebut sungguh KUNO dan layak di dunia komunis sahaja (komunis pun tak macam ni rasanya).

http://c-bok.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Mungkin juga.

Saya yakin Bernama begitu profesional dalam membenarkan kakitangannya melayari segala blog di dunia ini. Ini kerana Menterinya seorang individu yang "terbuka" dan sering mendekati golongan blogawan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Raduan,

Di RTM, saya boleh melayari DUNIATIGER dengan mudah tanpa sekatan terutamanya di Bahagian Berita sejak dari dulu lagi. Ramai kengkawan kat sana yang mempunyai blog yang menarik seperti Budin. Nordin di Sarawak pun mempunyai blog yang menarik dan kelakar.

Mungkin di unit Sdr mereka terlupa hendak melepaskan harimau kot. Bolehlah buat berbincang dengan Bahagian Kejuruteraan. Cubalah tanya. Harimau ni ok kot, taklah ganas. Cuma sesekali merapu je.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Sejak jadi blogawan ni, ramai yang datang menemuramah bertanyakan mengenai dunia blog ini. Antaranya calon Doktor Falsafah. Semalam, saya dihubungi oleh seorang kakitangan kerajaan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai dunia blog untuk menghadapi peperiksaan. Peperiksaan? Selamat berjaya.

Antaranya saya menyebut bahawa journo-blogger perlu menunjukkan contoh terbaik dalam etika penulisan kerana mereka adalah ikon kepada blogawan baru. Mereka juga akan diperhatikan setiap masa. Wartawan yang menjadi blogawan sudah pasti mempunyai pengalaman yang baik dalam memupuk diri mereka supaya beretika dan bertanggungjawab. Tengok saja blog AKJ yang memastikan tiada "sampah" yang dimuatkan dalam blognya termasuk komen yang lucah, tidak bernama atau yang boleh menimbulkan fitnah. Dua ibu jari ke atas.

ibrahim yahaya said...

Sdr Apple Pie,

Minggu lalu pelik sedikit. Sukar untuk dibuka DT dan beberapa blog lain. Bujai ada mengulasnya. Saya terpaksa membuang sitemeter untuk membolehkan DUNIATIGER dilayari. Lambatlah sikit nak capai satu juta kerana dua hari sitemeter dibuang. Tapi takpe..man...man.

Hari ini akan disiarkan.

ibrahim yahaya said...

Sdr ZAK,

Perkara penting ialah segala maklumat dapat dibaca oleh rakyat di negara ini. Ada maklumat condong ke kiri dan ada maklumat berhaluan kanan. DUNIATIGER ni, kiri ke kanan? Tentulah kanan.

Anonymous said...

Saya pun ada masalah untuk buka blog Dato' "Sambal belacan Permatang Pauh 4"... Kenapa ek? Mulanya ingatkan blog Dato' kena blog...

Anonymous said...

Ini mungkin merupakan salah satu tindakan untuk mensabotaj atau mengurangkan ramai pengunjung blog datuk. Banyak bersabar datuk. Seperti kata datuk, maklumat datuk menuju kepada haluan kanan. Teruskan berblog datuk.

Anonymous said...

Tak pe lah Datuk. Itu mungkin hak majikan. Asyik baca blog je, bila nak habis kerja.

Laman yang disekat boleh dibaca di waktu dan tempat yang gaji dan kos melayar internet dibayar oleh diri sendiri, dengan peralatan yang juga ditanggung oleh diri sendiri. Atau dapatkan penaja.

Sayyidina Umar al-Khattab padamkan lampu bila anak datang ke pejabat nak cakap pasal peribadi.

Ya lah, saya ni pun siapa kalau nak banding dengan Umar r.a..

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Kadang-kadang kita tak kiri dan tak juga kanan. Kita menegak macam pokok tunjuk langit.

Anonymous said...

dato,
mungkin ada yang cemburu dengan dato dan segelinter blogger yang lain.tak apalah.dato teruskan lah kerja macam.mungkin saja nak "mengusik" tu.tapi siapa pula yang jadi "pengusik" tu ya?